You are on page 1of 12

SK BANDAR TENGGARA 2

Draf Kertas Cadangan Penambahbaikan dan Inovasi


Galeri Sejarah

1. Pendahuluan :

Subjek Sejarah merupakan salah satu cabang ilmu sains kemanusiaan


yang banyak memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
peredaran zaman, budaya dan corak kehidupan manusia. Pengetahuan
tentang peristiwa masa lalu adalah penting dalam mewujudkan kehidupan,
budaya dan inovasi masa hadapan yang lebih positif dan cemerlang.
Melalui pengetahuan sejarah, manusia mampu mengambil ikhtibar dan
pengajaran untuk menjadikan kehidupan ini lebih positif di masa akan
datang. Pewujudan Galeri Sejarah di sekolah merupakan salah satu
tindakan yang mampu menjurus kepada minat dan pembudayaan pelajar
terhadap warisan sejarah sekolah, masyarakat setempat, tanah air
khasnya dan dunia amnya. Di samping itu, Galeri sejarah ini juga mampu
menjadi pusat rujukan dan info kepada para pelajar bagi mengetahui
peristiwa masa lalu dan juga sebagai maklumat pengetahuan dalam
menjawab soalan peperiksaan.

2. Matlamat :

Matlamat utama pembinaan galeri sejarah adalah untuk berfungsi sebagai


sebuah sumber utama di sekolah dalam memupuk semangat cinta akan
sekolah, masyarakat dan negara. Selain itu, ia juga dapat memainkan
peranan yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Sejarah amat sinonim dengan proses pembelajaran serta kehidupan


seharian. Hal ini demikian kerana sejarah merupakan himpunan kisah-
kisah yang telah lalu. Jadi terdapat kepelbagaian peristiwa dan fenomena
telah berlaku dan ini memungkinkan generasi baharu untuk mengambil
iktibar dan pengajaran. Justeru itu, dengan kewujudan galeri Sejarah di
sekolah, ia dapat mewujudkan satu budaya cinta akan Sejarah dalam
kalangan murid-murid yang rata-ratanya bersikap sambil lewa terhadap
subjek ini.

3. Objektif :

1. Memupuk rasa cinta dan sayang terhadap sekolah.


2. Menghargai harta dan barang-barang yang lama milik sekolah.
3. Menambah ilmu pengetahuan dan prihatin terhadap perkembangan
sekolah.
4. Mengeratkan perhubungan warga sekolah dengan masyarakat
setempat.
5. Melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang kental.
6. Menjunjung dan mengenali warisan budaya pelbagai kaum.
7. Menanamkan sifat cintakan tokoh,pemimpin, dan negara.
8. Memudahkan warga sekolah mendalami pengetahuan sejarah.
9. Menarik minat pelajar terhadap subjek sejarah.
10. Memudahkan pihak guru dan para pelajar merujuk bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.
11. Sebagai langkah menambah keceriaan kawasan sekolah.

4. Rasional :

Sejarah merupakan maklumat yag begitu dominan dalam kehidupan


seharian khususnya dalam membantu mengetahui peristiwa masa lalu
untuk dijadikan panduan dan ikhtibar dalam kehidupan manusia, mahupun
dalam pembangunan sesebuah negara. Dengan itu, galeri sejarah ini perlu
diwujudkan dan diberi satu suntikan inovasi bagi memastikan warga
sekolah ini dapat mengakses maklumat secara langsung tanpa perlu
bersusah-payah mengakses maklumat daripada sumber-sumber lain.
Pewujudan kemudahan ini akan membantu warga sekolah ini memperoleh
maklumat di kawasan sekolah serta persekitarannya dengan mudah. Sudut
Galeri Sejarah ini akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa

5. Tempat :

I. Galeri Sejarah SK Bandar Tenggara 2


II. Sudut Lapang SK Bandar Tenggara 2
( Rujuk lampiran 1)

6. Ilustrasi Cadangan Inovasi :

(Rujuk lampiran 2)

7. Kumpulan Sasaran :
Seluruh Warga SK Bandar Tenggara 2
8. JAWATANKUASA GALERI SEJARAH

JAWATANKUASA INDUK GALERI SEJARAH


SK BANDAR TENGGARA 2

Pengerusi : Pn Latifah Bte Kassim


Timbalan Pengerusi : Tn Hj Muhamad Sarif Bin Kasim
En Johan Bin Suradei
Hjh Hazizah Bte Mohamat
En Shahabuddin Bin Ahmad
Penyelaras : Pn Anom Binti Amin
Setiausaha : Pn Mahani Bte Amir
Penolong Setiausaha : En. Nor Zahid Bin Musa

Ahli Jawatankuasa Kecil dan Maklumat Tugasan

Bil Maklumat Tugasan Tindakan

1 Fizikal sekolah (25%)


1.1 Sejarah pengasasan , Saniah Kassim
pembinaan,dan perasmian Norainul Mudzlifah
sekolah Md.Ralip
Aimee Ahmad
- misi,visi,matlamat,lagu,lambang Jamaiah Ahmad Dali
sekolah
-dokumen rasmi contoh surat
menyurat Khairul Anuar Kassim
Lily Suriani Junit
1.2 Perkembangan bangunan
dan Raimah Mohamed
Kemudahan
-gambar bangunan pertama hingga
kini
-pelan asas
2 Kearkiban (25%)
2.1 Guru Besar dan GPK 2.1 Abdul Mohsin Kornain
-sejarah ringkas Md Hafiz Zainuddin
-gambar/video/temuramah Md Hafiz Roslan

2.2 Nama guru dan anggota 2.2 Hjh Zalaha Hassan


kumpulan Noor Akhmar Mansor
sokongan Rohaya Mislan
-gambar dan biodata ringkas
2.3 Azlila Abu Hassan
2.3 Lembaga pengelola Siti Norhajar Abdullah
-jawatankuasa sekolah dan panitia
2.4 Badruddin Abu Bakar
2.4 Projek inovasi Md Taufik Md Nur
-pelan pembinaan menara Abd Rahman Ahmad
-pondok kecil Khaironi
Azah Abd Wahab
Nurulaini Idris
Pekerja swasta

3 Paparan pencapaian(20%)
3.1 Akademik Md Fauzi Bahari
-UPSR,ujian dan peperiksaan Md Zakiyamani Clivon
-bentuk jadual/graf Hj Amran Ahmad

3.2 Sahsiah/personalia Rosnita Busro


- tokoh guru,murid dan orang awam
Zawatil Amali Sarbini
-buku skrap
Raja Zaleha Raja
3.3 Ko kurikulum Mamat
-tokoh guru,murid dan masyarkat
setempat Nor Zahid Musa
Zaini Jamil
3.4 Aktiviti ,program dan majlis
sekolah Nurhajar Abdullah
- program Nora Hasyikin Mohd
-pamplet Surong
Rozita Mohammed
3.5 Etos sekolah (watak)
-permainan/kelab Hamimah musim
-sejarah ringkas
Suriyati Mamat
-piala/sijil Jamilah Kasmiran

4 Hubungan luar (20%)


4.1 Persatuan PIBG/polis/bomba dll Kasirah Abd Wahab
-gotong royong Fatimah Ali
-hari terbuka Nazihar Sisak

5 Keceriaan dan susun atur(20%) Zaidah Hamidon


5.1 kreativiti dan keselesaan Hjh Zabidah Jemain
-sudut pameran,tempat rujukan Zawatil Amali Sarbini
-perasmian tapak inovasi

6 Sumbangan/dana/derma
-mencari sumber kewangan Norhanafiq
-mengumpul barangan antik Rafidah Abd Rahim
9. Anggaran Kos:

HARGA
BIL KUANTIT
KETERANGAN SEUNIT KOS (RM)
. I
(RM)
01 TIANG 4x4 x 10 50.00 8 400.00
02 Kayu 2x4x10 30.00 12 360.00
03 Kayu 2x2x12 15.00 12 180.00

04 Kayu 2x1x12 8.00 18 144.00

05 Papan x 8 x 12 34.00 6 204.00

06 Buluh ( Sabit ) 12 2.50 60 150.00

07 Simen 22.00 20 440.00

08 Batu pasir 350.00 1 350.00

09 Pasir 35.00 8 ela 280.00

10 Besi 3mm 12.00 3 batang 36.00


100
11 Atap Nipah 2.50 250.00
keping
12 Dawai 30.00

13 Paku 1/2/3 40.00

14 Skru 50.00

15 Cat Licau 60.00

16 Syelek 80.00

17 Pendawaian Eletrik 300.00


18 Peralatan cat/syelek 50.00

19 Papan Tanda Getaway 500.00


Cat Kapur Putih 1 Tong
20 80.00 1 80.00
Besar
21 Cat Warna Biru 80.00 2 160.00

22 Cat Warna Kuning 80.00 2 160.00

4304.00
JUMLAH

Sumber Kewangan :

- Sumbangan Derma daripada orang-perseorangan.

Penutup :

Pencapaian murid dalam peperiksaan, penghasilan kerja kursus, dan kualiti


pembelajaran pelajar dijadikan sebagai indikator bagi menentukan
keberkesanan kemudahan ini dalam membantu peningkatan prestasi
pencapaian akademik pelajar. Semoga Cadangan pewujudan Galeri Sejarah
ini dapat direalisasikan dengan jayanya melalui kerjsama dari semua
pihak yang terlibat secara-langsung mahupun yang tidak langsung.

SEKIAN

Disediakan Oleh,
...........................................

LAMPIRAN 1
TAPAK CADANGAN
GALERI SEJARAH SK BANDAR TENGGARA 2

You might also like