You are on page 1of 1

,

*



* *
Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badan kami,
pendengaran kami dan penglihatan kami untuk
menerima ilmu-Mu. Ya Allah Ya Rahman, kurniakanlah
kami lidah yang sentiasa basah mengingati dan
menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri
nikmat-Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan
ketaatan dan perintah suruhan-Mu. Ya Allah, kurniakanlah
kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang
berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap. Ya
Allah ya Karim, kembangkanlah lembayung rahmat-Mu
kepada kami, kaum keluarga kami serta sesiapa sahaja
yang bersama-sama kami. Ya Allah ya Rahim, berkatilah
majlis perhimpunan kami dan lindungilah kami daripada
kehinaan di dunia dan azab di akhirat.


*

*
.

You might also like