You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT 1/2015

PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI DAN KEMAHIRAN HIDUP

Tarikh : 2 Februari 2015 / Isnin


Masa : 12.45 tengahari
Tempat: Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi SK Tekek

Kehadiran :

1) En. Mohd Ikhwan Syukri bin Muhamad Shakir (Ketua Panitia)


2) Pn. Daria binti A. Razak (Setiausaha)
3) Pn. Hasliza binti Ab Halim ( Bendahari)

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi
2. Perlantikan AJK Baharu
3. Rancangan Pengajaran Tahunan RBT dan KH
4. Ujian dan Penilaian Murid
5. Taklimat KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6
6. Perancangan Tahunan Panitia
7. Pengurusan Bengkel
8. Buku Stok
9. Buku Rekod Penggunaan Bengkel
10. Peraturan Bengkel
11. Ucapan Penangguhan

BIL AGENDA TINDAKAN


1 Ucapan Pengerusi

1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan


mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian Makluman guru
menghadiri Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & teknologi
dan Kemahiran Hidup kali yang pertama.

1.2 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada


semua ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan
baik selama ini.
2 Perlantikan AJK Baharu

2.1 Perlantikan AJK baharu untuk tahun 2015


Makluman guru
2.2 Senarai AJK adalah seperti berikut:
Ketua Panitia : En. Mohd Ikhwan Syukri bin Muhamad
Shakir
Setiausaha : Pn. Daria binti A. Razak
Bendahari : Pn. Hasliza binti Ab Halim
2.3 Ketua Panitia merangkap pengerusi mengucapkan
tahniah kepada yang telah dilantik.

3 Rancangan Pengajaran Tahunan RBT dan KH

3.1 Rancangan pengajaran tahunan berdasarkan format


terkini telah diedarkan kepada semua guru yang Guru RBT dan KH
mengajar subjek RBT dan KH.

3.2 Format untuk rancangan pengajaran harian juga


diselaraskan
4 Ujian dan Penilaian Murid

4.1 Semua guru RBT dan KH diminta untuk menghantar


markah peperiksaan bagi kelas yang diajarkan pada Guru RBT dan KH
seminggu selepas peperiksaan dijalankan untuk tujuan
rekod fail panitia

4.2 Penilaian untuk tahun 2015 diadakan dua kali setahun


iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun.

5 Taklimat KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

5.1 Taklimat mengenai KSSR Reka Bentuk dan Ketua Panitia


Teknologi tahun 6 yang dilaksanakan pada tahun
2016 nanti akan dihadiri oleh ketua panitia. Taklimat
KSSR ini sebagai panduan pengajaran dan
pembelajaran RBT tahun 6 pada 2016.

6 Perancangan Tahunan Panitia

6.1 Program yang dirancang dan akan dilaksanakan pada


tahun ini: Guru RBT dan KH
1. Membaik pulih perabot sekolah
2. Projek Kebun Sekolah
3. Penghasilkan Projek Kitar Semula
4. Pertandingan memasak peringkat sekolah
7 Pengurusan Bengkel

7.1 Pengerusi meminta kerjasama guru supaya Guru RBT dan KH


memastikan bengkel berada dalam keadaan bersih,
kemas dan ceria. Terdapat teguran yang diterima oleh
Guru Besar mengenai bengkel yang kurang kemas.

8 Buku Stok

8.1 Pengerusi mengingatkan kepada guru yang


bertanggungjawab menjaga bengkel supaya Guru RBT dan KH
menyemak dan mengemakini buku stok bengkel dan
memastikan peralatan yang dipinjam perlu ditulis
dalam buku rekod pinjaman alatan dan dipulang
selepas digunakan.
9 Buku Rekod Penggunaan Bengkel

9.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa


satu sistem baru akan dipraktikkan di bengkel iaitu
guru mestilah merekodkan waktu penggunaan Guru RBT dan KH
bengkel, kelas dan jumlah murid apabila
menggunakan bengkel.
10 Peraturan Bengkel

10.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya


memastikan murid mematuhi peraturan bengkel
Antara peraturan bengkel yang mestikan dipatuhi
murid adalah :
Tidak dibenarkan membawa masuk beg ke
dalam bengkel Guru RBT dan KH
Menasihati murid supaya datang ke bengkel
Meminta kebenaran untuk menggunakan
alatan di dalam bengkel
Memastikan murid menjaga keselamatan diri
semasa menjalankan projek untuk mengelak
berlakunya kecederaan dan kemalangan.

11 Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Panitia RBT dan KH kali pertama 2015


ditangguhkan pada jam 1.45 petang dengan ucapaan terima
kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh,
(DARIA BINTI A. RAZAK)
Setiausaha,
Panitia RBT dan KH
Sekolah Kebangsaan Tekek

You might also like