You are on page 1of 54

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

HUBUNGAN ANTARABANGSA

(SJH 1108)

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

AMBILAN JUN 2012

SEMESTER 3

NAMA LOUIS PULONG MUHAMMAD FAIZ MUHAMMAD ASYRAF


HATIM BIN RAHIM SAFWAN BIN AHMAD
ZUKRI.

NO I/C 940326-12-6579 940105-11-5833 940627-08-6283

ANGKA GILIRAN 2012192310009 2012192310011 2012192310010

KELAS PPISMP 3A

NAMA PENSYARAH ENCIK ZURIHAN BIN YUSOFF

TARIKH HANTAR 26 OGOS 2013


ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN........................................................................................................... 3

PENGENALAN.............................................................................................................. 4

ASAS PEMBENTUKKAN DASAR LUAR TANAH MELAYU (MALAYSIA) PADA AWAL


KEMERDEKAAN........................................................................................................... 6

ISU-ISU SERANTAU YANG MENUNJUKKAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM HAL-HAL


SERANTAU................................................................................................................ 13

PENUBUHAN THE ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIA (ASA)...................................13

PENUBUHAN MALAYSIA, FILIPINA DAN INDONESIA (MAPHILINDO)............................15

PENUBUHAN PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)...................17

KAEDAH-KAEDAH PENYELESAIAN KONFRONTASI MALAYSIA DAN INDONESIA............21

ISU-ISU TUNTUTAN BERTINDIH YANG SERINGKALI MENJEJASKAN HUBUNGAN LUAR


MALAYSIA.................................................................................................................. 30

ISU PULAU BATU PUTIH.......................................................................................... 30

ISU PULAU SIPADAN DAN LIGITAN...........................................................................36

RUMUSAN................................................................................................................. 42

REFLEKSI.................................................................................................................. 43

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS.........................................................51

JADUAL PELAKSANAAN TUGAS.................................................................................. 52

RUJUKAN.................................................................................................................. 53

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan inayah-Nya, kami
telah berjaya melengkapkan kerja kursus berasaskan ilmu bagi matapelajaran Hubungan
Antarabangsa ini dengan penuh jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu bemula 15
Julai 2013 sehingga 26 Ogos 2013. Pada peringkat awal pelaksanaan kerja kursus ini, kami
akui kami telah menghadapi sedikit kesukaran dan cabaran, namun kami tetap berfikiran positif
dan tidak mudah melatah, sebaliknya kami menjadikan cabaran dan kesukaran itu sebagai titik
tolak untuk kami berusaha dengan lebih gigih lagi dalam menjayakan pelaksanaan kerja kursus
ini.

Sekalung apresiasi kami coretkan buat Encik Zurihan Bin Yusoff selaku pensyarah bagi
matapelajaran Hubungan Antarabangsa atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau
berikan bermula dari kami menerima tugasan hingga ke saat-saat akhir kami menghantar
tugasan. Kami yakin dan pasti jika tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang beliau berikan,
nescaya kami tidak akan dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna.

Seuntai kata penghargaan juga kami nukilkan buat rakan-rakan sekelas atas kesudian
berkongsi maklumat dan bertukar pendapat serta idea bernas yang telah disumbangkan. Bak
kata pepatah,bersatu teguh bercerai roboh, dengan perkongsian yang telah dijalankan maka
pelaksanaan kerja kursus ini dapat berjalan dengan lancar.

Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam pelaksanaan kerja kursus ini secara langsung mahupun yang tidak
langsung.Terima kasih atas sekalung budi yang telah diberikan dalam menjayakan kerja kursus
ini. Budi yang baik dikenang jua.

3
PENGENALAN

Manusia tidak akan hidup berseorangan, anatomi ini adalah seumpama setiap negara
harus ada hubungan luar untuk mencapai matlamat tertentu. Antaranya adalah untuk menjamin
pertahanan dan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan ekonomi perdagangan,
kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Hubungan luar atau hubungan antarabangsa
merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.
Hubungan yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara
dengan negara, bahkan merupakan hubungan yang melibatkan entiti-entiti (atau dalam istilah
politik disebut sebagai aktor) lain.

Entiti ataupun aktor-aktor tersebut terdiri daripada organisasi dan institusi


antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu. Kerajaan kita telah
merancang dasar luar yang dinamik. Ciri utama dasar luar yang dinamik ialah tidak kaku, tetap
dan stereotaip tetapi berupaya mengubah corak dan orientasinya selaras dengan maklum balas
yang diterima oleh kerajaan dan setimpal dengan tuntutan masa serta keperluan negara.

Hubungan Malaysia dengan negara luar telah berlaku sejak zaman prakemerdekaan
pada era Kesultanan Melayu Melaka apabila Melaka telah mengamalkan dasar luar negara
yang aktif dengan negara-negara seperti India, Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-
negara sekitar Kepulauan Melayu. Setelah merdeka, Malaysia meneruskan tradisi tersebut di
mana Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dalam sistem politik antarabangsa.
Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan
dan hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Walau apa pun
faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah tetap sama iaitu kearah menjaga dan mengekalkan
kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.

Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat tahap serta
pemimpin yang berbeza. Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar luar Malaysia
lebih bercorak proBarat dan anti komunis. Hal ini kerana negara baru sahaja mencapai
kemerdekaan dan ancaman komunis masih kuat. Pada zaman Tun Abdul Razak, dasar luar
Malaysia menitikberatkan pembangunan dan integrasi nasional dengan mengadakan lebih
banyak hubungan politik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Pada zaman
kepimpinan Tun Hussein Onn, penekanan dasar luar adalah berdasarkan kerjasama
4
pertahanan dan keselamatan negara. Semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad,
dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar
sebelumnya. Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa turut menjadi
agenda penting.

Kesemua negara di dunia mengadakan hubungan dengan negara luar. Bagi Malaysia,
amat penting agar usaha serta langkah yang diambil adalah berpandukan objektif menjamin
keselamatan serta kemakmuran negara dan juga menetukan keamanan di rantau Asia
Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan negara kita sebenarnya
amat luas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata
bahkan melibatkan juga kegiatan ekonomi negara. Oleh itu, Malaysia melibatkan diri dalam hal-
hal serantau seprti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN untuk mengukuhkan hubungan Malaysia di
pertingkat serantau.

Contohnya isu yang pernah yang hangat diperkatakan antara tahun 1963 hingga tahun
1966 iaitu konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia yang menjadi titik hitam dalam sejarah
negara namun telah dapat diatasi dengan baik oleh kedua-dua pihak hasil pemahaman dari
segi konsep hubungan luar demi menjaga kepentingan negara dan rakyat. Selain itu, isu-isu
tuntutan bertindih yang seringkali menjejaskan hubungan luar Malaysia seperti isu Pulau
Sipadan dan Ligitan serta Pulau Batu Putih dapat diselesaikan dengan baik hasil daripada
kebijaksanaan pemimpin Malaysia dengan negara yang terlibat.

5
ASAS PEMBENTUKKAN DASAR LUAR TANAH MELAYU (MALAYSIA) PADA AWAL
KEMERDEKAAN

PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

Dalam menjalinkan hubungan antarabangsa, negara Malaysia telah mengamalkan dasar


berkecuali. Oleh itu Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan
dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Hal ini sedemikian bagi mengelakkan
Malaysia daripada menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara yang salah dan mampu
menjamin negara Malaysia sentiasa aman damai dan makmur dalam menjalinkan hubungan
antarabangsa tanpa persengketaan pada masa akan datang.

Antara prinsip yang dipegang oleh negara Malaysia dalam menjalinkan hubungan
antarabangsa ialah yang pertama, dari sudut geopolitik negara Malaysia terletak dalam
kawasan yang mustahak iaitu terletak di rantau Asia-Pasifik. Memandangkan negara Malaysia
terletak di persimpangan dua jalan yang penting, maka kedudukan negara kita adalah penting
dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Persimpangan yang dimaksudkan
ialah Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak,.

Kedua, memandangkan Malaysia berkeupayaan dan berkebolehan untuk mengeksport


bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses, maka Malaysia sendiri boleh dikatakan
mempunyai kekayaan dan ekonomi yang agak menarik. Hal Ini akan membantu dalam
meningkatkan taraf hidup masyarakat dan menjadikan ekonomi yang lebih kukuh di Asia
Tenggara. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan
politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.

Ketiga, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman
dan damai. Oleh itu, berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan
aktif dalam memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penglibatan
Malaysia dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTAD. Malaysia juga telah
memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan
Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini
memihak kepada negara maju sahaja.
6
Keempat, Dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel Malaysia sentiasa memberikan
komitmen yang tinggi. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi
persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam
penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan lagi dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan
rumah sukan Komanwel yang telah berlangsungpada September 1998.

Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Malaysia
telah menjalinkan hubungan yang erat dengan semua negara Islam. Dalam Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC Malaysia telah memainkan peranan yang penting). Sebagai
contohnya, Malaysia telah berjaya menubuhkan Universiti Islam Antarbangsa (UIA) dan Bank
Pembangunan Islam, yang mana Bank ini menyalurkan bantuan kepada negara-negara Islam
yang miskin, malah YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung
pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan
negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.

ASAS PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA

Secara amnya asas pembentukan dasar luar Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa faktor,
yang mana dalam hal ini faktor tersebut akan menentukan corak dan arah dasar luar negara
Malaysia. Faktor-faktor yang sering dikaitkan ialahbe faktor yang berkaitan dengan sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi.

FAKTOR SEJARAH

Jika dilihat kembali dasar luar Malaysia bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,
yang mana pada ketika itu Kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar pada
ketika itu juga lebih berbentuk kepada hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin
hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada
hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah mengambil langkah baru dengan


menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan
negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada waktu itu, Malaysia sedang

7
mengalami ancaman daripada komunis, yang mana fahaman komunis disebarkan oleh Parti
Komunis Malaya (PKM).

Ancaman komunis yang berlaku ini telah menggugat keselamatan negara Malaysia. Oleh
itu sebagai akibatnya ancaman komunis ini telah mendorong Malaysia untuk mengamalkan
dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung
kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

FAKTOR EKONOMI

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. Oleh itu, Malaysia telah
menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan
ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara
pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada waktu itu juga telah terjalin hubungan ekonomi
antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.

Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih bergantung dan berharap dengan


pasaran dan juga modal dari negara-negara yang maju itu. Oleh itu untuk memastikan hal ini
terjadi, maka beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing terutamanya
dari negara-negara maju tersebut. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara
di samping menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat.

Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga telah
digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya dari negara Jepun dan Korea. Pada masa
yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun
dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan dan meluaskan pasaran barangan keluaran
Malaysia disamping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

FAKTOR POLITIK

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen,


Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan
pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong
Palestin bagi mewujudkan keamanan dirantau Asia Barat.

8
Selain itu, Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas
dengan pendiriannya yang menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi
mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

FAKTOR GEOGRAFI

Di Asia Tenggara, Malaysia mempunyai lokasi yang strategik, yang mana Malaysia terletak di
tengah-tengah laluan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik yang merupakan
laluan perdagangan utama bagi rantau Asia Tenggara.

Malaysia juga bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti
Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama
bagi kapal-kapal dagang di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

FAKTOR DEMOGRAFI

Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar
dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara Israel, hal ini sedemikian kerana dasar negara berkenaan yang
menceroboh dan menindas peribumi Palestin.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan
kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan
konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia
menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.

Malaysia juga tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan negara Israel
sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh
itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar
Malaysia.

9
PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Dalam menentukan dasar luar negara, perkembangan semasa memainkan peranan penting.
Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa
dan perkembangan dunia. Era perang dingin yang dihadapi oleh dunia dan pengaruh komunis
yang begitu adalah faktor yang perlu diambil kira. Perkembangan dasar luar Malaysia dapat
dibahagikan kepada 3 tahap seperti yang berikut :

Tahap Pertama -Tunku Abdul Rahman (1957-1970)

Tahap Kedua - Tun Abdul Razak (1972-1976) &Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tahap Ketiga - Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)

Tahap Pertama

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang anti-
komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan
dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan alam sekitar.
Ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti
Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara
Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani


Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA)
pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini
disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia(1963-1965), terputusnya hubungan dengan
Filipina(1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk
memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-samaThailand dan
Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN
pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

10
kebergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negaraini.
Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai
mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya,
iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara
Barat termasuk Britain.

Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama
dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia
yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-
negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi
mengurangkanpergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru

Tahap Kedua

Dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara menjelang tahun 1970-an. Hal ini sedmikian kerana AMDA kurang memainkan
peranan dan kurang pengaruh daripada Britain di Timur. Perubahan dasar ini berlaku juga
sebagai akibat daripada pergolakan yang berlaku di Vietnam, yang mana pergolakan tersebut
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikatdan China.

Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti
mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and
Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah
menjalin hubungan diplomatik dengan negara yang berfahaman komunis seperti China, Jerman
Timur, Korea Utara dan Mongolia.

Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan


negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan
Vietnam pada tahun 1967. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan
kerjasama negara-negara jiran.

Tahap Ketiga

Apabila Mahathir mengambilalih kepimpinan negara, banyak pihak tiba-tiba merasakan


Dasar Luar Negara telah beralih, dari cara yang agak diplomasi dan berkecuali digantikan

11
dengan ketegasan serta kesetiakawanan yang serius. Dalam melihat Dasar Luar Negara di
bawah Mahathir, sebelumnya, ialah apabila beliau mengumumkan polisi Pandang Ke Timur.
Pada waktu yang sama, mengarahkan supaya buy The British Last sebagai tema kepada
hubungan dua hala antara British dengan Malaysia.

Pihak kerajaan dan juga pihak swasta serta lain-lain pihak yang terlibat di Britain merasa
terkejut. Satu tamparan terhadap usaha-usaha British sendiri pada waktu itu, dalam keadaan
untuk memulihkan kedudukan ekonomi mereka. Tiba-tiba sebuah lagi bekas tanah jajahan telah
mengumumkan satu bentuk dasar yang seolah-olah mensabotaj, barang-barang keluaran atau
urusniaga dengan pihak British.

Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan
Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini
bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik
seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja
yang baik.

Dasar luar Malaysia pada tahap ini juga telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan
dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara
membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan
hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam
dan Kampuchea .

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain
menerusi lawatan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri
lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan
perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga. Berdasarkan tiga
tahap berkenaan, didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro-Barat kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, serta memberikan penekanan kepada
hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara.

12
ISU-ISU SERANTAU YANG MENUNJUKKAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM HAL-HAL
SERANTAU.

PERGOLAKAN DI LAOS

Pada mulanya, Persekutuan Tanah Melayu berasa bimbang dengan perkembangan


politik di Laos pada ketika itu. Laos merupakan negara yang menjadi pelapis kepada negara
Thailand daripada ancaman komunis. Kebimbangan ini disuarakan secara terus-terang oleh
Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra semasa lawatannya ke Kanada, Amerika
Syarikat, United Kingdom dan Belanda pada akhir tahun 1961.

Dalam ucapan-ucapannya, Perdana Menteri telah memberi amaran tentang bahaya


yang menjadi-jadi di Laos. Pergolakan di Laos itu berpunca daripada krisis politik, terutamanya
ancaman komunis. Tanah Melayu yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dengan tipu
helah dan niat jahat komunis sudah tentu bimbang dengan keadaan di Laos. Y.T.M Tunku Abdul
Rahman sudah Nampak dalam masa lima bulan sahaja pergolakan itu akan menjadi satu
ancaman kepada keamanan dan keselamatan dunia khasnya rantau Asia Tenggara termasuk
Persekutuan Tanah Melayu yang baru sahaja mengecap keamanan. Sebenarnya lawatan
Tunku Sebagai Perdana Menteri ke negara-negara berkenaan merupakan satu usaha
perseoranagan yang bertujuan memujuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pemimpin-
pemimpin dunia supaya memberi perhatian kepada pergolakan di Laos. Beliau juga menarik
perhatian pemimpin-pemimpin itu tentang betapa mustahaknya masalah itu diselesaikan
dengan segera. Jika tidak ancaman itu akan merebak dan mengancam keamanan dan
kestabilan rantau ini.

PENUBUHAN THE ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIA (ASA)

Pergolakan di Laos telah menjadikan Persekutuan Tanah Melayu lebih terlibat mencari
keamanan. Y.T.M Tunku Abdul Rahman telah mengambil daya usaha yang lebih bersungguh-
sungguh selepas memberi amarannya kepada pemimpin-pemimpin seluruh dunia. Antaranya
bercadang ditubuhnya sebuah persatuan negara Asia Tenggara atau ASA. Tugasnya sebagai
Menteri Luar juga telahg memberinya kesempatan yang luas untuk meneruskan usahanya itu.
Beliau telah mengadakan perbincangan dan rundingan-rundingan tentang cadangannya itu

13
dengan rakan sejawatnya dari negara Thailand dan Filipina. Rundingan seterusnya diadakan
pada bulan Februari di Kuala Lumpur, selepas lawatan rasmi Presiden Gracia dari Filipina ke
Persekutuan Tanah Melayu.

Pada akhir mesyuarat itu, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan. Para Menteri Luar
itu telah bersetuju untuk meneruskan usaha penubuhan persatuan yang dicadangkan itu. Malah
kerajaan Filipina telah awal-awal lagi menyatakan sokongannya terhadap usaha tersebut. Hal
ini telah dinyatakan oleh kerajaan Filipina semasa lawatan Y.T.M. Tunku Abdul Rahman ke
negara itu pada bulan Januari 1959. Kerajaan Indonesia juga telah menyokong usaha tersebut
tetapi mahu konsep penubuhan tersebut hanya meliputi Melayu Raya, yang tidak termasuk
negara Thailand. Akhirnya, Presiden Soekarno mengambil keputusan tidak menyertainya.
Sungguhpun demikian usaha penubuhan ASA diteruskan sehingga membawa kepada
persidangan peringkat menteri di Bangkok.

Sidang yang dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, negara Thailand dan Filipina
itu telah menghasilkan Perisytiharan Bangkok pada 31 Julai 1961 yang menubuhkan Persatuan
Asia Tenggara, ASA. ASA mempunyai satu matlamat iaitu meningkatkan lagi kerjasama dalam
bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, saintifik dan pentadbiran dalam kalangan negara-
negara anggota. Melalui ASA beberapa kerajasama ekonomi dan sosial telah berjaya
dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran maklumat, teknik dan kepakaran,
penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama di bidang perkapalan dan penerbangan ,
pertukaran pelajar di anatara universiti seperti di antara Universiti Malaya dan Univeristi Filipina
dan yang terakhir ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu mengadakan
rombongan dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan semangat
setiakawan.

Namun, memang menjadi kebiasaan, sesuatu usaha yang baik itu kerapkali mendapat
tentangan. Begitu juga dengan usaha Tanah Melayu untuk membentuu ASA. Sesetengahnya
mengecam ASA sebuah pertubuhan ciptaan Amerika yang bermirip ke Barat. Ada pula yang
mendakwa bahawa penubuhan ASA didorong oleh motif politik. Sebenarnya ASA ialah sebuah
pertubuhan bersifat anti-komunis, yang mengutamakan kerjasama ekonomi serantau. ASA juga
lebih mementingkan kerjasama dalam bidang ekonomi daripada hal-hal politik atau pertahanan.
Malahan matlamat penubuhannya semata-mata bagi keamanan dan kesejahteraan rakyat
serantau. Bagaimanapun usia ASA tidak panjang. Dalam usaha mencapai matlamatnya,
kegiatan pertubuhan ini beberapa kali tergugat. Malahan secara tidak rasmi dibubarkan dan
14
digantikan dengan sebuah pertubuhan yang lebih besar. Hal ini kerana ASA dianggap sebagai
pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana
Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina
mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia
dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran
ASA pada tahun 1963.

PENUBUHAN MALAYSIA, FILIPINA DAN INDONESIA (MAPHILINDO)

MAPHILINDO merupakan cantuman nama bag tiga buah negara, iaitu Malaysia, Filipina
dan Indonesia. Tujuan utama penubuhan Maphilindo adalah untuk meningkatkan perhubungan
persahabatan di samping menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-
Indonesia.

Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah
disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia kerana presiden Indonesia iaitu Presiden Soekamo telah menganggap
pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Filipina juga
turut menentang pembentukan Malaysia adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang
didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka iaitu di bawah kerajaan Sulu yang terletak
di selatan Filipina..

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan


rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Pada bulan Julai 1963, Tunku Abdul Rahman,
Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal telah mengadakan perjumpaan di Manila untuk
menyelesaikan perselisihan yang muncul akibat pembentukan Malaysia . Rundingan ini akhimya
membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara ini telah mencapai kata
sepakat untuk memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). U-Thant iaitu
Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu telah membentuk satu
suruhanjaya untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan
penubuhan persekutuan Malaysia.

PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V.
Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Hasilnya, majoriti rakyat
15
di kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun
begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus
menentang pembentukan Malaysia. Indonesia dn Filipina memutuskan hubungan diplomatic
dengan Malaysia apabila pembentukan negara baru ini diisytiharkan dengan rasminya pada
September 1963. Sebagai sebuah pakatan serantau, Maphilindo gagal mencapai
persefahaman dan kerjasama politik serta ekonomi dalam kalangan negara anggotanya.
Indonesia telah mengambil tindakan dengan melancarkan dasar konfrontasinya terhadap
Malaysia.

Pada waktu yang sama, Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Soekarno dipengaruhi
oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). PKI menentang keras sistem ekonomi bebas yang
diamalkan oleh Malaysia. PKI jga tidak senang dengan adanya pangkalan tentera British di
Malaysia dan Singapura. Negara Filipina pula terus membuat tuntutan ke atas wilayah Sabah
menerusi kempen nasionalisme yang bersemangat dalam kalangan rakyat Filipina. Selain dari
krisis politik yang wujud antara Malaysia, Indonesia dan Filipina, wujud pula masalah negara
lain dalam kawasan serantau, Negara Myanmar yang berpegang teguh terhadap dasar
sosialisnya telah menyatakan keenggangannya untuk menjalin hubungan diplomatic dengan
negara-negara lain. Manakala Vietnam dan Kampuchea pula sedang menghadapi perang
saudara diantara pihak yang prokomunis dengan pihak yang antikomunis.

Campur tangan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam menyebabkan kawasan


serantau bertambah bergolak dan semakin tegang. Keadaan ini menyebabkan Malaysia
mengamalkan sikap berkecuali dan tidak melibatkan diri dalam mana-mana pihak. Namun
demikian, pergolakan politik di kawasan serantau mengalami perubahan pada akhir kurun
1960-an. Pemberontakan yang berlaku di Indonesia pada tahun 1965, telah menamatkan
pengaruh PKKI dan juga pemerintahan Presiden Soekarno. Dasar konfrontasi Indonesia
terhadap Malaysia tamat pada tahun 1966. Perjanjian perdamaian antara Malaysia dan
Indonesia telah ditandatangani di Jakarta.

Di Filipina pula, berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan. Presiden


Macapagal yang telah memutuskan hubungan diplomatic dengan Malaysia telah meletak
jawatan apabila kalah dalam pilihanraya Filipina pada tahun 1965. Hubungan diplomatik
Malaysia-Filipina semakin pulih apabila Presiden Marcos menjadi Presiden Filipina. Senario
politik negara-negara kawasan serantau mengalami satu fasa baru apabila Malaysia, Indonesia,
Filipina, Thailand dan Singapura bersepakat untuk membentu ASEAN pada tahun 1967
16
PENUBUHAN PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara


jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan
MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama.

Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali sebagai ASEAN (Association of


Southeast Asian Nationals) yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai nama
SEAARC (Southeast Asian Association of Regional Cooperation ) telah ditubuhkan kesan
daripada konfrontasi Indonesia - Malaysia antara tahun 1963-1966. Ia telah membuka lembaran
baru dalam perkembangan kerjasama dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara. Antara
lain, dengan penubuhan ASEAN adalah bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA
yang terkubur selepas terjadinya peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah.
Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri luar kelima-lima negara iaitu Tun
Adam Malik dari Indonesia, Tun Abdul Razak Hussein dari Malaysia, Tuan S. Rajaratnam dari
Singapura dan Tuan Thanat Khoman dari Thailand.

Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah memperhebatkan pertumbuhan


ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan serantau dengan berusaha bersama-sama dengan
semangat persamaan demi memperkukuhkn asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara
yang makmur dan aman, menggalakkan keamanan dan stabiliti dengan mematuhi dan
menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip
Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu
mengatasi masalah bersama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan
pentadbiran, saling bantu-membantu dalam bidang latihan dan kemudahan-kemudahan
penyelidikan , teknikal dan pentadbiran, menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk
memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan. Selain itu, ia juga bermatlamat
mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahankemudahan
pengangkutan dan perhubungan secara meninggikan taraf kehidupan rakyat, menggalakkan
pengkajian tentang Asia Tenggara, dan memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama
dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang

17
sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara
negara-negara anggota.

Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh
apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah
Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik
sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di
dalam zon Asia Tenggara. Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke
hari ini dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN

ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau.
Jika dilihat dari awal penubuhannya sehingga kini, banyak rancangan yang berjaya
dilaksanakan demi kebaikan bersama. Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala
Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua
negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka telah bersepakat
mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai negara zon aman, bebas dan berkecuali atau
lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN
adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak
bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan
kuasa-kuasa besar.

Walaubagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila berlakunya isu Kampuchia. Isu
Kampuchea bermula dengan serangan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Dalam
serangan tersebut, Vietnam berjaya mengulingkan pemerintahan Kampuchea yang dikuasai
oleh Khmer Rouge atau Demokratik Kampuchea (DK). Kerajaan Vietnam telah mendirikan
kerajaan boneka di Phnom Penh iaitu Rejim Heng Samrin pada Januari 1979 bagi
menggantikan kerajaan Khmer Rouge. Walaubagaimanapun, isu Kampuchea bertambah serius
apabila berlaku perang saudara antara Rejim Khmer Rouge dengan Rejim Heng Samrin di
Phnom Penh bagi merampas semula tampuk pemerintahan Kampuchea. Perang saudara ini
menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. ASEAN telah berusaha untuk
mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam
18
telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur
pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Hal ini bermakna rantau ini tidak akan
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan
komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN. Walaupun agenda utama
ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke arah kerjasama ekonomi
ini agak perlahan.

Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian


contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia), projek garam batuan
dan abu soda di Thailand, projek enjin diesel di Singapura dan projek kilang tembaga di Filipina.
Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN
di Singapura pada tahun 1992. Mekanisme utama bagi pencapaian AFTA adalah Skim
Keutamaan Tarif Bersama Yang Efektif (CEPT) iaitu halangan atau sekatan tariff dalam ASEAN
akan dikurang secara beransur-ansur antara 0-5.0 peratus.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
Idea ini yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan
Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walaubagaimanapun, idea ini
telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak
dibiarkan begitu sahaia kerana kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui
konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkon
antara negara ASEAN dengan negara-negara timur, iaitu China, Jepun, dan Korea. Menteri-
Menteri Luar negara-negara ini dijemput untuk menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama
yang ingin diwujudkan.

Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan


Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama
dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan
Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat
19
kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival
kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu,
belaku juga pertukaran rancangan televisyen dan radio seperti yang dilakukan oleh Malaysia
dan Singapura melalui siaran televisyennya. Melalui sukan pula, Sukan SEA juga diadakan dan
dianjurkan dua kali setahun untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat
kesukanan. Dalam bidang pelancongan pula, kerjasama antara negara ASEAN telah dijalinkan
dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau


melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia
dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.

20
KAEDAH-KAEDAH PENYELESAIAN KONFRONTASI MALAYSIA DAN INDONESIA
PENGENALAN

Jangka masa antara tahun 1963-1966 memeperlihatkan kegentingan hubungan antara


Malaysia dan Indonesia ekoran tercetusnya peristiwa konfrontasi antara kedua-dua negara
yang melibatkan aspek ekonomi, ketenteraan dan propaganda politik. Lanjutan dari usaha
usaha pendamaian dijalankan oleh pelbagai pihak bagi menamatkan krisis berkenaan namun
menemui kegagalan. Konfrontasi yang bermula sejak 6 september 1963 berlaku secara agresif
terutamanya tahun 1964 dan 1965. Sepanjang tempoh itu, berlaku tindakan-tindakan agresif
bagi menghancurkan Malaysia sejajar dengan motto konfrontasi mereka iaitu Ganyang
Malaysia.

Akibat tindakan agresif yang dijalankan oleh Indonesia terutamanya pencerobohan oleh
pihak tentera memaksa Malaysia membawa kes berkenaan kepada pertubuhan-pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk diselesaikan. Untuk membolehkan krisis berkenaan
diatasi, pelbagai pihak tampil memberikan kerjasama tetapi tidak mendatangkan kesan yang
optima. Banyak berpendapat keegoan Indonesia khususnya Presiden Sokarno membataskan
kejayaan usaha perdamaian yang telah dijalankan ekoran keazaman beliau menghapuskan
Malaysia.

Namun bergitu, tindakan agresif konfrontasi Indonesia reda menjelang suku akhir tahun
1965. Pekembangan tersebut dikaitkan dengan tercetusnya satu peristiwa yang boleh dianggap
sebagai titik kejatuhan kerajaan Indonesia pimpinan Sokarno. Peristiwa yang dimaksudkan
ialah gerakan September 30 atau lebih dikenali sebagai GESTAPU yang menjadi batu loncatan
kepada tamatnya konfrontasi sekaligus memulihkan semula hubungan Indonesia dan Malaysia.

Rinkasannya, peristiwa GESTAPU yang merupakan salah satu tragedi berdarah yang
paling dahsyat dalam sejarah Indonesia yang mana telah menimbulkan kontroversi antara
penyokoong Sukarno dan golongan yang menentangnnya. Namun begitu, apa yang lebih
menarik dari peristiwa tersebut ialah ia telah menjadi pemangkin untuk Indonesia memulihkan
hubungan dengan Malaysia dan kehilangan kuasa yang dimiliki Sukarno menjadi penentu
utama dalam proses menamatkan sengketa antara kedua-dua negara. Peristiwa Gestapu dapat
dianggap kemenangan bagi Malaysia dalam menghadapi konfrontasi Indonesia. Peristiwa
tersebut juga seolah-olah mengimbangi peristiwa pemisahan Singapura daripada Malaysia dua
bulan sebelumnya. Justeru itu, kejadian GESTAPU disambut baik oleh Malaysia kerana ia
21
memberi harapan terhadap penghapusan pengaruh PKI dan sekaligus membolehkan
konfrontasi ditamatkan. Namun bergitu, proses pemulihan hubungan antara kedua-dua negara
tidak pula dicapai sebagai titik kejatuhan Sukarno namun pada hakikatnya beliau masih
berkuasa untuk beberapa tempoh waktu selepas itu. Lanjutan dari itu, dasar konfrontasi
Indonesia masih berterusan sebagai agenda penting dalam dasar luar Indonesia dan ia
berterusan sehingga bulan Mac 1966 iaitu selepas pembentukan kabinet baru Indonesia yang
dipimpin oleh Presiden Suharto.

Antara 1 OKtober 1965 sehingga Mac 1966, dasar agresif konfrontasi Indonesia masih
berlanjutan walaupun ia agak berkurangan berbanding sebelumnya. Walaupun bergitu,
Indonesia berulangkali manyatakan bahawa dasar konfrontasi terhadap Malaysia akan
diteruskan. Pada Oktober 1965 umpamanya, Major Jeneral Sugandhi, jurucakap kepada
Jeneral Nusution telah mengisytiharkan bahawa pemimpin Malaysia mempunyai pemikiran
yang salah jika beranggapan bahawa konfrontasi akan dapat diselesaikan dengan segera.
Beliau turut menjelaskan bahawa Indonesia akan meneruskan dasar Konfrontasi termasuk
konfrontasi ketenteraan sepanjang sempadan kedua-dua negara dan beliau menyatakan
bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan Malaysia yang dianggap sebagai neo-
kolonialisme. Pandangan tersebut disokong oleh Sukarno dan Subandrio yang menyatakan
bahawa konfrontasi yang bermatlamatkan menghancurkan Malaysia akan diteruskan walaupun
terdapat cubaan rampasan kuasa di negara itu.

Beliau menolak dakwaan untuk meredakan dasar konfrontasi sebaliknya menyatakan


dasar tersebut akan ditingkatkan kerana masih berangggapan penubuhan Malaysia
bermatlamatkan untuk mengancam kedaulatan Indonesia. Menurut Subandrio, Indonesia masih
tidak berpuas hati dengan cara penentuan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malysia
ekoran keengganan Tunku Abdul Rahman menangguhkan keputusan berhubung kemasukan
negeri-negeri tersebut seperti yang dituntut oleh Indonesia. Beliau juga menjelaskan bahawa
Indonesia tetap menutut perbincangan mengenai masa depan wilayah itu dilakukan sehingga
mereka berpuas hati.

Dalam perkembangan berkaitan juga, Sukarno telah menafikan bahawa beliau telah
menghantar wakil pendamaian ke Kuala Lumpur untuk berunding bagi menamatkan
konfrontasi. Beliau mendakwa perkara tersebut dilakukan oleh orang tengah yang tidak diiktiraf
oleh negaranya. Sukarno turut memberi amaran jika Britain terus menyerang Indonesia.
Singapura akan dimusnahkan dalam masa sehari di samping mengalu-alukan rundingan
22
dengan Malaysia jika Tunku Abdul Rahman bersedia merujuk kembali Perjanjian Manila.
Menurut beliau, keamanan hanya akan dicapai jika Malaysia memenuhi tuntutan negara itu
berhubung proses penubuhan Malaysia dan pengkalan tentera asing di Singapura dibubarkan.
Sementaa itu, Tunku Abdul Rahman dalam kenyataan balasnya menjelaskan pendirian untuk
tidak menemui Sukarno sehingga beliau yakin terhadap keikhlasan Sukarno dan Indonesia

Menjelang akhir Febuari 1966 terdapat usaha yang cuba dilakukan oleh Presiden
Marcos dari Filipina untuk menyelesaikan pertikaian Malaysia Indonesia melalui sidang
kemuncak antara beliau, Sukarno dan Tunku Abdul Rahman. Cadangan tersebut disambut baik
oleh Subandrio yang menjelaskan kesediaan negaranya untuk menghadiri mesyuarat
MAPHILINDO yang sedang diatur oleh Filipina bagi menyelesaikan konflik yang timbul. Sukarno
menafikan bahawa beliau akan mengahadiri sidang kemuncak yang sedang diatur itu. Menurut
Sukarno, akhbar-akhbar khususnya di Manila sengaja membesar-besarkan laporan mengenai
sidang kemuncak itu sedangkan beliau sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan menolak
sebarang perudingan selagi Malaysia masih wujud.

Di pihak Malaysia pula, usaha tersebut disambut baik oleh Tunku Abdul Rahman namun
beliau mengenakan tiga syarat utama sebelum pertemuan tersebut boleh dilangsungkan.
Selepas mesyuarat kabinet pada 6 April 1966 , Tunku Abdul Rahman menyatakan kesediaan
beliau menghadiri pertemuan tersebut jika Presiden Marcos dan Filipina dapat memenuhi
syarat-syarat berikut iaitu Presiden Marcos hendaklah mengadakan rundingan terlebih dahulu
dengan Sukarno bagi menetukan kejujuran dan hasratnya untuk berdamai dengan Malaysia
dan Filipina perlu meyakinkan Malaysia terhadap hasrat Sukarno untuk berdamai. Singapura
perlu disertakan sebagai anggota dalam perbincangan tersebut kerana negara tersebut
mempunyai hubungan yang rapat dengan Malaysia.

Pertemuan yang dirancang itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan dan konfrontasi
Indonesia masih diteruskan. Keadaan tersebut kemudiannya menampakkan perubahan apabila
Suharto mengambil alih kuasa pemerintahan Indonesia pada bulan Mac 1966. Pada 11 Mac
1966 Sukarno telah menyerahkan kuasa kepada Suharto untuk mengambil tindakan-tindakan
bagi menjamin keselamatan, kestabilan dan keamanan negara. Pada 12 Mac pula satu
deklarasi telah dikeluarkan yang mengharamkan PKI kerana aktivitu parti itu dianggap
membahayakan revolusi Indonesia, menyukarkan pemulihan ekonomi dan konfrontasi terhadap
Malaysia. Walaupun berlaku peralihan kuasa tetapi Suharto pada 13 Mac secara rasmi
mengumumkan bahawa konfrontasi terhadap Malaysia akan diteruskan.
23
Penerusan dasar tersebut mendapat tentangan dalaman Indonesia sendiri. PSII dan
Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia (KAMI) merupakan penentang utama dasar tersebut.
Mereka menuntut kerajaan baru Indonesia agar tidak mengorbankan keperluan dalam negeri
untuk kepentingan dasar luar negara. Mereka menuntut kerajaan mengutamakan kepentingan
dalam negeri khususnya pemulihan ekonomi daripada menumpukan perhatian kepada daasar
luar khususnya konfrontasi. Petanda baik untuk memulihkan hubungan Indonesia dan Malaysia
menjadi lebih cerah menjelang akhir Mac 1966. Walaubagaimanapun, Suharto dalam
pertemuannya dengan Duta Australia di Indonesia pada 31 Mac 1966 masih beranggapan
penubuhan Malaysia sebagai ancaman kepada Indonesia dan beliau tidak dapat menerima jiran
yang membahayakan negaranya.

USAHA PEMULIHAN HUBUNGAN

Sebelum tercetusnya peristiwa GESTAPU, telah terdapat usaha-usaha untuk


memulihkan hubungan Indonesia dan Malaysia yang dilakukan secara sulit. Pada Ogos 1965,
pegawai-pegawai tentera Indonesia telah berunding dengan pegawai kerajaan Malaysia atas
arahan Komandan KOSTARD iaitu Suharto. Perbincangan secara rahsia ini dikatakan telah
diatur oleh Des Alwi iaitu pemimpin PRRI dan sekurang-kurangnya tujuh rundingan sulit diluar
negara telah dilangsungkan antara pegawai-pegawai yang berkenaan.

Walaupun kenyataan Adam Malik pada 4 April untuk memulihkan hubungan Malaysia
dan Indonesia tetapi konfrontasi tidak dapat ditamatkan dengan segera. Kesukaran tersebut
timbul kerana Sukarno dikatakan masih mendapat sokongan kumpulan tertentu dalam pasukan
polis dan tentera. Selain itu, Sukarno juga masih mendapat tempat di hati rakyat khususnya
penduduk Jawa Tengah dan TImur yang mencakupi separuh daripada jumlah penduduk
Indonesia. Untuk mengelakkan tercetusnya perang saudara maka Suharto tidak menjalankan
usaha untuk menamatkan konfrontasi dengan segera walaupun sebelum itu, Tunku Abdul
Rahman telah mengumumkan kebimbangan terhadap pengambilalihan semula kuasa Sukarno
jika konfrontasi tidak dapat ditamatkan dalam masa yang terdekat.

Pada April 1966, Adam Malik telah mengumumkan bahawa pintu rundingan dengan
Malaysia masih terbuka dengan syarat Sabah dan Sarawak diberi peluang menentukan
pendirian mereka secara terbuka. Dalam reaksinya kepada kenyataan tersebut, Tunku Abdul
Rahman ketika pertemuan dengan konsul Filipina, Dionosio pada 13 April 1966 menyatakan

24
keenggganan beliau untuk berunding dengan Indonesia jika konfrontasi tidak dihentikan malah
beliau tidak mempercayai usaha Indonesia menamatkan konfrontasi selagi Sukarno masih
berkuasa di Indonesia. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman itu disambut dengan kenyataan
oleh Adam Malik pada akhir April 1966 mengenai prinsip negara itu yang sentiasa menghormati
hak kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah negara di samping kesediaan berunding bagi
menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul. Suharto pula kemudiannya menegaskan
bahawa negara itu mengiktiraf Malaysia sekiranya kerajaan Malaysia dapat membuktikan
penerimaan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap persekutuan tersebut.

Ringkasnya, dalam jangka masa antara pengambil alihan kuasa oleh Suharto sehingga
akhir April 1966 dapat disifatkan sebagai tempoh perubahan dari susana tegang kepada
wujudnya kemungkinan untuk menamatkan konfrontasi. Dalam jangka masa ini juga, walaupun
terdapat kenyataan-kenyataan yang menjurus kepada usaha pendamaian tetapi sentimen
konfrontasi masih meluas ekoran ketidakpuasan hati kedua-dua negara dalam beberapa hal
tertentu. Namun demikian, perubahan tersebut dapat dianggap sebagai perkembangan poitif
terutamanya ketika sentiment neo-kolonialisme masih menebal dalam kalangan pejuang
revolusi Indonesia.

Dalam tempoh ini juga, angkatan tentera Indonesia yang ditumpukan dalam konfrontasi
terhadap Malaysia tidak lagi menghadapi saingan sengit untuk mengukuhkan kuasa ekoran
pengharaman PKI pada 12 Mac 1966. Justeru itu, usaha untuk memulihkan hubungan dengan
Malaysia bergerak menuju ke arah perubahan yang lebih cerah. Pada 5 Mei 1966, Adam Malik
telah mengumumkan kesediaan Indonesia menamatkan konfrontasi jika rakyat Sabah dan
Sarawak diberi peluang menetukan pendirian mereka terhadap Malaysia manakala pengkalan
tentera Britain di Asia Tenggara juga hendaklah ditutup.

Indonesia juga mensyaratkan agar rundingan pendamaian dibuat tanpa melibatkan


orang tengah. Penguguman Adam Malik disambut baik oleh Kabinet Malaysia pada 18 Mei
1966 untuk mengadakan rundingan dengan Tun Razak di Bangkok. Pada akhir Mei 1966.
Kebarangkalian untuk menamatkan konfrontasi bertambah cerah setelah terdapat persetujuan
Adam Malik untuk berunding dengan Fidel Ramos pada 30 April dan Tun Razak dengan kedua-
dua pertemuan tersebut dijadualkan berlangsung di Bangkok. Dalam pertemuannya dengan
Ramos, Adam Malik menyatakan hasrat Indonesia untuk menamatkan konfrontasi dengan
segera. Menurut beliau juga, dasar Ganyang Malaysia menyebabkan Indonesia mengalami
kemelesetan ekonomi dan peningkatan inflasi di negara itu.
25
Pada 27 Mei 1966, satu rombongan Indonesia yang diketuai oleh Timbalan Ketua
KOSTARD, Omar Basri Sjaaf telah melawat Malaysia . Lawatan itu merupakan kunjungan
pertama secara rasmi yang dilakukan oleh Indonesia sejak mereka melancarkan konfrontasi.
Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan menyifatkan lawatan itu sebagai langkah awal
Indonesia untuk menamatkan konfrontasi tersebut. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk
menjelaskan keinginan Suharto untuk menamatkan konfrontasi dan memulihkan semula
hubungan Indonesia dan Malaysia. Kehadiran rombongan tersebut disambut baik oleh Malaysia
kerana ia dianggap usaha serius Suharto untuk menamatkan konfrontasi.

Selepas mesyuarat kabinet Malaysia dengan rombongan tersebut, Tun Razak telah
mengumumkan 30 Mei 1966 sebagai tarikh rundingan perdamaian antara Malaysia dan
Indonesia di Bangkok. Hasil perbincangan dengan rombongan tersebut telah menggembirakan
kerajaan Malaysia. Walaupun pelbagai tanggapan yang diberikan terhadap kunjungan tersebut
namun rundingan yang dijadualkan di Bangkok telah berlangsung mulai 30 Mei 1966 seperti
yang dijadualkan dan berlanjutan sehingga 1 Jun 1966. Rombongan Malaysia diketuai oleh Tun
Razak manakala Adam Malik mengetuai delegasi Indonesia.

Beberapa keputusan telah dicapai dalam perbincangan itu antaranya Malaysia akan
memberi peluang kepada penduduk Sabah dan Sarawak untuk menetukan semula pendirian
mereka untuk kekal di dalam Malaysia melalui pilihanraya yang diadakan secara demokrasi.
Merujuk kepada konfrontasi ketenteraan pula, Malaysia mahu ia ditamatkan segera segala
bentuk permusuhan bagi membolehkan pertukaran pegawai awam dan tentera antara Kuala
Lumpur dan Jakarta dilakukan dengan segera.

Satu keputusan penting yang turut dipersetujui ialah kesediaan Adam Malik untuk
memulihkan hubungan Indonesia dan Malaysia terlebih awal tanpa perlu menunggu keputusan
pengundian Sabah dan Sarawak. Persetujuan yang disambut baik oleh kerajaan Malaysia dan
Indonesia bagaimanaapun ditentang oleh Presiden Sukarno kerana masih menganggap
Malaysia sebagai neo-kolonisme kerana penderitaan rakyat Sabah dan Sarawak belum
diselesaikan.

Perdana Menteri Singapura pula menyambut baik keputusan tersebut kerana ia akan
mewujudkan suasana yang lebih baik di Asia Tenggara. Persidangan di Bangkok ini juga
dianggap penting kerana tercetusnya idea oleh Adam Malik untuk membentuk Union of South
Asia (USO) bagi menggantikan ASA sebagai satu bentuk kerjasama serantau antara Malaysia,

26
Indonesia Filipina dan Thailand. Thailand dan Filipina menyatakan persetujuan untuk menyertai
pertubuhan tersebut secara prinsip manakala Malaysia menyambut baik cadangan itu.

Dalam tempoh sebulan antara 30 April sehingga 30 Mei 1966, terdapat dua persidangan
penting yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Filipina telah berlangsung di Bangkok. Hasil
daripada perundingan tersebut dianggap membawa kesan sangat positif kerana hasrat
Indonesia melalui Soharto dan Adam Malik untuk mengakhiri konflik dengan Malaysia semakin
jelas. Selain itu, kepimpinan baru Indonesia mengakui konfrontasi dengan Malaysia
menyebabkan peningkatan perbelanjaan ekonomi sekaligus melemahkan negara itu. Justeru
itu, menamatkan konfrontasi disifatkan sebagai jalan terbaik untuk mengatasi masalah itu
seperti yang dinyatakan oleh Marshall dan Andrew Gilchrist kepada Adam Malik pada bulan
Mac 1966. Pekembangan dalam tempoh tersebut sebenarnya memudahkan lagi proses akhir
rundingan pemulihan hubungan kedua-dua negara yang dijalankan secara intensif mulai Jun
1966.

Hasil persetujuan yang dicapai di Bangkok itu mewujudkan perkembangan yang lebih
positif selepas itu. Adam Malik dalam kenyataannya kepada media selepas kembali daripada
Bangkok menyatakan rasa gembiranya terhadap hasil perundingan tersebut.
Walaubagaimanapun beliau masih tidak berpuas hati sepenuhnya kerana terdapat banyak
masalah yang perlu diselesaikan khususnya pihak Indonesia sebelum konfrontasi ditamatkan.
Persidangan di Bangkok hanya mencapai asas bagi penyelesaian tersebut kerana kedua-dua
negara akan menjalankan berbincangan lanjut sebelum disusuli dengan perjanjian muktamad.
Adam Malik menegaskan bahawa konfrontasi akan ditamatkan sepenuhnya setelah hasil
perjanjian tersebut disahkan.

Hubungan Indonesia dan Malaysia juga dianggap berada dalam keadaan baik dan
dijangka bertambah erat apabila hubungan diplomatik dipulihkan selepas perjanjian damai. Tun
Razak juga mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan meminta Britain mengundurkan
tentera mereka dari Malaysia tetapi ia akan dilakukan sendiri oleh negara berkenaan. Menurut
Tun Razak juga, tentera Britain akan diundurkan tentera mereka dari Sabah dan Sarawak
selepas perjanjian menamatkan konfrontasi ditandatangani. Oleh itu, Malaysia akan mengambil
alih tugas menjaga keselamatan dalam negeri di kedua-dua buah negeri itu. Cadangan itu
dipersetujui oleh British dan dilaksanakan setelah Indonesia mengesahkan dan melaksanakan
Perjanjian Bangkok tersebut.

27
Berasaskan kepada pandangan pro dan kontra terhadap perjanjian Bangkok itu didapati
terbentuk dua kumpulan iaitu satu pihak menyokong pandangan Sukarno manakala penyokong
Adam Malik dan Suharto di pihak yang lain. Melalui perbandingan terhadap kedua-kedua
pandangan itu rumusan yang dapat dibuat ialah peranan golongan yang menyokong perjanjian
Bangkok didalangi Adam Malik mungkin ada benarnya. Usaha giat yang dijalankan oleh Adam
Malik itu boleh dikaitkan dengan keinginan British untuk menamatkan konfrontasi secepat
mungkin kerana negara itu terpaksa menanggung tanggungjawab pertahanan Malaysia dan ia
melibatkan jumlah perbelanjaan yang tinggi. Perkaitan antara kerjasama Adam Malik dan
Suharto dengan Britain dan Amerika Syarikat juga dapat dikaitkan dengan kenyataan mereka
yang menganggap penamatan konfrontasi akan membolehkan Indonesia memulihkan
kestabilan ekonomi mereka. Dengan menamatkan konfrontasi, mereka berharap bantuan
ekonomi Barat akan masuk semula ke Indonesia yang sebelum ini dipinggirkan dunia.

Sementara itu dalam perkembangan di Malaysia, pada 7 Jun 1966 Tun Razak selepas
mesyuarat kabinet secara rasmi mengumumkan keputusan kerajaan Malaysia meluluskan
perjanjian menamatkan konfrontasi yang termetrai di Bangkok. Walaubagaimanapun keputusan
tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum sehinggalah kelulusan sama dibuat oleh
Indonesia. Selain itu, Malaysia juga turut mengharapkan bantuan Indonesia dari segi
keselamatan kerana selepas konfrontasi berakhir ancaman terhadap keselamatan Malaysia
akan datang daripda pihak Komunis di Sabah dan Sarawak.

Walau apa pun penentangan yang dikemukakan oleh Sukarno dan pengikutnya, namun
perbincangan akhir untuk mengesahkan Perjanjian Bangkok bagi pihak Indonesia dilakukan
secara rasmi dalam mesyuarat KOGAM pada 30 Julai. Selepas mesyuarat itu, pengisytiharan
dibuat yang menyatakan Suharto akan mengutuskan wakil perundingan terakhir ke Kala
Lumpur dengan segera. Seterusnya, pada 9 Ogos 1966 suharto dan Adam Malik
mengumumkan bahawa Tun Razak akan ke Jakarta dalam tempoh dua hari untuk
menandatangani persefahaman yang terbentuk di Bangkok sebagai wakil Malaysia. Majlis
tersebut seperti yang dirancang. Pada 11 Ogos 1966, Tun Razak yang mewakili Malaysia dan
Adam Malik bagi pihak Indonesia telah menandatangani perjanjian pemulihan hubungan kedua-
dua negara dan sekaligus mengakhiri konfrontasi yang tercetus sejak tahun 1963.

Kesan daripada perjanjian tersebut, hubungan kedua-dua negara telah dieratkan semula
seperti zaman sebelum tercetusnya konfrontasi. Tun Razak juga menyatakan persetujuan untuk
mengadakan pilihanraya di Sabah dan Sarawak selewat-lewatnya pada tahun 1967 dan
28
sebahagian daripada tentera British di Malaysia akan diundurkan dengan segera. Indonesia
pula turut berjanji untuk mengundurkan tentera dan sukarelawan negara itu di Borneo sebagai
penghormatan terhadap perjanjian itu. Dengan termetrainya perjanjian damai tersebut,
bermakna terbentuklah satu episod baru dalam sejarah hubungan antara Malaysia dan
Indonesia. Pemulihan hubungan tersebut dianggap bukan sahaja mewujudkan keamanan
antara kedua-dua buah negara malah meliputi rantau Asia Tenggara.

Pada 22 Ogos pula, pemimpin tentera Indonesia telah membubarkan KOGAM dan
kedua-dua negara bersetuju membebaskan tahanan konfrontasi sebagai simbol mementingkan
pemulihan hubungan yang telah dicapai. Bermula dari tempoh tersebut juga, hubungan
Malaysia dan Indonesia berterusan dalam keadaan stabil kerana kedua-dua negara menyedari
persamaan yang wujud antara mereka dari segi keturunan, sejarah dan kebudayaan sehingga
mewujudkan gelaran negara bersaudara dan negara serumpun.

Kesimpulan secara keseluruhannya, dasar konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia


yang dianggap bermula selepas meletusnya Pemberontakan Brunei 1962 yang memuncak
pada 16 September 1963 iaitu pada hari penubuhan Malaysia telah berjaya ditamatkan
sepenuhnya melalui perjanjian damai tanggal 11 Ogos 1966. Walaupun pada dasarnya
konfrontasi telah ditamatkan secara rasmi namun bekas presiden negara itu iaitu Sukarno terus
mengekalkan pendiriannya terhadap dasar konfrontasi. Namun beliau tidak berupaya
melakukan tindakan selanjutnya kerana telah kehilangan kuasa kerana diambil alih oleh
Soharto.

Peristiwa GESTAPU pada 1 Oktober 1965 di Indonesia menjadi asas kepada kejatuhan
Sukarno sebagai pemimpin ulung Indonesia. Lanjutan daripada peristiwa itu telah meredakan
dasar konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia. Tercetusnya GESTAPU juga menyaksikan
berlakunya peralihan kuasa daripada Sukarno kepada Suharto. Perubahan kepimpinan tersebut
memperlihatkan usaha menamatkan konfrontasi dijalankan secara intensif terutamanya selepas
pembentukan kabinet baru pada 4 April 1966 dengan perlantikan Adam Malik sebagai Menteri
Luar bagi membolehkan konflik kedua-dua negara diselesaikan.

29
ISU-ISU TUNTUTAN BERTINDIH YANG SERINGKALI MENJEJASKAN HUBUNGAN LUAR
MALAYSIA.

ISU PULAU BATU PUTIH

Pulau Pedra Branca ataupun lebih dikenali sebagai Pulau Batu Putih terletak di
perairan Selat Singapura yang secara geografinya berada pada koordinat 1 19 48 LU dan
104 24 15 BT. Pulau ini berkedudukan 7.7 NM dari sebelah tenggara pantai Johor, Malaysia
iaitu di Tanjong Penyusop, 7.8 Nm dari sebelah utara Pulau Bintan iaitu Tanjong Sading serta
berada lebih kurang 22.5 NM dari sebelah timur Singapura. Pulau Pedra Branca yang disebut
oleh penduduk Malaysia sebagai Pulau batu Putih adalah sebuah pulau yang mana luasnya
sebesar kawasan padang bola. Mengikut keterangan daripada Laporan Marin Bengal,
permukaan pulau ini diukur berdasarkan panjangnya 137 meter semasa air pasang rendah dari
arah timur laut ke barat daya. Bahagian permukaan besar pulau itu terdapat di sebelah utara,
sementara bahagian selatan hanya sedikit sahaja. Pada aras air rendah didapati permukaan
batu-batu dipisahkan pada jarak 20 hingga 30 meter dari batu besar. Kedudukan paras paling
tinggi ialah 8.2 meter ketika air pasang tinggi. Bagaimanapun rupa bentuk Pulau Batu Putih
sudah berubah sejak Singapura membina tempat pendaratan helikopter dan kemudahan radar
dan marin di atas pulau itu. Namun, kedudukan pulau ini dianggap sangat penting kerana
mempunyai kedudukan yang strategik terutamanya bagi Singapura dengan terbinanya rumah
api yang dinamakan Mercusuar Horsburgh.

Mengikut tulisan R. Haller-Trost, Historical Legal Claims: A Study of Disputed


Sovereignty Over Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) 1993, pada tahun 1842, seorang
bendahari, James Horsburgh telah mengumpulkan yuran di Canton, China daripada para
pedagang untuk disumbangkan kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements
Government) supaya membina rumah api bagi kemudahan kapal-kapal yang melalui perairan
yang bahaya di bahagian timur selat Singapura, terutama bagi mengelakkan kapal-kapal
mengalami kemalangan merempuh batu-batu di laluan berkenaan akibat pertambahan lalu
lintas kapal. Hingga sekarang pun masih berlaku kemalangan pelanggaran antara kapal. Pada
3 Januari lalu kapal anti kapal selam Singapura, RSS Courageous berlanggar dengan kapal
kargo ANL Indonesia yang didaftarkan di belanda, kira-kira 1.8 batu nautika dari Pulau Batu

30
Putih. Berikutan cadangan Horsburgh itu, rumah api yang dinamakan sempena nama beliau
dibina pada 1850 dan ia mula beroperasi pada 15 Oktober 1851. Tarikh inilah digunakan oleh
Singapura sebagai tarikh bertapaknya kuasa mereka ke atas pulau itu.

Permulaan Pertikaian

Pembuktian hak ke atas wilayah biasanya menimbulkan masalah disebabkan


penyediaan dokumen dan kandungannya yang tidak lengkap. Trost yang membuat kajian ke
atas Pulau Batu Putih mendapati kebanyakan dokumen rasmi yang ditemui di India Office
Library dan Public Record Office di London, hanya menunjukkan sedikit sahaja rujukan kepada
Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih, dan tidak mengaitkan persoalan tentang kedaulatan
ke atas wilayah berbatu itu sebelum struktur binaan didirikan. Masalah pemilikan bonjolan batu
itu hanya berbangkit selepas Malaysia mengeluarkan peta baru yang menunjukkan wilayah
perairan dan sempadan pentas dunia pada 21 Disember 1979. Dalam peta baru itu Malaysia
memasukkan pulau batu itu ke dalam wilayah perairannya bagi mengukuhkan turning point (TP)
30 pada persilangan pembahagi bersudut tepat (tegak) segi tiga yang dibentuk oleh tiga titik
iaitu Pulau Batu Putih, Tanjong Sanding dan Tanjong Berakit (di Pulau Bintan, Indonesia).

Tiada kenyataan atau bukti tentang sebarang pertikaian Pulau Batu Putih ditimbulkan
sebelum 1979. Walaupun pada tahun 1953, setiausaha kerajaan negeri Johor yang menjawab
soalan daripada kerajaan Singapura bahawa ia tidak menuntut pemilikan ke atas Pulau Batu
Putih kerana kedua-dua kerajaan pada masa itu di bawah kawalan kerajaan British. Pada
September 1991, Menteri Besar Johor ketika itu menyatakan bahawa dari sudut pandangan
sejarah, Pulau Batu Putih adalah milik kita'' dan kerajaan Johor bersedia menyediakan bukti
jika perlu bagi membuktikan sesungguhnya pulau itu milik Johor.'' Pendapat ini diulangi pada
forum khusus tentang Pulau Batu Putih yang diadakan di Johor Bahru pada Oktober 1991 yang
dihadiri oleh ahli-ahli sejarah Malaysia. Dalam menuntut kembali kedaulatan pulau tersebut,
Malaysia menunjukkan bahawa Sultan Johor mempunyai hak ke atas kedaulatan Pulau Batu
Putih itu sejak 1513 apabila Kesultanan Johor-Riau-Lingga ditubuhkan oleh Sultan Mahmud
yang berundur setelah Portugis menawan Melaka pada 1511. Berdasarkan teori warisan
negara, Pulau Batu Putih juga menjadi milik Persekutuan Malaysia kerana penyatuan Johor
yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1957.

Malaysia terus menyandarkan fakta bahawa Sultan Johor hanya memberi kebenaran
untuk membina rumah api di atas pulau tersebut pada tahun 1844. Pihak Singapura pula hanya
31
diberikan mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang
penting bagi pihak Malaysia pada ketika itu. Hal ini memandangkan tiadanya pelabuhan di
Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas
dan Pelabuhan Johor. Singapura bertindak balas dengan menyampaikan bantahan rasmi atas
pengakuan Malaysia tersebut. Singapura mengajukan protes terhadap hal itu pada tarikh 15
Februari 1980 yang menolak tuntutan Malaysia dan meminta untuk mengakui kedaulatan
Singapura ke atas Pedra Branca.

Beberapa hujah lain yang disampaikan dan dikemukakan Singapura. Antaranya ialah
Inggeris mendapatkan hak ke atas pulau itu sejak tahun 1847 dengan bukti sejarah sudah
membina rumah api Horsburgh di Pedra Branca pada tahun 1847. Seterusnya pada tahun 1852
hingga 1952, Singapura mempunyai bukti surat menyurat antara Colonial Secretary of
Singapore kepada British Adviser to the Sultan of Johor pada tahun 1953, Acting Secretary of
Johor menyatakan bahawa "Johore Government does not claim ownership of Pedra Branca."
Berdasarkan jawapan tersebut, sejak tahun 1953 pihak berkuasa di Singapura tidak mempunyai
alasan untuk meragukan haknya atas pulau tersebut untuk mendapatkannya.

Pada sekitar tahun 2000-an, Singapura telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang
merupakan conduct of state di sekitar Pulau Pedra Branca. Antaranya adalah melaksanakan
penyiasatan kemalangan kapal (shipwreck) di sekitar perairan Pulau Pedra Branca, kunjungan
berkala pejabat Singapura yang tidak direspon oleh kerajaan Malaysia, kegiatan kaji selidik
marin Malaysia yang meminta izin kepada Singapura, rencana reklamasi oleh Singapura,
sehingga pemasangan peralatan komunikasi tentera di pulau tersebut.

Dalam perjalanannya, Malaysia dan Singapura tampak sia-sia berusaha untuk


menyelesaikan sengketa melalui siri rundingan bilateral dari tahun 1993 sehingga tahun 1994.
Ketika tidak adanya kemajuan dalam perundingan, kedua-dua pihak bersepakat untuk
menandatangani Perjanjian Khas pada tarikh 6 Februari 2003 (yang mula berlaku pada tanggal
9 Mei 2003) dan menyerahkan isu tersebut kepada Mahkamah Antarabangsa (International
Court of Justice) atau ICJ pada tarikh 24 Julai 2003, kerana salah satu alternatif atau cara
penyelesaian isu adalah secara undang-undang atau judicial settlement dalam undang-undang
antarabangsa adalah penyelesaian melalui Mahkamah Antarabangsa. Kedua-dua negara
mempercayai Mahkamah Antarabangsa sebagai badan di bawah naungan PBB akan
mengambil keputusan yang adil mengenai siapa yang berhak atas kedaulatan pulau tersebut,
berdasarkan bukti-bukti yang ada.

32
Sementara itu, Singapura telah mengendalikan rumah api Horsburgh di pulau tersebut
sejak tahun 1851 ketika Inggeris masih berkuasa di kawasan itu. Meskipun demikian,
kedudukan rumah api itu nampaknya tidak secara automatik membuat kedaulatan atas pulau
tersebut ada pada Singapura. Kes ini telah dibawa ke ICJ untuk dibincang dan dibahaskan.
Selama proses dengar pendapat (hearing) di ICJ, Malaysia dan Singapura bersama-sama
mengemukakan hujah-hujah untuk meyakinkan mahkamah. Kedua-duanya telah menegaskan
hak miliknya ke atas ketiga-tiga pulau karang tersebut berdasarkan rantai pemilikan (chain of
title) yang disokong oleh cerita turun temurun dan juga penguasaan berkesan (effective
occupation). Salah satu unsur utama status kenegaraan adalah penguasaan suatu wilayah di
mana di dalam wilayah berlakunya hukum negara tersebut.

Pada pandangan Singapura, dengan adanya rumah api yang dikendalikan oleh
Singapura merupakan indikasi adanya penguasaan berkesan (effective occupation) ke atas
pulau tersebut yang secara teori menguatkan tuntutan Singapura. Meskipun demikian, Malaysia
sendiri menyangkal hal ini kerana pembinaan rumah api di pulau tersebut adalah atas izin dari
Malaysia (Johor) sebagai pemilik pulau tersebut. Menurut kerajaan Malaysia, kewujudan rumah
api sama sekali tidak berkaitan kedaulatan suatu negara melainkan murni untuk kepentingan
bersama. Dengan kata lain, pemilikan pulau tersebut sudah jelas sebelum didirikannya rumah
api.

Sebaliknya, Singapura berpendapat bahawa mereka telah menunjukkan kedaulatannya


ke atas pulau itu sejak Rumah Api Horsburgh dibuka tahun 1851 tanpa ada protes dan
bantahan dari Malaysia. Mahkamah Antarabangsa mengakui pada awalnya pulau itu milik
Kesultanan Johor, tapi pihaknya juga mencatat tuntutan Singapura ke atas pulau itu sungguh
kuat kerana bersandar kepada sepucuk surat yang dihantar ke Pejabat Setiausaha Negara
Johor yang tidak menuntut pemilikan atas pulau itu. Malaysia harus menerima keputusan 16
hakim di Mahkamah Antarabangsa yang keputusannya menyerahkan kedaulatan Pulau Batu
Puteh kepada Singapura.

Kronologi Tuntutan Pulau Batu Putih

Tahun Peristiwa

1979 Malaysia mengesahkan pemilikannya ke atas Pulau Batu Putih, Middle


Rocks dan South Ledge ketika menerbitkan peta rasmi baru.
17 Disember 1981 Persetujuan Tun Dr. Mahathir dan Lee Kuan Yew untuk pertukaran
33
dokumen.
14 Februari 1980 Singapura menghantar Nota bantahan terhadap peta baru Malaysia.
Bermulalah pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu Putih, Middle Rocks
dan South Ledge.
16 Oktober 1991 Tun Dr. Mahathir dan Goh Chok Tong mengulangi persetujuan.
25 Januari 1992 Persetujuan menyelesaikan isu berdasarkan undang-undang.
Pertukaran memorandum masing-masing antara Malaysia dengan
Singapura.
4 Februari 1993 Rundingan pertama dimulakan tetapi gagal.
11-13 Januari 1994 Rundingan kedua juga tidak berjaya.
6 September 1994 Persetujuan pemimpin uuntuk merujuk Mahkamah Antarabangsa, ICJ.
Jun 1995, Mac 1996 Rundingan untuk mencapai Perjanjian Khas.
dan April 1998
1979-2007 Selama 28 tahun kerajaan Malaysia mula menjalankan penyelidikan di
lebih 40 tempat di Sembilan buah negara bagi mencari fakta-fakta yang
menyokong tuntutan Malaysia.
6 Februari 2003 Perjanjian Khas Malaysia dengan singapura ditandatangani yang
bersetuju untuk merujuk pertikaian hak kedaulatan Pualau batu Putih
ke ICJ.
9 Mei 2003 Perjanjian Khas dikuatkuasakan.
24 Julai 2003 Pemberitahuan bersama untuk merujuk kes ke ICJ.
25 Mac 2004 Penyerahan memorial daripada kesua-dua negara.
25 Januari 2005 Penyerahan memorial balas.
25 November 2005 Jawapan balas daripada kedua-dua negara
6-23 November 2007 Perbicaraan di ICJ berlansung.
23 Mei 2008 Panel 16 hakim ICJ bersidang di The Hague, Belanda untuk
mengumumkan keputusan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih,
Middle Rocks dan South Ledge.

Pada tanggal 23 Mei 2008, ICJ telah memutuskan kes pertikaian kedaulatan atas Pedra
Branca, bahawa kedaulatan atas Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh adalah milik negara
Singapura (12 Hakim menyokong, 4 hakim menentang, termasuk hakim ad hoc Malaysia). ICJ
mengiktiraf Pulau batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge sebagai milik Johor berdasarkan
kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang
menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih. Dalam kes ini, Malaysia
kalah kerana kecuaian kerajaan Johor dahulu yang membiarkan Singapura mengurus rumah
api dan pulau itu.

34
Sejak tahun 1844 hingga 1953, Johor tidak pernah mengambil tahu apa yang dilakukan
oleh British dan Singapura ke atas pulau tersebut selain daripada menyelenggara Rumah Api
Horsburgh. Tiada bantahan terhadap aktiviti yang menunjukkan Singapura berkuasa ke atas
pulau tersebut. Disebabkan itu, Malaysia kehilangan Pulau batu Putih. Pada tahun 1953, tanpa
berfikir panjang, pemangku Setiausaha Kerjaan Negeri Johor mengesahkan kepada Singapura
bahawa Pulau Batu Putih bukan milik Johor. Pengesahan itu dibuat secara hitam putih. Surat
yang berbunyi Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau batu Putih, sekali gus diputuskan
oleh ICJ sebagai mengesahkan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih yang merupakan hak
kesultanan Johor dipindahkan kepada Singapura.

Keputusan Mahkamah Antarabangsa tanggal 23 Mei 2008 tersebut bersifat mutamad,


final, dan tidak ada rayuan. Prinsip ini berlaku terhadap semua keputusan Mahkamah, baik
yang dikeluarkan oleh Mahkamah dengan ahli penuh (lengkap) atau oleh suatu Chamber.
Pemerintah Malaysia juga menyatakan dapat menerima keputusan itu dan segera akan
bekerjasama dengan Singapura untuk menetapkan garis penandaan maritim kedua-dua
negara.

Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan menyerahkan Pedra Branca (sebutan


Singapura terhadap Batu Puteh) kepada Singapura. Dasar pertimbangan dari mahkamah
adalah pada faktanya, Malaysia yang mempunyai hak pemilikan awal pada pulau tersebut tidak
menunjukkan keberatannya, bahkan bersikap diam terhadap siri tindakan Singapura di Pedra
Branca / Batu Puteh dalam kurun waktu yang cukup lama dan terus menerus, bahkan sampai
kes ini diajukan ke Mahkamah Antarabangsa.

35
ISU PULAU SIPADAN DAN LIGITAN

KRONOLOGI ISU

Persengketaan antara Indonesia dengan Malaysia mengenai isu Pulau Sipadan dan
Ligitan muncul pada tahun 1967 ketika dalam pertemuan teknikal undang-undang laut antara
kedua-dua negara. Kedua-dua negara masing-masing menyatakan untuk memasukkan pulau
Sipadan dan pulau Ligitan ke dalam batas-batas wilayahnya. Kedua-dua negara itu lalu
bersepakat agar Sipadan dan Ligitan dinyatakan dalam keadaan status quo, akan tetapi
ternyata pengertian status quo bagi kedua-dua negara adalah berbeza. Hal ini kerana kerajaan
Malaysia telah membina pusat peranginan baru yang dikendalikan oleh pihak swasta Malaysia
kerana Malaysia memahami status quo sebagai tetap berada di bawah Malaysia sehingga
persengketaan selesai, sedangkan kerajaan Indonesia telah mengertikan status ini sebagai
status kedua-dua pulau tadi tidak boleh diduduki sehingga persoalan dan masalah mengenai
pemilikan kedua-dua pulau ini selesai. Tambahan pula, Malaysia telahpun membina tempat
peranginan yang terletak di Pulau Sipadan dan Ligitan. Hal ini telah menyebabkan perkara
tersebut tiba-tiba menjadi berita hangat dan tersebar ke seluruh Indonesia.

Semua ini adalah berpunca daripada gara-gara di dua pulau kecil yang terletak di Laut
Sulawesi itu dibina cottage. Pulau Sipadan yang mempunyai keluasan hanya 4 km persegi itu,
kini, siap menanti ketibaan daripada pelancong-pelancong dari luar negara. Pengusaha
Malaysia telah menambah jumlah penginapan menjadi hampir 20 buah. Daripada jumlahnya,
kemudahan pelancongan itu memang belum boleh disebut memadai. Tetapi kerajaan
Indonesia, yang juga merasakan mereka mempunyai hak ke atas pulau-pulau itu, segera
menghantar bantahan ke Kuala Lumpur, dan meminta agar pembangunan di sana
diberhentikan terlebih dahulu. Alasannya, Sipadan dan Ligitan itu masih lagi menjadi isu dan
belum diputuskan lagi siapa pemiliknya. Pada tahun 1969 kerajaan Malaysia secara unilateral
telah memasukkan kedua-dua pulau tersebut ke dalam peta Malaysia.

Pada tahun 1976, Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara atau TAC
(Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia) telah dipersetujui dalam Sidang Kemuncak
pertama ASEAN di Pulau Bali dan antara perkara lain telah disebut adalah akan membentuk
Dewan Tinggi ASEAN untuk menyelesaikan perselisihan yang terjadi antara sesama anggota
ASEAN akan tetapi pihak Malaysia menolak dengan alasan kerana terlibat pula isu dengan

36
Singapura untuk tuntutan pulau Batu Puteh, isu pemilikan Sabah dengan Filipina serta isu
kepulauan Spratley di Laut Cina Selatan dengan Brunei Darussalam, Filipina, Vietnam, China,
dan Taiwan. Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah meletakkan sepasukan polis hutan
(setara Brimob) melakukan pengusiran terhadap semua warganegara Indonesia serta meminta
pihak Indonesia untuk menarik balik tuntutan ke atas kedua-dua pulau tersebut.

Sikap pihak Indonesia yang ingin membawa masalah ini melalui Dewan Tinggi ASEAN
dan selalu menolak membawa masalah ini ke ICJ akhinya bersetuju dengan rela hatil. Dalam
kunjungannya ke Kuala Lumpur pada 7 Oktober 1996, Presiden Soeharto akhirnya meluluskan
cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Dr.
Mahathir sehingga termeterainya perjanjian "Final and Binding," pada 31 Mei 1997, Pada tarikh
tersebut, kedua-dua negara telah menandatangani persetujuan yang telah dipersetujui dan
dicapai bersama.

PULAU SIPADAN DAN LIGITAN SAH MENJADI MILIK MALAYSIA

Isu Pulau Sipadan dan Ligitan adalah persengketaan antara Indonesia dan Malaysia di
atas pemilikan terhadap kedua-dua pulau yang berada di Selat Makassar iaitu pulau Sipadan
(luas: 50.000 meter ) dengan koordinat 4 6'52 .86 "N 118 37'43 .52" E dan pulau Ligitan
(luas: 18.000 meter ) dengan koordinat 4 9'N 118 53'E. Sikap Indonesia yang pada mulanya
ingin membawa masalah ini melalui Dewan Tinggi ASEAN, namun akhirnya bersetuju untuk
menyelesaikan pertikaian ini melalui perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa.

Tahun Peristiwa
1966 Indonesia bekerjasama dengan JAPEX (Japan Exploration Company
Limited) untuk meneroka di wilayah Sipadan.

1968 Malaysia bertindak balas terhadap perjanjian kerjasama Indonesia-


JAPEX, negara itu juga melakukan kerjasama dengan Sabah Teiseki
Oil Company di wilayah Sipadan.

1969 Malaysia mula melakukan tuntutan terhadapan Sipadan-Ligitan sebagai


wilayahnya. Hal ini ditolak oleh Kerajaan Indonesia. Kedua-dua negara
kemudian merundingkan batas landas kontinen. Dalam Peta Malaysia,
Pulau Sipadan dan Ligitan merupakan sebahagian dari wilayah

37
Republik Indonesia, namun tidak tertera pada lampiran Perpu No.
4/1960. Kedua-dua belah pihak bersepakat menyatakan dua pulau
tersebut dalam status quo.
1976 Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara atau TAC
(Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia) dalam Sidang
Kemuncak pertama ASEAN di Bali menyebut bahawa akan membentuk
Dewan Tinggi ASEAN untuk menyelesaikan perselisihan yang terjadi di
antara sesama anggota ASEAN akan tetapi pihak Malaysia menolak
atas alasan kerana melibatkan pula sengketa dengan wilayah negara
jiran lain.
1992 Kedua-dua negara bersepakat menyelesaikan masalah Sipadan-Ligitan
secara dua hala, bermula dengan mesyuarat pegawai tinggi kedua-dua
negara. Hasil pertemuan bersetuju untuk membentuk Suruhanjaya
Bersama (Joint Commission / JC) dan Kumpulan Kerja Bersama (Joint
Working Groups / JWG). Siri pertemuan JC dan JWG yang
dilaksanakan pun tidak membawa hasil. Pemerintah Republik
Indonesia menghantar Mensesneg Moerdiono dan Malaysia
menghantar Wakil PM Anwar Ibrahim sebagai Wakil Khas kerajaan
untuk menyelesaikan masalah forum JC / JWG. Walaupun sudah
empat kali melakukan pertemuan, namun tidak pernah mencapai hasil
kesepakatan.
7 Oktober 1996 Presiden Republik Indonesia dengan Perdana Menteri Malaysia di
Kuala Lumpur bersetuju untuk menyelesaikan penentuan status
pemilikan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan melalui Mahkamah
Antarabangsa.
31 Mei 1997 Pemerintah Republik Indonesia telah menandatangani Perjanjian
antara Pemerintah Republik Indonesia dan Pemerintah Malaysia
mengenai Special Agreement for Submission to the International Court
of Justice of the Dispute between Indonesia and Malaysia Concerning
Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan, sebagai hasil
perundingan antara delegasi-delegasi Pemerintah Republik Indonesia
dan kerajaan Malaysia.
19 November 1997 Kerajaan Malaysia telah mengesahkan Special Agreement for
Submission to the International Court of Justice of the Dispute between
Indonesia and Malaysia Concerning Sovereignty over Pulau Ligitan and
38
Pulau Sipadan.
29 Desember 1997 Indonesia mengesahkan tarikh Special Agreement for Submission to
the International Court of Justice of the Dispute between Indonesia and
Malaysia Concerning Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau
Sipadan dengan Keppres Nomor 49 Tahun 1997
2 November 1998 Perjanjian Khas disampaikan secara rasmi ke Mahkamah
Antarabangsa. Proses undang-undang di IJC berlangsung lebih kurang
3 tahun. Dalam menghadapi dan menyiapkan perjanjian, Indonesia
telah membentuk satu tugas khusus yang terdiri daripada Deplu,
Depdagri, Dephan, Mabes TNI, Dep. Tenaga dan SDM, Dishidros TNI
AL, Bupati Nunukan, pakar marin dan pakar undang-undang laut
Antarabangsa. Indonesia mengangkat "co agent" Republik Indonesia di
ICJ (International Court of Justice) iaitu Dirjen Pol Deplu, dan Dubes
Republik Indonesia untuk Belanda. Indonesia juga telah mengangkat
Timbalan Penasihat Undang-undang Antarabangsa (International
counsels).
Tuntutan Malaysia
Malaysia telah mengajukan bukti-bukti berupa bukti undang-undang
Inggeris iaitu Turtle Preservation Ordinance 1917, pelesenan kapal
nelayan kawasan Pulau Sipadan dan Ligitan, peraturan suaka burung
tahun 1933 dan pembangunan rumah api pada tahun 1962 dan 1963.
Semuanya adalah untuk kepentingan Inggeris semasa
pemerintahannya.

Tuntutan Indonesia
Indonesia pula telah mengajukan bukti-bukti dengan berlakunya
rondaan Belanda di kawasan ini tahun 1895-1928, termasuk kehadiran
kapal Belanda iaitu Lynx ke pulau Sipadan pada November-Disember
1921, dan dengan wujudnya kajian hidrografi kapal Belanda iaitu
Macasser di perairan pulau Sipadan dan Ligitan pada Oktober-
November 1903. Peronda ini diteruskan oleh peronda TNI-AL. Selain
itu, bukti yang disertakan adalah wujudnya kegiatan perikanan nelayan
Indonesia pada tahun 1950-1960-an dan sebelum tahun 1970-an.
17 Desember 2002 Pembacaan keputusan hakim Mahkamah Antarabangsa. Hasil undian

39
hakim Mahkamah Antarabangsa pada kes isu Pulau Sipadan dan
Ligitan adalah 16 hakim menyatakan dua pulau tersebut menjadi milik
Malaysia, sementara hanya satu sahaja hakim yang menyatakan pulau-
pulau itu milik Indonesia.

Antara alasan hakim memberi hak kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada
Malaysia adalah berdasarkan pertimbangan rasional (tanpa memutuskan pada soalan dari
perairan wilayah dan batas-batas maritim), iaitu kerajaan kolonial Inggeris (penjajah Malaysia)
telah melakukan tindakan penjajahan secara nyata berbentuk wujudnya Ordinan perlindungan
hidupan burung, pungutan cukai terhadap pengumpulan telur penyu sejak tahun 1930, dan
operasi rumah api sejak tahun 1960-an. Sementara itu, kegiatan pelancongan yang dilakukan
oleh negara Malaysia tidak menjadi pertimbangan, serta penolakan berdasarkan chain of title
(rangkaian pemilikan dari Sultan Sulu) akan tetapi gagal dalam menentukan batas sempadan
laut di antara Malaysia dengan Indonesia di selat Makassar.

Mahkamah telah menyatakan bahawa, saiz objektif dalam menentukan pemilikan pulau-
pulau tersebut adalah dengan menerapkan pengasingan kuasa effective occupation. Dua
aspek penting dalam penentuan effective occupation ini adalah dengan wujudnya cut-off date
atau sering disebut sebagai critical date di samping bukti-bukti yang terdapat dalam undang-
undang yang ada. Critical date telah ditentukan oleh Mahkamah Antarabangsa tahun 1969. Hal
ini bermakna bahawa semua kegiatan setelah tahun 1969 seperti pembangunan pusat
peranginan dianggap tidak memberi kesan sama sekali terhadap undang-undang.

Dalam mengkaji bukti-bukti yang terdapat dalam undang-undang sebelum tahun 1969
yang menunjukkan wujudnya effective occupation ke atas pulau Sipadan dan Ligitan,
Mahkamah telah mempertimbangkan bukti-bukti yang diajukan oleh kedua-dua negara, iaitu
berkaitan dengan pembuktian yang dikemukakan Indonesia, Mahkamah telah membuat
kesimpulan bahawa Indonesia tidak mempunyai bukti-bukti kukuh yang dapat mewujudkan
kedaulatan oleh Belanda ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Selain itu, Indonesia juga
tidak mempunyai bukti-bukti dan dokumen yang sahih yang dapat menunjukkan wujudnya
pembentukan dan pelaksanaan kedaulatan Indonesia ke atas kedua-dua pulau tersebut
sehingga tahun 1969. Mahkamah juga tidak boleh mengabaikan fakta bahawa UU No.
4/Prp/1960 tentang Perairan yang ditetapkan pada 18 Februari 1960 merupakan keputusan

40
awal bagi menegaskan konsep kewilayahan Wawasan Nusantara, juga tidak memasukkan
pulau Sipadandan Ligitan ke dalam wilayah NKRI.

Berkaitan dengan pembuktian yang dikemukakan oleh kerajaan Malaysia, Mahkamah


telah membuat kesimpulan bahawa sejumlah dokumen yang diberikan menunjukkan wujudnya
pelbagai tindakan pengurusan yang berterusan dan damai yang dilakukan kerajaan kolonial
Inggeris sejak tahun 1917. Siri usaha Inggeris tersebut diwujudkan dalam bentuk tindakan
perundangan, pihak dan badan kehakiman, dan pentadbiran ke atas kedua-dua pulau seperti
pengutipan pajak terhadap kegiatan penangkapan penyu dan pengumpulan telur penyu sejak
tahun 1917, penyelesaian isu dalam kegiatan pengumpulan telur penyu di Pulau Sipadan pada
tahun 1930-an, penetapan Pulau Sipadan sebagai kawasan pemeliharaan burung, dan
pembangunan serta pemeliharaan rumah api sejak tahun 1962 di Pulau Sipadan dan pada
tahun 1963 di Pulau Ligitan

Mahkamah telah berpandangan bahawa perbezaaan bukti yang dikemukakan oleh


kedua-dua negara adalah Indonesia yang mengajukan bukti berbentuk segala kegiatan Belanda
dan rakyat nelayan manakala Malaysia telah mengajukan bukti berbentuk sejumlah peruntukan
undang-undang. Mahkamah Antarabangsa juga telah menyatakan bahawa pelbagai peraturan
Inggeris telah disebutkan menunjukkan wujudnya suatu "regulatory and administrative
assertions of authority over territory which is specified by name". Oleh itu, IJC telah
memutuskan bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan menjadi hak kedaulatan Malaysia sepenuhnya.

41
RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dasar luar Malaysia lebih bersifat pragmatik daripada idealistik.
Hal ini sedemikian kerana, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut keperluan semasa
dan perkembangan dunia serta kewibawaan pemimpinnya. Perkara ini dapat dilihat apabila
Dato Seri Dr. Mahatir Mohamad telah mengambil alih pucuk kepimpinan negara dan melakukan
tranformasi dasar luar Malaysia

Dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar, Malaysia merupakan sebuah negara
yang sentiasa berpegang kepada dasar luar yang menitikberatkan kestabilan dan
keselamatannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Malaysia telah menyertai pelbagai
pertubuhan di dunia mahu di Asia ataupun di Eropah. Bahkan Malaysia juga merupakan sebuah
negara yang amat prihatin dengan mengambil langkah yang terbaik bagi mengatasi isu-isu
yang berkaitan dengan negara Malaysia sendiri dengan negara lain.

Jika dilihat kembali, semasa awal kemerdekaan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM)
merupakan ancaman utama yang telah menjejaskan kestabilan, yang mana sebahagian
besarnya telah dianggotai oleh orang-orang cina, serta rusuhan kaum yang berlaku pada tahun
1969 yang mana telah mengancam keselamatan dalam negeri. Sebagai akibat daripada
keadaan ini, maka dasar luar Malaysia telah digubal untuk mendapatkan kepercayaan dan
menunjukkan ia sebuah negara yang merdeka dan direstui oleh negara-negara jiran.

Sejurus selepas merdeka, Malaysia telah membuat perjanjian pertahanan dan kerjasama
dua-hala dengan Britain. Dalam perjanjian tersebut Britain akan membantu Tanah Melayu dari
segi pertahanan dan pertambahan angkatan tentera. Britain juga dibenarkan untuk
menggunakan beberapa pangkalan dan menempat serta menyelengarakan pasukan simpanan
Komanwel di Tanah Melayu.

Tuntasnya sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia tidak dapat mengelakkan diri
daripada menjalikan hubungan antarabangsa dengan negara luar yang mana saling
memerlukan dalam bidang ekonomi, politik, teknologi dan ekologi. Kerjasama antarabangsa
amat penting bagi memastikan kemakmuran dan keamanan dunia. Dasar luar sesebuah negara
biasanya dilakukan untuk tujuan perlindungan dan menjaga kepentingan-kepentingan nasional
termasuk keselamatan dan kestabilan ekonomi.
42
REFLEKSI

NAMA : LOUIS PULONG

NO KAD PENGENALAN : 940326-12-6579

Pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkat-Nya, akhirnya saya
dan rakan kumpulan saya telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sebelum
mendapat tugasan ini ilmu pengetahuan saya tentang dasar luar Malaysia amat terbatas sekali,
sehinggalah saya tidak dapat mengemukakan sebarang pendapat ataupun idea apabila dalam
perbincangan. Oleh itu semasa menerima tugasan ini, semangat saya agak berkobar-kobar, hal
ini kerana saya sangat menginginkan ilmu pengetahuan saya tentang dasar luar yang
diamalkan oleh Malaysia bertambah walaupun sedikit.

Semasa melaksanakan tugasan ini, sebelum memulakan kajian mengenai dasar luar
Malaysia saya dan kedua rakan saya telah mengkaji terlebih dahulu tentang definisi dasar luar
Malaysia. Hal ini perlu bagi memudahkan kami untuk membuat kajian tentang kehendak
tugasan. Menurut apa yang saya faham dan dapat apabila mengkaji definisi yang diutarakan
oleh Yusuf Ismail dalam karya beliau yang bertajuk Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia,
Dasar luar Malaysia merupakan penjalinan hubungan antara Malaysia dengan negara luar
dalam pelbagai bidang. Misalnya dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.

Apabila saya dan rakan-rakan mengkaji pula tentang dasar luar Malaysia seawal
kemerdekaan saya mendapati bahawa definisi yang telah diutarakan oleh Yusuf Ismail itu
sememangnya betul. Hal ini kerana seawal kemerdekaan Malaysia telah menjalinkan negara
Malaysia yang masih dikenali sebagai Tanah melayu pada ketika itu telah membuat perjanjian
dengan pihak Britain untuk tujuan pertahanan dan keselamatan negara. Dengan termeterainya
perjanjian tersebut, maka secara langsung kerjasama antarabangsa telah bermula dan secara
tidak langsung dasar luar Malaysia telah berlaku. Ini selaras dengan definisi yang diutarakan
oleh Yusuf Ismail iaitu dasar luar Malaysia merupakan hubungan Malaysia dengan negara luar.

Selain daripada itu menurut daripada pembacaan saya daripada beberapa buah buku,
saya mendapati bahawa dasar luar Malaysia dibentuk berdasarkan beberapa faktor,
terutamanya untuk menjamin keselamatan negara. Faktor-faktor ini telah menyedarkan saya

43
tentang kepentingan hubungan antarabangsa sekaligus membuatkan saya rasa amat bersyukur
kerana berada di dalam sebuah negara yang amat unik dan selamat.

Di samping itu saya juga telah mendapati bahawa dalam menjalinkan hubungan
antarabangsa kebijaksanaa pemimpin amat diperlukan terutamanya dalam menyelesaikan isu-
isu yang berkaitan dengan hubungan antarbangsa. Jika dilihat kembali oleh sebab kebijaksaan
pemimpin, akhirnya Malaysia berjaya menyelesaikan konfrontasi yang berlaku antara Malaysia
sendiri dengan negara Indonesia. Selain itu Malaysia juga telah berjaya menyelesaikan isu
tuntutan bertindih beberapa buah pulau dengan negara lain. Hal ini telah menunjukkan
kematangan pemimpin dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Keadaan ini juga telah membuatkan saya sedar tentang perlunya menjadi seorang yang
bijaksana dalam membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Saya percaya
tanpa ada kebijaksanaan dalam memutuskan sesuatu keputusan bagi menyelesaikan apa-apa
sahaja masalah, masalah tersbut pasti tidak akan selesai dengan cara yang baik. Sebagai
bakal seorang guru kesedaran ini amat berguna bagi saya. Hal ini sedemikian kerana saya tahu
dalam dunia guru, seseorang guru itu terpaksa melalui banyak cabaran yang tidak diinginnya.
Oleh itu bagi pendapat saya sendiri kebijaksaan merupakan aset penting untuk menjadi
seorang pendidik, yang mana menghadapi pelbagai masalah tidk kira di sekolah ataupun
sebaliknya.

Saya pasti melalui tugasan ini ilmu pengetahuan saya tentang dasar luar Malaysia telah
meningkat. Ilmu yang saya peroleh ini sudah semestinya akan banyak membantu saya kelak
dalam menjadi seorang guru yang cemerlang terutamanya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya yakin dengan adanya ilmu ini saya melangkah melangkah dengan
lebihjauh dalam mencari dan mencapai matlamat hidup saya.

Jika difikirkan kembali tugasan yang seumpama ini sebenarnya bukan sahaja memberi
ilmu pengetahuan tentang perkara yang dikaji. Tetapi sebagai seorang bakal guru saya melihat
tugasan sebagai satu tugasan yang banyak membantu saya dalam membentuk sikap-sikap
yang perlu ada dalam diri seseorang guru itu, misalnya sabar, berdisiplin dan
bertanggungjawab.

Oleh itu pendek kata tugasan ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada saya
terutamanya dalam pengisian dada dengan ilmu yang sangat berguna untuk masa sekarang
dan hadapan. Untuk itu saya berharap agar tugasan yang seumpama ini akan terus dijalakan
44
atau dilaksanakan bagi mendidik seseorang bakal pendidik seperti saya supaya dapat bersedia
di dunia pendidik dan di dunia luar.

NAMA: MUHAMMAD FAIZ HATIM BIN RAHIM

NO I/C: 940105-11-5833

Syukur ke hadrat Allah kerana akhirnya saya dan rakan setugas saya menyiapkan
tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Seribu langkah bermula dengan langkah
pertama. Langkah pertama yang kami ambil setelah mendapat tugasan ini ialah mendapat
penerangan secara terperinci daripada pensayarah pembimbing iaitu Encik Zurihan. Seterusnya
kami memulakan untuk menyiapkan kerja kursus yang diberi. Encik zurihan juga telah
memberikan bimbingan semasa di dalam kelas agar kami tidak berlengah dan menangguhkan
kerja kursus sekali gus mendapat panduan untuk melaksanakan kerja kursus dengan jayanya.
Jika beliau tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan kerja kursus dan
akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan kerja kursus
yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu,
kami telah menggunakan segala peluang yang diberi untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
ini secepat mungkin.

Berdasarkan tugasan yang diberikan kepada kami, sedikit sebanyak kami telah
didedahkan kepada satu cabang ilmu yang baru di mana memberikan kami banyak maklumat
tentang hal yang berkaitan dengan dasar hubungan luar Malaysia. Mengikut pengkajian dan
pembacaan saya berkenaan dengan hubungan luar Malaysia dengan negara lain, ianya sudah
bermula lama dahulu iaitu semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi melalui aktiviti
perdagangan yang dijalankan dan diteruskan sehingga sekarang. Pada pendapat saya,
keadaan ini memberi banyak faedah kepada Malaysia sendiri di mana ia dapat menyumbang
kepada pembentukan dan hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia dan negara-negara lain
seterusnya mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana dasar luar Malaysia dibentuk melalui
empat tahap serta pemimpin yang berbeza. Tunku Abdul Rahman lebih bercorak proBarat dan
anti komunis manakala Tun Razak bersifat dasar terbuka dengan semua negara tanpa mengira
ideologi politik. Tun Hussein Onn pula lebih kepada dasar kerjasama dan pertahanan negara
manakala di zaman Tun Dr. Mahathir lebih menekankan hubungan ekonomi. Walau apa pun
45
dasar yang dibawa oleh seseorang pemimpin itu, ianya adalah bertujuan menjaga keamanan,
kemakmuran, keselesaan dan kesejahteraan kepada negara dan rakyatnya.

Di samping itu, melalui kerja kursus yang dijalankan saya juga dapat mengetahui
peranan dan penglibatan Malaysia dalam hal-hal serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan
ASEAN untuk mengukuhkan hubungan Malaysia di pertingkat serantau. Harus ditekankan di
sini bahawa kepentingan negara kita sebenarnya amat luas dan tidak hanya tertakluk kepada
isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatkan juga kegiatan ekonomi
negara. Oleh itu, pada pendapat saya penglibatan Malaysia dalam hal-hal serantau adalah
amat tepat bagi mengukuhkan lagi pengaruh dan pasaran ekonomi Malaysia dalam pasaran
ekonomi serantau.

Selain daripada itu, pada pendapat saya Malaysia merupakan negara yang mempunyai
pemimpin yang mengamalkan demokrasi terpimpin. Segala masalah yang berkaitan dengan
hubungan luar dapat diselesaikan dengan baik tanpa perlu menumpahkan setitik darah
pun.Kebijaksanaan pemimpin negara dalam menangani masalah yang dihadapi harus dipuji.
Contohnya isu konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia yang menjadi titik hitam dalam sejarah
negara dan juga isu-isu tuntutan bertindih yang seringkali menjejaskan hubungan luar Malaysia
seperti isu Pulau Sipadan dan Ligitan serta Pulau Batu Putih. Namun hasil kebijaksanaan
pemimpin Malaysia, masalah tersebut telah dapat diatasi dengan baik oleh kedua-dua pihak
hasil pemahaman dari segi konsep hubungan luar demi menjaga kepentingan negara dan
rakyat.

Tugasan kerja kursus ini turut membantu mengeratkan hubungan persaudaraan antara
pelajar dan pensyarah melalui sesi kolaborasi yang dijalankan sepanjang proses mendapatkan
maklumat dan menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Secara tidak langsung, saya telah belajar
untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah.
Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya
peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan
tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Melalui interaksi antara
rakan-rakan sekelas, saya dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi
terutamanya dari segi komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal walaupun
terdapat perbezaan antara satu sama lain.

46
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat kerjasama
amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman saya melakukan kerja
kursus berkumpulan ini, saya mendapati proses menyiapkan tugasan menjadi cepat dan mudah
sekiranya setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain. Kami berjaya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dalam masa yang ringkas melalui perbincangan dengan ahli kumpulan.
Walaupun, kadang-kadang saya dan rakan bercanggah pendapat antara satu sama lain, tetapi,
kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Malahan, saya merasakan melalui percanggahan
pendapat tersebut, kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi lebih
matang dalam melakukan sesuatu dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan yang
sedia ada dan mutu tugasan yang dihasilkan. Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi
banyak kebaikan kepada diri saya. Bukan sahaja dapat menambah pengetahuan, tetapi juga
dapat menguji kecekapan dan kesabaran saya.

47
NAMA:MUHAMMAD ASYRAF SAFWAN BIN AHMAD ZUKRI

NO K/P:940627-08-6283

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat llahi kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya
kerja kursus bagi subjek Hubungan Antarabangsa dapat disiapkan dengan jayanya mengikut
jadual yang telah ditetapkan. Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya telah mendapat
banyak pegalaman dan pengajaran yang bernilai. Antaranya ialah ketika mencari sumber di
perpustakaan Negara dan Perpustakaan Negeri. Saya dan rakan setugas telah berhempas
pulas, bertungkus-lumus, memerah keringat mencari buku-buku dan jurnal di Perpustakaan
Negara dan Perpustakaan Negeri kerana terdapat pelbagai buku di situ. Walaupun terdapat
banyak buku, namun isi yang kami kehendaki amatlah sedikit. Jadi, saya terpaksa
menggunakan buku yang banyak untuk mengumpul sumber. Oleh itu, jutaan terima kasih saya
tujukan kepada pensyarah Encik Zurihan Bin Yusoff kerana disebabkan tugasan yang diberi
beliau, saya dapat menjelajah Kuala Lumpur dan meneroka perpustakaan Negeri Kedah buat
pertama kalinya.

Dalam melakukan sesuatu, pasti terdapat masalah yang menimpa. Begitu juga dengan
saya. Semasa melakukan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai rintangan dan
cabaran. Antaranya ialah kekangan masa. Hal ini kerana pada masa yang sama, terdapat
banyak lagi kerja kursus yang perlu disiapkan. Dengan ini, ia telah mendidik saya supaya
menjadi lebih berdisiplin terutamanya berkaitan dengan pengurusan waktu. Selain itu, bukan
mudah juga untuk mencari sumber. Hal ini kerana walaupun terdapat banyak sumber yang
boleh kita dapat, tetapi kebanyakannya adalah tidak relevan. Oleh itu, saya terpaksa mengkaji
satu persatu buku-buku untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Namun bebanan tersebut dapat
dikurangkan apabila saya dibantu oleh rakan setugas, Muhd Faiz dan Louis Pulong dalam
mencari sumber. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka berdua. Selain itu, saya juga telah
menghadapi masalah kesihatan semasa melakukan kerja kursus ini. Tetapi saya mengambil
langkah segera dengan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, setelah
beberapa hari, saya semakin sembuh. Seterusnya, ada sesetengah buku dan internet
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal ini kerana saya kurang
memahami perkataan dalam bahasa Inggeris. Namun, dengan bantuan Google Translate,
segala masalah dapat diatasi dengan jayanya.

48
Berdasarkan tugasan yang diberikan, terdapat pelbagai nilai moral dan pengajaran yang
boleh kita ambil dan amalkan. Antaranya ialah kita mestilah bekerjasama antara satu sama lain
dalam melakukan tugasan seperti yang dilakukan oleh saya dan rakan setugas. Selain itu, kita
juga mestilah menumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukan bagi menghasilkan
tugasan yang sempurna. Seterusnya, kita juga mestilah bersikap peramah dengan masyarakat
sekeliling kerana pepatah Melayu ada mengatakan`malu bertanya sesat jalan`.Di samping itu,
kita mestilah merujuk sesuatu bahan daripada pelbagai sumber supaya dapat menghasilkan
penulisan yang holistik dan sempurna tanpa diragui oleh sesiapa. Seterusnya, kita juga
janganlah melakukan sesuatu tugasan di saat-saat akhir kerana ia akan menyusahkan dan
membebankan kita. Berdasarkan tugasan ini juga, pengetahuan saya terhadap subjek
Hubungan Antarabangsa semakin bertambah dan mendalam, terutamanya dari segi isu-isu
serantau yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam hal-hal serantau seperti ASA,
MAPHILINDO dan ASEAN. Bukan itu sahaja, ilmu saya terhadap isu-isu bertindih yang
kerapkali menjejaskan hubungan luar Malaysia seperti Isu Pulau Batu Putih, dan Isu Pulau
Sipadan dan Ligitan..

Saya dapat merasakan ilmu saya terhadap Hubungan Antarabangs ini semakin
bertambah terutamanya berkaitan dengan soalan yang saya buat. Hal ini kerana sebelum
membuat tugasan, saya dan rakan-rakan setugas yang terdiri daripada Muhd Faiz dan Louis
Pulong telah membahagi-bahagikan soalan tugasan. Saya mendapat soalan isu-isu serantau
yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam hal-hal serantau dan isu-isu bertindih manakala
Muhd Faiz mendapat soalan kaedah-kaedah menangani konfrontasi Malaysia-Indonesai. Louis
Pulong pula mendapat soalan asas dasar luar Tanah Melayu (Malaysia) pada awal
kemerdekaan dengan mengemukakan bukti-bukti dasar luar yang pro-British dan
peruubahannya pada zaman Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Setelah membat kerja kursus, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang
isu-isu serantau yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam hal-hal serantau seperti ASA,
MAPHILINDO dan ASEAN. Hal ini kerana sebelum ini, saya hanya mengetahui pertubuhan-
pertubuhan yang disertai Malaysia tetapi tidak mngetahui dengan lebih mendalam tentang
peranan yang dimainkan oleh Malaysia sehingga tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan ini. Dari
sini, baru saya tahun bahawa kebimbangan Y.T.M Tunku Abdul Rahman terhdap pergolakan di
Laos yang dipengaruhi oleh komunis telah menyebabkan beliau berusaha untuk mencari jalan
untuk mewujudkan satu pertubuhan yang mempunyai kerjasama ekkonomi dan sosial

49
sehinggalah tertubuhnya Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA). Selain itu,
penentanagan Filipina dan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia telah menyebabkan
tertubuhnya MAPHILINDO yang terdiri daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan
Indonesia. Bukan itu sahaja, setelah MAPHILINDO dibubarkan akibat konfrontasi, telah berlaku
senario politik negara-negara kawasan serantau yang mana mengalami satu fasa baru apabila
Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura bersepakat untuk membentu ASEAN
pada tahun 1967.

Seterusnya, saya juga turut mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu-isu
bertindih yang seringkali menjejaskan hubungan luar Malaysia. Di sini, soalan telah
menetapkan penggunaan isu Pulau Batu Putih dan Isu Pulau Sipadan dan Ligitan. Setelah
membuat soalan tugasan ini, pengetahuan saya semakin bertambah kerana sebelum ini saya
hanya mengetahui nama Pulau ini sahaja tetapi tidak mengetahui isu tersebut dengan lebih
mendalam. Namun, setelah menyiapkan soalan tugasan ini, saya telah mengetahui kronologi
isu-isu tersebut sehingga pengsudahannya yang mana pulau-pulau ini menjadi milik negara
mana. Bukan itu sahaja, saya juga turut mengetahui koordinat pulau-pualu tersebut
berdasarkan geografinya. Hal ini telah menandakan ilmu saya terhadap Hubungan
Antarabangsa semakin bertambah bermula dari 10% sehingga 70 atau 80%

Akhir sekali, perasaan saya semakin memuncak apabila tugasan kerja kursus bagi
matapelajaran Hubungan Antarabangsa dapat disiapkan dengan jayanya tanpa sebarang
tekanan.Terima kasih diucapkan kepada semua atas pertolongan yang diberikan sepanjang
menjalankan tugasan kerja kursus ini. Segala pertolongan dan pendapat yang diberi akan saya
gunakan sebaik mungkin. Saya dan rakan setugas berharap kerja kursus yang dihasilkan oleh
kami bertiga memenuhi kehendak-kehendak soalan yang diberikan oleh pensyarah. Jasa yang
diberi akan saya kenang selamanya.

Sekian,terima kasih.

50
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR :LOUIS PULONG

:MUHAMMAD FAIZ HATIM BIN RAHIM

:MUHAMMAD ASYRAF SAFWAN BIN AHMAD ZUKRI

KELAS : PPISMP 3A

SEMESTAR/PERINGKAT : SEMESTER 3 (PPISMP)

MATA PELAJARAN : HUBUNGAN ANTARABANGSA

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK ZURIHAN BIN YUSOFF

BIL PERKARA TARIKH TANDA TANGAN

1 Pensyarah memberi tugasan dan 15 Julai 2013


memberi taklimat tentang tugasan

2 Membahagikan tugasan antara ahli 17 Julai 2013


Kumpulan
25 Julai - 22 Ogos
3 Perbincangan antara ahli kumpulan 2013
dan pelaksanaan tugasan
26 Ogos 2013
4 Penghantaran lengkap tugasan

51
JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

KELAS : PPISMP 3 A

SEMESTER : SEMESTER 3 PPISMP

MATA PELAJARAN :HUBUNGAN ANTARABANGSA

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK ZURIHAN BIN YUSOFF

TARIKH PERKARA YANG CATATAN


DIBINCANGKAN

15 Julai 2013 Penelitian mengenai soalan Format dan kehendak


yang diberi soalan

17 Julai 2013 Melakukan rujukan dan Merujuk web dan buku


analisa maklumat

2 Ogos 2013 Menyediakan rangka Menyusun isi mengikut


laporan kehendak soalan

15 Ogos 2013 Menaip tugasan Menyiapkan tugasan


dengan selengkapnya

26 Ogos 2013 Penghantaran lengkap Folio dihantar dan sedia


tugasan untuk disemak dan diberi
markah

52
RUJUKAN

Andaya, B & Andaya, L. (2001). A History Of Malaysia. Honolulu: University Of Hawaii Press.

Asnarulkhadi Abu Seman dan Jayun A Jawan (ed). (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Aziz Zariza Ahmad. (1998). Dr Mahathir Mohammad Fasa Kedua. Selangor: Eagle Trading sdn.
Bhd.

Faridah Jaafar. (2005). Tun Dr.Mahathir Dan Dasar Luar Malaysia 1981-2003. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Indonesia-Malaysia dalam perebutan Pulau Ligitan-Sipadan. (2009, June 12). Retrieved from
D7 BLO9: http://bryantobing01.blog.com/indonesia-malaysia-dalam-perebutan-pulau-
sipadan-dan-ligitan/

International Law Book services. (2011). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: Golden
Books Centre Sdn, Bhd.

Keputusan ICJ Jadi Iktibar Isu Tuntutan Kedaulatan Wilayah Negara. (2008, November 14).
Retrieved from ISU PULAU BATU PUTEH: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&id=1398:isu-pulau-batu-puteh

M. Rajendran. (1993). Mahathir Mohammad (Prime Minister Of Malaysia). Petaling Jaya,


Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.

Mahdi Shuid dan Sazlina Othman. (2005). Pra-U Sejarah Asia STPM. Balakong, Selangor:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mokhtar A. Kadir. (1991). Keamanan Sejagat (Peranan Malaysia Dalam Politik Antarabangsa).
Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn.Bhd.

Nik Anuar Nik Mahmud. (2009). Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Bangi, Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

53
Nisah Haji Haron. (2010, October 9). Siri Undang-undang 1 : Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Retrieved from Arkib untuk Kategori Pulau Batu Puteh:
http://nisahharon.wordpress.com/category/pulau-batu-puteh/

NOOR AZAM SHAIRI. (2002, June 04). Indonesia mula hujah tuntutan hak Pulau Sipadan,
Ligitan. Retrieved from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2002&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_06.htm&arc=hiv
e

Rusdi Omar & Mas Juliana Mukhtaruddin. (n.d.). Dasar Luar Malaysia Era Dato Seri Mohd
Najib Tun Razak: Keutamaan Dalam Aspek Hubungan Dua Hala. Retrieved from
Political Managements and Policies in Malaysia: http://repo.uum.edu.my/3173/1/S9.pdf

Yusof Ismail. (2008). Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar
Sdn. Bhd.

54

You might also like