You are on page 1of 3

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK BANK RAKYAT

Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1MALAYSIA
keputusan untuk mengambil atau memohon Kad Debit-i Diskaun
(KADS1M DEBIT)
Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit). Pastikan bahawa anda juga
membaca terma dan syarat umum. Tarikh :
1 Apakah itu produk Kad Debit-i Diskaun Siswa 1Malaysia?
a) Produk ini merupakan Kad Debit-i Diskaun Siswa 1Malaysia (selepas ini dinyatakan sebagai KADS1M Debit), yang
berlandaskan syariah, yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada semua pelajar tempatan yang melanjutkan
pelajaran di semua peringkat di semua universiti awam dan swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Sumber
Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dan Kementerian/Agensi lain yang berkaitan.
b) KADS1M Debit merupakan produk yang berlandaskan Syariah, yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada setiap
pelajar tempatan yang mempunyai Akaun Simpanan-i Individu di Bank Rakyat. Ia menggabungkan dua platform
pembayaran di bawah rangkaian MasterCard (yang diterima di dalam dan luar Negara) serta MyDebit (yang diterima
hanya di Malaysia sahaja).
c) KADS1M Debit ini merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan/atau
perkhidmatan Patuh Syariah di semua premis saudagar yang menerima urusniaga MasterCard dan MyDebit dan
juga membolehkan anda mengeluarkan wang tunai menerusi Mesin Teler Automatik (ATM) dan di kaunter Bank yang
menyertai MasterCard dan MEPS (Malaysia Electronic Payment System).
d) KADS1M Debit ini mempunyai ciri Pembayaran Tanpa Sentuh (Contactless) di mana anda hanya perlu menyentuh
kad anda pada terminal tanpa sentuh dan pastikan transaksi anda TIDAK MELEBIHI jumlah RM250. Bagi transaksi
yang melebihi RM250, Nombor PIN perlu dimasukkan.
e) Permohonan bagi mendapatkan KADS1M Debit ini boleh dibuat melalui online di www.bankrakyat.com.my/bppt.
f) Sekiranya anda menutup Akaun Simpanan-i Individu Bank Rakyat, KADS1M Debit anda akan terbatal secara
automatik.
g) Tempoh sah KADS1M Debit adalah selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh dan pelajar telah menamatkan
pengajian, Kad S1M Debit akan diperbaharui menggunakan produk Kad Combo-i Bank Rakyat.
h) Terma dan syarat KADS1M Debit boleh dirujuk pada Terma dan Syarat Kad Combo-i Bank Rakyat.
2 Apakah konsep Syariah yang digunakan?
a) Konsep Syariah yang digunakan adalah Konsep Wakalah Bil Ujrah.
b) Wakalah bermaksud, pelanggan sebagai Muwakkil bersetuju untuk mewakilkan Bank Rakyat sebagai wakil di dalam
menyediakan kemudahan pembayaran di premis saudagar dan kemudahan pengeluaran wang tunai di mesin ATM.
Sebagai imbalan terhadap perkhidmatan tersebut, Bank Rakyat akan menerima Ujrah/upah daripada bayaran Fi
Perkhidmatan dan Yuran Tahunan oleh pelanggan.
3 Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?
Bil Jenis Perkhidmatan Yuran dan Caj
1 Yuran Tahunan a) RM5.00 setiap tahun dan seterusnya, sepanjang tempoh sah
kad (yuran akan dikenakan pada setiap tarikh ulang tahun
kad tersebut).
b) Kad ini perlu dperbaharui setiap 3 tahun. Setelah tamat
tempoh dan pelajar telah menamatkan pengajian, KADS1M
Debit akan diperbaharui menggunakan produk Kad Combo-i
Bank Rakyat.
2 Pengeluaran Tunai di :
- ATM Bank Rakyat Tiada
- ATM Bank lain (Not-On-Us: Domestik) RM1
- Kaunter Bank lain (Not-On-Us: Domestik) RM1
melalui rangkaian MasterCard
- ATM dan Kaunter Bank lain (di luar RM12
Malaysia) - (Not-On-Us : International)
3 Penggantian Kad RM12
4 Salinan deraf jualan a) RM5.30 untuk setiap salinan deraf jualan yang diminta.
b) RM15.90 untuk setiap salinan asal deraf jualan yang diminta.
5 Salinan penyata transaksi KADS1M Debit RM5.30
6 Pemprosesan Permohonan Tiada
Nota: Bank berhak untuk meminda yuran dan caj KADS1M Debit yang dikenakan pada bila-bila masa setelah Bank
memaklumkannya kepada pemegang kad dengan menggunakan saluran-saluran yang dianggap sesuai.
* 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk dalam yuran dan caj di mana berkenaan.

4 Berapakah kadar minima bagi urusniaga luar Negara?


Pertukaran urusniaga luar negara Earmark sebanyak 1.25% daripada amaun transaksi (untuk kedua-dua
(% daripada jumlah penggunaan) transaksi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) adalah dibenarkan di dalam
operasi kad debit.
Nota :
i) Pihak Bank mengambilkira kadar earmark ini hanya bagi menampung turun
naik kadar matawang semasa dan bagi mengelakkan sebarang kekurangan
hasil pertukaran matawang asing pada hari pembilan.
ii) Semasa pemprosesan settlement transaksi luar negara tersebut, jumlah
earmark ini akan dikembalikan dan amaun sebenar transaksi berdasarkan
kadar pertukaran asing yang sebenar semasa pemprosesan settlement
akan didebitkan daripada Akaun Simpanan-i pelanggan.
5 Apakah terma dan syarat utama?
Caj pra-guna ketika menggunakan KADS1M Debit :
a) Amaun pra-guna adalah amaun transaksi atau satu jumlah yang ditetapkan oleh pihak saudagar. Amaun pra-guna
tersebut akan dikembalikan setelah pemprosesan settlement diterima daripada pihak saudagar dan hanya amaun
sebenar transaksi akan didebitkan daripada Akaun Simpanan-i anda.
b) Bagi transaksi petrol, amaun pra-guna sebanyak RM200 akan dicajkan ke dalam akaun KADS1M Debit anda. Jumlah
ini akan dikembalikan dan hanya jumlah isian petrol sebenar akan dicaj. Untuk mengelakkan pegangan amaun
pra-guna, anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan KADS1M Debit di kaunter juruwang di stesen
petrol yang terlibat.
c) Bagi transaksi di hotel dan hospital, amaun pra-guna akan dicaj semasa mendaftar masuk (bergantung kepada
tempoh menetap) dan amaun sebenar akan diselaraskan setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar.
6 Bagaimana jika saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya?
a) Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan langkah-langkah munasabah untuk menjaga KADS1M Debit akan
mengakibatkan KADS1M Debit tersebut dicuri dan/atau digunakan tanpa kebenaran.
b) Jika anda gagal memaklumkan tentang kehilangan/kecurian KADS1M Debit anda kepada pihak Bank, anda akan
bertanggungjawab ke atas sebarang transaksi tidak sah melalui penggunaan kad anda.
c) Had tanggungan maksimum pemegang kad untuk transaksi yang tidak sah yang telah dibuat sebelum pihak Bank
menerima laporan mengenai kehilangan atau kecurian kad tersebut adalah terhad kepada RM250, dengan syarat
pemegang kad tidak melakukan sebarang penipuan atau tidak gagal memaklumkan kepada Bank Rakyat dengan
kadar segera sebaik sahaja mendapati kad tersebut hilang atau dicuri.
d) Liabiliti pemegang kad untuk kerugian boleh melebihi jumlah maksima RM250 jika pemegang kad didapati telah
melakukan penipuan atau gagal memaklumkan kepada Bank Rakyat dengan kadar segera.
e) Sila rujuk Terma & Syarat Kad Combo-i Bank Rakyat di bawah fasal 10.0 bagi klausa berkaitan Liabiliti Pemegang
Kad.
7 Apakah risiko-risiko utama?
a) Sebagai pemegang kad, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Akaun Simpanan-i anda di Bank Rakyat
mempunyai wang yang mencukupi sebelum melakukan sebarang transaksi menggunakan KADS1M Debit ini.
b) Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kehilangan/kecurian KADS1M Debit atau pendedahan
Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) kepada sesiapa sahaja.
c) Sekiranya KADS1M Debit anda hilang/dicuri, maklumkan kepada pihak Bank dengan SEGERA di talian 03-2692
4600 atau 1300-80-5454 sebaik sahaja anda menyedari bahawa KADS1M Debit anda telah hilang/dicuri dan disusuli
dengan pengesahan bertulis, berserta laporan polis bagi memudahkan proses siasatan di pihak Bank.
Nota : Kadar segera bermaksud kehilangan atau kecurian atau berlaku pendedahan PIN tanpa kebenaran
dimaklumkan kepada bank dalam tempoh DUA (2) jam dari masa kejadian.
d) Untuk tujuan keselamatan, bagi penggunaan di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada Bank lebih awal dari
tarikh perjalanan.
e) Jika anda gagal mematuhi Terma & Syarat Kad Combo-i, kami berhak menamatkan kad anda.
8 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat saya?
a) Anda hendaklah menghubungi pihak Bank di nombor 1300-80-5454 (24 jam) dengan segera sekiranya terdapat
sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau maklumat-maklumat lain bagi memastikan:
i) urusan surat-menyurat dapat disampaikan mengikut masa yang ditetapkan.
ii) sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar bagi tujuan pengesahan transaksi penggunaan internet.
iii) sistem SMS dihantar kepada anda ketika melakukan transaksi online atau internet yang memerlukan penggunaan
One Time Password (OTP).
Nota : One Time Password (OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk
melindungi pemegang KADS1M Debit, ketika melaksanakan transaksi pembelian online atau internet dari
laman sesawang saudagar yang dilengkapi dengan ciri-ciri kesalamatan 3D Secure.
9 Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut tentang produk KADS1M Debit ini?
a) Untuk maklumat lanjut mengenai produk KADS1M Debit, sila rujuk risalah produk ini atau layari laman sesawang
kami iaitu www.bankrakyat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dengan
tempat anda.
b) Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan kepada kami melalui saluran berikut:
Pusat Panggilan Bank Rakyat : 1300-80-5454 / Talian Antarabangsa : +603-55269000
c) Sebarang aduan boleh dilaporkan kepada :
Pusat Panggilan Bank Rakyat : 1-300-80-5454 / Talian Antarabangsa : +603-5526 9000
03-2692 4600 (Kehilangan dan kecurian kad)
atau,
menghantar aduan ke : Unit Biro Aduan Awam,
Perkhidmatan Pelanggan,
Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
atau e-mail ke www.bankrakyat.com.my/enquiries-feedback
atau,
hubungi Bank Negara Malaysia : Block D, Bank Negara Malaysia,
LINK atau TELELINK di Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 1-300-88-5465
No. Faks : 03-2174 1515
e-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my
d) Sewaktu berada di luar negara, sila laporkan kepada mana-mana bank pengeluar MasterCard atau MasterCard
Travel International Service Centre bagi mendapatkan bantuan.
10 Lain-lain Kad Debit-i (Combo-i) Bank Rakyat:
Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-KOB1M (Riders United)
Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas
Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-KAIMB (Kad Sahabat Ikhtiar Debit-i MasterCard)
Kad Debit-i PPKKM (Kad Debit-i Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia)

PERINGATAN PENTING !
PRODUK INI TELAH DILULUSKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA SYARIAH PADA 26/2/2016.
HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI DAN DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN
MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN

You might also like