You are on page 1of 5

Pembelajaran Berasaskan Elekronik dan Laman Web KPT 6044

TUGASAN 1: ULASAN JURNAL

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan


Guru Sekolah Bestari

Rosnaini Mahmud, *Mohd Arif Hj.Ismail & **Jalalludin Ibrahim


Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
*Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
**Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Pengenalan

Terdapat tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(2001) yang menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian
ICT secara komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini memberi tumpuan
kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulum
dan pengupaya pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan
ICT. Matlamat dasar ini ialah membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensi teknologi.
Projek Sekolah Bestari telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini. Dalam projek ini,
sekolah dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan ICT khusus bagi kegunaan
guru dan pelajar agar mereka menguasai kemahiran serta cekap mengguna ICT
terutamanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kemahiran asas serta pengintegrasian
ICT dalam kalangan guru sekolah bestari. Kajian ini melibatkan 197 orang responden
yang terdiri daripada guru sekolah bestari kategori asrama penuh. Reka bentuk kajian
ialah reka bentuk kajian tinjauan. Penyelidik mengumpul data dengan menggunakan
soal selidik dan data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 15.0. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati guru
mempunyai kemahiran ICT pada tahap tinggi. Pengoperasian asas komputer serta
penggunaan pemprosesan perkataan didapati sudah menjadi satu budaya dalam
kalangan guru yang dikaji.

Disediakan oleh: Noraini Binti Ibrahim (M20112001119) 1


Pembelajaran Berasaskan Elekronik dan Laman Web KPT 6044

Pernyataan Masalah

Pelajar pada masa kini perlu kepada kemahiran yang boleh diaplikasi di luar bilik
darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan. Mereka ini sangat berminat
menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran di sekolah menarik dan
mencabar (Tappscott, 2003). Bagi tujuan tersebut, guru seharusnya mempunyai
kemahiran ICT yang cukup bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Guru
sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan
boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.

Persoalan

Persoalan dalam kajian ini ialah sejauh manakah penguasaan guru sekolah bestari
terhadap kemahiran asas ICT dan adakah mereka mengguna ICT untuk tujuan
pengajaran di bilik darjah?

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada dua objektif. Objektif yang pertama
ialah mengenal pasti tahap kemahiran asas ICT dalam kalangan guru. Objektif yang
kedua ialah menentukan tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Kaedah Kajian

Kaedah tinjauan deskriptif telah digunakan untuk kajian ini. Data diperoleh dengan
menggunakan soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian yang diubahsuai
daripada Juanna Risah (2003) dan Hanapi (2003). Bahagia A terdiri meliputi aspek
jantina, pengalaman mengajar, subjek pengkhususan dan pengalaman menghadiri
kursus atau latihan ICT. Bahagian B mengukur tahap kemahiran asas ICT guru
berdasarkan lima jenis aplikasi ICT iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan
perkataan (Word), persembahan elektronik (Power Point), hamparan elektronik
(Excel) dan Internet. Bahagian C terdiri mengukur penggunaan aplikasi ICT bagi

Disediakan oleh: Noraini Binti Ibrahim (M20112001119) 2


Pembelajaran Berasaskan Elekronik dan Laman Web KPT 6044

tujuan pengajaran dan pembelajaran. Skala Likert empat mata telah digunakan bagi
mengukur setiap item.

Kesahan muka dan isi kandungan soal selidik telah diperoleh daripada tiga orang
panel pakar iaitu seorang pensyarah kanan dalam bidang Teknologi Pendidikan, dari
Universiti Putra Malaysia dan dua orang pegawai dari Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebolehpercayaan soal selidik telah
diperoleh berdasarkan kajian rintis yang melibatkan 36 orang guru yang telah dipilih
secara rawak dari sebuah sekolah bestari kategori berasrama penuh yang lain. Hasil
kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan bagi tahap kemahiran ICT ialah .91 dan
tahap pengintegrasian ICT ialah .78.

Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0 telah digunakan. Statistik
deskriptif yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.

Dapatan kajian

Responden terdiri daripada 197 orang guru terlatih yang berkhidmat di tiga buah
sekolah bestari kategori asrama penuh. Majoriti responden ialah guru perempuan
(n=130, 66%) dan diikuti dengan guru lelaki(n=67, 34%). Guru yang mempunyai
pengalaman mengajar 10 tahun dan ke bawah (n=82,41.6%) lebih ramai berbanding
guru berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun (n-79, 40.1%), manakala guru yang
mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun hanya ada 36 orang
(18.3%). Daripada 197 responden, seramai 160 (81%) orang pernah menghadiri
kursus ICT dan 37 (19%) lagi belum pernah menghadiri kursus ICT.

Dapatan kajian bagi mengukur tahap kemahiran ICT dikalangan guru sekolah bestari
secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu sangat mahir. Tahap kemahiran asas ICT
diukur berdasarkan lima kategori aplikasi ICT. Dapatan kajian menunjukkan guru
sangat mahir (M=3.56, SP=.49) dalam mengendalikan pengoperasian asas komputer
seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, mencetak dokumen serta mengimbas
(scan) virus. Bagi aplikasi pemprosesan perkataan didapati guru berada pada tahap
tinggi (sangat mahir) menggunakan perisian Word (m=3.59, SP=.53). Mereka boleh
menggunakan perisian tersebut termasuk mengedit teks, mengimport grafik dan

Disediakan oleh: Noraini Binti Ibrahim (M20112001119) 3


Pembelajaran Berasaskan Elekronik dan Laman Web KPT 6044

jadual. Guru juga didapati mahir (M=2.92, SP= .69) menggunakan aplikasi hamparan
elektronik seperti memasuk dan mengedit data, membina jadual, mengguna formula
serta menganalisis data. Selain itu, guru didapati mahir menggunakan perisian
PowerPoint (M=2.89, SP=.82) di mana mereka boleh menghasilkan slaid serta
memasukkan elemen multimedia (audio, grafik, animasi, teks & video) dan hyperlink.
Bagi aplikasi Internet, guru didapati mahir (M=2.68, SP=.54) menggunakan emel,
melayari laman web, muat naik dan turun bahan serta berkomunikasi secara sinkronis.

Tahap pengintegrasian ICT pula diukur dengan merujuk kepada kekerapan guru
menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru (n=186, 94.4%) menggunakan aplikasi
pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi penyediaan
dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja. Pengintegrasian
aplikasi ini berada pada tahap tinggi (M=2.8, SP=.59). Aplikasi hamparan elektronik
turut digunakan oleh majoriti guru (n=136, 69.1%) sekurang-kurangya sekali dalam
seminggu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini
berada pada tahap sederhana (M=1.86, SP=.90). Selain itu, majoriti guru (n=125,
63.4%) turut didapati mengguna aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran
mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk menghasilkan
slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.75,
SP=.95). Kebanyakan guru (n=118, 59.9%) juga mengintegrasi penggunaan CD
koswer dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi
ini berada pada tahap sederhana (M=1.67, SP=1.02). Namun begitu, guru kurang
menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru (n=120,
60.9%) didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut.
Justeru, pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=0.57, SP=.79).
Majoriti guru (n=136, 69%) didapati merujuk kepada World Wide Web untuk
mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar. Pengintegrasian aplikasi
ini berada pada tahap sederhana (M=1.92, SP=1.0). perkongsian maklumat
menggunakan rangkaian Intranet, kurang daripada separuh guru (n=83, 42.1%) yang
menggunakannya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Pengintegrasian
aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=1.19, SP=1.02).

Disediakan oleh: Noraini Binti Ibrahim (M20112001119) 4


Pembelajaran Berasaskan Elekronik dan Laman Web KPT 6044

Perbincangan

Kajian ini mendapati aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan
guru dan mereka sangat mahir menggunakannya bagi kerja perkeranian dan
pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
Kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi hamparan elektronik,
persembahan elektronik dan juga Internet. Namun, masih terdapat guru yang masih
tidak mahir menggunakan aplikasi ini dan ini merupakan satu kerugian kepada guru
tersebut kerana semua aplikasi ini dapat membantu guru menjadikan pengajaran
mereka bertambah menarik dan berkesan. Guru juga boleh menggalakkan pelajar
menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan
kumpulan. Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
yang menyemai nilai pendidikan yang positif. Guru turut didapati mahir
menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan dengan penggunaan emel,
mengakses maklumat dan melayari laman web. Namun begitu, guru kurang
kemahiran daripada segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis seperti telesidang
video dan chat. Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru kerana pada
masa ini terdapat semakin banyak perisian atas talian yang memberikan perkhidmatan
telesidang secara percuma (contoh skype) yang boleh dimanfaat untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar.
Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti kursus serta latihan berkaitan
penggunaan ICT secara formal yang mana dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti
Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah.
Namun, guru perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi
memberi peluang kepada mereka untuk sentiasa mempertingkat pengetahuan dan
kemahiran ICT agar sejajar dengan perkembangan ICT.

Disediakan oleh: Noraini Binti Ibrahim (M20112001119) 5

You might also like