You are on page 1of 2

3/9/2017 FaizSubrilayakganjaranOlimpikMahfuzOmar|Pendapat|ProjekMMO|MalayMailOnline

ProjekMMO

Faiz Subri layak ganjaran Olimpik Mahfuz


Omar
JANUARY 10, 2017

10 JANUARI Hari ini saya begitu berbangga serta gembira atas kejayaan rakyat Malaysia
bernama Mohd Faiz Subri.

Beliau pemain bola sepak Pulau Pinang yang memenangi anugerah Puskas Fifa dalam
ketegori tendangan gol paling cantik di dunia untuk 2016.

Kejayaan beliau menempa sejarah bolasepak Malaysia dan menggemparkan dunia kerana
belum pernah mana-mana pemain rantau Asia memenangi anugerah Puskas sejak ia
diperkenalkan.

Faiz pula bukannya pemain kebangsaan sebaliknya beliau hanya pemain mewakili Pulau Pinang dalam Liga
Malaysia.

Saya berkongsi kegembiraan meraikan detik-detik kejayaan melalui skrin besar ketika nama Faiz dinobat sebagai
pemenang bersama keluarga beliau serta penduduk Kampung Tok Kepak Lana Bulu di rumah ayah beliau.

Tendangan Pisang Faiz berjaya menyaingi tendangan Roberto Carlos yang terkenal dengan Tendangan Pisang pada
1997 dari jarak 30 meter yang membawa Brazil mengalahkan Perancis di Paris.

Tendangan Pisang mula diperkenalkan oleh Garinca, pemain Brazil pada 1962 yang membawa Brazil menjadi Juara
Piala Dunia.

Kemenangan Tendangan Pisang Faiz itu diumumkan di majlis The Best Fifa Awards yang berlangsung di Zurich
bukan sahaja mengharumkam nama negara tetapi juga mengangkat nama Kampung Tok Kepak, Lana Bulu di Jerlun
ke peringkat dunia dalam sukan bola sepak.

Saya harap akan lahir lagi anak-anak dari kampung pedalaman di seluruh negara yang akan mengharumkan nama
dalam dunia sukan bola sepak.

Sudah sampai masanya satu pelan pembangunan jangka pendek dan panjang untuk mengangkat martabat sukan
bola sepak secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan dan FAM.

Ia bukan sekadar hanya kebetulan lahirnya individu pemain seperti Faiz tetapi melalui satu perancangan
pembangunan melahirkan bintang bolasepak dunia dari Malaysia.

Ia juga untuk meningkatkan mutu sukan bola sepak yang mampu menenggelamkan Samba Brazil mungkin dengan
rentak jenama Ronggeng Malaysia.

Kepada kerajaan Malaysia, saya berharap satu ganjaran yang tidak kurang dari apa yang diberikan kepada atlet
Olimpik dan Paralimpik akan dapat diberikan kepada Faiz.

Sebagai pemain pasukan Pulau Pinang, kerajaan negeri juga sewajarnya menyediakan ganjaran kepada Faiz.

Begitu juga dengan kerajaan Kedah seharusnya sebagai anak jati negeri,dicadangkan Faiz agar dipertimbangkan
satu pemberian sebidang tanah atau sebuah rumah kerana kejayaan ini juga mengharumkan nama Kedah.

Sempena dengan Hari Keputeraan Duli Tuanku Sultan Kedah pada 15 Januari nanti adalah sewajarnya Mohd Faiz
Subri dianugerahkan dengan pingat kebesaran.

Kemenangan Faiz juga adalah hadiah buat Tuanku Sultan.

Faiz telah menggunakan Tok Kepak untuk terbangkan Lana Bulu ke Zurich.
Tahniah Faiz, keluarga Pak Long Subri, masyarakat Tok Kepak Lana Bulu serta seluruh rakyat dengan pantun dua
http://www.themalaymailonline.com/print/projekmmo/pendapat/faizsubrilayakganjaranolimpikmahfuzomar 1/2
3/9/2017 FaizSubrilayakganjaranOlimpikMahfuzOmar|Pendapat|ProjekMMO|MalayMailOnline

Tahniah Faiz, keluarga Pak Long Subri, masyarakat Tok Kepak Lana Bulu serta seluruh rakyat dengan pantun dua
kerat:

Tok Kepak Lana Bulu;

Faiz Subri Nombor Satu.

* Datuk Mahfuz Omar adalah ahli Parlimen Pokok Sena.

** Tulisan inipendapatperibadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakilipendapatMalay


Mail Online.

Copyright 2017 | Malay Mail Online

http://www.themalaymailonline.com/print/projekmmo/pendapat/faizsubrilayakganjaranolimpikmahfuzomar 2/2

You might also like