You are on page 1of 9

Tugasan 2(a)

Guru merupakan asas kepada sesuatu pembangunan, dalam erti kata yang lain guru
ialah insan yang berperanan dan bertanggungjawab dalam mendidik di setiap peringkat
masyarakat. Dalam merempuh arus pembangunan di seluruh pelusuk dunia ini, pelbagai
cabaran yang harus diredah oleh guru bagi mendidik masyarakat supaya tidak terjerumus ke
dalam kegelapan kejahilan. Oleh itu peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin rumit.

Sehubungan dengan perkara itu, saya telah dapat menemubual seorang cikgu yang
berpengalaman melebihi 15 tahun dalam bidang pendidikan. Nama beliau adalah Pn. Azimah
Binti Isnin. Beliau merupakan guru penolong kanan Pendidikan Khas. Semasa saya
menemubual cikgu tersebut, saya dapati beliau merupakan seorang guru yang berwibawa
dalam bidang pendidikan.

Cikgu Azimah merupakan seorang guru yang suka mencari ilmu dan beliau boleh
dianggap sebagai seorang pengamal Ilmu dan kemahiran. Beliau juga berpendapat bahawa
setiap guru mempunyai tanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
muridmurid. Guru perlu memupuk sendiri segala aspek nilai budaya ilmu supaya menjadi
teladan bagi muridmurid mencontohi. Seterusnya membentuk budaya ilmu sebagai amalan
utama dalam kehidupan mereka. Ilmu yang diperolehi oleh guru mesti diamalkan untuk manfaat
diri, masyarakat dan Negara. Jadi, guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam
memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid serta memberi petunjuk ke arah jalan
yang benar. Guru perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati,
berkarya, bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru.
Mempraktikkan dan memperkembangkan ilmu untuk tujuan-tujuan kebajikan, perkhidmatan dan
sumbangan.

Beliau juga berpendapat bahawa guru yang memperolehi kemahiran professional


adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugastugas seperti pengajaran,
bimbingan dan aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan teoriteori pendidikan. Guru yang
mempunyai kemahiran professional yang tinggi dapat menghasilkan generasi yang
berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan falsafah
pendidikan negara. Mereka juga akan cekap menjalankan tugas-tugas pengajaran, bimbingan
dan aktiviti kokurikulum berlandaskan amalan-amalan teori pendidikan. Selain itu dapat mencari
jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapannya dalam pengajaran

1
dan peka terhadap perkembangan profesionalnya dan tidak mengabaikan tugas-tugas
sosialnya terhadap masyarakat.

Cikgu Azimah berpendapat bahawa setiap guru perlu berperanan sebagai agen
sosialisasi kerana guru juga berperanan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut
arus perkembangan masa kini. Antara peranan guru ialah Sebagai penyebar ilmu
kemasyarakatan, pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat, pembentuk
masyarakat penyayang, role model kepada murid dan masyarakat dan penghubung di antara
guru, ibubapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat. Guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan sahaja, tetapi perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang
sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. Guru mempunyai hubungan yang rapat
dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif
kepada ahli masyarakat. Beliau juga berpendapat bahawa setiap guru perlu memastikan
bahawa perkembangan dan perubahan tingkahlaku murid-murid adalah sejajar dengan nilai dan
norma serta kehendak masyarakat.

Cikgu Azimah juga berkata bahawa guru harus berperanan sebagai agen perubahan
dalam sistem pendidikan di mana harus mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan
yang bersifat autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu
berasaskan perkara-perkara berikut, mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada
strategi pemusatan murid, mengamalkan sifar penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua,
staf sokongan dan sekolah serta guru perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia
untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

Cikgu Azimah juga berkata bahawa guru merupakan pembimbing atau penasihat yang
arif dan berpengalaman seseorang dalam bidang pendidikan. Selain mengajar, guru juga
sebagai pembimbing untuk membantu murid murid mengatasi masalah yang mereka hadapi.
Sebagai seorang guru PPKI beliau berkata setiap guru PPKI perlu ingat muridnya adalah murid
khas. Ia mempunyai tanggungjawab membentuk muridnya supaya berjaya. Beliau juga
bertambah bahawa guru perlu bertanggungjawab terhadap pelbagai jenis tingkah laku murid.
Pergerakan mereka perlu sentiasa diawasi. Jadi peranan guru sebagai pembimbing adalah
mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid murid, bersikap adil tanpa
mengira jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama membimbing
dan mengajar tanpa meminta hadiah atau bayaran dan memberi contoh teladan yang baik.

2
Beliau juga bertambah bahawa guru hendaklah menyelidiki faktor faktor yang
menyebabkan masalah murid murid dan menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan
menguasai kemahiran kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyelidikan tindakan tentang mengenalpasti
masalah,merancang aktiviti yang akan dijalankan, melaksanakan rancangan dan membuat
renungan ( analisis & kesimpulan ). Beliau juga berkongsi pengalaman bahawa beliau sentiasa
menggunakan kaedah pengajaran yang kreatif semasa mengajar murid-murid PPKI kerana ini
akan menarik minat murid untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Beliau juga berkata bahawa guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa
mempersoalkan amalan kendirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat dan mengikut arahan
semata-mata. Guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. (Noriati et.al., 2010). Abd Yusof (2007) melihat amalan
reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa
menambah nilai baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan
reflektif sebahagian amalan hariannya. Nor Hasnida dan Effandi (2012) dalam kertas
konsepnya turut menyenaraikan salah satu strategi perkembangan profesionalisme guru ialah
pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di sekolah.
Kepelbagaian pandangan tokoh-tokoh di atas sudah cukup membuktikan betapa pentingya
peranan guru sebagai pengamal reflektif ke arah P&P cemerlang.

Cikgu Azimah juga berkata seorang guru perlu berperanan sebagai Ibu bapa. Ibi bapa
merupakan guru yang paling utama dalam membentuk akhlak anak-anak mereka ketika mana
bersama dengan mereka. Setelah musim persekolahan bermula, kebanyakan murid
menghabiskan masa mereka di sekolah. Oleh yang demikian gurulah yang berhak bertindak
sebagai ibu bapa mereka yang kedua. Sekolah juga merupakan sebuah institusi sosial yang
melatih generasi muda supaya berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Hal ini dapat dicapai
sekiranya guru-guru memberi perhatian yang bersungguh-sungguh bagi menangani gejala
sosial yang dihadapi oleh masyarakat.

3
Cikgu Azimah juga bertambah bahawa guru perlu berperanan sebagai pembentuk
tingkah laku. Guru juga insan yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu
mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah
menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru
disiplin. Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut
mengikut undang-undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan
akan dipantau oleh guru disiplin.

Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang setimpal
akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Isunya sekarang, adakah
tugas guru disiplin sekarang dihormati dan menjadi batu penghalang kepada pelajar untuk
melakukan sesuatu kesalahan?. Kehadiran guru disiplin di sekolah seolah-olah tidak dihiraukan
oleh pelajar atau pihak sekolah sendiri. Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. sesetengah sekolah sanggup untuk memperuntukan sejumlah
wang ke arah kecemerlangan akademik dengan mengabaikan masalah-masalah displin pelajar.
Pihak pentadbir akan mendabik dada sekiranya sekolahnya terdapat ramai pelajar mendapat A
dalam peperiksaan ataupun 100% lulus dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sekolah
tidak mengambil kira nilai-nilai yang ditonjolkan oleh setiap pelajarnya asalkan matlamatnya
tercapai iaitu mendapatkan sebanyak mungkin pelajar mendapat A.

Cikgu Azimah juga berpendapat bahawa semasa di dalam kelas, guru berperanan
sebagai pengurus pembelajaran. Segala gerak kerja yang berlaku haruslah dirancang dengan
sempurna. Walaupun begitu, guru-guru juga perlu untuk merangka aktiviti yang baru bagi
mengelakkan kebosanan. Hal mengenai ini sering kali berlaku kepada pelajar-pelajar yang di
peringkat menengah. Bagi mengelakkan masalah ini, segala pembelajaran tidak harus di
lakukan sepenuhnya di dalam kelas, bahkan ianya akan menjadi lebih seronok sekiranya di
lakukan di luar kelas. Cikgu Azimah juga berkongsi pengalaman beliau iaitu beliau sentiasa
menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di PPKI dari masa
ke semasa. Disamping itu, beliau memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dan kedua-dua dokumen ini dikemaskini masa ke semasa. Beliau juga berkata bahawa beliau
sentiasa menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan
kepada ibu bapa atau penjaga. Beliau juaga berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan

4
sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi
untuk menduduki peperiksaan awam seperti UPSR.

Kesimpulannya, bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-


perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat
wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu
cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu
memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah
masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan
beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat
terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan
menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan
berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk
merealisasikkannya.

5
6
Rajah 1 : Menunjukkan pelan pembangunan diri dan kerjaya
Mempunyai pemikiran untuk meningkatkan kejayaan satu
organisasi
Mengubah kursus-kursus latihan bagi menyempurnakan
kualiti kursus.
Sentiasa berjaya
Menerima pangkat DG52
Berperanan sebagai guru besar di sekolah
tingkatkan kebolehan dalam pengurusan organisasi, cara
pemikiran dan cara pengurusan.
Menghadiri kursus Pengurusan organisasi
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia
dan pembimbing
Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
Membuat "Action Research"
Usaha untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan
masalah.
Menghadiri ceramah
Mengatasi masalah teknik pengajaran.
Mengatasi masalah pengetahuan kandungan pedogogi dan
masalah komunikasi.
Menghadiri kursus.
Meningkatkan pengetahuan dengan merujuk rakan sekerja.
Tugasan 2(b)
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion
perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan
kepada individu dan masyarakat. Menurut Trotter (1986), terdapat lima peringkat
perkembangan guru iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat
mahir dan peringkat pakar.

Sehubungan dengan itu, saya telah merancangkan beberapa pelan pembangunan diri
dan kerjaya untuk menjadi seorang yang professional dalam organisasi pendidikan dalam
tempoh 15 tahun selepas menamatkan pengajian. Sebagai guru permulaan (novis), saya perlu
menguasai bidang profesion keguruan terlebih dahulu untuk melengkapkan diri saya sebagai
seorang guru berkualiti tinggi. Selepas saya tamat pengajian di lnstitut Pendidikan Guru, saya
akan dihantar ke sekolah sebagai guru yang sah. Pada masa itu, saya akan memasuki
peringkat guru novis. Guru novis adalah guru yang baru memasuki ke alam pendidikan.
Biasanya guru ini merupakan guru yang masuk ke alam pendidikan tidak lama daripada 3
tahun. Guru ini masih tidak dapat menjalani tugas sekolah dengan baik kerana pengalaman
yang tidak mencukupi. Walaupun saya telah diberikan ilmu tentang teori pendidikan semasa di
lPG dan menjalankan praktikum, tetapi pengalaman ini masih tidak mencukupi untuk saya
menjalankan tugasan dengan baik dan senang.

Pada peringkat ini, sebagai seorang guru, saya haruslah berusaha untuk memahami
dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penyeliaan dan bimbingan daripada guru besar
dan guru yang berpengalaman. Dalam peringkat ini, keupayaan menyelesaikan masalah amat
penting. Saya haruslah sentiasa memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang disebutkan
berikut iaitu masalah pengetahuan kandungan pedagogi, masalah komunikasi dengan murid
dan rakan pekerja dan masalah pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi
maklumat. Untuk mengatasi masalah ini, saya haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan
sendiri dengan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja yang berpengalaman tinggi dan cuba
mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada bimbingan guru berpengalaman, guru novis
juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus yang dapat menbantu
menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas. Antaranya adalah Ceramah pengurusan bilik
darjah. Ceramah ini seperti tajuk "cara mengawal kelas dengan berkesan", "cara mewujudkan
kelas bermesra" agak sesuai diikuti. Melalui ceramah ini, saya dapat tahu tentang cara untuk
mengawal kelas dengan lebih berkesan.

7
Jika seseorang dapat mengawal kelas dengan berkesan, pengajaran dapat dijalankan
dengan sempurna, ini dapat membantu pembelajaran murid. Dengan menghadiri program atas,
kebolehan guru dapat dipertingkatkan untuk membantu mereka mengatasi masalah yang timbul
dalam pekerjaan mereka. Selepas 3 tahun di sekolah, guru akan semakin biasa dengan
keadaan sekolah dan akan bergerak ke peringkat guru novis lanjutan.

Guru novis lanjutan adalah guru yang telah menbiasa dengan keadaan sekolah tetapi
masih dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang ditimbul di
sekolah. Oleh itu, pada peringkat ini, saya harus mengikuti beberapa kursus. Contohnya Kem
yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan kandungan dan
pengetahuan pedagogi. lni lebih kurang sama dengan ceramah pengurusan bilik darjah, hanya
yang berbeza ialah program ini dijalankan dengan penglibatan guru secara langsung dalam
program ini. Dalam sesi ceramah, guru hanya duduk dan mendengar pemberi ceramah. Tetapi
dalam kem, guru dapat mengakplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan segera dan
mendapat komen daripada semua orang. lni akan banyak membantu saya untuk menghadapi
masalah tentang teknik pengajaran.

Peringkat seterusnya adalah selepas 3 atau 5 tahun, guru novis lanjutan akan
bergerak ke guru cekap. Guru cekap bermakna guru yang sudah dapat menguasai cara
penyelesaian masalah. Pada tahap ini, guru cekap akan sentiasa melaksanakan tugas dan
tanggungjawap sebagai penyelia dan pembimbing yang minimum ke atas guru novis dan
guru novis lanjutan. Mereka tidak akan menghadapi masalah. Sekiranya dalam peringkat ini
saya menghadapi masalah saya akan berfikir untuk cara bagaimana meningkatkan
keberkesanan dalam pembelajaran murid dan penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran. Disamping itu, saya juga akan berfikir untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan
saya juga akan membuat "action research" bagi meningkatkan prestasi murid atau
kualiti pengajaran.

Selepas guru cekap sudah mahir dalam bidangnya, dia akan menerima perubahan ke
pangkat lain iaitu guru mahir. Guru mahir biasanya menerima pangkat DG52 dan merupakan
pangkat seseorang guru besar di sekolah. Dalam peringkat ini saya sebagai seorang guru
besar atau pengetua, haruslah mempunyai kebolehan pengurusan dan kepimpinan yang dapat
membawa perubahan kepada suatu organisasi. Antaranya kebolehan yang saya akan
tingkatkan adalah seperti pengurusan organisasi, cara pemikiran dan cara pengurusan. Untuk
membawa perubahan yang positif, dalam peringkat guru mahir ini, saya akan cuba untuk

8
menguasai kebolehan ini dengan menghadiri ke kursus Pengurusan organisasi yang berkesan.
Kursus ini adalah kursus yang dapat memberi ilmu kepada guru mahir mahir agar dapat
mengurus guru junior dengan baik.

Setahu saya, guru mahir memegang peranan penting dalam mewujubkan satu
organisasi yang berjaya. Jika mahu menguruskan organisasi dengan berkesan, pengurus
haruslah tahu tentang cara bagaimana menguruskan sumber tenaga. Guru mahir haruslah
cekap dalam memilih sesiapa yang dapat menguruskan program yang dijalankan di sekolah,
dan juga memberi tugasan sekolah dengan adil kepada semua guru. Dengan menghadiri
kursus ini, guru mahir juga dapat mengetahui cara untuk memimpin sekolah ke arah
gemilang.

Peringkat selepas guru mahir adalah guru pakar. Guru pakar adalah guru yang
paling tinggi dalam peringkat perkembangan guru. Tugas guru pakar adalah menjadi konsultan
dan merangka strategi yang komperhensif dan melaksanakan latihan tepat untuk memastikan
kejayaan sesebuah organisasi. Kebolehan yang harus berada di guru pakar adalah stategi
pemikiran. Pada peringkat ini saya haruslah menpunyai pemikiran yang dapat meningkatkan
kejayaan satu organisasi dan mengubahkan kursus-kursus latihan bagi menyempurnakan
kualiti kursus. Apa jua yang dilakukan oleh seorang guru pakar sentiasa berjaya berbanding
dengan guru mahir yang kadang-kadang masih melakukan kesilapan.

Kesimpulannya, guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan


menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan
melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru
yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru
bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan
martabat profesion perguruan.

You might also like