You are on page 1of 4

Laporan Bina Insan Guru Fasa III (Khidmat Masyarakat)

Program Bina Insan Guru untuk kali ini terbahagi kepada dua iaitu khidmat
masyarakat ceramah. Bagi program khjidmat masyarakat, kami sebulat suara memilih
untuk mencurah bakti kepada kampus kami sendiri iaitu Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melawar. Kami telah sepakat untuk bersama-sama untuk membersihkan
kolam ikan serta kawasan di sekitarnya. Kolam ini terletak di hadapan Balai Ilmu. Kami
membuat keputusan untuk membersihkan kolam ini kerana berdasarkan pemerhatian
kami, kolam ini tidak diuruskan dengan baik dan kawasan sekitarnya kelihatan tidak
terurus. Program khidmat masyarakat ini telah dijalankan pada 20 Mac 2013
bersamaan hari Sabtu. Tujuan diadakan program Bina Insan Guru ini adalh untuk
melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai kerohanian dan
keguruan, daya ketahanan tinggi, serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Sebelum aktiviti pembersihan dijalankan, kami telah memperoleh kerjasama


daripada unit penyelenggaraan untuk memudahkan lagi kerja pembersihan tersebut
supaya ia dapat berjalan dengan lancar. Kerja-kerja pembersihan tersebut bermula
pada jam 8.00 pagi. Aktiviti tersebut dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh
pengerusi kami iaitu Muhammad Adri Bin Abdullah serta pembincangan sesama ahli
kelas kami iaitu unit Bahasa Inggeris 2 untuk membahagikan tugas supaya kerja-kerja
pembersihan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah selesai taklimat dan pembahagian tugas berjaya dilakukan dengan


persetujuan semua, kerja-kerja pembersihan dan pemulihan dimulakan. Kami membuat
keputusan untuk membahagikan tugas kepada dua kumpulan. kumpulan pertama akan
membersihkan di dalam kolam itu sendiri manakala kumpulan kedua membersihkan
kawasan sekitar kolam tersebut. Kerja-kerja pembersihan dihentikan pada lebih kurang
jam 10.00 pagi untik memberikan ruang kepada waktu rehat dan bagi menikmati
sarapan yang telah disediakan oleh AJK makanan, Muhammad Asyraf Bin Khaja
Mohideen. Setelah selesai sarapan, kerja-kerja pembersihan dilaksanakan kembali
untuk memastikan aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya mengikut waktu
yang telah ditetapkan iaitu pada jam 2.00 petang. Antara kerja-kerja pembersihan dan
pemulihan yang kami lakukan ialah, yang pertama kami telah membersihkan di dalam
kolam itu sendiri, membersihakan dan membuang rumput-rumput, semak serta daun-
daun kering di sekitar kolam. Kami juga mencantikkan lagi kolam tersebut dengan
melukis mural di sekeliling kolam tersebut.

Akhirnya aktiviti pembersihan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Secara


keseluruhannya, program BIG pada kali ini merupakan satu kejayaan dan berjaya
memenuhi kriteria yang diingini. Secara tidak langsung kami dapat menabur bakti
kepada kampus kami sendiri serta menjaga kebersihan dan kecantikanya. Program ini
juga telah berjaya mengeratkan lagi hubungan kami dan memberikan pengalaman
keppada kami untuk melaksanakan sesuatu program khidmat masyarakat dan mampu
memberi faedah pada kami pada masa akan datang.

Disediakan oleh:

..

(NUR SYAZWANI BINTI SUBARI)

Setiausaha

Bina Insan Guru Fasa 3 Sesi 2013

Unit Bahasa Inggeris 2

IPG Kampus Raja Melewar.


Laporan Bina Insan Guru BIG fasa III (ceramah)

Program Bina Insan Guru untuk kali ini terbahagi kepada dua iaitu khidmat
masyarakat ceramah. Pada 22 Mac 2013, ceramah bina insan guru BIG yang bertajuk
Etika Perguruan telah dilaksanakan bagi memenuhi kriteria BIG fasa III kami. Ceramah
ini telah disertai bagi beberapa unit yang lain bagi menjimatkan masa dan memudahkan
pengurusan perjalanan ceramah tersebut. Program ini adalah program yang diwajibkan
kepada semua guru pelatih PISMP semester 3. Program ini bermatlamat untuk
melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan
keguruan serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan.

Ceramah Etika Perguruan tersebut telah disampaikan oleh Dr. Khairuddin Bin
Mohamed. Ceramah tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam
4.30 petang. Ceramah tersebut berkisar tentang etika keguruan. Ceramah ini sangat
penting bagi para bakal guru seperti kami. Ini kerana, ceramah ini memberikan
pendedahan berkenaan etika dan protokol yang perlu dipatuhi dan diamalkan oleh para
guru. Etika dan protokol keguruan dalam ceramah ini dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti ketika majlis-majlis rasmi seperti majlis jamuan makan rasmi,
pemakaian,pengendalian majlis dan percakapan.

Ceramah ini sangat penting dan berfaedah kepada kami keran sebagai bakal
guru, ilmu dan pengetahuan berkaitan etika keguruan sangat penting bagi melahirkan
para guru yang berpengetahuan tinggi serta mampu menyesuaikan diri dalam apa jua
keadaan terutamanya ketika majlis-majlis rasmi. Secara tidak langsung ia akan
mewujudkan aura keguruan dalam diri setiap guru pelatih supaya mereka dapat
mempengaruhi dan mendidik anak bangsa untuk mempunyai etika yang baik. Ceramah
tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Banyak ilmu yang telah kami perolehi yang boleh kami praktikkan di sekolah
kelak.
Disediakan oleh:

..

(NUR SYAZWANI BINTI SUBARI)

Setiausaha

Bina Insan Guru Fasa 3 Sesi 2013

Unit Bahasa Inggeris 2

IPG Kampus Raja Melewar.

You might also like