You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELANGOR ( SATU )

JALAN PADANG 4/48,


46050 PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA

Projek Pecutan UPSR


Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu)

TEMA :
KEMASYARAKATAN

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELANGOR (SATU)

TARIKH :
13 JULAI 2016

MASA :
8.00 PAGI 1.00 TENGAH HARI
1.0 TAJUK
Mengadakan projek Pecutan UPSR murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jalan
Selangor (Satu) pada 13 Julai 2016.

2.0 TUJUAN
Projek Pecutan UPSR Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) ini diadakan dengan
hasrat untuk membantu murid tahun 6 iaitu murid yang akan menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) membuat ulang kaji pelajaran dengan lebih berfokus. Projek
ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan prestasi murid-murid bermasalah
terutamanya terhadap mata pelajaran teras. Projek ini disifatkan sebagai peluang yang
amat berharga khususnya bagi murid untuk menimba sebanyak mungkin ilmu
pengetahuan sebagai persediaan untuk menduduki peperikasaan UPSR. Tambahan
lagi, guru pelatih juga boleh menimba pengalaman dalam mengendalikan kelas
tambahan atau kelas intensif sebagai persediaan mengajar di sekolah kelak.

3.0 LATAR BELAKANG


Program internship ini merupakan aktiviti keperluan bagi melengkapkan program wajib
bagi semua guru pelatih semester lapan ambilan Januari 2013. Sepanjang program
yang berlangsung selama sebulan ini, guru pelatih wajib mengadakan satu projek khas
secara individu serta dua projek khas secara berkumpulan. Maka, bagi memenuhi satu
projek khas secara individu, projek Pecutan UPSR telah dipilih untuk dijalankan. Selain
itu, projek ini diadakan sebagai satu tanggungjawab guru pelatih untuk memberikan
sumbangan bakti kepada pihak sekolah. Program ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada bakal guru berkaitan pengalaman dalam mengendalikan murid
yang terlibat dalam peperikasaan UPSR. Tambahan lagi, melalui pelaksanaan ini juga
diharapkan agar guru pelatih dapat memberi sedikit sumbangan dalam membantu
meningkatkan prestasi murid UPSR agar lebih ramai murid yang berjaya mendapat
keputusan cemerlang pada tahun ini.
4.0 ASAS PERTIMBANGAN
Projek Pecutan UPSR Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) bermatlamat untuk
melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan
keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru
agar dapat membimbing murid untuk mencapai kejayaan. Antara objektif program ini
ialah :-
4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk memberikan sumbangan
kepakaran serta khidmat bakti dalam apa jua bidang kepakaran yang
bersesuaian dengan kehendak sekolah.
4.2 Mendedahkan kepada guru pelatih mengenai pengurusan sesuatu program
dengan jayanya.
4.3 Melatih bakal guru dalam aspek interaksi serta perhubungan agar mampu
menjalinkan ikatan ukhwah sesama insan.
4.4 Mendedahkan kepada guru pelatih dengan aktiviti di sekolah supaya guru pelatih
dapat menimba pengalaman.
4.5 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4.6 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas.
4.7 Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti tersebut adalah seperti berikut :
5.1 Tajuk Projek : Projek Pecutan UPSR Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor
(Satu).
5.2 Tarikh : 13 Julai 2016.
5.3 Hari : Rabu.
5.4 Masa : 7.35 Pagi 4.00 Petang.
5.5 Tempat : Kelas Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu).
5.6 Sasaran : Murid Tahun 6.
5.7 Senarai nama jawatankuasa : (Sila rujuk lampiran 1).
5.8 Cadangan tentatif program : (Sila rujuk lampiran 2).

6.0 IMPLIKASI
Implikasi daripada aktiviti ini ialah :
6.1 Kewangan : Perbelanjaan perlu dikeluarkan bagi merealisasikan aktiviti ini.
Perbelanjaan seperti dalam Lampiran 3.
6.2 Bahan : Contoh kertas soalan peperikasaan UPSR sebenar, Soalan ulang
kaji.

7.0 SYOR
Projek Pecutan UPSR ini merupakan satu aktiviti yang julung kali diadakan oleh guru
pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sekolah ini. Projek yang
dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
melahirkan guru yang serba boleh dalam segenap aspek. Diharapkan agar projek ini
dapat dijayakan dengan baik dan dapat memberikan sejuta pengalaman yang cukup
berharga buat diri guru pelatih. Ada pepatah yang mengatakan, pengalaman yang
paling berharga bukan ditemui melalui bacaan, tetapi melalui perlakuan yang
memberikan seribu satu rasa tentang sesuatu perkara itu. Semoga perancangan ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat berkongsi ilmu dan manfaat bersama.
Kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan aktiviti yang telah kami
rancang seterusnya meluluskan projek Pecutan UPSR Sekolah Kebangsaan Jalan
Selangor (Satu) ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,


( NORAWATI BINTI HAMID) ( ENCIK MOHD KHAIRIEE BIN MOHAMAD)

Guru pelatih, Penolong Kanan 1,


IPG Kampus Bahasa Melayu, SK Jalan Selangor ( Satu ),
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

( ENCIK RAZWAN BIN MOHD ZIN)


Guru Besar,
SK Jalan Selangor (Satu),
Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA GURU TERLIBAT


BIL NAMA GURU
1 Cik Rozita binti Osman (Guru Bahasa Melayu tahun 6)
2 Puan Rokiah binti Ahmad (Guru Matematik tahun 6)
3 Cik Noradini binti Rosli (Guru Pelatih)
4 Cik Norawati binti Hamid (Guru Pelatih)

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI

7.35 9.25 pagi Pecutan sesi 1 Bahasa Melayu

9.25 9.55 pagi Rehat

9.55 11.55 pagi Pecutan sesi 2 Matematik

11.55 1.30 petang Pecutan sesi 3 Bahasa Melayu

1.30 2.00 petang Rehat (solat dan makan tengahari)

2.00 4.00 petang Pecutan sesi 4 Bahasa Melayu

4.00 petang Bersurai

LAMPIRAN 3

IMPLIKASI KEWANGAN

Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Bilangan Murid


1 Set soalan (4 set soalan ujian) 10

*Semua set soalan disediakan oleh pihak sekolah.

You might also like