You are on page 1of 1

Ringkasan bagi baja-baja natural farming yang disebut dalam video di bawah

adalah:

FAA Fish Amino Acid (Asid Amino Ikan) diperbuat daripada 1 bahagian ikan
& 1 bahagian gula merah dan diperam selama 4 minggu. Selepas 4 minggu,
tapis hasil pemeraman dan simpan dalam botol (jangan tutup ketat).

FPJ Fermented Plant Juice (Jus Tumbuhan Tertapai) diperbuat daripada


kangkung. Peram 1 bahagian kangkung & 1 bahagian gula merah selama 5-7
hari. Selapas itu, tapis cecairnya dan simpan dalam botol yang tidak ditutup
ketat.

FPJ Fermented Fruit Juice (Jus Buah-Buahan Tertapai) diperbuat daripada


buah-buahan seperti betik, pisang, mangga. Peram 1 bahagian buah-buahan & 1
bahagian gula merah selama 5-7 hari. Selapas itu, tapis cecairnya dan simpan
dalam botol yang tidak ditutup ketat.

OHN Oriental Herbal Nutrient diperbuat daripada beberapa bahan yang boleh
didapati daripada kedai ubat Cina, iaitu angelica (kedai ubat Cina panggil
tongkui) dan licorice (kamcui), kulit kayu manis. Bahan tambahan adalah
bawang putih dan halia. OHN digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan
ketahanan pokok.

You might also like