You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

1/2016

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS FELDA

Tarikh : 29 Disember 2016

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Sidang, Sek Keb Kepis (Felda)

Kehadiran:

Turut Hadir:

1. En Arifin B. Md Yusof (Guru Besar)


2. En Abd Halim B Yusof
3. Pn Nik Jamilah Bt Nik Salim

Hadir:

1. Pn. Rahilah Bt Jaafar


2. Pn. Nurul Huda binti Tumiran
3. Pn Azah Bt Shari
4. En Ali Bt Ab Aziz
5. Pn Nurul Aini binti Osman
6. Pn. Wan Sakinah Bt Wan Ismail
7. Pn Norfatir Atila Binti Ahmad

Agenda :

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan


terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah untuk


membincangkan hal-hal berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar selaku penasihat merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua guru Bahasa Melayu kerana sudi hadir ke mesyuarat panitia kali
ini.

2.2 Guru Besar menyatakan beberapa perkara yang perlu dibincangkan di


dalam mesyuarat kali pertama antaranya aktiviti tahunan dan
pembahagian PCG
2.3 Beliau berharap mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar dan
mendapat kata putus yang sewajarnya. Beliau juga menyarankan guru-
guru membincangkan agenda mesyuarat seperti lampiran contoh
agenda mesyuarat panitia yang diedarkan oleh PPD, Kuala Pilah.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mesti disiapkan sebelum 31 Jan


2017.

3.2 Laporan Headcount Cikgu Ali mencadangkan supaya sediakan satu


format yang selaras untuk semua tahun. Headcount perlu disediakan
dengan mengambil data dari Peperiksaan Akhir Tahun untuk tahun 2
hingga tahun 6 manakala ujian fasa satu untuk tahun 1.

3.3 Bulan Bahasa dicadangkan diadakan pada bulan April yang bergabung
dengan bulan Nilam namun aktiviti Bahasa Melayu perlu dijalankan
mengikut jadual bertugas iaitu pada bulan Januari. Majlis pelancaran
bulan bahasa dicadangkan akan diadakan pada 11 April 2017

3.4 Pertandingan bercerita, pertandingan pidato dan pertandingan bahas


akan dijalankan pada tahun ini. Mohon semua guru memilih murid
yang terbaik untuk mewakili sekolak kelak.

3.5 Semua guru diminta untuk menggunakan buku teks ataupun buku
aktiviti yang disediakan oleh KPM.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu.

4.0 BELANJAWAN TAHUNAN

4.1 Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu kepada pembelian bahan
bantu belajar untuk subjek Bahasa Malaysia dan perbelanjaan aktiviti
panitia.

4.2 Belanjawan masih lagi belum dimaklumkan kepada ketua panatia


anggaran PCG pada tahun ini.

Tindakan : Ketua Panitia

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pelarasan buku kerja.


5.1.1 Guru-guru diminta untuk menggunakan buku kerja yang telah
dibeli dari pembekal buku sebagai buku aktiviti murid.

5.1.2 Murid perlu menyediakan 3 buku buku tulis untuk tahap 2 iaitu
penulisan, pemahaman dan tatabahasa.

5.2 Pengerusi meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi


dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang
terkini, DSKP dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid untuk
setiap kelas yang diajar.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu.

5.3 Tarikh peperiksaan dan kertas soalan.

5.3.1 Tarikh peperiksaan akan mengikut tarikh seperti yang


dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum.

5.3.2 Penyediaan kertas soalan adalah seperti berikut: Ujian Tahap 1


dan 2 masih lagi menggunakan 2 kertas ujian. Bahagian A dan B
untuk tahap 1 manakala Kertas kefahaman dan penulisan
didedahkan pada tahap 2.

5.4 Aktiviti tahunan 2017

5.6 Pelan Strategik 2017.

5.6.1 Menfokuskan kosong llinus pada tahun 3

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengakhiri mesyuarat pada kali


ini dengan bacaan surah al Asyr dan tasbih kifarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.50 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


.......................................
..
(Pn Azah Bt Shaari) (Puan Rahilah Bt Jaafar)
S/U Panitia Bahasa Melayu K/P Bahasa Melayu

Sek Keb Kepis Felda Sek Keb Kepis Felda

5.4

You might also like