You are on page 1of 1

BATANG BURUK

Bahan bahan

Tepung gandum 300g

Tepung Beras 150g

Santan 200ml

Kacang Hijau 300g

Gula Ising 300g

Telur 2biji

LANGKAH-LANGKAH:

1.Goreng kacang hijau sampai warna kacang hijau menjadi kekuningan tanpa
menggunakan minyak kemudian sejukkan seketika.
2.Masukkan kacang hijau ke dalam pengisar dan kisar sehingga menjadi halus kemudian
ayak kacang hijau yang telah dikisar.
3.Campurkan kacang hijau yang telah diayak dengan gula ising dan biarkan seketika.
4.Masukkan bahan-bahan kering sepertitepung gandum dan tepung beras.
5.Tolak suis OFF ke MIX.
6.Sementara menguli tuangkan cecair santan dan telur di lubang penutup mangkuk.
7.Uli sehingga adunan menjadi seperti dalam video.
8.Tolak suis MIX ke OFF,kemudian tolak suis OFF ke EXTRUDE.
9.Dengan menggunakan acuan makaroni,keluarkan adunan tersebut dan potong mengikut
saiz yang kita mahu.
10.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
11.Gaulkan bersama campuran kacang hijau dan gula ising tadi.

TIPS

1.Mahukan rasa lebih enak,gunakan kacang hijau yang kita proses sendiri daripada beli di
pasaran.
2.Jika mahu batang buruk kurang manis cuma kurangkan gula ising dalam campuran.

You might also like