You are on page 1of 6

Nama: Tingkatan 3:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST


JALAN HANG JEBAT, 50150, KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTAMA 2009


TINGKATAN TIGA
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
(1 JAM)
Penggubal soalan: Pn. Eliana bt. Elyas.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

..............
(Cik Rozana bt. Hashim) (En. Wong Chee Kheon)
K. Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Pengetua
Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu:


Bahagian A : Soalan Objektif ( 30 Markah)
Bahagian B : Misi dan Visi Sekolah (10 Markah)
Bahagian C : Soalan Struktur (10 Markah)
Jawab semua soalan

Bahagian A: (Soalan Objektif)- 30 markah


Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apakah maksud kelayakan ikhtisas?


A Kelayakan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.
B Kelayakan asas seperti SPM, diploma, dan ijazah.
C Kecekapan melakukan tugas menggunakan alatan tertentu.
D Mahir dalam sesuatu bidang sahaja.

2 Bagaimanakah peluang-peluang kerjaya diperoleh?


A Melalui buku. B Melalui iklan.
C Melalui ceramah motivasi. D Melalui hebahan dari mulut ke mulut.

3 Apakah pilihan kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang pandai berkomunikasi dan petah bercakap?
A Doktor. B Peguam.
C Arkitek. D Jurutera.

4 Apakah kesan sekiranya kerjaya yang dipilih sesuai dengan kelayakan dan potensi diri?
A Menambahkan keyakinan. B Mempertingkatkan ilmu pengetahuan.
C Menambahkan sumber pendapatan. D Meningkatkan taraf hidup dan sosial.

5 Seseorang yang berperibadi realistic mempunyai potensi diri


A konvensi. B kreatif.
C mekanikal. D memenuhi matlamat.

1
6 Bagaimanakah keyakinan diri individu boleh berkembang?
A Meningkatkan kreativiti.
B Menambah ilmu pengetahuan.
C Meningkatkan kemahiran diri.
D Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan peribadi.

7 Antara yang berikut, pilih sikap peribadi individu yang memiliki potensi untuk menjadi seorang pengarang.
A Peribadi artistik. B Peribadi konvensional.
C Peribadi realistik. D Peribadi sosial.

8 Apabila anda hendak memilih sesuatu jurusan, perkara utama yang perlu diambil kira ialah
A kewangan. B minat.
C kehendak ibu bapa. D peluang kerjaya masa depan.

9 Seseorang individu yang mempunyai identiti diri yang positif sentiasa_______________akan dirinya.
A bangga B gembira.
C yakin D sombong

10 Apakah maksud minat?


A Kebolehan semula jadi. B Kelebihan diri individu.
C Keyakinan diri tentang sesuatu perkara. D Kecenderungan untuk melakukan sesuatu.

11 Apakah kerjaya yang banyak memerlukan kemahiran?


A Jururawat. B Pemandu.
C Juru ukir. D Petani.

12 Pemilihan bidang kerjaya bergantung kepada


A pengaruh rakan sebaya. B kelayakan akademik dan potensi diri.
C kehendak ibu bapa. D kehendak guru.

13 Setiap keputusan yang dibuat dalam sesuatu situasi pasti mempunyai


A kesan. B punca.
C masalah. D rintangan.

14 Setiap keputusan yang dibuat perlulah berdasarkan


A maklumat. B rasional dan logik.
C ibu bapa. D kawan.

15 Pendekatan ini menggunakan kemahiran mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
A Pendekatan alternatif. B Pendekatan proaktif.
C Penyelesaian masalah. D Pendekatan kesan dan akibat.

16 Seseorang yang berfikiran rasional akan membuat keputusan yang


A sambil lewa. B terburu-buru.
C teragak-agak. D bijak dan adil.

17 Param berbakat dalam bidang perakaunan. Sekiranya dia membuat keputusan untuk mengikut rakannya
memilih jurusan sains, dia akan
A hilang minat dalam pelajaran.
B menjadi pelajar cemerlang dalam jurusan sains.
C gagal dalam pelajaran serta membazirkan bakatnya.
D saudara-maranya akan berasa kecewa kerana dia tidak mengasah bakatnya.

2
18 Setiap keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan
A nafsu. B hasrat.
C gerak hati. D rasional dan logik.

19 Apakah yang kita perlu lakukan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi?
A Andaian. B Anggaran.
C Keputusan. D Pertimbangan.

20 Keputusan yang baik biasanya mengambil kira kepentingan


A diri sendiri dan orang lain. B diri sendiri.
C kawan-kawan. D keluarga.

21 Apakah yang orang lain boleh lakukan semasa kita membuat keputusan dalam sesuatu situasi?
A Mempertikaikan keputusan yang dibuat.
B Memberi nasihat, pandangan dan idea.
C Membuat keputusan untuk kita.
D Hanya mendengar masalah kita.

22 Antara yang berikut, manakah merupakan kasih sayang ibu bapa yang tidak dapat dilihat?
A Membelai anak. B Memenuhi keperluan anak.
C Membawa anak bersiar-siar. D Mendoakan kesejahteraan anak-anak.

23 Bagaimanakah setiap ahli keluarga boleh membantu merealisasikan impian Rumahku, Syurgaku?
A Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat.
B Setiap ahli keluarga perlu bertukar-tukar hadiah pada hari-hari kebesaran.
C Setiap ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa membantu ahli keluarga
yang lain.
D Setiap ahli keluarga perlu membantu keluarga yang lain untuk mencapai matlamat Rumahku, Syurgaku.

24 Pilih tindakan yang menunjukkan cara-cara menjaga maruah dan nama baik keluarga.
A Mengikut ajakan kawan pergi melepak.
B Membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah.
C Berusaha mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjatuhkan imej keluarga.
D Memakai pakaian yang berjenama.

25 Keluarga bahagia adalah asas bagi membentuk insan yang


A tegap. B berakhlak mulia.
C berani. D gagah.

26 Dalam situasi yang manakah kasih sayang antara anggota keluarga menjadi bertambah erat?
A Selalu bertukar-tukar hadiah antara anggota keluarga.
B Mengadakan jamuan pada hari-hari yang penting bagi ibu bapa.
C Setiap anggota keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
D Bertengkar disebabkan masalah yang kecil.

3
27 _______________________ bertanggungjawab memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak agar emosi
anak-anak dapat berkembang dengan sempurna.
A Ibu bapa B Guru
C Rakan D Saudara mara

28 Sekiranya anggota keluarga kita menghadapi kesusuahan, kita seharusnya


A membiarkan mereka menghadapi kesusahan seorang diri.
B membantu menyelesaikan masalahnya.
C memberi nasihat sahaja.
D memberitahu kepada saudara yang terdekat.

29 Andaikan anda merupakan anak sulung dalam keluarga manakala ibu anda terlantar di hospital. Apakah
tanggungjawab anda?
A Memberitahu sanak saudara.
B Memasak makanan untuk ibu.
C Mencari pekerjaan sementara.
D Membantu ayah menjaga keselamatan anggota keluarga

30 Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga?


A Bapa. B Ibu bapa.
C Anak-anak. D Setiap ahli keluarga.

4
Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah

1 Nyatakan misi sekolah secara terperinci.

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

2 Nyatakan visi sekolah secara terperinci.

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

Bahagian C: Soalan Struktur- 10 markah.

1 Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pekerjaan ?

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

2 Apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan?

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

Kertas soalan tamat. Raz 09

5
SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA PEPERIKSAAN
PERTAMA 2009.
SOALAN OBJEKTIF: 30 MARKAH

1. A 16.D
2. B 17. C
3. B 18. D
4. A 19. D
5. C 20. A
6. D 21. B
7. A 22. D
8. D 23. A
9. C 24. C
10. D 25. B
11. C 26. C
12. B 27. A
13. A 28. B
14. B 29. D
15. B 30. D

BAHAGIAN B. MISI DAN VISI SEKOLAH


1. MBSSKL bertekad menjadi sebuah sekolah yang terkehadapan mencapai pendidikan bertaraf dunia
menjelang 2010. (5 markah)

2. MBSSKL beriltizam menjadi pemangkin kecemerlangan keilmuan dan pembentuk insan yang jujur,
bersopan dan berkeperibadian nasional. (5 markah)

BAHAGIAN C: SOALAN STRUKTUR


3. pendapatan, kelayakan akademik, prospek, jarak, pengaruh pengalaman dan kemahiran, suasana tempat
kerja, faedah sampingan, keadaan ekonomi semasa, pengaruh keluarga, minat (pilih lima sahaja)

4. beriadah sama-sama keluarga, bertolak ansur dengan anggota keluarga, meminta maaf apabila melakukan
kesilapan, meraikan hari-hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun, perkahwinan, hari ibu dan sebagainya,
mengambil bahagian dalam aktiviti keluarga, memuji kejayaan anggota keluarga. (pilih lima sahaja)

You might also like