You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK SEREMBAN 2 KALI KE 14


TAHUN 2016

1.0 TAJUK

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2016

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1Gerak kerja ko-kurikulum juga berperanan untuk memupuk


semangat kemasyarakatan dan perpaduan ke arah Satu (1)
Malaysia di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai
serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.
2.2 Menyedari akan kepentingan ini, Kejohanan Balapan dan Padang
diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dan bersatu-padu ke
arah masyarakat yang sihat dan cemerlang dari segi jasmani,
fizikal , mental dan emosi.
2.3 Adalah diharapkan program ini mampu melahirkan murid-murid
yang bukan hanya efektif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran malah hebat dan aktif juga di gelanggang sukan.

3.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, pihak sekolah mengharapkan semua peserta


akan mencapai beberapa objektif seperti berikut :-

3.1 Merancakkan pelaksanaan Dasar 1M 1S ( satu murid satu


sukan) di sekolah- sekolah

1
3.2 Menjadikan aktiviti bersukan sebagai sebahagian daripada
budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan
kualiti hidup
3.3 Menyediakan peluang bertanding yang berstruktur bagi murid
sekolah mencungkil bakat untuk seterusnya dilatih secara
sistematik serta diberi pendedahanke peringkat seterusnya
iaitu negeri dan kebangsaan.
3.4 Memupuk perpaduan di kalangan murid- murid yang terlibat
3.5 Memberi peluang yang sama rata kepada murid perempuan
untuk menceburkan diri dalam aktiviti fizikal serta
menggalakkan mereka melibatkan diri dalam sukan

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tingkatan 1 hingga 5
Murid murid PPKI

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Butiran mengenai program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 Julai 2016

Tempat : Padang Sekolah SMK Seremban 2

Masa : 7.30 pagi - 1.30 petang

6.0 JAWATANKUASA
Rujuk lampiran

2
7.0 ANGGARAN BELANJA MENGURUS

BI PERKARA KOS ( RM ) SUMBER


L
1 Medal 411 x Rm 10.00 = Peruntukan
( En Huzairey ) Rm 4110.00 1M1S
4 Khemah 8 x Rm 120.00 = Rm
1080.00
5 JPAM/St. John Rm 200.00
6 Pegawai POANS Rm300.00
En Aminuddin
(Pelepas)
10 Jamuan guru & VIP Rm400.00 PIBG
Guru : Pack 100 x Rm4.00 =
Rm400.00
11 Hamper 3 x Rm50.00 =
Rm150.00
1 - Hiasan Khemah
2 - Perbarisan
Rumah Sukan
PERUNTUKAN DUIT 1M1S / DUIT SUKAN SEKOLAH
JUMLAH KESELURUHAN RM 6240

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan pelaksanaan Kejohanan Balapan dan Padang Kali


ke 14 yang akan dilaksanakan ini dapat berjalan dengan lancar dan
berjaya serta dapat mencapai objektifnya. Berkat kerjasama semua
pihak pasti kejohanan ini dapat mewujudkan disiplin dan jati diri serta
membentuk murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Semoga semua atlet yang akan mengambil bahagian dapat bersaing
secara sihat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(MOHD NAZRI BIN AWANG) (ZUHAIDAH HANIM BT. ARSHAD)


Pen. Setiausaha Sukan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
SMK SEREMBAN 2 SMK.SEREMBAN 2

Disahkan dan Diluluskan oleh

3
(RAMONA BINTI ROSLI)
Pengetua SMK SEREMBAN 2

You might also like