You are on page 1of 3

SJK (C) PERTING,

KG. PERTING, 28700 BENTONG,


PAHANG.

KERTAS KERJA
PROJEK MENGHIASKAN PAPAN KENYATAAN

TEMPAT:
PAPAN KENYATAAN SUDUT PPDa, PAPAN KENYATAAN
PEJABAT, PAPAN KENYATAAN KANTIN

TARIKH:
13 28 FEBRUARI 2017

ANJURAN:
CIK. LOW GAH YEE
CIK. LIM HUI HUAN

dengan kerjasama

SJK(C) PERTING,
KG. PERTING, 28700 BENTONG,
PAHANG.

1.0 Pendahuluan
Di SJK(C) Perting, terdapat beberapa papan kenyataan yang terbiar. Oleh itu, pihak
sekolah berhasrat untuk mengubahsuai dan menghiaskan papan kenyataan yang terdapat
di sekitar kawasan sekolah dengan cantik supaya dapat menarik perhatian untuk menjadi
tempat yang boleh memberikan murid-murid informasi. Justeru itu, papan kenyataan akan
memberi ilmu kepada murid-murid secara tidak langsung. Papan kenyataan di dalam
kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahan-bahan yang menarik dan dapat menarik
perhatian murid-murid walaupun hanya membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada papan kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk
meningkatkan mutu pelajaran mereka. Ini adalah kerana pembelajaran secara tidak
langsung di luar kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada pembelajaran formal di
dalam kelas. Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi minat
murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka ketahui. Mereka
berkemungkinan akan berasa bosan dengan situasi yang sama sahaja di dalam kelas.

2.0 OBJEKTIF

Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Perting,
Bentong dapat:
1. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.
2. Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.
3. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan dadah dan jenayah.
(Papan Kenyataan PPDa)
4. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat terkini
kepada murid-murid.
5. Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.

3.0 Matlamat

Projek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk membantu murid-murid


mendapatkan malkumat terkini dan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah secara santai
dengan tanpa pengwasan guru terutamanya tentang pengetahuna pengecahan dadah.
Mereka tidak lagi akan membuang masa dengan berbual-bual kosong ketika waktu terluang.

4.0 SASARAN
Semua warga sekolah

5.0 TARIKH
13 28 FEBRUARI 2017

6.0 MASA
Sepanjang sesi persekolahan.

7.0 TEMPAT
a) Papan kenyataan pejabat.
b) Papan kenyataan sudut PPDa
c) Papan kenyataan kantin

8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada warga sekolah
mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di sekolah agar ia dapat
memanfaatkan masa lapang para pelajar sambil memberikan maklumat dan pengetahuan
yang berfaedah kepada mereka.

Disediakan oleh,
Disahkan oleh,

_____________&______________
______________________
(LIM HUI HUAN & LOW GAH YEE)
(PN TONG KUN SIK)
GURU PELATIH
GURU BESAR,
IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN
SJK (C) PERTING, BENTONG.

You might also like