You are on page 1of 12

BORANG CADANGAN PROJEK

INISIATIF KERJASAMA UNIVERSITI


PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN 4

Program Transformasi Luar Bandar atau RTP merupakan pelengkap program transformasi
menyeluruh negara. RTP akan mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik
pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan
generasi muda kembali berkhidmat.

YAB PERDANA MENTERI dalam ucapan Bajet 2012


7 Oktober 2011

Strategi Lautan Biru Kebangsaan dilaksanakan dengan empat prinsip utama iaitu:

1. HIGH IMPACT (BERIMPAK TINGGI)

Program/Projek yang dicadangkan memberi kesan/keberhasilan yang tinggi kepada kumpulan


sasar.

2. LOW COST (KOS RENDAH)

Kos untuk melaksanakan projek/program adalah lebih rendah berbanding dengan


penggunaan kaedah konvensional/tradisional yang lazim diamalkan.

3. RAPID EXECUTION (PELAKSANAAN PANTAS)

Projek/Program boleh dilaksanakan dengan kadar segera dan impak daripada projek/program
boleh dicapai dengan pantas

4. SUSTAINABLE (MAMPAN)

Projek/Program mampu dilaksanakan secara berterusan oleh kumpulan sasar

MAKLUMAT PROJEK

1. Institusi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

2. Nama Projek : Pengurusan Sistem Ternakan Ikan Siakap Yang


Mampan Untuk Masyarakat Berpendapatan Rendah

3. Tarikh Projek : Jun 2015

4. Lokasi : Kompleks Ternakan Ikan Dalam Tangki Berdensiti


Tinggi, Pagoh, Muar, Johor.

5. Tempoh : 2 Tahun

6. Kumpulan Sasar : Masyarakat berpendapatan rendah di kawasan


Pagoh, Muar, Johor. / Jumlah: 100 orang

1
7. Individu Universiti/Politeknik/Kolej Komuniti/IPGM Yang Terlibat :

a) Prof. Madya Dr Mohd Ezree bin Abdullah, Pengarah, Pejabat Hubungan Universiti
Dan Industri, UTHM
b) Dr Izzuddin bin Zaman @ Bujang, Ketua Jabatan, Pejabat Hubungan Universiti Dan
Industri, UTHM
c) Prof. Dato Dr. Abdul razak bin Hj. Omar, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri
Dan Masyarakat), UTHM
d) En. Muhammad Suhaimi bin Sulong, Ketua Jabatan, Pejabat Hubungan Universiti
Dan Masyarakat, UTHM
e) Prof. Dr. Kassim bin Buhiran, Felo Utama Universiti Malaysia Kelantan
f) Dr. Salihatun bte Md Salleh, Pensyarah Kanan UTHM
g) Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor, Timbalan Dekan, Pusat Inovasi, Pengkomersilan
Dan Perundingan, UTHM
h) En Wan Ajrul Asward bin Wan Hashim, Pengarah Kolej Komuniti Bera
i) Pn Nor Dalila binti Abd Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Pagoh

8. Kerjasama dengan Agensi Lain : Ada/Tiada* (Sila nyatakan sekiranya ada)

a) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)


b) Jabatan Perikanan Malaysia
c) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
d) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
e) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
f) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
g) Ambang Wibawa Sdn Bhd

2
9. Ringkasan Projek

Ternakan ikan air tawar merupakan satu alternatif dalam sektor perikanan yang mampu
menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Sektor perikanan ini telah memainkan
peranan sebagai penyumbang sumber protein termurah. Permintaan terhadap ikan sebagai
sumber makanan terus meningkat seiring dengan peningkatan penduduk. Berdasarkan
statistik terkini daripada Jabatan Perikanan Malaysia, pengeluaran sektor perikanan darat
telah melebihi angka 200,000 tan metrik sejak tahun 2008. Laporan berkenaan juga
menyatakan bahawa permintaan ikan dalam negara kini telah mengatasi hasil pengeluaran
ikan dalam negara. Perkara ini menyebabkan negara terpaksa mengimport ikan dari negara
luar bagi memenuhi permintaan dalam negara. Menurut statistik yang dilaporkan hampir 10%
daripada hasil jualan ikan adalah daripada sumber ikan import dan peratusan ini dijangka
akan terus meningkat selari dengan peningkatan permintaan. [PELAKSANAAN SO FAR]
Bagi mengatasi perkara ini, salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan adalah
dengan membangunkan sektor ternakan kolam ikan air tawar melalui pelbagai program di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Dalam masa yang sama, sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin dan sentiasa
memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, usaha ke arah membasmi kemiskinan
tegar, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat juga giat dilaksanakan. Malahan
pelbagai usaha sedang rancak dilaksanakan bagi memastikan tiada kelompok rakyat yang
tercicir dari menikmati hidup yang setara. Kerajaan juga komited dalam usaha membela
rakyat dengan menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda penting Kerajaan Persekutuan.
Bagi tujuan tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) juga telah melancarkan program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) pada tahun 2010
yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah ke arah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Dalam menjayakan agenda 1AZAM, MOA telah dilantik sebagai pelaksana utama bagi
Program AZAM Tani yang turut melibatkan sektor perikanan, di mana kesemua Jabatan dan
Agensi di bawah Kementerian menjadi agensi pelaksana bagi program tersebut. Terdapat
pelbagai projek yang dijalankan untuk program tersebut dan projek ternakan ikan air tawar
merupakan salah satu daripadanya. [CADANGAN PROJEK] Berdasarkan program yang

3
sedia ada, kertas kerja ini dicadangkan untuk meluaskan projek ternakan ikan air tawar
kepada kumpulan sasar iaitu 100 orang perintis yang terdiri daripada golongan Miskin dan
Miskin Tegar di kawasan Pagoh, Muar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih.

Sehubungan itu, kertas kerja ini diusulkan bagi menjayakan Projek Ternakan Ikan Dalam
Tangki Berdensiti Tinggi dengan memberi tumpuan khusus untuk menangani isu-isu utama
yang dihadapi oleh kumpulan sasar termasuklah membantu mengatasi masalah bekalan ikan
yang dihadapi berlandaskan konsep Taman Sains (Science Park) di bawah pengurusan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Taman Sains ini akan dijadikan pusat untuk
pengurusan teknologi dan titik pertemuan di kalangan penyelidik-penyelidik, peserta-peserta,
usahawan-usahawan dan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan industri swasta. Taman
Sains ini akan memberikan prasarana teknikal dan fizikal untuk integrasi antara pengeluar
bahan-bahan mentah, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan industri ke arah
pemasaran tempatan dan global. Ia juga bertujuan untuk menggalakan penglibatan pelabur-
pelabur antarabangsa dan tempatan dan sebagai saluran pemasaran yang cekap untuk hasil
ternakan dan juga produk-produk berasaskan ikan. Taman Sains ini akan menawarkan satu
kemudahan berkesan untuk pemindahan teknologi melalui satu persekitaran infrastruktur
yang lengkap dan moden yang seterusnya akan memberi faedah kepada para perintis projek
ini untuk menjalankan ternakan berskala besar mahupun yang berskala kecil dengan kos
yang berpatutan.

Bagi menjayakan projek ini, kerjasama yang erat akan dirancang dengan kreatif dan
dilaksanakan dengan tersusun berdasarkan konsep Taman Sains antara Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Komuniti Bera di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Unit Penyelarasan Projek
(ICU) di Jabatan Perdana Menteri.

Kerjasama yang dijalankan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan dan Kementerian
melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menekankan aspek Berimpak Tinggi,
Kos Rendah, Pelaksanaan Pantas dan Mampan. Melalui pendekatan ini semua pihak yang
terlibat akan bekerjasama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
melalui kumpulan sasar yang dikenalpasti dengan memaksimumkan penggunaan sumber

4
sedia ada secara perkongsian maklumat dan seterusnya dapat meminimumkan kos
pengurusan program yang bakal dilaksanakan nanti.

Di dalam fasa pertama pelaksanaan projek ini, pihak LKIM bersama UTHM, Kolej Komuniti
Bera dan Kolej Komuniti Pagoh akan memulakan Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki
Berdensiti Tinggi di Taman Sains Pagoh. Ternakan ikan yang dicadang untuk projek ini
adalah ternakan ikan siakap putih atau nama sainstifiknya Lates Calcarifer. Fasa ini bertujuan
untuk mewujudkan Pusat Rujukan (Reference Centre) bagi pelaksanaan fasa-fasa
seterusnya. Selain daripada itu, aktiviti penyelidikan berkaitan proses pembenihan,
penternakan, pemantauan penyakit dan tumbesaran ikan akan turut dilaksanakan. Sebagai
tambahan, inovasi dalam teknologi makanan ikan juga turut dibangunkan di Taman Sains ini
untuk menghasilkan makanan yang boleh membantu tumbesaran ikan dengan kos yang
minimum.

Fasa kedua pelaksanaan projek ini melibatkan 100 orang perintis yang terdiri daripada
golongan Miskin dan Miskin Tegar di kawasan Pagoh, Muar seperti yang disenaraikan dalam
Sistem eKasih. Para perintis ini akan diberikan kursus dan latihan berkaitan teknik
pembiakan ikan, asuhan ikan, tumbesaran ikan, pemprosesan hasil ikan dan keusahawanan
berasaskan ikan. Latihan kepada peserta berkaitan penternakan ikan ini akan disampaikan
berdasarkan konsep K-ekonomi (knowledge based economy selari dengan Dasar Inovasi
Negara yang menekankan penjanaan ekonomi berdasarkan pengetahuan dan inovasi.
Seterusnya, para perintis ini akan akan dibekalkan dengan benih-benih dan makanan ikan
bersama satu set ternakan ikan yang terdiri dari 6 tangki beserta pam air untuk membolehkan
mereka menternak ikan di kawasan berhampiran dengan kediaman mereka. Mereka
kemudiannya akan dibimbing dan pemantauan tapak akan dilakukan secara berterusan bagi
memastikan kelansungan pelaksanaan projek.

Fasa seterusnya adalah melibatkan aktiviti pemasaran dan kitaran semula. Setelah ikan-ikan
yang diternak cukup matang, para perintis akan dibimbing untuk memasarkan hasil ternakan
terus kepada pengguna tempatan selari dengan hasrat LKIM iaitu untuk jihad memerangai
orang tengah. Di dalam masa yang sama, kitaran semula pembenihan akan dilaksanakan
bagi memastikan kelansungan projek. Sebahagian hasil jualan ikan yang diternak di Taman
Sains itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pengurusan manakala

5
sebahagiannya lagi akan dimasukkan ke dalam tabung penyelidikan untuk tujuan kelestarian
projek ini di masa akan datang.

Kesimpulannya, projek yang dicadangkan ini sangat berpotensi meningkatkan taraf sosio-
ekonomi golongan Miskin dan Miskin Tegar dalam masa yang singkat dan mampan. Projek
ini bukan sahaja akan mewujudkan sebuah Taman Sains yang bertepatan dengan hasrat
Kerajaan melalui NBOS malah pada masa yang sama turut memastikan pemindahan
teknologi dapat dilaksanakan kepada para peserta dengan jayanya. Keberkesanan
pemindahan teknologi ini akan menjamin kemampanan projek yang bukan sahaja akan
mampu mewujudkan sumber pendapatan tetap kepada para peserta, bahkan mempunyai
potensi untuk dikembangkan di masa akan datang. Keterlibatan peserta-peserta ini juga
dijangka mampu membantu mengeluarkan mereka daripada golongan Miskin dan Miskin
tegar. Selain itu, projek ini juga dijangka akan menghasilkan usahawan-usahawan baharu
dalam industri perikanan yang boleh mengisi sedikit permintaan ikan bagi pasaran dalam
negara. Adalah menjadi impian bahawa model dan kaedah dalam penternakan dan
pemasaran ikan ini berjaya mencapai sasarannya dan seterusnya program akan
diperluaskan ke daerah-daerah lain di seluruh Malaysia.

6
10. Aktiviti

Perincian aktiviti Peranan Agensi

1. Memajukan sebuah kompleks a) UTHM & LKIM untuk menandatangani


pembenihan ikan berdensiti tinggi yang MoA bagi projek pengambilalihan
terbiar sebagai Taman Sains untuk kompleks ini.
pemindahan teknologi ternakan ikan
kepada komuniti.

2. Menjalankan proses pembenihan, a) LKIM akan membekalkan benih-benih


pembiakan, penggredan dan anak ikan bagi projek ini.
pemantauan ikan yang diusahakan di
kompleks tersebut. b) Kolej Komuniti Bera dan Kolej Komuniti
Pagoh akan membimbing kaedah-kaedah
pembiakan benih ikan dan dipantau oleh
pihak LKIM.

3. Melaksanakan penyelidikan dan a) Penyelidik-penyelidik dari UTHM


pembangunan (R&D) terhadap proses bersama Jabatan Perikanan Malaysia
penyediaan makanan ikan, kualiti air akan menjalankan R&D secara intensif
dan tumbesaran ikan. terhadap pelbagai skop secara
berterusan bagi mendapatkan maklumat
untuk jangka masa pendek dan jangka
masa yang panjang.

4. Menjalankan proses-proses penyediaan a) Penyelidik-penyelidik dari UTHM


makanan ikan yang melibatkan proses bersama Jabatan Perikanan Malaysia
menghancur, mengandum, membentuk akan menjalankan R&D ini.
dan pengeringan.

5. Mengenalpasti 100 orang para perintis a) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di


projek yang terdiri daripada keluarga bawah KPWKM akan mencadangkan
miskin dan miskin tegar. nama-nama peserta yang telah
didaftarkan di program e-kasih.

b) Analisis kewangan dan pendapatan para


perintis akan dijalankan oleh para
penyelidik UTHM.

7
Perincian aktiviti Peranan Agensi

6. Merekabentuk dan memasang sistem a) Para penyelidik UTHM bersama KKLW


kolam ternakan ikan di kawasan untuk kerja-kerja pemasangan sistem
kediaman para perintis program yang kolam berkenaan sambil dipantau oleh
dikenalpasti. pihak LKIM.

7. Menyediakan kursus kepada para a) Pihak UTHM, Kolej Komuniti Bera dan
perintis program. Kolej Komuniti Pagoh akan bersama
membangunkan modul dan latihan
terhadap projek ini.

8. Membekalkan benih ikan yang a) Pihak UTHM akan membekalkan benih-


diusahakan di kompleks kepada para benih tersebut kepada para perintis
perintis program. melalui proses pembenihan yang akan
dilaksanakan di Taman Sains.

9. Membimbing dan memantau proses a) Pihak UTHM bersama Jabatan Perikanan


pembiakan, penggredan, tumbesaran Malaysia akan melaksanakan R&D ini.
dan pemasaran ikan yang diusahakan
oleh para perintis program.

10. Membimbing dan memantau proses a) Pihak UTHM bersama Jabatan Perikanan
rawatan ikan dan rawatan air di kolam- Malaysia akan melaksanakan bimbingan
kolam ternakan perintis program. dan pemantauan kolam-kolam di tapak.

11. Membimbing dan memantau proses a) Pihak UTHM dan LKIM akan bersama
pemasaran ikan oleh para perintis. membantu memasarkan hasil tuaian ikan.

b) Pihak Ambang Wibawa Sdn Bhd juga


memainkan peranan dalam pemasaran
dan pembangunan produk berasaskan
ikan.

12. Membangunkan sistem pemasaran ikan a) Penyelidik UTHM akan membangunkan


untuk permintaan tempatan dan sistem yang berkenaan.
antarabangsa.

13. Membangunkan manual perlaksanaan a) Penyelidik UTHM akan membangunkan


program untuk rujukan. manual berkenaan.

8
11. Implikasi Kewangan (Sila lampirkan kos perincian)

Bil: Budget details Amount requested by applicant


No. Butiran belanjawan Jumlah yang dipohon oleh
pemohon

Year 1 Year 2 Total


Tahun 1 Tahun 2 Jumlah
(RM) (RM) (RM)

1 Vote 11000 -
Salary and wages
Upah dan Elaun

NIL

2 Vote 21000 -
Travelling and Transportation/
Perjalanan dan Pengangkutan

Lawatan ke komuniti bagi mengatur, melaksanakan


dan memantau pemindahan ilmu ternakan ikan
melalui mesyuarat, perbincangan, aktiviti lapangan
bersama.

3 Vot 23000 -
Perhubungan dan Utiliti
Communications and Utilities

Telefon, internet, air dan elektrik

4 Vote 24000 -
Rental
Sewaan

Sewaan lori membawa bahan-bahan bahan


ternakan ikan dan hasil ternakan

Bil: Budget details Amount requested by applicant


No. Butiran belanjawan Jumlah yang dipohon oleh
pemohon

9
Year 1 Year 2 Total
Tahun 1 Tahun 2 Jumlah
(RM) (RM) (RM)

5 Vote 27000 -
Research Materials & Supplies
Bekalan dan Bahan Penyelidikan

1. Set penternakan ikan yang terdiri dari 6 tangki


beserta pam air

2. Bahan mentah makanan ikan

3. Mesin penggaul

4. Pengisar makanan

6 Vote 28000 -
Maintenance and Minor Repair Services
Baik pulih kecil dan ubahsuai

1. Sistem pam dan perpaipan kolam ikan

2. Sistem perpaipan air

7 Vote 29000 -
Professional Services
Perkhidmatan Ikhtisas

Analisis dan Pencirian piawaian kualiti Nitrogen


dan Fosforus di dalam kolam ternakan yang
dihasilkan

8 Vote 35000 -
Accessories and Equipment
Aksesori dan Peralatan

NIL

TOTAL AMOUNT
JUMLAH BESAR

10
12. KRA, Objektif dan Sasaran

KRA 1. Mendidik dan membimbing golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar untuk berdikari
sendiri dalam projek ternakan ikan yang disediakan.
2. Meningkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah melalui program ternakan
ikan kolam yang disertai dengan bimbingan dan bantuan yang diberikan.
3. Meningkatkan penguasaan ekonomi komuniti menerusi penjualan hasil ternakan ikan terus
kepada masyarakat bagi menjayakan agenda Jihad Memerangi Orang Tengah.

SASARAN (KPI)
OBJEKTIF (Penetapan pencapaian dalam bentuk peratus peningkatantahap sosial/ekonomi/pendidikan kumpulan sasar)

(Nyatakan objektif bagi program/projek


yang dirancang)
OUTPUT OUTCOME
(Hasil yang diperoleh daripada penggunaan input) (Perubahan yang dihasilkan kesan daripada output)

1. Meningkatkan pendapatan Seramai 100 orang akan dipilih sebagai perintis Pendapatan penduduk kampung meningkat 30%
masyarakat miskin dan miskin program yang terdiri dari penduduk miskin di selepas 8 bulan dan berterusan sepanjang tahun
tegar melalui program ternakan kampung-kampung yang berdekatan. untuk kitaran ternakan ikan yang seterusnya.
ikan yang diusahakan.

2. Membangunkan kaedah dan Satu kaedah dan platfom akan disediakan untuk Para perintis program dijangka mendapat
sistem untuk jualan ikan membantu para perintis memasarkan hasil keuntungan yang optimum manakala masyarakat
daripada peserta program ternakan ikan mereka. di kawasan tersebut pula menikmati 10%
terus kepada masyarakat. pengurangan harga ikan kerana tiada keterlibatan
orang tengah.

11
3. Menjalankan penyelidikan dan Pendekatan R&D yang dijalankan secara intensif Kos penternakan ikan dijangka dapat dikurangkan
pembangunan (R&D) terhadap untuk penyelesaian jangka masa pendek dan kepada 10% selepas 1 tahun program ini
pembenihan ikan, tumbesaran jangka masa panjang mampu memberikan dilaksanakan
ikan, pemprosesan makanan kelestarian sistem penternakan ikan sepanjang
ikan dan kualiti air. masa.
Selain itu, satu sistem rawatan air kolam
ternakan berdasarkan alga akan dilaksanakan
bagi meningkatkan kandungan oksigen di dalam
air dan mengurangkan bau untuk memberikan
keselesaan penternak ikan di kediaman mereka

4. Mewujudkan dan Satu sistem maklumat penyelidikan yang Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara
membangunkan kompleks melibatkan pelbagai kementerian akan ini melalui konsep pemindahan ilmu dan teknologi
pembenihan ikan Pagoh dibangunkan supaya segala dapatan boleh supaya 1 daerah 1 program penternakan ikan
sebagai Taman Sains yang ditambah baik dari semasa ke semasa untuk oleh masyarakat miskin dapat dilaksanakan.
berperanan untuk membantu membolehkan program ini sentiasa relevan
proses pemindahan ilmu dan dengan minat masyarakat dan perkembangan
teknologi kepada masyarakat. teknologi semasa untuk jangka masa panjang.

12

You might also like