You are on page 1of 6

PROGRAM SEMAIAN KASIH TUAIAN BUDI (ANAK ANGKAT)

1.0 PENGENALAN
Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan.
Sejajar dengan misi dan visi Pendidikan Khas sekolah yang menitik beratkan
pencapaian murid-murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan
sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua pihak perlu menggembling tenaga bagi
menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan
sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar
sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah
satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Semaian
Kasih Tuaian Budi. Program ini ialah suatu program yang dirangka khusus kepada
murid Pendidikan Khas seramai 13 orang. Program ini merupakan satu program
yang dirancang untuk membantu dan membimbing murid dari pelbagai aspek untuk
meningkatkan persediaan dan penguasaan murid.

2.0 RASIONAL
Setiap murid Pendidikan Khas memerlukan seorang mentor yang dapat
membimbing mereka dengan baik bagi persediaan untuk belajar, berani dan boleh
menjadi perujuk dalam kes-kes tertentu.

3.0 MATLAMAT
Membentuk murid yang fokus dalam pelajaran dan mempunyai sahsiah diri yang
baik serta menjadikan murid lebih bersedia untuk mengikuti pelajaran.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Membantu, membimbing, menasihati dan menunjuk ajar murid angkat (mentee)
dalam setiap aspek pembelajaran mereka agar murid dapat belajar dengan
berkesan.
4.2 Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh sekolah.
4.3 Mewujudkan perhubungan mesra di antara pelajar dan guru dan seterusnya
guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang
berkaitan dengan pelajaran.
4.4 Membimbing murid (mentee) dalam aspek emosi.
4.5 Mewujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka,
guru-guru dan sekolah.
5.0 KUMPULAN SASARAN & JANGKA MASA PROGRAM
Murid seramai 13 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan
mempunyai seorang mentor. Program bermula dari bulan Jan 2017.
Lihat Lampiran 1

6.0 TATACARA
6.1 Perjumpaan mingguan akan diseragamkan untuk semua mentor mentee pada
satu masa tertentu iaitu pada setiap hari Isnin minggu keempat setiap bulan jam
7.45 8.15 pagi. Satu sesi perjumpaan memakan masa selama 30 minit. Program
ini juga akan dilaksanakan secara tidak formal mengikut mentor masing-masing
pada setiap waktu persekolahan.

7.0 PERANAN MENTOR


7.1 Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan supaya
apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
7.2 Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai keazaman
dan keyakinan untuk mengikuti pembelajaran.
7.3 Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
Mentee.
7.4 Mengadakan perjumpaan dengan Mentee dalam kumpulannya untuk
mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina. Juga
bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.
7.5 Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif program.
7.6 Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.

8.0 PERANAN MENTEE


Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:
8.1 Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
8.2 Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
8.3 Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan
hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
8.4 Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama
belajar.
SENARAI NAMA MENTOR DAN MENTEE ( RUJUK LAMPIRAN 1)

10.0 PENGISIAN
Cadangan aktiviti disediakan sebagai garis panduan dalam menjalankan aktiviti bagi
mencapai matlamat program.

SENARAI CADANGAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN (SILA RUJUK LAMPIRAN 2)

11.0 PENILAIAN
11.1 Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan
pencapaian pelajaran murid.
11.2 Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar
bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.

12.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar program ini dapat dilaksanakan mengikut
perancangan. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan matlamat program
agar perkembangan positif murid dapat dicapai. Semoga dengan adanya program
ini, ianya dapat membantu guru mengenalpasti kebolehan dan kekuatan murid untuk
lebih maju di masa akan datang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

.. ..
(SURIANI MOHAMED ADENAN) (YEOH KIM CHOON)
Penyelaras Guru Besar
Program Semaian Kasih Tuaian Budi (Anak Angkat) SJKC Simpang Jalong
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA MENTOR DAN MENTEE

1. PN. SURIANI BT MOHAMED ADENAN (MENTOR)


MENTEE : 1) THAMILLARASAN A/L SETIASELEN
2) NUR BALQIS INSYIRAH BINTI MOHD YASIN
3) VOON SHU ZHEN
4) CHONG SHI MING
5) LAI CHEE HOE

2. EN. MOHD FAIRUS BIN AHMAD RUZI (MENTOR)


MENTEE : 1) MUHD AMAR TAUFIK BIN MD NOOR
2) CHAN JUN WIN
3) TEOH YI HANG
4) CHARMAINE FOO CHEE XIE

2. EN. HAIRUL AZWAN BIN ABD RAZAK (MENTOR)


MENTEE : 1) CHEW KWAI LEONG
2) KHOON MING KIT
3) WONG WAN CHEE
4) LEONG KOK ZHONG
LAMPIRAN 2

SENARAI CADANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

AKTIVITI 1
BUAL SANTAI
Tujuan : Mentee memahami, memberi tumpuan dan dapat mempraktikkan
kemahiran mendengar yang berkesan semasa berada di dalam kelas.
Aktiviti : Kemahiran mendengar
1. Mentor berbual secara santai berkenaan kehidupan seharian murid, pelajaran,
perkara yang digemari dan pelbagai aktiviti yang selalu dilakukan murid.
2. murid memberi tumpuan dan respon terhadap perkara yang dibualkan bersama
guru.

AKTIVITI 2
PDP EXCELLENT
Tujuan : Mentor dapat mengenalpasti perlakuan di dalam kelas yang boleh dan perlu
dipertingkatkan.
Aktiviti : Meningkatkan aktiviti pembelajaran
1. Mentor bertanya kepada mentee bagaimana mereka meningkatkan aktiviti
pembelajaran terutama sewaktu hampir dengan ujian atau peperiksaan.
2. Mentor mengkaji kesediaan murid sewaktu PdP di dalam kelas. Perbincangan
tentang kesediaan dan focus murid di dalam kelas akan dijalankan.
3. Mentor membimbing murid secara tidak formal untuk lebih fokus dan memberi
tumpuan ketika belajar.

AKTIVITI 3
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Tujuan : Mentor dapat mengena murid dengan lebih rapat
Aktiviti :
1. Sesi kaji selidik dan mengumpul maklumat oleh mentor kepada murid, ibubapa,
rakan dan saudara mara.
2. Mentor mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid.
3. Mentor membimbing murid mengatasi kekurangan dan menonjolkan kekuatan
murid.
4. Mentee akan dibimbing oleh mentor pada waktu-waktu tidak formal dari aspek
pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku.

AKTIVITI 4
LAWATAN KE RUMAH
1. Dalam mengenal mentee dengan lebih rapat, mentor akan berkunjung ke rumah
murid untuk mendapat maklumat murid dengan lebih terperinci.
2. Mentor akan berhubung terus dengan orang ibubapa atau penjaga murid untuk
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid.
3. Mentor akan cuba memberi idea dan membantu masalah yang dihadapi oleh
murid sekiranya ada.

You might also like