You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG

SMK DEMAK BARU


24 Mac 2012
DEWAN AUDITORIUM DBKU
KUCHING.

PENGUMUMAN KETIBAAN.
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat .. diiringi oleh dif-dif
kehormat.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta
berdiri dan bersama sama menyanyikan Lagu Negaraku yang diiringi oleh kumpulan
Koir sekolah SMK Demak Baru.

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk.


Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berhormat

Yang Berhormat
Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru .

Yang Berusaha
Yang Dipertua PIBG SMK Demak Baru
En Hj Busman Bin Ramli dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Demak Baru sesi
2010/2011.

Yang Berusaha
En Rambli Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru dan barisan pentadbir

Yang Dihormati lagi dikasihi,


guru-guru, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMK Demak Baru 2012.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan
membawa makna kepada kita semua

Bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato

..ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari
ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke
arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam
bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SMK
Demak Baru sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun sahsiah pelajar .

BACAAN DOA

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Majid atas bacaan
doa itu tadi.

Hujan gerimis lebat di hulu


Haba di muara terasa nyaman
Bacaan doa sudah berlalu
Menyusul kini arena persembahan

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti
yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2011 hingga kini.
Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En
Jamaludin Juni dengan kerjasama semua warga SMK Demak Baru. Terima kasih dan tahniah
diucapkan.

PERSEMBAHAN PELAJAR PPKI

Majlis seterusnya amat istimewa kerana ianya akan dipersembahkan oleh seorang pelajar
istimewa PPKI yang cemerlang dalam PMR baru baru ini dengan mendapat keputususan 1A 6B
1C. Beliau juga merupakan juara bertahan dalam pertandigan khat dan hafazan peringkat
sekolah.Beliau juga merupakan johan dalam Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat
Negeri Sarawak.Di persilakan adik QaamarulIzat untuk menyampaikan sebuah sajak yang
bertajuk.

Terima kasih diucapkan kepada Adik Qamarul Izat atas penyampaian sajak itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berat Sama di pikul


Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.

UCAPAN ALUAN

Bukan keris tanpa ulunya


Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Rambli Hj
Hasbi , Pengetua SMK Demak Baru merangkap Penasihat PIBG SMK Demak Baru untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak
Baru. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Pergi ke kedai membeli gula


Gula di bawa berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP PIBG


Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Deamak
Baru, Yang Berusaha En Hj Busman bin Ramli untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru , En Hj Busman bin
Ramli. Terima kasih diucapkan.

UCAPAN PENAUNG PIBG


Ular lidi menyusur rotan,
Menyusur jatuh ke dalam paya
Banyak budi puan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman
Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman
Ghazali atas ucapan sebentar tadi.Sememangnya SMK Demak Baru sesungguhnya terhutang
budi dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat

UCAPAN PERASMIAN

Menjemput Dato untuk berdiri,


Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Dato ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato
bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK
Demak Baru 2012.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato .,
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato Sharifah
Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru
untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato
.Majlis mempersilakan.
.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMK Demak Baru 2012. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato. dan para
jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi
Pengetua, Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, untuk menikmati juadah yang disediakan di
Bilik Jamuan.Dipersilakan.

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..
Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,

SELEPAS KUDAPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan Auditorium untuk Mesyuarat Agong Tahunan
PIBG,SMK Demak Baru 2012.
Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru akan dipengerusikan oleh
Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru,En Hj Busman Bin Ramli. Majlis mempersilakan En
Busman untuk menyampaikan kata aluan.

UCAPAN PENASIHAT
Seterusnya majlis mempersilakan En Rambli bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru untuk
menyampaikan ucapan .Majlis mempersilakan.
(Selesai mesyuarat dan pemilihan)

CABUTAN BERTUAH

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tungguiatu acara cabutan
bertuah. Untuk itu dipersilakan En untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU.

Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk
bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku..

Sekian Terima kasih..dan jumpa lagi.

You might also like