You are on page 1of 8

_____PK07- Pengurusan

Mesyuarat
PK 07/1
Ruj. Kami :..
Tarikh :..

.
.
.
Tuan,

MESYUARAT PERTANDINGAN ANTARA KELAB KO-KO

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan


seperti ketentuan berikut:

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Pengerusi :

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1 Perutusan Pengerusi

3.2 Perkara-perkara berbangkit

3.3 Hal-hal lain

3.4 Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Pengerusi : Guru Besar SK Polis Kem


Pn. Hjh. Azizah Bt. Hj. Ariffin

Timbalan Pengerusi 1. Penolong Kanan Kokurikulum Murid


En. Azmi Bin Wahid

2. Penolong Kanan Pentadbiran


En. Nik Ramli Bin Nik Shim

3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn. Zanaria Bt.

4. Penyelia Petang
Pn. Hjh. Norizan Bt. Ibrahim

Penyelaras : En. Nor Khairul Nizat Bin Om

Setiausaha : En. Azhar Bin Alias

Ahli Jawatan Kuasa

Disiplin dan Keselamatan pelajar : En. Jeffri Bin Kamsani dan semua guru (sesi
pagi).
En. Sham Bin Hamzan dan semua guru (sesi
petang).

Jurugambar : En. Zairil Bin Zaki (Sesi Pagi)


En. Mohd. Alwi Bin Mohd. Nor (Sesi Petang)

Pelaporan & Dokumentasi : En. Nor Khairul Nizat Bin Om


En. Azhar Bin Alias
CARTA GANTT
PERTANDINGAN RAGBI SENTUH ANTARA KELAB KO-KO
BIL Strategi Jan Feb Mac Apr Mei Jun
Bulan
1 Membentuk jawatankuasa dan mesyuarat induk

2 Mempromosi pertandingan

3 Mesyuarat pelaksanaan

4 Pengagihan tugas

5 Penyediaan tempat pertandingan

6 Penyediaan peralatan pertandingan

7 Jadual latihan murid

8 Menyediakan syarat-syarat pertandingan

9 Mesyuarat akhir sebelum pertandingan

10 Pelaksanaan aktiviti

11 Pemantauan, Pelaporan dan Penilaian


SYARAT DAN FORMAT PERTANDINGAN

KEJOHANAN SKPK RUGBY 7S


(PERATURAN KEJOHANAN)

PENGANJURAN KELAB RAGBI SENTUH SK POLIS KEM


25 - 26 FEBRUARI 2012
8.00 am 6.00 pm
PADANG SEKOLAH SK POLIS KEM

ONLY THE TOUGHEST WILL SURVIVE

1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dikenali sebagai Kejohanan SKPK Rugby 7s 2013.

2. PENGELOLAAN
Jawatankuasa pengelolaan kejohanan yang dibentuk oleh Kelab Ragbi Sentuh SK POLIS
KEM yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengelolaan kejohanan ini.

3. PENYERTAAN DAN YURAN PENYERTAAN


Kejohanan ini terbuka kepada Kelab-Kelab Ko-Ko SK POLIS KEM. Pendaftaran
hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan dengan menyertakan bayaran
penyertaan sebanyak RM 20 sahaja setiap pasukan.

4. PENDAFTARAN PASUKAN
Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini hendaklah
mendaftarkan seramai tidak lebih dari 12 orang pemain dan 2 orang pegawai pasukan.
Tiada tambahan pemain boleh dilakukan terhadap senarai yang telah didaftarkan.
Pasukan-pasukan yang menggunakan pemain yang tidak berdaftar akan dikenakan
tindakan tatatertib.

5. UNDANG-UNDANG DAN FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Undang-undang terkini ragbi variasi 7 sebelah yang dikeluarkan oleh International
Rugby Board dan diterima pakai oleh Kesatuan Rugby Malaysia yang akan mengawal
kejohanan ini kecuali bagi beberapa perkara yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan
ini.

5.2 Pertukaran pemain boleh dilakukan secara Rolling Substitution pada sepanjang
masa perlawanan. Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan semasa bola mati.

6. MASA BERMAIN

6.1 Bagi pertandingan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, perlawanan
akan berlangsung selama 7 minit untuk separuh masa pertama dan 7 minit untuk separuh
masa kedua. 1 minit diperuntukkan untuk pertukaran padang antara dua separuh masa
tersebut.

6.2 Bagi pertandingan akhir cup, perlawanan akan berlangsung selama 10 minit setiap
separuh masa, diselangi 3 minit masa rehat dan pertukaran padang.
7. TATACARA PERTANDINGAN

7.1 Sebanyak 12 pasukan diundi ke dalam 4 kumpulan A,B,C,D. Setiap kumpulan akan
mempunyai 4 buah pasukan yang akan bertanding secara liga satu pusingan dalam
kumpulan masing-masing.

7.2 Pada akhir pertandingan peringkat kumpulan, pasukan-pasukan yang mendapat dua
kedudukan teratas dalam kumpulan layak bertanding dalam kumpulan X dan dua pasukan
berikutnya layak bertanding dalam kumpulan Y.

7.3 Pertandingan pusingan kedua:

7.3.1 Pertandingan suku akhir kategori cup/plate kumpulan X bahagian atas: johan
kumpulan A akan bertemu naib johan kumpulan C, johan kumpulan B akan bertemu Naib
johan kumpulan D.

7.3.2 Pertandingan suku akhir kategori cup/plate kumpulan X bahagian bawah: naib
johan kumpulan A akan bertemu johan kumpulan C, naib johan kumpulan b akan bertemu
johan kumpulan D.

7.3.3 Pertandingan suku akhir kategori bowl kumpulan Y bahagian atas: ketiga kumpulan
A akan bertemu keempat kumpulan C, ketiga kumpulan B akan bertemu keempat
kumpulan D.

7.3.4 Pertandingan suku akhir kategori bowl kumpulan Y bahagian bawah: keempat
kumpulan a akan bertemu ketiga kumpulan C, keempat kumpulan B akan bertemu ketiga
kumpulan D.

7.3.5 Pasukan-pasukan yang memenangi perlawanan suku akhir kategori cup/plate akan
bermain di peringkat separuh akhir kategori cup secara kalah mati, manakala pasukan-
pasukan yang tewas dalam kategori cup/plate akan bermain di peringkat separuh akhir
kategori plate secara kalah mati.

7.3.6 Pasukan-pasukan yang memenangi perlawanan suku akhir kategori bowl akan
bermain di peringkat separuh akhir kategori bowl secara kalah mati.

8. MASA MELAPOR

8.1 Pasukan-pasukan yang bertanding dikehendaki mematuhi jadual perlawanan yang


telah disediakan.

8.2 Pasukan-pasukan yang gagal berada di padang dengan sekurang-kurangnya 5 orang


pemain apabila dipanggil oleh pengadil perlawanan akan diberikan masa 5 minit untuk
berbuat demikian. Sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut, tamat masa menunggu
yang diberikan, pasukan lawannya akan diberikan kemenangan percuma (15-0).

8.3 Sekiranya kedua-dua pasukan gagal mematuhi peraturan 8.2 di atas, perlawanan
tersebut dianggap batal dan tiada mata diberikan kepada kedua-duanya.
8.4 Pengarah pertandingan boleh menggunakan budi bicaranya untuk menyelesaikan
perkara 8.2 dan 8.3 di atas.

9. PEMBERIAAN MATA

9.1 Menang - 3 Mata


9.2 Seri -1 Mata
9.3 Kalah -0 Mata

10. TINDAKAN TATATERTIB

10.1 Pemain-pemain yang dikenakan kad merah (bukan kerana kesalahan kad kuning
kedua) akan digantung dari terus bermain dalam kejohanan ini. Tempat pemain tersebut
tidak boleh digantikan oleh mana-mana pemain lain.

10.2 Pemain yang menerima kad merah akibat kesalahan kad kuning kedua akan
dikenakan penggantungan satu perlawanan berikutnya.

11. PENENTUKAN KEDUDUKAN DALAM KUMPULAN

11.1 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan mata kumpulan tertinggi
akan menjadi johan kumpulan.

11.2 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan kedua tertinggi akan
menjadi naib johan kumpulan.

11.3 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan ketiga tertinggi akan
menjadi ketiga kumpulan.

11.4 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan keempat tertinggi akan
menjadi keempat kumpulan.

12. KEDUDUKAN MATA SERI DALAM KUMPULAN

12.1 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat kutipan mata kumpulan sama
banyak, kedudukan pasukan-pasukan tersebut dalam kumpulan masing-masing akan
ditentukan melalui urutan berikut:

12.1.1 bilangan try terbanyak; atau


12.1.2 perbezaan skor dapat mengatasi skor kena.

12.2 Sekiranya keputusan tidak dapat diperolehi melalui kaedah di atas, keputusan
perlawanan antara dua pasukan tersebut diambil kira.

12.3 Sekiranya 12.2 tidak dapat mencapai keputusan, kedudukan pasukan tersebut
ditentukan melalui undian lambungan wang syiling (3 kali lambungan)

13. KEDUDUKAN SERI DALAM PUSINGAN KEDUA


13.1 Dalam perlawanan pusingan kedua dan seterusnya, sekiranya perlawanan berakhir
dengan keputusan seri pada akhir masa perlawanan, keputusan akan ditentukan melalui
kaedah berikut:

13.1.1 Perlawanan dilanjutkan dengan masa tambahan 5 minit secara sudden death.
Mana-mana pasukan yang Berjaya mendapat mata dalam masa tambahan tersebut akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

13.1.2 Sekiranya keputusan masih tidak tercapai, lambungan wang syiling 3 kali akan
menentukan pemenang.

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Jawatankuasa Pengelola melalui Pengarah Kejohanan berhak menentukan sebarang
perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan-peraturan ini dan keputusannya adalah
muktamad.

You might also like