You are on page 1of 15

OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001

ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKASURAT
1. PENGENALAN 2
2. CIRI-CIRI PELAJAR BERJAYA DALAM PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

2.1 Matlamat Jelas dan Tinggi 3-4

2.2 Menyesuaikan Teknik Pembelajaran 4-5

2.3 Kemahiran ICT 6

2.4 Kolaborasi Yang Baik Dengan Pengajar dan Rakan 7


3. CADANGAN STRATEGI UNTUK PELAJAR BERJAYA

DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DALAM

TALIAN

3.1 Meningkatkan Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik 8-9

3.2 Pengurusan Masa Yang Efisien dan Inovatif 9 - 10

3.3 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran ICT 10 - 12

3.4 Bijak Menguruskan Tekanan 13


4. KESIMPULAN 14
5. BIBLIOGRAFI 15 - 16

Page | 0
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001

1.1 PENGENALAN
Dalam perkembangan kehidupan global, dunia semakin mengecil dalam masa
yang sama aktiviti manusia semakin meluas. Senario ini membawa kepada sistem
pembelajaran dalam talian yang merupakan alternatif bagi mendapatkan pendidikan.
Pembelajaran dalam talian di Malaysia terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan
online yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej-kolej
swasta yang menjalankan usahasama universiti-universiti luar negara. Bilik darjah boleh
datang ke persekitaran tempat kerja secara online atau melalui pengurusan maklumat
tanpa mengira masa dan tempat (Zahiah & Razaq 2010). Pembelajaran dalam talian
berbeza dari pembelajaran konvensional.
Pembelajaran dalam talian sering dikaitkan dengan istilah-istilah dan konsep-
konsep lain seperti e-pembelajaran, pembelajaran secara talian (on-line learning),
pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berasakan laman web dan sebagainya. Menurut
Norafida dan Othman, 2000; Jamaludin, 2000;Rheingold, 2004., pembelajaran dalam
talian bermaksud pembelajaran berasaskan penggunaan internet. Ia mencakupi
pembelajaran kendiri di mana pelajar belajar bersendirian, terpisah atau jauh daripada
pengajar dan proses pembelajaran dikawal sendiri oleh pelajar dengan capaian maklumat
yang boleh diakses dari internet. James (1996), menyatakan kebanyakan pembelajaran
dalam talian pada masa ini dikuasai oleh negara Barat.
Individu yang terlibat dalam pembelajaran ini lazimnya adalah dewasa dan telah
bekerja serta berkeluarga. Kebaikan pembelajaran ini ialah pelajar belajar berdasarkan
kemahuannya sendiri dan bebas menentukan corak pembelajaran selaras dengan
kehendak pihak universiti. Hal ini menyebabkan pelajar perlu ada kemahiran-kemahiran
yang boleh menyokong untuk meneruskan pembelajaran secara dalam talian. Dengan
adanya jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari internet
serta perkuliahan secara online, pelajar mudah menentukan jadual pembelajaran mereka.
Page | 1
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


Ianya menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi pelajar yang berkerja sepenuh masa
serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti. Oleh yang demikian, tugasan ini akan
mengupas ciri-ciri pelajar pembelajaran dalam talian dan cadangan strategi yang boleh
diadaptasi untuk pelajar berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.

2. CIRI-CIRI PELAJAR BERJAYA DALAM PERSEKITARAN


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
2.1 MATLAMAT JELAS DAN TINGGI
Dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dalam talian,
individu terbabit perlulah mempunyai matlamat yang tinggi dan jelas. Ini sejajar dengan
pendapat Wedemeyer (dipetik dalam Keegan 1986), bahawa kematangan seseorang
pelajar kendiri itu sangat penting, iaitu peranannya dalam menentukan pengendalian
aktiviti pembelajaran itu sentiasa diteruskan. Di sini pendorong utama ialah maksud dan
tujuan yang hendak dicapai oleh pelajar, ianya perlu tahu dengan sejelas-jelasnya
matlamat pembelajaran dalam talian. Mereka perlu yakin dengan potensi diri dan
haruslah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dewasa yang belajar.
Kebanyakkan individu ini belajar untuk meningkatkan tahap kualiti dalam
pekerjaan, memenuhi kriteria untuk mendapatkan pangkat tertentu dan seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan sejajar dengan tawaran dan keperluan semasa. Apabila
matlamat mereka tinggi dan jelas, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
berjaya seiring dengan sifat inkuiri mereka yang mendalam. Mereka akan mengharungi
sebarang cabaran dalam menuntut ilmu. Matlamat pembelajaran jelas juga akan
mendorong mereka mengurus masa dengan bijak supaya berjaya mencapai matlamat
yang diingini. Rajah 2.1 di bawah menunjukkan sifat-sifat positif dalam menetukan
matlamat yang jelas bagi mencapai kejayaan:

Kejayaan

Berwawasan Berfikiran positif


Rajin Bertanggungjawab
Berdisiplin Saling Membantu

Page | 2
Matlamat Yang
Jelas
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001

Rajah 2.1 : Kriteria Untuk Mencapai Matlamat Yang Jelas


Pelajar juga perlu bersedia untuk belajar. Sebagai seorang pelajar yang bekerja,
dalam keadaan yang penat tentulah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pembelajaran. Ini sering terjadi apabila pelajar baru balik dari pejabat atau selepas
membuat aktiviti luar (Ab.Rasid Mat Zin,1994). Menurut France Henri dan Anthony
Kaye (dipetik dari Keegan D. 1993) terdapat dua gangguan iaitu gangguan dalaman dan
gangguan luaran. Faktor dalaman merujuk kepada perasaan marah, tekanan emosi dan
takut dan manakala faktor luaran pula ialah keadaan yang panas, peralatan yang tidak
mencukupi, bunyi bising dan sebagainya. Oleh itu individu yang terlibat dalam
persekitaran pembelajaran dalam talian perlu bijak menyesuaikan diri. Pembahagian
komitmen antara bidang pekerjaan dan pembelajaran perlulah seimbang.
Sebagai orang dewasa dan anggota masyarakat pula adalah menjadi kebiasaan
untuk kita melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan. Ini serba
sedikit akan menjejaskan ketenangan dan tumpuan kepada pembelajaran. Maka
ketenangan dan ketenteraman sangat penting untuk pelajar menumpukan konsentrasi
kepada sesuatu pelajaran. Oleh yang demikian, penetapan matlamat yang jelas dan tinggi
amat penting untuk pelajar dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.

2.2 MENYESUAIKAN TEKNIK PEMBELAJARAN


Teknik pembelajaran yang baik merupakan kaedah untuk mencapai pembelajaran
yang berkesan. Menurut Kamaruddin Hj.Hussin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku untuk mencapai sesuatu objektif.
Ia merupakan strategi untuk mencapai hasil yang maksimum. Sebagai pelajar dalam
persekitaran pembelajaran dalam talian, seseorang individu harus bijak menentu dan
menyesuaikan teknik pembelajarannya. Dengan kesibukan bekerja dan komitmen
terhadap keluarga, pelajar haruslah bijak memilih teknik pembelajaran yang sesuai
dengan aras dan kemampuannya.
Rajah 2.1 di bawah menunjukkan perbezaan pembelajaran dalam talian dan
pembelajaran bersemuka. Daripada rajah yang dipaparkan, dapatlah dipaparkan dengan
Page | 3
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


dengan jelas teknik dan sumber pembelajaran yang dinyatakan. Untuk berjaya dalam
persekitaran pembelajaran dalam talian, pelajar perlu mengenalpasti teknik yang sesuai
dengan dirinya. Penyesuaian ini penting agar dapat diselaraskan dengan masa dan situasi
terhadap komitmen lain. Dengan mendapatkan info dari laman web, blog atau
perkongsian secara online, pelajar akan lebih menguasai ilmu yang dipelajari. Maklumat
tersebut boleh dikongsi dan ditukar bagi manfaat bersama. Sebarang permasalah
pembelajaran juga dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat sejajar dengan mereka
yang sedang bekerja. Maka dengan teknik pembelajaran yang betul mereka akan berjaya.

Rajah 2.2 : Penyesuaian Teknik Pembelajaran Dalam Talian

2.3 KEMAHIRAN ICT


Dalam era globalisasi yang sentiasa berkembang pantas, peranan dan penggunaan
ICT menjadi semakin memuncak terutama dalam menjana kemajuan pembangunan
pendidikan negara. Sehubungan dengan ini cabaran mengaplikasi ICT bagi sistem
pembelajaran dalam talian menghadapi era globalisasi terutama dalam aspek kesedaran,
penguasaan dan perancangan masa hadapan. Pelajar harus menguasai ICT kerana konsep
pembelajaran dalam talian atau e-learning banyak melibatkan penggunaan internet.
ICT amat penting dalam bidang pendidikan terutama untuk sistem pendidikan
terbuka (open learning), sistem pendidikan secara jarak jauh (distance learning) dan
system pendidikan secara talian (online or electronic learning). Menurut Baharom (2003),
ICT merupakan pembantu proses interaksi antara individu, dan pada hari ini telah
merevolusikan persekitaran pembelajaran di seluruh dunia. Tanpa pengetahuan ICT
Page | 4
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


pelajar sukar mengeksplorasi pengetahuan dalam pembelajarannya dan akan ketinggalan
dalam pelbagai perkara.
Sejajar dengan itu, menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio)
Public Schools, konsep e-learning tidak hanya sekadar penghantaran nota-nota kuliah
kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail semata-
mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan forum dua
pihak secara komunikasi dua hala. Dalam persekitaran pembelajaran dalam talian, pelajar
perlu mahir ICT agar maklumat dapat diorganisasikan dengan lebih teratur dari segi nota
kuliah, jadual tutorial dan juga peperiksaan. Dengan menemui kriteria yang dinyatakan di
atas, pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan. Oleh yang
demikian jelaslah bahawa pelajar perlu menguasai ICT untuk menjadi berjaya dalam
pembelajaran dalam talian.

2.4 KOLABORASI YANG BAIK DENGAN PENGAJAR DAN RAKAN


Antara elemen penting pembelajaran dalam talian adalah wujudnya komunikasi
berkesan antara pengajar dan pelajar. Pelajar dan pengajar perlu mempunyai jangkaan
yang jelas dan belajar mengurus penglibatan mereka dalam proses pembelajaran agar
tidak menimbulkan masalah. Penglibatan dalam pembelajaran atas talian adalah
tanggungjawab bersama. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui
media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus
menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran
secara dalam talian (on-line ) (Learnframe, 2001). Pembelajaran adalah suatu aktiviti
sosial yang kuat apabila dapat disampaikan dengan baik dan berkesan oleh pengajar.
Peranan dan tanggungjawab pengajar dalam pembelajaran secara dalam talian adalah
mereka bentuk proses pembelajaran dengan baik dan lebih menarik. Pengajar yang efektif
dapat memberikan galakan dan maklumbalas yang baik, memotivasikan pelajar dalam
menyelesaikan tugasan dan mencapai matlamat. Pembelajaran dalam talian bukan
pengasingan antara pengajar dan pelajar walaupun aktiviti pembelajaran adalah bebas
tetapi saling melengkapi dan pasangan dalam proses pembelajaran. Oleh itu kolaborasi
yang baik dengan pengajar harus diamalkan.
Selain dari kolaborasi yang baik dengan pengajar, pelajar juga perlu mempunyai
yang baik sesama rakan pembelajaran. Maklumat boleh dikongsi bersama dan mereka
Page | 5
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


perlulah bekerjasama dalam mendapatkan maklumat, menyelesaikan tugasan, ulangkaji
dalam peperiksaan dan menyelesaikan sebarang permasalahan dalam pembelajaran.
Perkara ini dapat dicapai dengan pertukaran bahan bahan melalui email, perkongsian info
dalam blog dan soal-jawab masalah pembelajaran dalam online forum. Ini akan
membantu pelajar berjaya dalam pembelajaran dalam talian.
3. CADANGAN STRATEGI PELAJAR BERJAYA DALAM PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
3.1 MENINGKATKAN MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK
Menurut Egsenck (Slameto, 2003:170) motivasi merupakan suatu proses yang
menentukan sesuatu perbuatan, konsisten serta menyeluruh terhadap perubahan tingkah
laku manusia. Seseorang inidividu terdorong untuk melakukan sesuatu perkara kerana
terdapat matlamat atau kemahuan yang hendak dicapai. Dalam kajian terhadap motivasi
pelajar pembelajaran dalam talian, terdapat dua jenis motivasi iaitu intrinsik dan
ekstrinsik. Ini sejajar dengan pendapat Harackiewicz dan Elliot (1993), bahawa sebarang
tujuan adalah bergantung kepada pencapaian orientasi di mana individu yang mempunyai
motivasi yang tinggi menghasilkan kesan penguasaan jangka panjang berbanding
individu yang kurang bermotivasi. Faktor dalaman atau motivasi instrinsik adalah
motivasi yang lahir dalam diri seseorang dan merupakan penggerak utama bagi
melakukan perkara-perkara kepentingan sendiri atau ganjaran bagi diri sendiri (Harter,
1982). Faktor luaran atau motivasi ekstrinsik pula ialah motivasi yang datang dari luar
yang berbentuk seperti pemberian ganjaran, hadiah, hukuman, ugutan, arahan,
penghargaan dan pengiktirafan (Singer, 1984). Kedua-dua jenis motivasi ini penting
dalam menentukan kejayaan pelajar pembelajaran dalam talian.
Bagi pelajar yang dimotivasikan oleh motivasi intrinsik, mereka harus bijak
menggunakan pendekatan dan idea-idea intrinsik untuk menarik minat belajar. Mereka
perlu matang dalam tindakan seharian bagi menyeimbangkan antara keperluan peribadi
dan tuntutan pembelajaran. Bagi motivasi ekstrinsik pula, kawalan faktor-faktor tertentu
perlu untuk mencapai cita-cita mereka. Sistem pembelajaran dalam talian sememangnya
memerlukan motivasi diri yang tinggi dan pelajar perlu berdikari untuk menyesuaikan
diri mereka dalam pembelajaran ini.
Pembelajaran dalam talian memerlukan masa yang terhad untuk membuat sesi
perjumpaan dengan pensyarah. Tugasan-tugasan adalah dihantar secara atas talian.
Page | 6
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


Kemahiran proses mendapatkan maklumat, kemahiran mencapai dan menilai maklumat
menjadi penghubung antara kerja dan pembelajaran. Kemahiran mencari, mencapai dan
menilai maklumat adalah penting dalam memulakan satu tugasan. Pelajar perlu pakar
dalam pelbagai kemahiran untuk memudahkan mereka melaksanakan tugasan mahupun
mencari maklumat-maklumat terkini berkenaan kandungan kursus yang mereka ambil.
Jika pelajar kurang motivasi intrinsik dan ekstrinsik maka mereka akan mudah
berputus asa. Masalah pembelajaran akan sukar ditangani dan akhirnya akan
menyebabkan mereka gagal. Oleh itu pengurusan motivasi intrinsik dan ekstrinsik adalah
antara elemen penting untuk pelajar berjaya.

3.2 PENGURUSAN MASA YANG EFISIEN DAN INOVATIF


Kemahiran pengurusan masa merupakan salah satu kemahiran belajar yang
penting untuk dikuasai oleh pelajar. Ini kerana kemahiran pengurusan masa adalah satu
kemahiran teras yang kerap digunakan dalam hampir kesemua aspek kehidupan manusia
(Jansen 2006). Menurut Kopper (2006), pengurusan masa ialah penguasaan ilmu yang
berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur
masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baik
Masa merupakan masalah utama bagi pelajar pembelajaran dalam talian. Ini
kerana mereka mempunyai pelbagai komitmen kerana kebanyakannya daripada mereka
sudah berkeluarga dan bekerjaya. Menurut Ab. Rasid Mat Zin (1993), masa yang
berkualiti bermakna menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk mengulangkaji
atau melaksanakan kegiatan pembelajaran dengan berkesan. Pelajar harus mengatur masa
untuk belajar dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas yang lain.
Sokongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat menetapkan masa untuk
belajar dengan kerelaan ahli keluarga. Masa harus di kawal untuk memastikan
penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran.
Pembelajaran dalam talian memberikan banyak kemudahan terutama kepada
golongan telah bekerja. Situasi ini memerlukan komitmen tinggi daripada golongan
berkerjaya. Ini kerana mereka perlu bijak membahagikan masa untuk pelajaran, kerjaya
dan kehidupan peribadi. Kesesuaian masa adalah antara faktor yang menyebabkan pelajar
memilih pembelajaran atas talian berbanding pembelajaran dalam kampus. Pelajar lebih
menghargai kesesuaian pembelajaran atas talian kerana mengikut pengurusan masa
Page | 7
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


mereka dan lebih menyukai kebebasan dalam menyiapkan tugasan bila-bila masa dan di
mana sahaja. Ini amat sesuai sejajar dengan kehidupan mereka yang telah bekerjaya dan
berkeluarga. Pelajar menentukan masa, tempat dan kaedah pembelajaran yang sesuai
dengan gaya hidup dan kehendak mereka. Pembelajaran dalam talian juga menyediakan
pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah
pembelajaran termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan
tutor, interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau
peribadi melalui komputer dan telesidang. Oleh yang demikian pelajar perlulah bijak
menguruskan masa dengan efisien dan inovatif untuk berjaya.

3.3 MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ICT


ICT bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi digital yang digunakan
untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian untuk membantu
manusia membangunkan manusia dan negara dalam bidang pendidikan, perniagaan,
ketenteraan dan sebagainya (Yusuf Hashim, 2003). ICT adalah suatu metodologi
peralatan perisian yang terlibat dalam proses penjanaan, pemprosesan, penyebaran dan
penyimpanan maklumat. Ia adalah salah satu kemahiran penting dan diperlukan oleh
pelajar dalam talian. Hal ini menyebabkan pelajar perlu tahu kemahiran menggunakan
teknologi maklumat. Jelfs (2002) juga menyatakan bahawa ICT memberikan fleksibiliti
kepada pelajar dari segi masa belajar dan mengurangkan masa perjalanan. Maka
pengaplikasian penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dalam talian perlu sentiasa
diberi keutamaan dan diperkemaskinikan, agar sejajar dengan arus pembangunan semasa.
Ianya berperanan sebagai alat bantuan dalam pendidikan.
Pelajar pastinya perlu mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer seperti
menyimpan fail dan menggunakan program atau perisian seperti word dan sebagainya.
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan
teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang
dihubungkan dengan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan
cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada
pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis,1996) .Cabaran dunia pendidikan dalam meneroka
dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa
pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang
Page | 8
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


diingini. Pendidikan berteraskan secara talian dan juga web telah mula diaplikasikan
dalam pelbagai cara merentasi tahap dalam pendidikan pada hari ini. Hal ini adalah
selaras dengan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan yang banyak dipengaruhi oleh
ICT. Peranan ICT dalam pendidikan tiada batasan terutama sekali dalam era globalisasi
yang memerlukan kepantasan dan kecekapan terutama dalam mencari bahan rujukan,
berbincang dan mendapat bantuan rakan atau pengajar serta menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul. Oleh itu setiap pelajar harus menggunakan ICT sebagai alat dan

Interaksi

Proses Pembelajaran Pembelajaran melalui


Pembelajaran individu komunikasi

Proses
Kesedara Perkongsia Pemantapa
Kesedaran
n ICT n ICT n ICT

kemudahan tambahan bagi membantu dan memudahkan proses pengajaran dan


pembelajaran mereka (Zuraini et al 2006). Belajar secara pembelajaran atas talian
memerlukan kemahiran teknologi maklumat yang baik. Rajah 3.1 di bawah menunjukkan
hubungan di antara proses pembelajaran dan interaksi kesedaran terhadap ICT. Pelajar
perlu menyedari kepentingan ini dalam meningkatkan penguasaan ICT mereka.
Rajah 3.1 : Proses Pembelajaran Dan Interaksi Kesedaran Terhadap ICT

Pengimplementasian ICT dalam pembelajaran atas talian ini juga meningkatkan


tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi
pendidikan yang bersesuaian. Ini selaras dengan penemuan Loyd dan Gressard (1986)
yang mendapati sikap positif terhadap sesuatu teknologi komputer mempunyai hubungan
positif dengan pengalaman menggunakannya. Mereka melaporkan penggunaan teknologi
yang kerap mengurangi kebimbangan dan keraguan dan pada masa yang sama keyakinan
menggunakannya bertambah. Summers (1990) menyatakan salah satu sebab pelajar
bersikap negatif terhadap teknologi adalah disebabkan kurang pengetahuan dan
pengalaman menggunakannya. Keyakinan pengajar menggunakan teknologi dipengaruhi
oleh penggunaan teknologi tersebut. Woodrow (1992) merumuskan sikap positif pengajar
Page | 9
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


terhadap teknologi komputer dikenalpasti membantu penggunaan teknologi maklumat di
dalam pengajaran secara berkesan. Oleh yang demikian untuk berjaya dalam persekitaran
pembelajaran dalam talian, pelajar perlulah meningkatkan kemahiran ICT. Ini boleh
dicapai dengan perkongsian maklumat atau menghadiri kelas ICT. Info maya tentang ICT
juga turut boleh diakses.
3.4 BIJAK MENGURUSKAN TEKANAN
Menurut Lessard (1998), stress bukan sahaja dialami oleh orang-orang dewasa,
malahan turut dialami oleh pelajar-pelajar universiti. Bagi pelajar-pelajar baru di dalam
sistem pembelajaran dalam talian mereka akan mengalami gangguan tekanan atau stress
yang berganda jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran secara tradisional.
Masalah akan datang dari pelbagai sudut dan dari segenap aspek yang pasti akan
menganggu perasaan dan emosi dan secara tidak langsung akan memberi stress atau
tekanan perasaan kepada pelajar-pelajar. Menurut Wright (1967) kebiasaannya stress akan
dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan,
kebimbangan yang tinggi serta simpton-simpton fisiologi yang ditunjukkan kesan
daripada sesuatu peristiwayang dialami. Apabila berlaku stress, faktor fizikal dan rohani
akan terganggu dan ianya boleh menjadi negatif ataupun positif.
Stress yang positif akan memastikan kita sentiasa berjaga-berjaga, mendorong
kita agar lebih bermotivasi di dalam menghadapi cabaran atau rintangan serta membawa
kita didalam mencari jalan penyelesaian. Manakala stress atau tekanan perasaan negatif
adalah masalah ataupun impak negatif yang boleh menganggu pelajar-pelajar samada dari
segi kesihatan mental dan fizikal, personaliti dan juga prestasi pembelajaran itu sendiri.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari segi aspek negatif atau
tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap tahap
kesihatan dan pencapaian akademik para pelajar. Bagi pelajar-pelajar baru kebiasaannya
faktor yang selalu memberi tekanan dan menimbulkan stress ialah kesuntukkan masa di
dalam menyiapkan tugasan, kurang kemahiran di dalam perkakasan komputer, kurang
mahir di dalam menggunakan sumber-sumber yang disediakan seperti
kemudahanMyVLE yang disediakan oleh pihak OUM, bebanan kerja di pejabat yang
semakin bertambah.
Sebagai pelajar dewasa, seharusnya pelajar bijak menangani tekanan. Mereka
perlu menyusun jadual hidup dengan baik. Perkongsian masalah dengan rakan sepejabat
Page | 10
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


atau universiti perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Amalan hidup
sihat penting bagi melahirkan kesihatan tubuh badan dan pemikiran yang sihat. Sentiasa
berfikiran positif dan rajin membaca juga adalah antara langkah bijak menangani
tekanan. Oleh itu pengurusan tekanan yang bijak akan melahirkan pelajar yang berjaya
dalam persekitaran pembelajaran dalam talian.
4. KESIMPULAN
Sejajar dengan pendapat Jamaludin (2000), pembelajaran dalam talian adalah
satu corak memperolehi ilmu atau pendidikan menggunakan sistem pendekatan
penyampaian pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam diri seseorang
individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan. Ini dapat dicapai
melalui pengalaman tertentu yang diuruskan melalui suatu sistem talian (online) yang
menguruskan pembelajaran, membekalkan makanisme penghantaran pengetahuan,
pemantauan prestasi pelajar, penilaian dan capaian kepada sumber pengajaran dan
pembelajaran yang segera.
Untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam persekitaran pembelajaran dalam
talian, pelajar boleh mengadaptasi ciri-ciri dan strategi pembelajaran yang diutarakan. Ini
penting bagi pelajar mencapai matlamat yang diingini. Ianya adalah selaras dengan
MsLellan (1998), yang telah mendefinisikan komuniti pembelajaran dalam talian sebagai
satu tempat untuk mengalakkan pelajar menyertai dan berkerjasama (collaboration)
disamping tidak ada pertandingan antara individu.
Oleh yang demikian adalah diharapkan agar pembelajaran dalam talian ini
mendatangkan manfaat yang amat berguna kepada semua pelajar yang terlibat.
Pengembelingan ciri dan strategi pembelajaran yang efisien dapat melahirkan pelajar
yang berjaya.

( 2995 patah perkataan)

Page | 11
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001

BIBLIOGRAFI
Daud, A~, R. (1992). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
peralatan elektronik di sekolah. In Razman Man &.YusuP, Hashim(Eds)..Pot~nsi
Dan Cabaran Dalam Pembelajaran Maya dan E1ektronik. Prosiding Konvension
Teknologi Pendidikan Ke-13, Ipoh.
Effandi Zakaria, Md. Yusoff Daud dan Norazah Nordin. 2007. Penggunaan pendekatan
berasaskan web dalam pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus pendidikan
Matematik. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga;
Dasar dan perlaksanaan ke arah pengukuhan halatuju dasar Pendidikan Negara.
Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 13-14 Februari
2007. Esset, Bangi.
Habibah Elias (1993) Latihan Motivasi Pencapaian dan Kesannya Ke Atas Prestasi
Peperiksaan, Kebiasaan Belajar dan Sikap Pelajar-Pelajar Peringkat Universiti.
Kuala Lumpuur: Universiti Kebangsaan Malaysia
Hasmawati Hassan & Fatimah Hassan (2005). "Memperkasakan Pendidikan Jarak Jauh
Melalui Portal E-Pembelajaran: Tinjauan Terhadap Penerimaan Pelajar Kursus
Matematik". Kertas kerja dibentangkan di 3rd International Seminar on
Learningand, Motivation: Enhancing Student Engagement, City Bayview Hotel,
Langkawi, 10-12 (September)
http://journalarticle.ukm.my/1490/1/NORAZAH.pdf
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/RABEAHBP020202D2006TTP.
pdf
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/BERNADETTEAP050035D200
9TTP.pdf
http://www.ftsm.ukm.my/zmy/PJJ%20Dalam%20Talian%20Dari%20Perspektif
%20Pendidikan.htm

Page | 12
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001


Karsono Ahmad Dasuki (1993). Konsep dan Sistem Pendldikan Jarak Jauh. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Mohamad Bilal Ali, Jamalludin & Zaidatun (2000), Pengajaran dan Pembelajaran Maya
Menerusi Teknologi Kawalan Komputer Jarak Jauh, Konvensyen Pendidikan
UTM 2000, Sekudai Johor.
Noraniah, Nor Haizan & Razana, (2000), Memodelkan Modul Pengajaran Dalam
Pendidikan Jarak Jauh, Konvensyen Pendidikan UTM 2000, Sekudai Johor.
Nor Hapiza Mohd Ariffin & Razidah Ismail. 2001. Pengajaran dan Pembelajaran melalui
WWW: dari perspektif pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Sosio-Ekonomi &
IT, 2 4 November 2001, Universiti Utara Malaysia.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2002. Psikologi Pendidikan. Pendekatan
Kontemporori. McGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sharifah Mastura Syed Ahmad (1997), Internet dan anda teman untuk melangkah ke
dunia siber, Federal Publication, Kuala Lumpur.
Yusof Hashim, & Sharifah Alwiah Alsagoff (1993). Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan
Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zoraini Wati Abas (2004), The e Factors in Open Distance Learning, Seminar e-
Pembelajaran, Pulau Pinang
Zuraini Zakaria, Fatimah Hassan, Hasmawati Hassan & Helen Khoo Chooi Sim (2004).
"Amalan Pelajar Cemerlang Dalam Pembelajaran Secara Jarak Jauh", In Hanafi
Atan & Roihan M. Idrus (Eds.) Integration of Instructional Design & Technology
In Teaching & Learning. Malaysian Educational Technology Association (META)
Publishers - [ISBN: 983-2620-44-9], pp. 241 - 248.

Page | 13
OUMH1103 : LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

JEFFRI BIN DALI 810629095049001

Page | 14

You might also like