You are on page 1of 6

Pelajar bekerjasama mendirikan alat gps di tapak amali.

MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ZULKAFLI


16DGU15F1019
Assalamualaikum w.b.t. Tajuk amali yang saya ingin komenkan
ialah amali ujian Rangkaian GPS. Ujian ini dilakukan seccara
berkumpulan. Untuk melakukan amali ini, kami dibahagikan
kepada 3 kumplan kerana terdapat masalah kekurangan alat
GPS yang ada di makmal ukur. Objektif ujian amali ini bertujuan
untuk memastikan operasi peralatan GPS ini bagi menentukan
ketetapan yang tinggi koordinat relatif.

Tempoh untuk melakukan ujian amali ini hanya mengambil


masa sehari sahaja. Pensyarah kami telah menetapkan 3
stesen GPS di setiap titik yang telah ditetapkan. Stesen
pertama adalah di simpang jalan masuk ke pusat islam.
Seterusnya lokasi stesen kedua pula di persimpangan jalan
keluar pintu depan politeknik berdekatan dgn pondok
pengawal.

Kumpulan saya telah mendapat stesen pertama iaitu di


persimpangan jalan pusat islam. Tugasan ini dilakukan selama
1 jam untuk satu base. Memandangkan setiap kumpulan
mempunyai satu alat gps, setiap alat GPS akan dijadikan base
selepas selesai 1 jam untuk satu alat. Stesen 1 dijadikan
sebagai base sementara stesen 2 dan 3 dijadikan sebagai
receiver(penerima). Setiap sesi mengambil masa selama 1 jam.
Selepas 1 jam, stesen yang berikutnya pula iaitu stesen 2,
dijadikan pula sebagai base manakala stesen 1 dan 3 sebagai
receiver(penerima). Untuk 1 jam yang seterusnya, stesen 3
dijadikan sebagai base manakala stesen 1 dan 2 sebagai
receiver(penerima).

Pada jam pertama, terdapat beberapa kesilapan pada stesen


kedua di mana mereka tidak mendapat controller untuk
mengendalikan alat. Jadi, kami terpaksa membuat semula pada
jam seterusnya pada awal. Daripada kecuaian kami di situ,
kami menggunakan satu controller sahaja untuk membuat
tetapan pada controller. Untuk tetapan pada setiap stesen,
seorang dari ahli kumpulan saya bergerak ke setiap stesen
menggunakan bantuan motosikal.

Akhir sekali, ujian amali Rangkaian GPS ini berlangsung selama


4 jam dan ianya selesai pada jam 3 petang.
MOHD FATHI BIN SHARIFF 16DGU15F1018
Assalamualaikum w.b.t. Pada hari ini saya ingin komenkan
amali yang telah saya serta rakan-rakan saya telah buat. Tajuk
amali yang telah dibuat ialah Rangkaian GPS. Amali ini telah
dilakukan secara berkumpulan. Untuk melakukan amali ini,
kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kerana kekurangan
alat GPS. Objektif ujian amali ini dilakukan bertujuan untuk
memastikan operasi peralatan GPS ini menentukan ketetapan
tinggi koordinat relatif.

Kami diberi masa selama satu hari untuk amali kali ini.
Pensyarah kami telah menetapkan lokasi untuk kumpulan
masing-masing. Kumpulan pertama di persimpangan pusat
Islam, kumpulan kedua di pintu pagar belakang politeknik dan
yang terakhir adalah di pintu pagar depan politeknik.

Kumpulan saya ialah kumpulan yang pertama dimana saya


telah ditempatkan di persimpangan pusat Islam. Tugasan ini di
lakukan selama 1 jam pada setiap kumpulan. Kumpulan
pertama akan dijadikan base manakala dua lagi kumpulan akan
menjadi receiver(penerima). Kesemua alat akan dijadikan base
tetapi ikut pada masa contohnya, pada 1 jam pertama
kumpulan 1 akan menjadi base dan kumpulan 2 dan kumpulan
3 akan menjadi penerima. Selepas 1 jam pertama, kumpulan 2
pula yang akan menjadi base manakala kumpulan 1 dan
kumpulan 3 akan menjadi penerima. Lepas 2 jam, kumpulan 3
pula akan menjadi base dan kumpulan 1 dan kumpulan 2 akan
menjadi penerima.
Selepas selesai 1 jam pertama,kami baru dapat berita tentang
stesen 2 terdapat kesilapan di mana mereka tidak mendapat
controller untuk mengedalikan alat. Jadi kami perlu mengulangi
sekali lagi. Daripada kesilapan yang telah kami lakukan, kami
hanya menggunakan satu controller sahaja untuk membuat
tetapan pada controller. Untuk tetapan pada setiap stesen,
seorang dari ahli kumpulan kami bergerak pada setiap stesen
untuk bantu mereka dengan menggunakan motosikal.

Akhir sekali, ujian amali ini telah disiapkan selama 4 jam dan
selesai pada jam 3 petang. Hasil kerjasama yang telah
dilakukan oleh semua rakan-rakan sangat membantu. Terima
kasih juga kepada pensyarah yang memberi tunjuk ajar kepada
kami.
Equipment

NO. TOOLS QUANTITY


1 GPS 3
2 Tripod 3
3 Remote 1

TRIPOD Remote
GPS

You might also like