You are on page 1of 1

Penghargaan

Selamat sejahtera, salam Satu Malaysia dan salam Perak Aman Jaya. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang dihormati, Encik Meor
Shaharuddin Bin Hashim kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk membuat kerja
kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak bagi semester ini. Saya juga ingin merakamkan
ribuan terima kasih atas bimbingan dan pengajaran yang beliau telah memberi kepada saya.
Segala bimbingan beliau telah banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan projek ini.

Seterusnya, tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang saling bantu-membantu dan memberi kerjasama yang secukupnya sepanjang perjalanan
kerja kursus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan unit lain saya yang telah
membantu saya dalam pencarian dan perkongsian maklumat.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya sepanjang tempoh membuat tugasan projek, saya juga mengucapkan jutaan
terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Tuhan.

Akhirnya sekali, saya juga amat menghargai jasa-jasa staf perpustakaan yang peramah
dan telah banyak membantu dan menunjuk ajar tentang cara mencari buku rujukan di
perpustakaan bagi mendapatkan maklumat mengenai Teori Holland dan Ujian Inventori SDS.

Sekian,Terima Kasih.

You might also like