You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

AKTIVITI KOKURIKULUM
PERSATUAN GEOGRAFI & PELANCONGAN/SEJARAH
UNIT KOKURIKULUM
SMK TAMAN SELAYANG
TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN :
Aktiviti kokurikulum merupakan satu komponen dalam PBS. Semua murid wajib
mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Sehubungan ini, pihak sekolah telah
menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum yang bukan sahaja dapat menyumbang kepada markah keseluruahan
PBS malah yang lebih penting ialah memupuk sikap kepimpinan, bertanggungjawab dan
menjamin perkembangan fizikal dan mental yang sihat dalam kalangan murid. Selaras
dengan matlamat ini, Persatuan Geografi Dan Pelancongan bersama Persatuan Sejarah
mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan aktiviti persatuan yang diharapkan dapat
memberi manfaat kepada kemenjadian murid yang seimbang daripada segi intelek,
jasmani,
emosi,dan rohani.

2.0 NAMA PROJEK/PROGRAM:


Explorace Geografi Dan Sejarah

3.0 PENGANJUR:
Persatuan Geografi dan Pelancongan/Persatuan Sejarah
Unit Kokurikulum, SMK Taman Selayang

4.0 TARIKH & TEMPOH :


Tarikh: 15 Mac 201
Tempoh: 11.30-1.00 Tengah Hari ( 1 Jam 30 Minit)

5.0 TEMPAT:
Tempat: Kantin tambahan dan kawasan sekolah
Justifikasi Pemilihan lokasi: Selamat dan menyenangkan pengurusan program

6.0 SASARAN:
Semua murid Tingkatan Satu. Dua dan Peralihan.

7.0 MATLAMAT/OBJEKTIF:
7.1 Matlamat/Objektif:
Membolehkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum dan
memupuk sikap kepimpinan dan bertanggungjawab serta melahirkan murid yang
seimbang daripada segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.
7.2 Alat Penilai Dan Pengukur Prestasi Program:
Program dapat dilaksanakan dengan lancar dengan penglibat murid secara aktif
dalam menjayakan program.
8.0 SKOP PROJEK/PROGRAM:
8.1 Nama Program: Explorace Geografi Dan Sejarah
8.2 Cara Program dikendalikan:
TENTATIF PROGRAM

11.30 Pagi Murid berkumpul di Kantin Tambahan SMK Taman Selayang


11.30-11.45 Pagi Pendaftaran peserta
11.45-11.55 Pagi Penerangan tentang peraturan explorace Geografi & Sejarah serta
kriteria penilaian.
11.55-12.30 TH Explorace bermula:
1. Peserta secara berkumpulan mengikut persatuan dan kelab
masing-masing mencari kotak-kotak yang telah disorok di lokasi-
lokasi yang telah ditetapkan di kawasan sekolah.
2. Setiap kumpulan yang telah menjumpai kotak perlu menjawab
soalan-soalan Geografi dan Sejarah yang terdapat dalam kotak dan
menyerahkannya kepada pengadil-pengadil di kantin tambahan.
12.30- 12.45 TH Pengadil-pengadil menanda jawapan kumpulan peserta dan memilih
3 kumpulan pemenang terbaik.
12.45- 1.00 TH Penyampaian hadiah

9.0 SUMBER KEWANGAN:


9.1: Sumber Kewangan: Unit Kokurikulum SMK Taman Selayang

9.2 Anggaran Perbelanjaan:

BIL PERKARA JUMLAH


1 Bahan Fotostat RM 10

2 Hadiah Johan Berkumpulan RM 80

Hadiah Naib Johan Berkumpulan RM 60

Hadiah Tempat Ke-3 Berkumpulan RM 50

JUMLAH RM 200

Diharapkan pihak sekolah dapat memperuntukan perbelanjaan sebanyak


RM 200.00
10.0 PENUTUP:

Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan
program ini amatlah dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


( PEH ENG HONG) ( Pn. MERIAM BT AWANG SULAIMAN )
Setiausaha program Penolong Kanan Kokurikulum

Diluluskan oleh:

..
( Pn. NORIZAH BT NORDIN)
Pengetua

You might also like