You are on page 1of 1

LAPORAN AJK SIJIL

Pada 17 hingga 18 Februari yang lalu, Unit Gerak Kerja Kokurikulum telah
menganjurkan kem kenaikan pangkat Leftenen Muda Kadet Remaja Sekolah (KRS), yang
bertempat di padang IPG Kampus Tun Hussein Onn. Penganjuran kem ini telah melibatkan
45 orang guru pelatih yang terdiri daripada pelbagai opsyen. Saya, Nur Fadzlainie binti Rosli
telah ditugaskan sebagai AJK Sijil.

Perlaksanaan tugas AJK sijil bermula dengan mendapatkan senarai nama pensyarah
dan guru pelatih yang terlibat dalam kem pentauliahan ini. Saya telah memperoleh senarai
nama pelajar yang dikepilkan bersama kertas kerja penganjuran kem. Senarai nama
pensyarah yang terlibat pula telah saya dapati daripada Puan Khalida binti Khalid iaitu
pensyarah dari unit GERKO.

Pada 15 Februari 2017, saya telah menghantar kertas kerja serta senarai nama
pensyarah dan guru pelatih yang terlibat ke unit stor untuk memohon sijil. Namun begitu,
pihak stor memberitahu bahawa pemberian barang dari stor tidak boleh diproses buat
sementara waktu kerana ketua unit Stor berada di luar kawasan. Oleh sebab itu, saya telah
mengadakan perbincangan dengan Puan Khalida dan mengambil langkah untuk
menggunakan sampul surat untuk diberikan pada peserta pada hari pentauliahan.

You might also like