You are on page 1of 4

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati
dengan menggunakan whisk.
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat
dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam
adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut
dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak
jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega
pun.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C
selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas
jaring.
Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka
manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk
adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung
ikut kesesuaian keras adunan

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap
mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke
dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan
adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
Resepi Biskut Daisy
Bahan-Bahan:
Bahan topping:

160 gm mentega
160 gm tepung gandum
60 gm gula aising
60 gm tepung gandum
2 sudu kecil pes strawberi
250 gm mentega
60 gm gula aising
220 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.


2. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga manjadi doh. Canai dan terap.
3. Untuk topping, pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan pes strawberi dan tepung.
5. Uli hingga menjadi doh lembut.
6. Masukkan ke dalam nozel dan picitkan ke atas doh yang sudah diterap
tadi.
Resepi Biskut Batang Buruk Popia Mini
BAHAN-BAHAN

- 1 bungkus kulit popia saiz besar


- kacang hijau secukupnya
- gula halus secukupnya
- minyak masak

CARA-CARA

1. Kulit popia dipotong lebar 1 1.5 inci dan digulung. Lekatkan gulungan
menggunakan telur atau air
2. Goreng sehingga kulit popia kekuningan atau masak.
3. Kacang hijau digoreng dengan api perlahan tanpa minyak. Goreng
sehingga masak sehingga kulit kacang hijau bertukar warna. Sejukkan,
kemudian dikisar sehingga halus serta di ayak.
4. Kacang hijau kisar dan gula halus secukup rasa dicampur. Salutkan kulit
popia menggunakan campuran kacang hijau dgn gula.
5. Simpan dalam bekas kedap udara untuk dinikmati bila-bila

Resepi Biskut Chocolate Pretzel


Bahan-Bahan:

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya:

- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.


- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar.
Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang
telah dicairkan.

You might also like