You are on page 1of 3

She's not your wife, hes' not your husband!

Nasihat kepada adik-adik dan kakak-kakak Muslimah semua:

Tak payahlah nak 'berkhidmat' sangat kepada bf/tunang awak tu. Basuh baju
lah, buat assignment lah (ini ke nak jadi suami?). Bukan dapat pahala pun
awak buat tu, buat penat sahaja. Aku tak faham kenapa ada Muslimah
sanggup buat kerja 'seorang isteri' kepada lelaki yang belum jadi suami dia.

Kepada adik-adik lelaki dan abang-abang sekalian:

Tak payahlah habiskan duit nak bagi 'nafkah' kepada GF/tunang awak tu.
Buang masa je. Baik simpan duit tu untuk kahwin. Saya tak kata salah
menolong kalau tunang awak tu miskin, nak beli buku silibus universiti tak
ada duit, jadi awak hadiahkan buku tu kat dia. Saya tak kata yang ini.

Saya kata yang pi dok belanja makan lah, belikan baju baru lah, beli bunga
lah, yang perabih duit untuk tunang/gf, jadi driver tukang hantar sana-sini
lah. Come on lah! Kenapa nak buat 'kerja suami' kepada perempuan yang
bukan isteri kita?

~~~~~~~~~~~~

Nasihat saya:

Jika belum mahu menikah, jangan pergi mendekati mana-mana lawan


gender.

Jika mahu mengajak berkahwin, dekatilah dengan penuh hormat, sama ada
secara terus, orang tengah atau kepada ibu bapa.

Contoh:
1- Plan mahu kahwin lepas habis belajar.

Maka tidak patut di tahun satu sudah mencari-cari pasangan.

Ia hanya patut dilakukan di tahun akhir. Mencari itu dengan serius, bukan
untuk main-main. Apabila sudah berkenan pada seseorang, dekatilah dia
dengan terhormat:

Secara direct (pastilah untuk Muslimah yang kita kenal):

- Assalamualaikum. Maaf bertanya, saudari/awak masih 'available? Jika benar


available, saya ingin mengambil saudari sebagai isteri saya.

Tidak mengapa, 'take your time'. Lepas sudah istikharah, sudah ada
keputusan maklumkan saya. Jika saudari setuju, saya akan jumpa ibu bapa
saudari.

Gentle kan? Tak perlu ayat-ayat atau berpantun atau berpuisi atau mengorat
dengan cara tidak terhormat.

Saya tahu ada yang kata cara ini tidak berakhlak, gunalah orang tengah, dan
lain-lain. Tetapi, secara peribadi, saya lebih suka cara ini.

Kalau kena 'reject'. Hahahah. Ini bergantung pada diri sendiri lah, kalau
sanggup tebal muka usaha lagi, usahalah lagi, cuba lagi tetapi dengan CARA
TERHORMAT. Bukan paksa dia, bukan merayu-rayu dekat dia.

Contoh kena 'reject' tetapi mahu usaha lagi. Lepas 2 bulan kena 'reject'.
Emellah dia:

- Assalamualaikum. Maaf bertanya, jika tidak keberatan boleh saya tahu


kenapa dulu 'reject' saya. Supaya tak ulang benda yang sama waktu lamar
mana-mana perempuan.
Waktu ini bersedialah terima segala jawapan dia walau bagai hati ditusuk
pisau.

Lepas itu, kalau sanggup nak teruskan cakaplah: Ooo terima kasih.
Sebenarnya, saya masih belum berputus asa. Jika saudara mengubah fikiran
untuk terima saya, maklumkan saya, nanti saya jumpa ibu bapa saudari.

Okey, settle, point saya di sini: Lakukan dengan terhormat sebab kita nak
buat benda mulia iaitu NIKAH. Sesuatu yang suci perlu dilakukan dengan suci
dan terhormat.

Jika mahu guna orang tengah, atau terus kepada wali dia pun boleh.

Kalau rasa perempuan tu 'reject' tetapi mak ayah dia suka kita, bolehlah
mencuba jumpa ayah dia terus kalau berani. Ini pun mulia juga.

Yang penting:

1- Tidak perlu merayu-rayu (geli lelaki merayu-rayu ni)

2- Lakukan dengan terhormat, bukan paksa-paksa.

3- Jika kena reject, berundur dengan baik atau teruskan usaha dengan cara
terhormat

4- Ini sepatutnya nombor 1: Lakukan semua ini hanya apabila anda memang
sudah merancang untuk berkahwin.

Okey . Selamat mencuba [ini nasihat daripada orang belum kahwin ]

You might also like