You are on page 1of 3

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

SKRIP BICARA BERIRAMA


Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)
160
SEGMEN 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok
1 Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan
lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan.
2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4. (SRP) Ha, tengok ni!
5. (SRP) I Phone.
6. (SRL) I I apa?
7. (SRP) I Phone lah pakcik
8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil
menyanyikan lagu ikut tempo)
10. (SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)
11. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya
senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik)
12. (SRP) Hebatkan!
13. (SRL) Nak tengok ,boleh?
14. (SRP) Boleh.
15. (SRL) Nak pinjam?
16. (SRP) Tak boleh!
17. (SOLO) Emm, itulah bahasa!
18. (SRP) Bila dengar , banyak makna!
19. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata
(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh
padahnya!
SEGMEN 20. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
2
(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di
Malaysia.
20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini.
Masa zaman nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang
menjadi lingua franca. .
21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk
berhubung. Ramai pedagang menggunakanya.
23 (SOLO)Hebat!
24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan.
Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema
di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di
kota
25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua
bercakap bahasa Melayu
26. (SRP) Tapi, pada masa tubahasa pasar diutamakan
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
162
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?


28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu.
Macam
29. (SOLO P) Haiya apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa
mengikut nada orang Melayu bercakap menggunakan nada
orang Cina berbahasa Melayu )
30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua
ka? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap
bahasa Melayu)
31. (SOLO L) Ayo..yoyo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau
jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik
manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa
mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32. (SRL) Sekarang Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat
Malaysia
33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu
berbahasa Melayu.
34. (SRL)Malangnya timbul pula bahasa cacamarba
35. (SR)Cuba dengar ni
36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go Boringlah duduk
sorang-sorang.
37. (SR) Inilah bahasa rojak macam buat sambal belacan.
38. (SR)Masuk lada, Masuk bawang masuk belacan Blennnd
(bunyi mesin kisar).
39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa Huhhuhhuh.
40. (SRP) Pedasnya
41. (SRL) HaSiapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42. (SRP) TapiSambal belacan kan sedap, sudah makan pedas.
Lepas tu Nak lagiNak lagiNak lagimacam tu juga bahasa
rojak.
43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini
orang Malaysia.
SEGMEN 44. (SOLO)Nah ! Tu, dia, Bahasa Identiti Bangsa
3
45. (SR) Macam dulu-dulu Nenek moyang kita kaya dengan budi
bahasa
46. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor,
kita ada ghazal
47. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
48. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-
sama, Hidup rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan
merana.
49. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
50. (SRP) Kat timur pula, ada ore Kelate.
51. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
162
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi


52. bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa.
SEGMEN 53. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita
4 jerit ramai-ramai .
54. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing.
Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga
55. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang
kala
56. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu;
Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya
pengucapan pantun)
57. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa,
binasalah akar bangsa.
58. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu
bahasa, Yang cantik itu budi.
59. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
60. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
61. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan
barisan. Muzik back up drum roll)
62. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
63. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
64. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang
65. Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit
32 saat. (Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan
berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 )
66. (SOLO) 1Bahasa
67. (SOLO) 1Bangsa
68. (SOLO) 1Malaysia
69. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil
menyanyi verse ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah
masuk )
Catatan Petunjuk :
SOLO Suara Solo ( 9 orang)
SR Suara Ramai
SRL Suara Ramai Lelaki
SRP Suara Ramai Perempuan

Skrip disediakan oleh :


Abd Razak b. Abd. Malek

1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
162

You might also like