You are on page 1of 4

SJK (T) LADANG UU BERNAM 2

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 02/2011

Tarikh : 28 JUN 2011

Masa : 1.05 PETANG

Tempat : PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengerusi : PN. S. KAMALA DEVI

Ketua Panitia : CIK M. SUMITHA

Kehadiran(Bilangan) :6 ORANG

Nama Yang Hadir :

BIL. NAMA GURU


1. PN. S. KAMALA DEVI (GURU BESAR)
2. PN. M. PARAMES (PSV TAHUN 1)
3. CIK M. SUMITHA (PSV TAHUN 2)
4. PN. WAN NURAIN BINTI SULEIMAN (PSV TAHUN 3&4)
5. CIK M. MENAGAH (PSV TAHUN 5)
6. EN. M. CHANDRU (PSV TAHUN 6)

1 Ucapan Pengerusi

1.1. Guru Besar, Pn.S. Kamala Devi mengucapkan terima kasih di Tindakan :
atas kehadiran semua guru yang mengajar matapelajaran Seni Visual. Makluman

1.2. Beliau juga telah menyatakan bahawa walaupun matapelajaran


ini hanyalah matapelajaran elektif namun ianya amat penting kerana
membantu murid-murid mencungkil bakat kesenian mereka dan
membantu murid-murid menerokai bakat semulajadi yang terpendam
dalam diri mereka.

2
Ucapan Ketua Panitia
2.1 Cik Sumitha selaku Ketua Panitia telah menyatakan bahawa guru-
guru yang mengajar matapelajaran Seni Visual memainkan peranan Tindakan :
penting dalam meningkatkan prestasi matapelajaran seni dan Semua Guru
seterusnya harus menjadikan pengajaran dan pembelajaran seni PSV
sesuatu yang menarik agar dapat meningkatkan minat murid-murid
dalam menghayati dan mempelajari matapelajaran ini.

2.2 Ketua Panitia juga memaklumkan guru yang mengajar DSV KSSR
tahun 1 supaya sentiasa memastikan penilaian berterusan dijalankan
dan senantiasa bersedia kerana pemantauan PBS boleh diadakan
bila-bila masa sahaja oleh pegawai daripada PPD ataupun JPN.

2.3 Guru yang mengajar KSSR tahun 1 dikehendaki meneruskan


dengan kaedah penilaian yang dijalankan sekarang sehingga arahan
diterima daripada pihak PPD. Di dalam portal LPM juga telah dimuat
naikkan Dokumen Standard KSSR dan Kaedah Penilaian bagi Tindakan:
Sekolah Kebangsaan. Guru yang sedang mengajar DSV boleh Guru Tahun 1
merujuknya sebagai contoh bagi menilai murid-murid sekolah ini.

3 Pembentangan Minit Mesyuarat Lepas

3.1 Ketua Panitia telah membentangkan Minit Mesyuarat yang lepas. Tindakan :
Pembentangan ini telah disokong oleh Pn. M. Parames dan disahkan Makluman
oleh Cik M. Menagah.

4 Pembentangan dan Perbincangan Keputusan PKSR 1/2011

4.1 Ketua Panitia telah membentangkan keputusan PKSR 1 2011.

4.2 Bagi matapelajaran ini, kesemua murid telah mencapai keputusan


yang baik.
Tindakan :
4.3 Daripada 34 orang murid secara keseluruhannya, hanya seorang Makluman
murid yang mendapat B dalam matapelajaran seni visual ini. 33 orang
murid telah mencapai keputusan A dalam PKSR 1 yang telah
diadakan ini.

Analisa dan Postmortem Panitia Seni Visual

5.1 Kekuatan
5.1.1 Semua murid telah mencapai keputusan yang baik
5.1.2 Murid-murid mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya dan Tindakan :
mencapai keputusan yang baik. Makluman
5.1.3 Murid-murid juga telah menunjukkan minat yang tinggi dalam
mempelajari dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam matapelajaran
ini.

5.2 Kelemahan
5.2.1 Kekurangan guru opysen seni menyebabkan guru-guru bukan
opsyen terpaksa mengajar matapelajaran ini.
5.2.2 Guru-guru ini kurang pengalaman dan sering menghadapi
masalah kesulitan mengajar matapelajaran ini.
5.2.3 Kekurangan kursus mahupun pendedahan yang ditawarkan
untuk guru-guru meningkatkan kemahiran mereka.
5.2.4 Ketiadaan satu sistem penilaian yang sistematik bagi mengukur
dan menilai pencapaian murid-murid.

5.3 Peluang
5.3.1 Segala keperluan seperti peralatan dan bahan bagi
memudahkan pengajaran dan pembelajaran murid-murid telah
dibekalkan.
5.3.2 Pelbagai aktiviti seperti melukis mural, menceriakan kawasan
sekolah dan sebagainya diadakan bagi meningkatkan penghayatan
murid-murid dalam bidang kesenian.

5.4 Ancaman
5.4.1 Kekurangan buku-buku rujukan dan modul-modul untuk guru Tindakan :
merujuk dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang seni. Semua Guru
5.4.2 Bilik pendidikan seni tidak begitu kondusif dan terlalu sempit
menyebabkan guru-guru jarang menggunakan bilik seni dan
membawa murid-murid menjalankan aktiviti di dalamnya.
6 Cadangan dan Tindakan Susulan

6.1 Mengadakan sistem penilaian bagi menilai tahap murid dengan


mengadakan ujian pendidikan seni sekurang-kurangnya 2 kali
setahun.

6.2 Buku-buku rujukan berkaitan dengan pendidikan seni harus


disediakan untuk rujukan guru-guru.

6.3 Semua guru-guru yang mengajar matapelajaran PSV harus


berganding bahu bergotong-royong membersihkan dan menceriakan
bilik pendidikan seni agar suasana yang kondusif bagi p&p dapat
diwujudkan.

6.4 Mengintergrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam


pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid lebih berminat dalam
matapelajaran pendidikan seni ini.

6.5 Mengadakan pertandingan melukis, mewarna dan sebagainya Tindakan :


yang berkaitan dengan seni semasa acara-acara sekolah seperti Hari Semua Guru
Guru, Bulan Kemerdekaan dan sebagainya bagi mencungkil bakat PSV
murid-murid.

7 Program-program Tahun 2011

7.1 Program-program yang telah dilaksanakan setakat ini.


Gotong-royong mengubahsuai dan membersihkan bilik seni
Menceriakan bilik seni
Pertandingan mewarna tahap 1 dan tahap 2

7.2 Program-program yang bakal diadakan


Melukis mural dan menceriakan kawasan sekolah bersama
dengan Jawatankuasa Keceriaan Sekolah dibawah HEM.
Menceriakan bilik seni sekolah.
Pertandingan melukis tahap 1 dan tahap 2
Mengwujudkan dan mengemaskini sudut seni di dalam setiap Tindakan :
kelas. Makluman
Menganjurkan pertandingan melukis dan mewarna sempena
Hari Kemerdekaan 2011 disepanjang bulan kemerdekaan di
sekolah.

8 Hal-Hal Lain

8.1 Pn. M. Parames, telah memberikan cadangan agar duit baki


Panitia digunakan untuk membeli peralatan dan bahan-bahan
keperluan dan warna-warna kerana yang sedia ada hampir kehabisan
dan kebanyakannya telah kering.

8.2 Terdapat juga cadangan untuk membawa murid-murid melawat Tindakan :


pameran seni artis-artis tempatan dan luar negara bagi meningkatkan Ketua Panitia
lagi minat murid-murid dalam seni.

9 Ucapan Penangguhan

Ketua Panitia telah mengucapkan terima kasih kepada semua guru Tindakan :
yang sudi menghadiri ke mesyuarat Panitia yang kedua dan Semua Guru
mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
(Cik Sumitha A/P Muniyandi) (Cik Vasanthi A/P Velayutham)
Ketua Panitia
Pendidikan Seni Visual Penolong Kanan Pentadbiran
SJK (T) Ladang Ulu Bernam 2

Disahkan Oleh,

................................
(Pn. Kamala Devi A/P Saravanamuthu)
Guru Besar

You might also like