You are on page 1of 1

JALAN KE PUNCAK ( BAB 15)

Kini, nama Laiman sudah menjadi sebutan orang kampung kerana


kejayaannya sebagai usahawan muda. Pak Kiassim turut berasa bangga dengan
kejayaan Laiman. Kejayaan anaknya merupakan suatu kejayaan bermakna yang
harus dicontohi oleh anak-anak muda, bukan sahaja yang masih menganggur tetapi
juga para pemegang ijazah dalam perlbagai jurusan. Pak Kiassim menyedari
bahawa Laiman mempunyai wawasan tersendiri. Laiman berasa senag hati kerana
orang kampung sudah mula menhargai segala usahanya. Laiman memberikan
tunjuk ajar kepada Kedek dan Muali. Orang kampung amat mengenali Laiman yang
mendapat kepujian dalam jurusan kejuruteraan, tetapi berjaya menjadi usahawan
muda yang berjaya.

Laiman mendapat tahu bahawa Soniah akan berpindah ke Kota Kinabalu


untuk membantu mengurus syarikat bapa saudaranya. Laiman amat berharap
Soniah datang, kerana dia merindui gadis itu. Ketika dia sedang termenung
membayangkan Soniah, Milan datang. Milan membawa surat daripada jabatan
pertanian. Laiman membuka surat itu. Laiman terkejut kerana surat itu menyatakan
bahawa projek ikan air tawar yang sedang diusahakannya akan dijadikan projek
contoh di daerah Kusilad. Mereka berasa amat gembira. Menurut pihak jabatan, ada
kemungkinan projek itu akan menjadi projek terbesar di Sabah. Apabila Milan
beredar ke warungnya, Laiman buat sekian kalinya teringat akan Soniah.

You might also like