You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BINTULU


BIL. 1/2017
Tarikh: 22 Februari 2017
Masa: 12.50 pm
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Bintulu

AGENDA MESYUARAT
1.0 Kata-Kata Aluan
2.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Panitia Matematik Tahun 2017
3.0 Hal-Hal Lain

1.0 Kata-Kata Aluan


1.1. En Sabli selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima
kasih atas kehadiran dan komitmen daripada semua ahli Panitia
Matematik. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan yang diberikan sebagai ketua panitia dan
mengharapkan kesediaan semua untuk sama-sama membantu. Jika
ada sebarang idea, sila kemukakan dan sebarang masalah boleh
dikemukakan untuk dikaji dan dibincangakn semula

Tindakan : Pengerusi
2.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Panitia Matematik Tahun
2016
2.1. Lantikan Ahli Jawatankuasa telah dibuat bersama-sama.
Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik
2.1.1. Penaung : Abdul Rahman bin Ismail (Guru Besar)
2.1.2. Penasihat : Abdul Rahman bin Yusuf (PKP)
2.1.3. Pengerusi : Sabli bin Mahdi (Ketua Panitia)
2.1.4. Pen Pengerusi : Siti Aminah binti Masleh (Pen. Ketua
Panitia)
2.1.5. Setiausaha : Syahida Haji Jamil
2.1.6. Pen. Setiausaha : Hashimah
2.1.7. Bendahari : Shahrul Nizam
2.1.8. Ketua penyelaras
Tahun 1 : Cikgu Pauline
Tahun 2 : Cikgu Lo Mee Ing
Tahun 3 : Cikgu Fauziah
Tahun 4 : Cikgu Hadi
Tahun 5 : Cikgu Syahida
Tahun 6 : Cikgu Lomela
2.1.9. AJK bersama : Semua guru mata pelajaran
Matematik 2016

Tindakan : Semua ahli Panitia Matematik

3.0 Penyelarasan RPT & RPH


3.1. RPT untuk tahap 1 dan Tahap 2 teah disediakan dan diagihkan
kepada semua guru pada minggu pertama bagi memudahkan
perlaksanaan PdP. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Lo Mee Ing
yang telah menyediakan RPT untuk Tahap1 dan Cikgu Shahrul
Nizam Abdullah bagi Tahap 2

3.2. Semua PdP Tahun 1 hingga Tahun 6 menggunakan kurikulum


yang sama Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)

3.3. RPT perlu diselaraskan untuk setiap tahun bagi memudahkan


penggubalan soalan peperiksaan. Namun bagi tahun 6, sukatan
pelajaran perlu dihabiskan pada bulan Julai sebagai persediaan
peperiksaan AR4 dan UPSR. Fokus kepada gerak gempur perlu
dimulakan seawal bulan Julai. Guru-guru perlu memastikan semua
topik diajar supaya tiada sebarang masalah untuk ke peringkat
seterusnya.

Tindakan : Semua guru Matematik Tahun 6

3.4. RPH perlu diselaraskan mengikut format yang dipersetujui.


Antara kriteria yang perlu ada dalam RPH ialah Bidang, Tajuk,
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Objektif
Pembelajaran, Aktiviti PdP, Pentaksiran/Penilaian, BBM, EMK dan
Refleksi. Aktiviti PdP perlu meliputi 5 langkah termasuk Induksi,
penerangan guru, aktiviti, latihan dan rumusan. Penulisan BBM dan
EMK adalah pilihan guru.
3.4.1. Penulisan RPH dibuat dengan seminima yang
mungkin asalkan tepat dan padat.
3.4.2. Penulisan refleksi perlu lebih berfokus. Masukkan
persepsi murid untuk ayat yang pertama. Kemudian
nayatakan permasalahan serta cara mengatasinya.
Masukkan juga anggaran murid yang kuasai kemahiran
pembelajaran.

Tindakan : Semua guru Matematik SKB

4.0 Perancangan Kewangan (PGC MT/2016)


4.1. Ketua panitia memaklumkan bahawa peruntukan belum
diberikan namun, sebaik sahaja peruntukan diberikan, pihak
pentadbiran akan memanggil ketua panitia untuk perbincangan.

4.2. Perbincangan awal telah mendapat persetujuan semua ahli


panitia untuk membuat pengagihan perbelanjaan secara sama rata.

4.3. Bahan-bahan sedia ada akan dikumpulkan di bilik akses.


4.4. Cikgu Nring mencadangkan buku rujukan dan latihan dibeli
untuk kegunaan guru merancang PdP dan menyediakan bahan
untuk murid.

4.5. Cikgu tahap 1 meminta pihak panitia menyediakan mini


whiteboard untuk kegunaan murid. Penggunaannya penting untuk
murid yang memerlukan bantuan khas seperti murid LINUS.

4.6. Cadangan bahan lain boleh diberikan kepada Ketua Panitia


dari semasa ke semasa.

Tindakan : Semua guru Matematik

5.0 Pelaksanaan PBS


5.1. Sediakan laporan mengikut arahan daripada penyelaras. Cikgu
Syahida dan Cikgu Lo merangkap penyelaras PBS telah memberikan
sedikit penerangan tentang PBS
5.1.1.Pelaporan masih ada dan dibuat secara offline. Pelaporan
perlu dihantar sebanyak dua kali iaitu pada pertengahan tahun
dan hujung tahun. Maklumat lain akan diberitahu kemudian
iaitu semasa mesyuarat PBS.

6.0 LINUS
6.1 Saringan Linus akan dijalan 2 kali setahun iaitu pada bulan march
dan september.
6.2 Guru mata pelajaran matematik tahap 1 akan menjalankan saringan
bagi kelas yang
diajar.
6.3 Semua guru perlu bekerjasama memastikan kpi yang ditetapkan
tercapai. KPI
program LINUS 2.0 bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3


S1 S2 S1 S2 S1 S2
100
Numerasi 90% 95% 97%
%
7.0 Pelaksanaan PLC
7.1 Pelaksanaan PLC untuk guru Tahap 2 akan dibuat pada waktu
anjal(1 jam masa yang dikhaskan/dikosongkan untuk semua guru
matematik tahun 4, 5 dan 6). Masa tersebut akan digunakan untuk
pertemuan dan perbincangan.

7.2 Bagi guru-guru Tahap 1, satu masa lain perlu ditetapkan untuk
menjalankan PLC

7.3 Encik Sabli mencadangkan Pelaksanaan PLC peringkat


dalaman diadakan sekali sebulan. Perancangan akan dibuat oleh
Ketua Panitia dan Penolong Ketua Panitia. Antara topik yang boleh
dibincangkan semasa PLC ialah rancangan pengajaran dan micro
teaching.
7.3.1 Encik Sabli turut mencadangkan agar micro teaching
dijalankan sebanyak 2 kali untuk tahun ini. Perancangan
dan penyediaan bahan boleh dilakukan bersama-sama.
Boleh juga meminta bantuan daripada Cikgu Murni
untuk menghasilkan BBM

8.0 Bulan Matematik


8.1 Ckgu Enring dilantik menjadi penyelaras bagi Tahap 2 dan
Cikgu Wong untuk tahap 1.

8.2 Perbincnagan boleh dimulakan untuk menghasilkan kertas


kerja. Cikgu Sabli juga mencadangkan agar kertas kerja untuk Bulan
Matematik disekalikan bagi sesi pagi dan petang.

Tindakan : Cikgu Enring dan Cikgu Wong

8.3 Adakan mesyuarat sebulan sebelum minggu matematik


dijalankan untuk memudahkan urusan penyediaan bahan.

9.0 Sasaran Panitia


9.1 Sasaran panitia bagi Tahap 1
9.1.1 Fokuskan kepada LINUS untuk tahun 1
9.1.2 Tahun 2, dan 3 perlu bersedia untuk pemantau/fasilinus
datang memantau
9.1.3 Usaha untuk maksimumkan murid lulus saringan LINUS
9.1.4 Serahkan salinan laporan prestasi LINUS kepada ketua
panitia selepas saringan dijalankan

Tindakan : Guru Matematik Tahap 1

9.2 Sasaran pnitia bagi Tahap 2


9.2.1 Berfokus kepada persediaan UPSR
9.2.1.1 Ada 191 calon Tahun 6 akan menduduki
UPSR
9.2.1.2 LDP Pemantapan PGMP dan GPS sekolah
telah diadakan pada 15 Januari lepas. Sasaran
bagi tahun 2016 ialah 2.94
9.2.1.3 Semua guru tahun 6 perlu mencuba sedaya
upaya mencapai target yang telah dibuat. Semua
guru perlu menyerahkan laporan target kepada
Ketua Panitia pada hari Selasa depan untuk
dikumpul dan diserahkan kepada PPD(Cikgu
Nafisah)
9.2.1.4 Ketua panitia turut meminta guru sediakan
TOV dan ETR bagi murid tahun 5

10.0 Agihan Tugas Menggubal Kertas Soalan


10.1 Peperiksaan bagi semester 1 akan dijalankan pada bulan 5
dan semester dua akan dijalankan pada bulan 11. Murid tahun 6
akan menduduki AR1-4 sebelum menduduki UPSR
10.1.1 Pastikan Jadual Spesifikasi Ujian dibuat sebelum
soalan digubal untuk Ujian. Salinan JSU tersebut perlu
diserahkan kepada ketua panitia untuk semakan dan
disimpan dalam fail. Selepas itu salinan diberikan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
10.1.2 Peraturan pemarkahan perlu dibuat dan
diserahkan kepada setiap guru yang mengajar untuk
penyelarasan pemarkahan.
10.1.3 Tarikh bagi AR adalah seperti berikut:

10.1.3.1 AR 1 22-25 Februari 2016


10.1.3.2 AR 2 9-12 Mei 2016
10.1.3.3 AR 3 27- 30 Jun 2016
10.1.3.4 AR 4 8-11 Ogos 2016

10.2 Penyediaan kertas soalan bagi tahap 1 akan dibuat bersama-


sama.

10.3 Berikut merupakan jadual penyediaan kertas soalan bagi


tahap 2
Semester 1 Semester 2
Tahun
Kertas 1 Kertas 2 Kertas 1 Kertas 2
4 C. Hadi C. Lomela C. Syahida C. Enring
5 C. Sabli C. Shahrul C. Shahrul C. Pamela
6 Disediakan oleh PPD

11.0 Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia(Takwim)


11.1 Mesyuarat panitia

11.2 Minggu matematik

11.3 Program Hafalan Sifir


11.3.1 Dibuat pada waktu rehat. Rekodkan hafalan sifir
murid
11.3.2 Guru-guru matematik bertugas mengikut giliran
pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
11.3.3 Kenal pasti beberapa orang murid untuk baca sifir
pada hari Selasa dan Khamis.

11.4 Program PLC

11.5 Penyelarasan penyediaan item soalan penyelesaian masalah


11.5.1 Problem Solving Math Easy. Guru penyelaras setiap
tahun sediakan 9 soalan seminggu
11.5.1.1 Tulis soalan dalam kertas A4 dan masukkan
dalam kotak soalan yang akan disediakan
11.5.1.2 Murid menjawab dan masukkan jawapan
dalam kotak
11.5.1.3 Murid menggunakan kertas sendiri untuk
menjawab
11.5.1.4 Hadiah diberi kepada murid yang paling
banyak menjawab soalan dengan betul bagi setiap
minggu
11.5.1.5 Aktiviti dijalankan pada bulan Februari
11.5.1.6 Ketua panitia akan menyemak jawapan

11.6 Info panitia Matematik


11.6.1 Papan kenyataan matematik diselaraskan oleh
Cikgu Syahida. Minta bantuan murid kelab Matematik.
11.6.2 Tangga (sifir) dikendalikan oleh Cikgu Lomela dan
Pamela. Sebarang kerja mengecat akan ditolong oleh
cikgu-cikgu lelaki
11.6.3 Tapak bawah dikendalikan oleh guru-guru Tahap 1

11.7 LDP dari semasa ke semasa.

11.8 Program Tahap 1 dan Tahap 2.


11.8.1 Tahap 1 fokus kepada program LINUS.
11.8.2 Tahap 2. Kelas tambahan, program motivasi dan
kecemerlangan UPSR.

Tindakan : Semua guru Matematik

12.0 Hal-Hal Lain.


12.1 Ketua Panitia akan memberikan takwim ringkas kepada Cikgu
Nurul Nadia untuk dimasukkan dalam Takwim utama.

12.2 Semua guru perlu ingan tentang peranan utama sebagai


seorang guru.
12.2.1 Semak kerja murid dan rekodkan.
12.2.2 Selitkan unsur KBAT dalam PdP.

12.3 Amanat daripada PK Kokurikulum


12.3.1 Tunaikan amanah yang dipikul dan berusahalah
menjadi guru yang terbaik
12.3.2 Cari formula untuk mengajar supaya murid lebih
faham. Boleh rujuk buku dalam bentuk komik yang ada
dipasaran
12.3.3 Wujudkan bank soalan
12.3.4 Cari soalan-soalan daripada semenanjung
terutamanya dari Kelantan dan Terengganu

12.4 Cikgu Pamela bertanya tentang pelaksanaan PROTIM. Bilakah


akan dilaksanakan. Ketua panitia meminta semua guru bersedia
sehinga dimaklumkan.
PENUTUP
Ketua panitia menekankan tentang perkara paling penting dalam
organisasi ini iaitu kerjasama antara ahli. Mesyuarat panitia kali pertama
ini tamat pada 10.20 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SYAHIDA BINTI HAJI JAMIL) (SABLI BIN MAHDI)


Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Bintulu SK Bintulu

You might also like