You are on page 1of 3
e KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN KEWANGAN [ARAS 6 & 7, BLOK E12, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERATAAN PERSEKUTUAN (62604 PUTRAIAYA ‘TELEFON: 03 - 8884 6000 NO. PAKS: 03-8884 7679 (PEJ. SUB) fii ‘a — “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Ruj. Kami: KP(BKEW/BT)1800/G-03 JLD.2 (8k 6) (15)() Tarikh —: Jun 2013 ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri ‘Semua Pengarah Bahagian ‘Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah ‘Semua Pengetua/Guru Besar Tuan, PINDAAN KE ATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 8 TAHUN 2012 — GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sebagaimana termaklum, Bahagian Kewangan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 8 Tahun 2012 bertarikh 20 Disember 2012 yang telah menggantikan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2010. Walau bagaimanapun, Jabatan Akauntan Negara (JAN) mendapati terdapat beberapa perkara di dalam SPK tersebut yang tidak selaras dengan Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa dan meminta Bahagian Kewangan melaksanakan pindaan ke atas perkara-perkara tersebut. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kewangan telah menambahbaik SPK Bil. 8 ‘Tahun 2012 seperti yang berikut: PINDAAN DAN PENAMBAHBAIKAN 3.1 BabA: Maksud Bolanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Maksud belanja Bantuan Geran Per Kapita telah diperluaskan seperti yang berikut: a. _Bayaran elaun kepada penceramah di bawah PCG Mata Pelajaran; 1 2 (Sila catatkanryjkan Kementerian ni bila bechubung) HOTLINE 08-728 7079 PAKS 038884701 (Caw: Penn Kewangm) 03-804 7509 (Ca Pein & Siem), (ses 70 0.8884 7575 (Cam Bae, 03-888 611 Ca. Baan) 3.2 3.3 b. Pembelian inventori di bawah Lain-Lain Perbelanjaan Berulang ‘Tahun (LPBT) Sekolah dan Asrama; ©. Perbelanjaan penyediaan makan minum untuk mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama di bawah LPBT sekolah dan asrama; dan dé. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru / warden / kakitangan sekolan bagi urusan _kecemasan _berdasarkan kelayakan tambang teksi di bawah LPBT sekolah dan asrama Bab C: Borang Pengisytiharan Baki Bawa Ke Tahun Hadapan Oleh kerana baki semua peruntukan bantuan persekolahan tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada peruntukan tahun semasa, maka pihak sekolah tidak perlu memulangkan borang ini kepada Ketua PTJ masing- masing. Sehubungan dengan itu, borang ini digugurkan daripada SPK Bil. 8 Tahun 2012 Bab F: Baki Bawa Ke Tahun Hadapan Baki bawa ke tahun hadapan adalah baki akhir tahun semasa dan tahun- tahun sebelumnya (sekiranya ada) bagi semua jenis bantuan persekolahan. Baki tersebut dibenarkan dibawa ke tahun hadapan, tidak periu dipulangkan ke Akaun Hasil Kerajaan dan tidak dianggap sebagai sebahagian peruntukan tahun hadapan. Pihak sekolah dibenarkan untuk membelanjakan baki tersebut seperti maksud belanja yang berikut (Rujuk Maksud Belanja Baki PCG & BMA); a) Baki Bantuan Geran Per Kapita (PCG) dan Bantuan Makanan Asrama (BMA) i. Perolehan inventori dan harta modal termasuk penggantian perabot bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P); ii, Penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah dan astama dengan jumiah perbelanjaan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap kerja dengan jumiah perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM50,000 (contoh: penggantian pintu dan/atau tombol pintu, jubin lantai pecah/rosak, cermin tingkap pecah, kerosakan tandas, saluran paip bocor/pecah). Pihak sekolah dilarang sama sekali melakukan kerja-kerja ubah suai, menaiktaraf dan binaan baru; ii, Penyelenggaraan dan pembaikan kritikal sekolah dan asrama akibat bencana alam dengan jumiah perbelanjaan tidak melebihi RRM50,000; dan iv. Perolehan peralatan ICT yang tidak memerlukan kelulusan JPICT dengan jumiah perbelanjaan keseluruhan tidak melebini RM5,000. Perolehan komputer tablet TIDAK DIBENARKAN. b) Baki Bantuan-Bantuan Persekolahan Lain ‘Semua baki akhir tahun bantuan persekolahan tahun semasa yang lain (sekiranya ada) hendaklah dibawa ke tahun hadapan dan dibelanjakan mengikut maksud perbelanjaan yang sama bagi bantuan tersebut. TARIKH KUAT KUASA 4. Pindaan dan penambahbaikan ke atas SPK Bil. 8 Tahun 2012 ini adalah berkuatkuasa mulai 17 Jun 2013. Sekian, terima kasih, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MEMPERKASAKAN AKAUNTIBILITI, MEMBUDAYAKAN INTEGRITI” Saya yang menurut perintah, nono SAID) bp Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sk 1. Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM 2. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam, KPM 3. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Sekolah, KPM

You might also like