You are on page 1of 3

DEFINISI TAMADUN

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu dari perkataan mudun dan madain.
Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun ialah madana
yang membawa maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar.

Perkataan daripada bahasa Inggeris pula ialah civilization yang berasal daripada
perkataan civitas yang boleh diertikan sebagai peradaban. Menurut sejarawan islam,
tamadun diistilah sebagai Umran, Hadarah, Madaniyyah dan Tamadun

Daripada kalangan orang barat, Clive Bell telah mendefinisikan tamadun sebagai suatu ciri
masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur.

KONSEP TAMADUN

Konsep tamadun merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan sesebuah


masyarakan agar dapat menguasai berbagai-bagai bidang kemajuan terutama dalam
bidang kesenian dan seni bina. Konsep tamadun barat mementingkan pembangunan
lahirian iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Tamadun barat menolak
tentang kemajuan rohaniah. Konsep tamadun Islam ialah tidak hanya terbatas dalam bidang
kebendaan tetapi juga meliputi asperk akidah dan moral.

CIRI PEMBENTUKAN TAMADUN

1. Petempatan kekal

Corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih sesuai untuk menampung bekalan
makanan. Wujud kemudahan dalam bidang pertanian. Cth : cangkul dan teknologi
pengairan yang baik. Hasil inovasi telah menambah pengeluaran dan menampun
pertambahan jumlah penduduk.
3. Sistem pemerintahan

Seorang pemimpin atau raja selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya
wakil Tuhan. Kewujudan sistem ini telah melahirkan sistem perundangan yang menjadi
panduan untuk menjaga keamanan dan kemakmuran.

4. Pengkhususan kerja

Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan
kepakaran kumpulan tersebut. Pengkhususan ini kemudian bertukar menjadi barang atau
sistem barter.

5. Agama dan kepercayaan

Agama dak kepercayaaan memainkan peranan dalam perkembangan tamadun. Ianya


berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial,
perkembangan pengetahuan, dan kesenian. Kepercayaan awal adalah dengan
mengamalkan kepercayaan animisme sebelum bertukar menjadi agama secara evolusi.
Seterusnya dikenali sebagai politiesme iaitu menyembah lebih daripada satu Tuhan.

You might also like