You are on page 1of 9

Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh

masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang
dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.
Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan
Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian ini digunakan
untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka.
Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli pantun.
Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh pemain biola
yang bertugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan mereka.
Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri daripada
sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada dua, iaitu rebana
kompang atau rebana keras.
Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk
menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di adakan. Tetapi, pada zaman yang serba
moden ini nyanyian Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat
muda.
Asal usul kewujudannya sehingga kini masih diperdebatkan, namun kebanyakan menerimanya
sebagai bentuk seni yang datang dari selatan Thailand atau utara Semananjung Malaysia.

Dalam lingkungan masyarakat petani, dikir barat dipersembahkan sebagai upacara keagamaan
atau sambutan sempena musim menuai. Kini, persembahan dikir barat lebih berperanan sebagai
satu bentuk hiburan. Begitupun, pertandingan antara kumpulan dikir barat juga sering diadakan.
Sehingga kini, Singapura dan dua negeri di Malaysia - Kelantan dan Terengganu adalah antara
negeri yang masih mempersembahkan dikir barat secara aktif.

Kita memanggilnya dikir, perkataan yang bunyinya ada persamaan dengan perkataan Melayu
zikir yang bermakna doa atau amalan keagamaan, sesuatu yang dilihat oleh penduduk di utara
semenanjung Malaysia dan diamalkan orang Thai setiap musim menuai padi. Barat pula
bermakna kedudukan geografi, orang utara dulu menganggap Thailand berada di sebelah barat
padahal dari segi kedudukan geografinya, ia berada di utara Malaysia. Memandangkan nama itu
sudah sebati dengan penggunaan, ia kekal sehingga ke hari ini dan tidak pernah diubah.

Budaya dikir barat kemudian terus menular ke selatan, Singapura sekitar 1970-an. Pelbagai
pertandingan dianjurkan badan kerajaan setiap tahun dan sambutan terhadapnya begitu baik
sehingga ke hari ini, biarpun Singapura kini adalah kota metropolitan yang maju.
ASAL USUL

a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.

Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya
berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir
Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan
Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada suatu ketika dahulu
Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah
negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima
pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di
sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan
loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.

b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.

Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah
Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat,
ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh
disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.

c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang
mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin
Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir
Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan
menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke
Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau
pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu
kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir
Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam).
Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang
mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan
lagi dikir barat.

Fungsi Tukang Karut

Elemen asas dalam kumpulan dikir barat adalah dua teraju utamanya, iaitu Juara dan Tukang
Karut. Anggota kumpulan dikir barat tidak terhad kepada jumlah tertentu. Di Singapura, ketika
berlangsungnya pertandingan, siaz standard kumpulan ialah dua teraju utama - 14 awak-awak
dan empat pemain muzik percussion.
Juara ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan memulakan persembahan
diikuti Tukang Karut. Tidak seperti Juara, Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton
menerusi gelagatnya. Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan menghiburkan
sebagai berkesan fungsinya sebagai penghibur. Juara pula biasanya adalah penyanyi yang
memiliki suara cukup mendayu.

Awak-awak biasanya akan menyanyikan korus pada dikir. Mereka akan menyanyi dan menari
dalam keadaan duduk mengikut irama yang didendangkan oleh dua teraju utama. Pemuzik
percussion pula terdiri daripada ibu rebana, anak rebana, maracas, trambouline, gong dan
canang.

Halim Yazid bersama kumpulannya dalam satu persembahan peringkat nasionalIbu rebana,
adalah percussion paling penting. Anak rebana pula berfungsi sebagai penyokong kepada ibu
rebana dan lebih kecil dari segi saiz namun memiliki nada lebih tinggi. Gong dan canang pula
memperkemaskan lagi tempo. Canang adalah gong tradisional Melayu bersaiz kecil yang
diletakkan di atas lantai. Maracas dan trambouline pula biasanya digunakan untuk kesan bunyi
tambahan kepada muzik itu. Trambouline biasanya dimainkan seorang teraju utama ketika
anggota lain menyanyi.

Dikir barat, di Kelantan dipercayai dipelopori Pak Leh Tapang, diikuti Pak Ku Mat, Seman Wau
Bulan, Husin Gelang Mas, Jusoh Kelong, Daud Bukit Abal, Arifin Ana. Kemudian generasi baru
terdiri daripada penyanyi dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Mat Gelemor dan
Megat Nordin.

ALATAN DIKIR
Gong merupakan peralatan muzik yang penting dalam persembahan Dikir Barat. Dalam
persembahan Dikir Barat gong berperanan sebagai bunyi tulang belakang yang mengawal tempo
dalam essemble persembahan Dikir Barat.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Dalam
persembahan Dikir Barat ia dimainkan bersama-sama dengan gendang ibu dan gendang anak.
mengikut rentak dan menghasilkan pelbagai irama yang unik. Gong dipercayai sebagai alat
utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional Melayu.

Gendang ibu merupakan alat muzik utama dalam persembahan Dikir Barat. Pada zaman
purbakala, gendang bukan sahaja dimainkan semasa mengadakan majlis-majlis sosial akan tetapi
digunakan untuk mengarah tentera, menghalau binatang, memaklumkan masa dan mengeluarkan
alarm. Sampai kini penggunaan gendang semakin meluas, ia sering digunakan dalam orkestra
muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara tarian dan termasuklah Dikir Barat.
Dalam persembahan Dikir Barat gendang berperanan mencipta irama lagu yang
diperdendangkan. Pemain gendang perlulah memiliki kemahiran yang tinggi dalam aspek
meningkah dan memcipta bunga-bunga irama yang unik dan menarik. Kebolehan meneroka
corak irama yang rancak dan bertenaga membuatkan persembahan Dikir Barat menjadi menarik
dn hebat.

Cara Persembahan

Format persembahanan dikir barat terdiri daripada :

1. Awok-Awok : Ahli pemain dikir barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas
orang yang dinamakan awak-awak. Awak-awak berperanan menyanyikan korus yang
disampaikan secara unison. Korus yang berbentuk seperti pantun bertujuan untuk berbalas-balas
pantun dengan penyanyi. Semasa mengadakan persembahan awak-awak duduk di atas lantai
dalam bulatan berhadapan di antara satu sama lain. Sambil menyanyi mereka menggerakkan
lengan, tangan dan bahagian atas anggota badan seolah-olah menari mengikut irama muzik
diselang seli dengan tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang tertentu.

2. Juara : Merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan juga digelar tok juara. Pada
kebiasaannya tok juara akan duduk sebaris dengan pemain muzik. Tok juara akan memulakan
lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjelal-jela mengikut kemahuan dan moodnya
bergaya zikir. ia seolah-seolah meniup semangat kepada pasukannya untuk mempamirkan
persembahan yang menarik dan bersemangat. Tok juara juga berperanan memberi panduan
kepada penyanyi selanjutnya iaitu tukang karut.

Latar Belakang Dikir Barat


Dinegeri-negeri selatan Thai disebut sebagai dikir karut kerana kehadiran seorang penyanyi
utama yang dipanggil tukang karut, selain itu zikir atau zikr disebut oleh mereka sebagai dikir.
Diseluruh negeri Kelantan dikir barat merupakan satu bentuk muzik yang popular sebagai
hiburan. Pada zaman dahulu persembahan dikir barat bertemakan kehidupan seharian biasanya
menitikberatkan unsur-unsur lucu.namun sekarang ia berubah mengikut perkembangan semasa,
tema dan konsep persembahan banyak berkisar kepada isu-isu politik, ekonomi, pembangunan,
pendidikan, masalah sosial dalam kehidupan masyarakat sejagat.
Pada kebiasaannya dikir barat dipersembahkan pada musim menuai, majlis perkahwinan,
berkhatan, dan majlis-majlis keramaian. Namun pada masa kini dikir barat dijadikan sebagai
platfom untuk memperlihatkan kehebatan seni tradisional melalui pertandingan yang dianjurkan
diperingkat kampung, kebangsaan dan antarabangsa.

3. Tukang karut : Merupakan individu atau penyanyi yang paling penting dalam persembahan
dikir barat. Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas sambil menyalunkan nyanyain. Beliau
memiliki kemahiran mecipta pantun secara spontan dan dianggap sebagai insan yang mempunyai
bakat semulajadi dalam bidang penciptaan, menarik, lucu, bijak, memukau perhatian audion.

SEJARAH
Muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang
menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang
berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera.
Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum
tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai
upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara
perkahwinan.

Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai.
Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang
biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka
berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan
ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel
diatonik. . Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita.
Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana
bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak
berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang
lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan
mengikut rentak Caklempong.

Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam
sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti
istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula,
Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin.

Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat
menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat
Kuda kepang
Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Kuda kepang
dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut
orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada
anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepang
kerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda.
Pembuatan kuda kepang adalah dengan menggunakan buluh yang dianyam. Pada awalnya kuda
kepang menggunakan pandan yang dianyam tetapi kini ada yang diperbuat daripada papan lapis
atau kulit lembu. Ianya biasa berwarna kitam dengan bulu berwarna kuning. Namun
pengubahsuaian telah berlaku apabila terdapat juga kuda yang dibalut dengan baldu bagi
menampakkan kuda semakin menarik. Kebiasaanya hiasan seperti ini adalah bagi tujuan
persembahan diperingkat tinggi.
Mengikut seperti yang dikatakan oleh Soedarsono (1983), kuda kepang mula berkembang
sebelum berlakunya perkembangan Islam iaitu pada abad ke XV. Persembahan kuda kepang ini
dimainkan dalam upacara pemujaan. Dipercayai, kuda kepang dimainkan adalah bertujuan orang
yang masih hidup untuk menjalinkan hubungan dengan roh orang telah mati. Selain itu, mereka
percaya kuda kepang dimainkan bertujuan untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh
jahat, penyakit dan malapetaka.
Kuda kepang adalah merupakan sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada Jawa.
Telah berlakunya penyebaran kesenian ini meluas serata wilayah di Nusantara. Penyebarannya
diteruskan lagi setelah dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini dan
kekal sehingga sekarang dan masih banyak mengekalkan ciri-ciri keaslian tradisinya. Permainan
ini sangat popular khususnya di negeri Johor. Tidak banyak pengubahsuian yang dilakukan
walaupun setelah berkurun lama seni kuda kepang ini wujud. Hal ini disebabkan masyarakat
Jawa yang begitu kuat mengekalkan seni tradisi mereka dan ini dibuktikan dengan pengekalan
seni budaya dan juga tutur bahasa yang digunakan sehari-hari.
Masyarakat Jawa masih tidak lepas daripada kepercayaan unsur ghaib sehinggakan banyak
upacara tertentu dilakukan dan salah satu daripadanya ialah persembahan kuda kepang. Dalam
kehidupan msyarakat Jawa mereka telah melakukan percampuran antara nilai agama dan juga
masih mebgekalkan kepercayaan nenek moyang yang kuat.
Daripada beberapa kajian yang telah dibuat, ada pendapat mengatakan tarian kuda kepang ini
telah dicipta oleh Wali Sembilan sebagai tarikan dalam usaha mereka menyebarkan syiar Islam
di Tanah Jawa. Peristiwa peperangan yang dilalui Rasullullah saw dan para sahabat disampaikan
dalam bentuk tarian.

Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini.
Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta
Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang
tidak terdapat di negara lain.
Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain
daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.
Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah dan Sarawak.
Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa.
Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang
berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.
Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-
penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.

Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia.

Dikir barat merupakan teater tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan dan
Patani. Dalam persembahan Dikir barat, terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang
Tukang Karut dan Tok Juara.

You might also like