You are on page 1of 2

APA ITU DAESH

Sejak serangan keganasan di Paris yang menyebabkan kematian 129 orang dan beratus lagi
cedera,beberapa pemimpin dunia telah mula menggunakan perkataan Daesh untuk merujuk kepada
ISIS.

Ia merupakan tindakan perang yang dimulakan oleh tentera keganasan, tentera jihad, oleh Daesh ke
atas Perancis, kata Presiden Perancis, Franois Hollande sejurus selepas serangan tersebut.

Setiausaha Negara John Kerry juga menggunakan perkataan sama semasa mesyuarat di Vienna.
Amerika Syarikat, saya hendak tekankan, mengalu-alukan sokongan untuk berjuang menentang
Daesh, kata beliau.

Semasa ucapan di sidang kemuncak G20 di Turki, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga
menggunakannya. Turki merupakan rakan kongsi kukuh dengan Amerika Syarikat dan beberapa lagi
ahli gabungan yang menentang aktiviti ISIL, atau Daesh, di Syria dan Iraq.

Bendera Islamic State (IS), yang juga dikenali sebagai Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau
Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL). Bendera ini juga digunakan oleh al-Shabaab, al-Qaeda in
the Arabian Peninsula (AQAP), al-Qaeda in the Islamic Maghreb (AQIM), dan Boko Haram.

Perkataan ISIS, (the Islamic State of Iraq and Syria), ISIL (The Islamic State of Iraq and the Levant)
dan IS (Islamic State) mempunyai akar umbi yang sama. Walau bagaimanapun, perkataan Daesh
kelihatan kabur dan tidak kena tempat. Sebab utama kenapa semakin ramai pemimpin-pemimpin
dunia menggunakan perkataan Daesh ini adalah kerana Islamic State sendiri tidak menyukainya.

Secara teknikalnya, Daesh merupakan singkatan nama arab Islamic State, al-Dawla al-Islamiya fi al-
Iraq wa al-Sham, dan pada suatu masa telah digunakan oleh ahli-ahli ISIS. Perkataan Daesh kini
langsungdilarang untuk digunakan di dalam kawasan yang dikawal oleh Islamic State: Jika anda
menyebutnya, anda menghadapi risiko untuk dipotong lidah.

Perkataan ini diberhentikan penggunaannya di kalangan militan selepas proses penjenamaan semula
oleh ketua kumpulan tersebut iaitu Abu Bakr al-Baghdadi pada bulan Julai. Sebahagian daripada
sebabnya adalah kerana perkataan arab Daesh boleh juga bermaksud fanatik yang memaksa
pandangannya pada orang lain atau untuk memijak-mijak dan menghancurkan,
mengikut laporanBoston Globe.

Dengan strategi ISIS yang sangat memerlukan aspek propaganda untuk merekrut pejuang, ia tidak
mengejutkan bahawa kumpulan ini telah mula untuk memadamkan semua benda negatif yang
dikaitkan dengan Daesh.

Propaganda juga memain peranan di dalam satu lagi sebab kenapa pemimpin kumpulan ini mula
menggunakan perkataan seperti ISIS dan Islamic State. Dengan merujuk diri mereka menggunakan
perkataan baru ini, pejuang-pejuang tersebut boleh menyampaikan perasaan sahih dan benar kepada
objektif Islamic State. Islamic Statesebenarnya bukanlah sebuah negara (state), tetapi merupakan
koleksi kumpulan pengganas yang beroperasi dari wilayah rampasan di Mesopotamia. Tiada Islamic
State di wilayah tersebut yang diiktiraf oleh mana-mana kerajaan sebagai mewakili negara sebenar.
Pemimpin-pemimpin dunia yang memanggilnya State (negara) berpotensi untuk diperdaya oleh
permainan ISIS.

You might also like