You are on page 1of 27

Bab - 2

Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi & Kejuruteraan


Asnuurien Najma bt. Ahmad (PMM)
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

TOPIK 2

WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI &


KEJURUTERAAN

Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang


terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.

Hasil Pembelajaran :
CLO 2 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber sains,
teknologi dan kejuruteraan.
2.1 Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.
2.1.2 Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains
teknologi dan kejuruteraan.
2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith.
2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
2.2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.

34
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

TOPIK 2.0 : WAHYU SEBAGAI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


DALAM ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO2]

Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai Sumber Sains,


Teknologi dan Kejuruteraan

2.1 Memahami Wahyu Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan

2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam


Bil Aspek Bahasa Aspek Keilmuan Islam
1 Wahyu adalah apa-apa yang Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan
diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul-Nya, melalui
kepada orang pilihan-Nya perantaraan Malaikat Jibril dalam
dan ia merupakan hidayah bentuk yang bertulis [ ] atau yang
dan ilmu (yang diberi) tidak bertulis [ ] yang
secara rahsia dan mengandungi syariat bagi mengurus
tersembunyi bukan kehidupan manusia.
diperoleh melalui cara
biasa. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah memberikan
wahyu kepadamu (Wahai Muhammad)
sebagaimana Kami telah memberikan
wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi
yang diutus kemudian daripadanya dan
Kami telah memberikan wahyu kepada
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak,
Nabi Yaakub, serta nabi-nabi
keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi
Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun,
dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah
memberikan kepada Nabi Daud Kitab
Zabur (Surah an-Nisa: 163)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad),
melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang
berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui (Surah An-Nahl:43)

35
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa
semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.

2.1.2 Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam


Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam.
Definisi Al-Quran :
Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi
Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan
membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000
ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau
akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik
dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)

Bil Peranan Huraian


1 Menjelaskan Aqidah - Wahyu Allah SWT diturunkan bagi
Islam menjelaskan maksud aqidah, peranannya
dalam kehidupan, faktor-faktor naik
turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh
merosakkan akidah.
- Firman Allah SWT yang bermaksud :
- Tidakkah mereka melihat dan
memikirkan bagaimana Allah mencipta
makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian ia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)?
Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah.
- (Surah Al-Ankabut: 19)
2 Menerangkan Syariat - Wahyu yang diturunkan oleh Allah
Islam adalah sebagai menjelaskan hukum
syariat dalam sesuatu kehidupan
manusia.
- Sebagai penjelas kepada syariat manusia
dan menjadi panduan dalam
pelaksanaan tersebut.

36
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

3 Menghuraikan Akhlak - Wahyu Allah menjelaskan berkenaan


Islam dengan panduan akhlak sebagai seorang
muslim.
- Semua cara kehidupan manusia juga
terkandung dalam ayat al-Quran.
- Antara akhlak yang wajib dihayati ialah
sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
- Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini
apabila sains dan teknologi terbabas
daripada nilai-nilai amanah dan agama.
- Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah
melahirkan satu konsep baru yang dikenali
sebagai kejuruteraan genetik (genetic
engineering).
- Teknologi ini mampu memindahkan bahan
genetik yang bernama DNA dari satu spesies
ke spesies yang lain.
- Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses
ini memerlukan bantuan virus tertentu agar
DNA daripada spesies yang berbeza dapat
mengenali antara satu sama lain.
Penggunaan kuman-kuman virus ini
akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai
kuman serta penyakit baru yang mampu
membunuh manusia.
4 Menjadi panduan hidup - Dalam Al-Quran juga menjelaskan
manusia dalam panduan hidup manusia dalam
mengurus dunia mengurus sesuatu dunia.

5 Menegakkan keadilan - Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan


mengenai keadilan yang perlu
dilaksanakan dalam kehidupan.
- Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam
untuk melahirkan umat yang berakhlak.

2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains


Teknologi dan Kejuruteraan
1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi
Bil Wahyu Sumber Huraian
Bidang Sains
Teknologi &
Kejuruteraan
1 Garis panduan kepada Menggalakkan supaya mengkaji alam
saintis dalam tabii.
melaksanakan Mengajak manusia supaya menggunakan
sesuatu ujikaji akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.

37
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :-

1) Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah :


17-20

*
*

* *

Maksudnya: Mengapa mereka yang kafir masih
Mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia
diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana
ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan
gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19)
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(20) (Surah Al-Ghasiah :17-20)

2) Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19





*

Maksudnya : Tidakkah mereka melihat dan
memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-
makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan
mengembalikannya (hidup semula sesudah
matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah.

3) Firman Allah dalam Surah Ar-Rad : 3 4





*






Maksudnya : Dan Dia lah yang menjadikan
bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-
sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis
buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan
malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya
itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah

38
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)


Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang
luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang
(terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan,
Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga
melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-
tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu)
berfikir.(4)
2 Kitab yang menjadi Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan
sumber pelbagai rahmat yang dapat menjadi panduan
cabang sains / kepada pembentukan bidang-bidang dan
teknologi. cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu
dalam Islam.
Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya
:-

1) Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :






*
Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-
Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan
perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang
berpengetahuan.

2) Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11





Maksud ayat : Ia juga menumbuhkan bagi
kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman
dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta
anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi
kaum yang mahu berfikir.

3) Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat


32-33:



39
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203


*


Maksud ayat : Allah jualah yang
menciptakan langit dan bumi dan
menurunkan hujan dari langit lalu
mengeluarkan dengan air hujan itu buah-
buhan untuk menjadi makanan bagi kamu
dan Dia yang memberi kemudahan kepada
kamu menggunakan kapal-kapal untuk
belayar di laut dengan perintah-Nya juga
yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu
(mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga
yang menjadikan matahari dan bulan
sentiasa beredar untuk kepentingan
kemudahan kamu dan yang menjadikan
malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

3 Menggalakkan Memberi galakan dalam membina


pembangunan teknologi.
teknologi. Umat Islam mestilah sentiasa bersedia
dengan teknologi semasa.

Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :


1) Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat
60:









Maksud ayat : Dan sediakakanlah untuk
menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang
dapat kamu sediakan dan dari pasukan-
pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh
Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh
yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengentahuinya sedangkan Allah
mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu,
dan kamu tidak akan dianiaya.(Surah al-
Anfal:60)

40
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

2) Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya


ayat 80:




Maksud ayat : Dan Kami mengajar Nabi Daud
membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk
menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana
peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa
bersyukur?

3) Firman Allah dalam surah al-Mukminun


ayat 27:






Maksud ayat : Lalu Kami wahyukan kepadanya:
"Buatlah bahtera dengan pengawasan serta
kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami
(tentang cara membuatnya); kemudian apabila
datang hukum Kami untuk membinasakan
mereka, dan air memancut-mancut dari muka
bumi (yang menandakan kedatangan taufan),
maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari
tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan
bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu)
kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman
azab atasnya di antara mereka (disebabkan
kekufurannya); dan janganlah engkau merayu
kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu,
kerana sesungguhnya mereka akan
ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati
lemas.
4 Panduan dalam Al-Quran memberi garis panduan dan
penggunaan teknologi penggunaan teknologi bagi
membangunkan alam.
Untuk membangunkan alam mestilah
berbentuk yang tidak merosakkan dan
memusnahkan alam dan juga
memusnahkan nilai akhlak manusia.

1) Ayat al-Quran yang berkaitan adalah


dalam Surah Rum:41

41
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203




Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan
dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan
manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat).
5 Menjadikan sains Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu
teknologi dan kejadian yang diciptakan Allah
kejuruteraan berdasarkan kepada sains, teknologi dan
mencapai fakta dan kejuruteraan Islam.
bukti ke arah Membuktikan akan fakta-fakta yang
kebenaran dapat mencapai sesuatu kea rah
kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Dapat mengaitkan sains, teknologi dan
kejuruteraan dalam al-Quran dengan
fakta sains hari ini.
Mengenai Teori Ledakan Besar (The
Big Bang Teori). Ada yang percaya
kepada teori keadaan yang tidak
berubah (steady state) iaitu dunia ini
adalah seperti purbakala, tidak berubah.
Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran
dan kata-kata Allah sendiri.

Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:


1) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat
82:


Maksudnya : Sesungguhnya keadaan
kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya
sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat)
benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus
menjadi.

42
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadis

2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran


1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabii
a. Proses kejadian alam tabii.
Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara
yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.

Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabii adalah kosmos /
cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.

Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan
istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat
dikaji menerusi pengajian saintifik dan emrprikal.

Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul


alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam
serta matlamat penciptaan alam.

Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.

Dalam Al-Quran pula, alam tabii meliputi seluruh langit dan isi
kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya
serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan
bumi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:








Maksudnya ayat : Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda
kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas

43
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka
bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Daripada ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-


Nya di segenap dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya
ialah melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada
manusia bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran.
Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan
tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan
pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang
mutlak.

b. Fenomena alam tabii dalam al-Quran

Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran


Quran
Fakta Al-Quran 1) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 117
mengenai kejadian



alam

a. Alam ini Maksudnya: Allah jualah yang menciptakan langit dan
diciptakan oleh bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia
yang berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya
menciptkana berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah
dan bukan ia
terjadinya
dengan sendiri. 2) Surah Al-Furqan ayat 59






Maksudnya: Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam
masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-
Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah
akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

3) Surah Nuh ayat 15 16


*



44
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203





Maksudnya : "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan
bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit
bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan
sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu
(yang terang-benderang).
b. Alam Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua
diciptakan kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-
secara pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan,
berpasang- manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk
pasangan yang kita tidak ketahuinya.
Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-
bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai
pasangan umpamanya sel.
Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan
menjadi daging.
Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo
nucleic asid (DNA).

1) Firman Allah dalam Surah ar-Rad ayat 3:







Maksudnya : Dan Dia lah yang menjadikan bumi
terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang
(terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan
dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya
pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan
malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu
mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum
yang (mahu) berfikir.

2) Surah Az-Zukhruf ayat 12 :






Maksudnya : Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian
makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi
kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat
mengenderainya

3) Surah An-Naba ayat 8 :




Maksudnya : Dan Kami telah menciptakan kamu
berpasang-pasang?

45
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran


Quran
4) Peredaran Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya
planet bumi bergerak dalam paksinya mengikut yang telah
dalam ditetapkan oleh Allah SWT.
orbitnya Sebenanrnya, gunung-gunung juga bergerak,
mengelillingi sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya
matahari. kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas
paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan
dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak
menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.
Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil
masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak
sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5
batu sesaat atau 66,600 batu sejam.
Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan
pergerakan peluru.
Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai
peredaran alam ini antaranya :

1) Firman Allah dalam an-Naml ayat 88 :








Maksudnya : Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau
menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat
seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah
yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi
dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam
Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.

2) Firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 33


menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :




Maksudnya : Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan
malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap
satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-
masing (di angkasa lepas).
3) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 38 menjelaskan
juga mengenai peredaran alam ini.




Maksudnya : Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut
ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang
ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

46
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

5) Penciptaan Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya


langit/ da juga telah menyempurnakan penciptaan-Nya
daripada unsur-unsur dukhan (asap).
Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah
menjadikannya kuat dan kukuh.
Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan
daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan
planet.
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :



Maksudnya : Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke
arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa
asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi:
"Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan
sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami
berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"

Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita


keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa
Ira dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merentasi
langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para
malaikat menggambarkan alam ini mempunyai
tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6 menjelaskan
peristiwa ini yang bermaksud :
Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang
ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya
dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai
retak-retak sedikit pun.
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang
menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku
kepada langit apabila suhu meningkat terlalu tinggi
iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :


Pada hari ketika langit seperti luluhan perak.
6) Kejadian dan Awan memainkan peranan penting dalam proses
proses kejadian air hujan kerana awan menjadi penyebab
terjadinya kepada satu proses kondensasi (proses gas air
awan berubah menjadi cecair).
Kondensasi hanya boleh berlaku pada permukaaan
butir-butir debu, garam dan lainnya.
Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 43 yang
bermaksud:


47
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203






Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarakkan
awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian
Dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu kan
melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah
juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-
gumpalan awan seperti gunung-gunung.
7) Menjelaskan
mengenai Kejadian siang dan malam telah diterangkan dalam
wujudnya Al-Quran.
kejadian Dari pandangan mata kasar, boleh dikatakan siang
siang dan akan mendahului malam atau malam akan
malam mendahului siang tetapi dalam al-Quran menyatakan
dalam Al- siang bukan mendahului malam dan malam juga tidak
Quran mendahului siang.
Bukti dijelaskan dalam Al-Quran antaranya :

1) Dalam surah Yunus ayat 6:








Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak
menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat
untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati)
dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang
tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak
mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda
kekuasasaan) Kami.

2) Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 5 :






Maksudnya : Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada
faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan
malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan
menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya);
dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut
perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk
suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang
Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
8) Menjelaskan Menjelaskan serta menreangkan penurunan hujan
berlakunya dari langit dan diturunkan dengan kadar yang
fenomena tertentu.
hujan. 1) Surah al-Baqarah ayat 164 :

48
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203








Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada)
kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-
benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga
(pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah
matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai
jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan
awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di
antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya
itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah
kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-
Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

2) Surah az-Zukhruf ayat 11 :





Maksudnya: Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari
menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan
hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian
itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari
kubur).

49
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

9) Kejadian Matahari adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan


bumi lebih kurang 148.8 juta kilometer denan
matahari
diameternya 1.4 juta kilometer.
dan fakta Matahari adalah sebuah bintang yang sederhana dan
mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya.
mengenai
Penghasilan tenaga ini disebabkan berlakunya
matahari perlanggaran nucleus hydrogen antara satu sama lain.
Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan
matahari, iaitu koroma, kromosfera dan fotosfera.
Koroma merupakan lapisan matahari yang paling luar
mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta
darjah celcius.
Lapisan kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada
bahagian ini berlaku letupan gas panas yang
memancutkan hidrogen panas sehingga 10, 000 km.
Manakala fotosfera mempunyai suhu purata sehingga
6000 darjah.
Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-
kira 25 hari untuk melengkapi satu pusingan.
Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi
selaju 786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa
225 juta tahun untk satu revolusi.
Ayat al-Quran mengenai matahari adalah dalam surah al-
Anbiya ayat 33:



Maksudnya : Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan
malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya
beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di
angkasa lepas).

Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya


seperti mana yang digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5
yang bermaksud :
Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan
bercahaya (Dhiya) dan menerbitkan orbit (manzilah).
(Surah Yunus : 5)

2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian


manusia.
Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama
erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu disebut
sebagai pelupa.

50
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Al-Quran menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam


beberapa surah. Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :




Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya. ( Surah at-Tiin : 4)

Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah SWT
sebagai satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah
makhluk Homo Eretus seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika
Adam a.s adalah makhluk Homo Eretus sudah tentu Allah tidak
melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah
ayat 30 yang bermaksud :
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi
ini.

Bukti Dalam Al-


Fakta Dalam Al-Quran
Quran
a. Mengenai Allah menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam
penciptaan dan adalah sebaik-baik kejadian.
kejadian Adam Bukanlah berkembang dari satu bentuk kepada
a.s bentuk yang lain mengikut perederan masa seperti
dakwaan salah oleh Darwin.
Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah.
Al-Quran menjelaskan dan menggunakan beberapa
istilah tentang kejadian manusia antaranya
1. Air (al-ma) seperti dalam al-Quran srah al-Furqan
ayat 54.
2. Daripada tanah / debu (al-Turab) seperti dalam al-
Quran surah Ali Imran ayat 59, al-Hajj ayat 5 dan
Surah Fathir ayat 11.
3. Pati tanah (at-Tiin) seperti dalam Al-Quran surah
Ali Imran ayat 49, surah al-Aaraf ayat 12, Surah al-
Isra ayat 61 dan Surah al-Mukminun ayat 11.
4. Tanah liat dansebati (tin lazib) seperti dalam al-
Quran surah al-Safaat ayat 11.
5. Tanah yang keras seperti tembikar (shahshal)
seperti dalam al-Quran surah al-Hijj ayat 26, 28
dan 29, Surah al-Rahman ayat 14.
6. Tanah bumi (al-ardh) seperti dalam al-Quran surah
an-Najm ayat 32.

51
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Allah telah melantik Adam sebagai khlaifah di muka


bumi dan telah mengajar Adam a.s nama-nama benda
seluruhnya seperti yang telah dijelaskan dalam surah
al-Baqarah ayat 31.
b. Mengenai Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui
penciptaan hawa surah an-Nisa ayat 1 yang bermaksud: Hai sekalian
manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang telah
menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya
Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya
Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan
yang banyak.
c. Penciptaan Al-Quran menggunakan beberapa istilah mengenai
zuriat Adam penciptaan zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam)
antaranya :
Menciptakan kamu secara berperingkat-peringkat
seperti dalam Al-Quran surah Nuh ayat 14.
Zuriat daripada pati air yang hina (mamahin) seperti
dalam al-Quran surah as-Sajadah ayat 8 dan surah al-
Mursalat ayat 20.
Daripada titisan air yang kotor iaitu air mani (nutfah)
seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah an-Najm
ayat 46 dan surah al-Qiamah ayat 37.
Menciptakan kamu dalam perut ibu kamu dalam tiga
kegelapan (fi zulumat thalathah) seperti yang
dijelaskan dalam surah az-Zumar ayat 6.
Janin dalam perut ibu (fi butun ummuhat) seperti
yang diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.
Manusia biasa diciptakan melalui proses tertentu yang
memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita
seperti yang dijelaskan dalam surah al-Qiamah ayat 37
hingga 40 yang bermaksud : Kemudian mani itu
menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya
dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan
daripadanya sepasang, lelaki dan perempuan.
Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa pula
menghidupkan orang mati.
d. Peringkat Nutfah (Air mani)
kejadian Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan
manusia dalam berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas
al-Quran percantuman antara air mani lelaki dan perempuan.
Nutfah disebut sebanyak 12 kali dan perkataan air
mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
Antara ayat al-Qurannya adalah dalam surah al-Insan
ayat 2:




Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah aturkan cara
mencipta manusia bermulanya dari air mani yang

52
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta


Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan
melihat.
Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46 47
menjelaskan mengenainya yang bermaksud :Dan
bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan berpasang-
pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila
dipancarkan.

1) Alaqah
Perkataan bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang
tergantung, melekat atau bergantung kepada sesuatu
yang lain.
Mempunyai maksud perkataan lain iaitu suatu buku
atau ketulan darah.
Perkataan alaqah disebutkan dalam al-Quran
sebanyak lima kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5,
surah al-Qiyamah ayat 37 40, surah al-Mumin ayat
67 dan surah al-Alaq ayat 1 -3.
Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama
atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan
ini akan tertanam di dinding (qarar makin).

2) Mudghah
Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran
menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah
mukhallaqah (sempurna) dan mudghah ghair
mukhallaqah (tidak sempurna).
Peringkat ini terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga,
dan anggota-anggota lain.
Jantung juga sudah mula berdegup dan darah sudah
mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang
secukupnya.

3) Nasyatan Khalqan Akhar


Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio kepada
janin. Semua tulang janin telah terbentuk dengan
sempurna. Pada bukan ke-4, pembentukan uri menjadi
lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam
kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang telah wujud.

4) Nufkh ar-Ruh
Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan
selepas terbentuknya organ seks.

53
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian haiwan dan alam fauna


a) Labah-labah
1. Allah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah
mampu menangkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak
setengah meter lebih.
2. Teknik yang digunakan oleh labah-labah adalah menggunakan daya tekan
hidrolik yang terdapat pada 8 kakinya.
3. Pada akhir penyerangan, labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan
memakan dengan taringnya.
4. Secara alaminya, labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata
tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian
menggunakan kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan.

b) Lebah
1. Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 :


Maksudnya : Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau
membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

2. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk


yang amat baik dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum
ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat itu dalam
mengendalikan tempat penyimpanan makanannya.
3. Lebah adalah seekor binantang yang amat patuh pada perintah Allah
apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-
pokok kayu, maka lebah taat pada perintah Allah.
4. Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang
mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu
dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka akan
bertemu di tengah.
5. Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk
manusia dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu:

54
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203






Maksudnya : Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan
Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu)
akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan
warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai
penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

c) Fakta mengenai fauna


1. Dalam al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-Anam ayat 95 :






Maksudnya : Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan)
butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang
hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang
sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu
dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan
sekutu-Nya)?

2. Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :


a. Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya.
b. Sebagai bahan makanan.
c. Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari.
d. Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir.
e. Sebagai hasil pendapatan manusia.
f. Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
g. Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas
karbon dioksida daripada atmosfera.
h. Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.

55
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith


1) Pengertian Al-Hadith / As-Sunnah
- Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada
dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang
boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara.

- Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :-

1) As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) hadith-hadith yang dituturkan


sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa
yang bermaksud :
Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam.

2) As-Sunnah Filiyyah perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh


Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini
bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai
Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:
Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang.

3) As-Sunnah Taqririyyah suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda


SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar
sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau
di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh
sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas
menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai
contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk
berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.

2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian


manusia dalam al-Hadith
a) Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian
manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

56
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Masud r.a katanya : telah
menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi
dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala
tndakannya); sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya
dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal
darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti
yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu
ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu
rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi
Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya
dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya
ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka
masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya
dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atsnya ketentuan
tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka
masuklah ia ke dalamnya.

57
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Aktiviti yang dicadangkan

1. Pelajar dikehendaki mencari fakta-fakta dari al-Quran dan al-Hadith


mengenai bukti-bukti sains, teknologi dan kejuruteraan yang terdapat dalam
sumber-sumber yang lain.

2. Pelajar diminta untuk menjelaskan dan menghuraikan dalam bentuk


pembentangan atau pun dalam bentuk projek yang boleh dikaitkan dengan
topik dan tajuk pada bab yang akan datang iaitu bab 3 dan bab 4.

3. Fakta-fakta berkenaan sains dan teknologi dalam Islam serta buktinya secara
emprikal boleh dijadikan sebagai bahan dan tugasan pelajar. Kaedah Library
Base Learning (LBL)

4. Pensyarah juga boleh mencadangkan kepada para pelajar untuk mencari


sesuatu ciptaan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dan kaitkan
dengan sumber-sumber dan fakta dari al-Quran dan al-Hadith kemudian
dibentangkan di hadapan rakan-rakannya di kelas. Kaedah Libaray Base
Learning (LBL) dan Project Base Learning (PBL)

5. Pelajar juga dicadangkan agar menonton video yang berkaitan dengan sains,
teknologi dan kejuruteraan Islam sekurang-kurangnya 5 video yang
berkaitan dalam kumpulan sekurangnya 3 orang sekumpulan dan
bentangkan di hadapan kelas mengenai hasil dapatan mereka.

58
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam AA203

Bibliografi

Abdullah Basmeih. (2001) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Rumi), Kuala Lumpur :


Darul Fikir
Ab. Aziz Ismail. (2008). Beberapa Aspek Sauns dan Teknologi Dalam Islam, UiTM,
Shah Alam: Penerbitan Universiti (UPENA)
Hairudin Harun (2007). Cetakan Ke-3. Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam
Peranan Dan Proses Penyerapan Sains Asing Dalam Pembentukan
Sains Islam Klasikal. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Kamarudin Abu Taib. (t.t). Teknologi dan Kejuruteraan. UKM, Bangi : Pengajian
Umum.
Mahyudin Hj Yahya. (1984). Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya, Kuala
Lumpur : Penerbit Saujana.
Shahril Mohamad Zin (Penyunting), (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam
Sains dan Teknologi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Nordin, (2005) Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur :
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Noordin. (1993). Sains, Falsafah dan Islam, UKM, Bangi : Pusat Pengajian
Umum.
____________. (t.t). Al-Quran dan Sains. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
____________. (t.t). Biologi. UKM, Bangi : Pusat Pengajian Umum.
Zulekha Yusoff dan Asmak Hj. Ali, (2011) Cetakan ke-3. Ikhtisar Sains dan
Teknologi Dalam Islam. UiTM, Shah Alam : Penerbitan Universiti (UPENA).

59

You might also like