You are on page 1of 10

TUTORIAL MELETAKKAN JADUAL WAKTU PADA DASHBOARD FROGVLE

Saya andaikan anda semua sudah mempunyai satu jadual sekolah yang telah siap.

Saya juga mengandaikan bahawa anda semua sudah mempunyai perisian asc

timetable pada komputer masing-masing. Dalam tutorial ini saya menggunakan

perisian asc timetable versi 2014.

Mula-mula buka perisian timetable anda. Klik pada file dan klik pada butang Export.

Apabila butang export dibuka. Satu senarai pilihan akan dipaparkan. Klik pada

pilihan html dan satu kekotak lain adakan dipaparkan.


Apabila butang export html diklik, satu

paparan lain akan muncul. Lihat gambar

disebelah. Anda boleh menentukan

kandungan yang akan dieksport

kedalam bentuk html. Oleh kerana jadual

ini akan dipaparkan kepada umum,

maka saya hanya akan hadkan kepada

pilihan jadual kelas dan guru sahaja.

Namun anda boleh menentukan sendiri

kandungan yang difikirkan sesuai untuk

kegunaan sekolah anda. Apabila selesai

tekan butang Export!


Anda akan diberikan pilihan untuk menentukan folder output export itu akan

dihantar. Bagi tutorial ini saya hanya akan membiarkan sahaja folder export tadi

diletakkan pada folder c:\timetable\export.

Apabila proses export Berjaya, makan paparan dibawah akan muncul.


Hasil export tadi akan diperolehi pada folder c:\timetable\export. Kita akan gunakan

folder ini nanti.

Bagi membolehkan paparan jadual anda dipaparkan kepada umum, anda perlu

melakukan proses memuat naik ke mana-mana hosting yang ada di pasaran. Bagi

tutorial ini, saya hanya akan menggunakan teknologi awangan google drive

kemudian akan lampirkan pada dashboard VLE. Satu sebab yang kukuh kerana

ianya adalah PERCUMA.

Login dashboard VLE anda. Klik pada application dan pilih google drive.
Pilih butang create dan pilih new folder. Namakan folder anda mengikut citarasa

anda. Dalam tutorial ini saya akan namakan sebagai Jadualwaktu.


Apabila selesai mencipta folder, sila pilih butang share dan ambil pilihan public on

the web.
sekarang kita akan klik folder yang baru dicipta untuk mendapatkan id folder

tersebut.

Anda akan diberikan satu url folder yang dicipta. Dalam hal ini, kita hanya perlukan

id folder yang telah dicipta. Id folder biasanya selepas /#folders/xxxx. Lihat gambar

dibawah. Kenalpasti dan salin id tersebut.

Sementara itu, anda bolehlah salin kesemua isi kandungan export html tadi ke

dalam folder jadualwaktu yang anda cipta menggunakan google drive.


Sementara menunggu proses memuat naik isi kandungan tadi siap, sila taip url

gdriv.es pada ruang alamat browser anda.

Isikan maklumat ID folder anda pada ruangan Your folder ID dan pilihlah alias yang

sesuai pada ruangan Your chosen alias. Apabila selesai tekan sahaja butang Get

your free alias!

Paparan berikut akan keluar jika telah berjaya. Salin alamat yang diberikan.

Cth : http://gdriv.es/jwaktu
Ok, kita sudah hampir selesai. Kembali pada dashboard anda, pilih widget embed

website dan letakkan alamat yang diberikan tadi pada ruangan url widget tersebut.
Jangan lupa, tekan butang biru untuk menyimpan kerja anda. Apabila anda sudah

selesai kembali semula kepada mod asal dan taddaaa!!!!! Jadual anda sudah

terpampang pada dashboard anda. Tahniah.

Jika anda ada sebarang masalah bolehlah ajukan soalan dan emailkan kepada

saya.

Disediakan oleh

Saiful Afzan Baru


Guru Penyelaras Bestari
SK Paya Resak, Marang
Terengganu

saiful77@gmail.com

You might also like