You are on page 1of 13

SMK ANJUNG BATU, MERSING

PENILAIAN KURIKULUM 1/2017


TINGKATAN 3
(1 JAM)

NAMA: TING. :

ARAHAN: Jawab semua soalan.

1 Apakah fungsi jantung ?


A Mengepam darah melalui sistem otot badan
B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan
D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik

2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah


beroksigen ke otot-
otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot. Sistem kardiovaskular terdiri
daripada
A ginjal, perut dan jantung
B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena

3 Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya


A dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan
B tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung
C menggunakan tenaga yang maksimun ketika melakukan larian 1500 meter
D mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum
tanpa berasa letih
dan lesu

4 Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya


A larian pecut
B bangkit tubi
C kilas pinggang
1
D lompat tali untuk jantung
5 Semasa aktiviti mengira nadi dilakukan, jari yang mesti digunakan ialah
A jari hantu dan jari manis
B ibu jari dan jari telunjuk
C jari telunjuk dan jari hantu
D ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu

6 Aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan dikenali
sebagai
A latihan jeda
B latihan litar
C latihan fartlek
D latihan daya tahan otot

7 Aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain dikenali
sebagai
A latihan jeda
B latihan litar
C latihan fartlek
D latihan daya tahan otot

8 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?


A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
maksimun
B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
minimum
C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
maksimun
D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
minimum

9 Berikut merupakan bukan faedah yang diperolehi daripada latihan kecergasan


A berasa sihat

2
B kelihatan menarik
C mengurangkan waktu pembelajaran
D menikmati kehidupan yang sempurna

10 Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?
A Kepantasan
B Kelenturan
C Kekuatan otot
D Kepantasan Daya tahan kardiovaskular

11 Prinsip utama dalam pencegahan kecederaan sukan ialah


A pemeriksaan kesihatan
B mamatuhi peraturan keselamatan
C memanas dan menyejukkan badan
D melakukan latihan secara ansur maju

12 Dalam Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) aktiviti larian 1500 meter bertujuan menguji
A kuasa
B kekuatan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

13 Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji


A kelenturan
B imbangan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

14 Latihan ini mengandungi beberapa aktiviti yang berbeza di setiap stesen. Masa
untuk melakukan
senaman di setiap stesen ditetapkan. Latihan itu ialah
A latihan jeda
3
B latihan litar
C latihan bebanan
D latihan fartlek

15 Selepas melakukan sesuatu aktiviti atlet perlu


A merehatkan badan
B memanaskan badan
C menyejukkan badan
D meregangkan badan

16 Berlaku hipertrofi kardiak hasil dari penebalan dinding ventrikel kiri. Adaptasi
fisiologi di atas berupaya
A melambatkan kadar nadi pemulihan
B menurunkan kapilarisasi di otot-otot
C meningkatkan (KNR) kadar nadi rehat
D meningkatkan kadar pengepaman darah beroksigen

17 Permainan bola tampar boleh dijalankan menggunakan gelanggang


A luar dewan sahaja
B atas rumput sahaja
C dalam dewan sahaja
D dalam dan luar dewan

18 Lantai permukaan gelanggang bola tampar mesti diperbuat daripada


A Pasir sahaja
B Simen sahaja
C Bahan sintetik
D Simen dan bahan sintetik

19 Jaring bola tampar akan diikat pada dua batang tiang yang berbentuk
A silinder
B tiga segi

4
C empat segi tepat
D empat segi sama

20 Bola tampar mestilah berbentuk


A bulat
B sfera
C lonjong
D lonjong dan sfera

21 Menyangga amat penting dalam bola tampar untuk


A mengawal bola
B mematikan bola
C melakukan rejaman
D menghantar bola kepada lawan

22 Pergerakan berguling dan berpusing dalam gimnastik artistik tergolong dalam


kemahiran pola pergerakan
A Pendaratan
B Hamburan
C Statik gerak edar
D Ayunan dan putaran

23 Teknik pada kemahiran putaran roda ialah


I Berdiri tegak tangan lurus
II Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu ke
sisi arah
pergerakan
III Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat lurus
diikuti kaki
mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan. Kangkangkan kaki.
IV Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam
kedudukan lunge.

5
A I dan II
B I , II dan III
C I , III dan I
D I , II , III dan IV

24 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan secara berlebihan?


I Ketinggian
II Berat badan
III Masa makan
IV Saiz dan jenis hidangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

25 Penyakit obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit serius seperti


A skurvi
B kanser
C rabun malam
D penyakit jantung koronari

26 Antara keburukan seks sebelum kahwin ialah


I mendapat pasangan
II mendapat penyakit kronik
III menjatuhkan maruah keluarga
IV mengandung anak luar nikah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

6
27 Berikut yang manakah bukan kesan daripada amalan pemakanan yang berlebihan?
A Strok
B Kanser
C Diabetes
D Hipertensi

28 Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah obesiti adalah seperti berikut


I amalkan cara hidup aktif
II amalkan pemakanan seimbang
III amalkan makan satu jenis makanan dan snek
IV amalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang

A I,II dan III


B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

29 Selain daripada peningkatan penyakit yang serius, obesiti juga menyebabkan


A menghasilkan banyak tenaga
B meningkatkan kecergasan fizikal
C menghalang peningkatan kecederaan
D menghadkan keupayaan dalam aktiviti fizikal

30 Berikut yang manakah bukan cara-cara mengurangkan berat badan


A Mengamalkan cara hidup aktif
B Menetapkan matlamat untuk mengurangkan berat badan
C Menentukan pengambilan karbohidrat dan lemak yang tinggi
D Mengamalkan senaman tiga kali seminggu selama 20-30 minit

7
31 Ciri-ciri umum individu yang mempunyai masalah makan berlebihan pada tahap
yang serius adalah seperti berikut
I makan mengikut jadual
II makan sehingga tersangat kenyang
III makan dengan kadar lebih cepat daripada biasa
IV makan dengan banyak walaupun tidak berasa lapar

A I,II dan III


B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

32 Pengambilan gula dalam makanan boleh dikurangkan dengan cara berikut


I gunakan pemanis tiruan dalam pemakanan
II minum air kosong berbanding minuman manis
III makan buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang ditinkan
IV gantikan gula dengan rempah ratus untuk menambahkan rasa semulajadi dalam
masakan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

33 Apakah yang dikatakan makanan seimbang?


A Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan vitamin
B Makanan mengandungi protein, karbohidrat dan garam mineral
C Makanan mengandungi protein, lemak dan vitamin dalam kadar yang sesuai
D Makanan mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral dan lemak
dalam kadar yang sesuai

8
34 Apakah fungsi utama karbohidrat?
A Membina sel-sel baru
B Bertukar menjadi lemak
C Membekalkan tenaga pada badan
D Membebaskan gas karbondioksida

35 Seseorang yang mengamalkan tabiat merokok akan menghadapi risiko penyakit


A Jantung
B Darah tinggi
C Batu karang
D Kencing manis

36 Siapakah tonggak pembentukan keluarga?


I Ibu III Kakak
II Ayah IV Nenek

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

37 Institusi keluarga boleh dikategorikan kepada dua iaitu


A keluarga kecil dan keluarga besar
B keluarga asas dan keluarga luas
C keluarga kecil dan keluarga asas
D keluarga luas dan keluarga besar

38 Apakah maksud perkahwinan?


A Keinginan untuk hidup berpasangan
B Keinginan untuk membina keluarga bahagia

9
C Ikatan yang dipersetujui oleh pasangan masing-masing
D Ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum dan undang-
undang yang ditetapkan
39 Setiap ahli keluarga perlu berperanan dan bertanggungjawab bagi mewujudkan
keluarga bahagia.
Apakah peranan dan tanggungjawab sebagai anak?
I Meringankan beban ibubapa
II Memelihara dan menjaga ibu bapa
III Menjaga kehormatan diri dan keluarga
IV Mengurus dan menyediakan keperluan keluarga

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

40 Berikut yang manakah bukan ciri sebuah keluarga bahagia


A menghindari aktiviti berkeluarga
B mengimbangi kerjaya dan keluarga
C mengamalkan kasih sayang dan kemesraan
D mempunyai interaksi dan komunikasi efektif

41 Antara berikut yang manakah bukan langkah-langkah pencegahan dan menghindari


seks sebelum kahwin?
A Mengamalkan pergaulan bebas
B Menambahkan pengetahuan agama
C Meningkatkan ilmu mempertahankan diri
D Menambahkan pengetahuan tentang pendidikan seksualiti

42 Jumlah tenaga yang dihasilkan oleh badan manusia diukur dalam nilai kalori atau
A Gram (g)
B Kilokalori (kcal)
C Miligram (mg)
D Kilogram (kg)

10
43 Kebahagian rumah tangga boleh dikekalkan melalui
I fahami serta ikuti ajaran agama
II selesaikan masalah secara hormat
III jangan bocorkan rahsia pasangan
IV menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada isteri

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

44 Kandungan kuantiti tenaga yang terkandung dalam makanan disukat dalam unit
A joule
B kalori
C kelvin
D kilogram

45 Keperluan pengambilan makanan bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Faktor


yang
mempengaruhi pengambilan makanan adalah
I umur III aktiviti
II jantina IV saiz badan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

46 Dalam penyediaan diet harian, kita perlu memilih corak pemakanan yang baik.
Antara panduan yang
bukan dijadikan rujukan adalah
A gizi seimbang
11
B mengikut selera
C piramid makanan
D saranan Pengambilan Makanan (RDA)
47 Antara berikut adalah bukan kebaikan menggunakan piramid makanan dan RDA
sebagai panduan
pengambilan makanan adalah seperti berikut
A mengurangkan masalah malnutrisi
B dapat mengurangkan stress dan tekanan
C seseorang individu mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi
D menjadikan sesebuah negara produktif dan kos penjagaan kesihatan menurun

48 Tindakan yang mesti diambil bagi mengurangkan stres semasa peperiksaan


A persiapan yang cukup
B tersalah jadual peperiksaan
C lewat tiba di tempat peperiksaan
D tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan

49 Apakah tindakan yang tidak sepatutnya diambil dalam persediaan menghadapi


peperiksaan ?
A Sediakan jadual ulang kaji
B Tetapkan sasaran dan objektif
C Makan berlebihan untuk dapatkan tenaga
D Bincang topik yang sukar difahami dengan rakan.

50 Berikut bukan strategi pengurusan stress


A bersenam
B pengasingan diri
C pengurusan masa
D mengamalkan pemakanan seimbang

~Soalan tamat~

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

12
___________________ _______________________________ _____________________
(SABARIAH BT KADIM) (MUHAMMAD SYAFIQ BIN BASHARI) (ZAKARIA BIN MURDAN)
GURU MATA PELAJARAN KETUA PANITIA PJK GKMP SAINS
KEMASYARAKATAN

13

You might also like