You are on page 1of 5

TAMADUN MELAYU

Course Module Writer: Dr. Khairul Hamimah Mohammad Jodi

1. PENGENALAN

Topik ini akan menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu, pandangan semesta
tamadun Melayu dan pencapaianya dalam pelbagai bidang. Tamadun Melayu dibentuk oleh
sekelompok manusia yang umumnya dikenali sebagai orang Melayu, tertumpu pada wilayah
Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah
Jawi.

Konsep

Asas

Melayu Pandangan semesta

Pencapaian

2. KONSEP MELAYU

Istilah Melayu merujuk kepada tiga dimensi berbeza iaitu:

Ras Sekumpulan manusia memiliki ciri genetik yang sama, berasal dari Tanah
Melayu
Budaya Pegangan/amalan/adat resam
Bahasa Bahasa Melayu sebagai pertuturan
Jadual 1: Istilah Melayu

2.1 ALAM MELAYU

Merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga sempadan
Australia. Ciri Melayu suka merantau dan bergerak bebas di dalam dan di luar lingkungan
kepulaun Melayu seperti di Afrika Selatan.
1
Dalam perlembagaan Malaysia, Perkara 160, Melayu ditakrifkan sebagai:

i. Berbahasa Melayu
ii. Amalkan adat istiadat Melayu
iii. Beragama Islam

Pentakrifan di atas berkaitan dengan kaedah menentukan warganegara Persekutuan Tanah


Melayu pada waktu pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemerdekaan.

3. ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

Mempunyai sususan stuktur sosial yang kompleks seperti raja sebagai pemimpin, golongan
ulama, pembesar, pedagang dan petani.

3.1 ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Asas kemunculan tamadun dan sususan masyarakat kompleks dibentuk dengan penguasaan
teknologi pertanian. Ia memperlihatkan perubahan teknologi berdasarkan tempat tinggal dan
pertanian untuk menghasilkan makanan yang mencukupi untuk sepanjang tahun.

Perlaksanaan nilai kesaksamaan antara ahli ditunjukkan melalui amalan bermesyuarah antara
ahli. Amalan bermesyuarah ini diamalkan dalam kalangan masyarakat desa dan pemerintah.

Muncul juga nilai-nilai yang dibentuk sendiri natijah daripada nilai-nilai luar yang diterima oleh
masyarakat. Buktinya dapat dilihat pada zaman agama Hindu, Buddha dan Islam ketika
berpengaruh di alam Melayu. Antara keistimewaan orang Melayu ialah kebolehan mereka
menyesuaikan nilai-nilai luar dengan nilai-nilai tempatan.

3.2 KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU HASIL PENGUASAAN LALUAN


PERDAGANGAN

Bukti arkeologi menunjukkan kerajaan Melayu telah wujud seawal 2,500 tahun dahulu di
Lembah Bujang, Kedah dan Kuala Selinsing, Perak. Ketika itu sudah terdapat pelabuhan yang
mengendalikan perdagangan jarak jauh yang melalui selat Melaka. Umumnya, perdagangan
jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sebuah kerajaan. Antara nilai tamadun Melayu yang
berteraskan aktiviti perdagangan ialah kebolehan berinteraksi dengan masyarakat luar, terbuka,
menghormati undang-undang dan lain-lain.

3.3 PEMBENTUKAN EMPAYAR SEBELUM ISLAM

Masyarakat Melayu menghasilkan tamadun awal di Rantau Asia Tenggara melalui penguasaan
teknologi maritime. Kemampuan ini membezakan masyarakat Melayu dengan masyarakat lain di
rantau Asia Tenggara yang tertumpu pada kawasan pedalaman.

2
Kerajaan Melayu awal menunjukkan terdapatnya pengaruh Hindu Buddha seperti candi Lembah
Bujang, Borobodor (Jogjakarta) dan Angkor Wat (Kemboja). Kesenian yang terdapat pada candi
Borobodor merupakan contoh bagaimana orang Melayu menghasilkan bentuk kesenian yang
tersendiri sungguhpun asasnya datang dari tamadun India.

Dua empayar Melayu yang besar ialah Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya yang menguasai
laluan perdagangan di kawasan mereka. Kerajaan Melayu awal yang lain ialah Langkasuka dan
Beruas di Malaysia.

3.4 TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Islam dibawa ke Alam Melayu melalui tiga laluan iaitu 1). Laluan perdagangan laut dari Tanah
Arab dan Parsi, 2). Laluan perdagangan darat dari benua India dan 3). Laluan perdagangan darat
dari Tanah Besar China.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu memberi kesan kepada pemerintahan kesultanan, menjadi
pusat keintelektualan dan persuratan. Tokoh-tokoh intelektual seperti Hamzah Fansuri, Wali
Songo, Syeikh Daud Fatani dan lain-lain telah muncul dan terhasilnya karya-karya seperti
Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Sejarah Melayu dan sebagainya.

Istana dan masjid berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu dan semua kumpulan manusia
terlibat dengan pengembangan ilmu. Bahasa Melayu berperanan kepada pengembangan ilmu
pengetahuan ke seluruh kawasan Asia Tenggara.

Kerajaan Melayu Melaka telah membentuk sistem perundangan yang dikenali sebagai Hukum
Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Sistem perundangan ini dibentuk
berlandasakan agama Islam dan adat resam penduduk Tanah Melayu.

4. PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

Unsur-unsur keislaman banyak mempengaruhi pandangan semesta Tamadun Melayu selepas


kedatangan Islam. Walau bagaimanapun masih lagi terdapat unsur-unsur pandangan semesta
agama lain yang diwarisi oleh Tamadun Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan amalan
kehidupan yang bermatlamatkan kesejahteraan kehidupan.

Antara pandangan semesta Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam ialah:

Taat kpd Berpegang Utamakan


Akidah Sultan & teguh Memuliakan keluarga &
Islam hormati kepada adat yang tua hubungan
pemimpin resam silaturrahim

3
Meraikan Timbang Bersopan Bergotong-
Hormat
tetamu Muafakat
rasa santun royong

Rajah 2: Pandangan semesta Tamadun Melayu

5. PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM PELBAGAI BIDANG

5.1 PERSURATAN

Persuratan Melayu dibahagikan kepada dua era iaitu:

i. Sebelum Islam Dalam bentuk sastera lisan dan hikayat.


Sastera lisan cerita mitos (Puteri Santubong), lagenda (Mahsuri),
Mergastua (Sang Kancil), dan ungkapan (pantun, seloka, teka-
teki).
ii. Selepas Islam Terdiri dari sastera kitab, tatanegara, historiografi, kitab perubatan,
astronomi dan matematik.
Contohnya Sharabul Ashiqin (sastera kitab), Sulalatul Salitin
historiografi, Ilmu Falak (astronomi) dan lain-lain.
Jadual 2: Persuratan Melayu

5.2 KESENIAN

Antara kesenian Tamadun Melayu ialah:

Seni tari Zapin


Mak Yong
Inang
Seni muzik Gamelan
Cak Lempong
Kompang
Seni ukir & khat Ukiran mimbar masjid
Ukiran kayu
Ukiran tembaga
Seni bela diri Silat gayong
Silat cekak
Seni pertukangan Rumah
Senjata
Perahu
Seni tenun, sulam Songket
& anyaman Selendang
Tikar
Seni kulinari Acar buah
Nasi Kerabu, Dagang, Ambang
Jadual 3: Kesenian dalam Tamadun Melayu
4
5.3 SAINS DAN TEKNOLOGI MELAYU

Sebahagian daripada sains dan teknologi ini bukannya rekaan tamadun Melayu, namun ia telah
diubahsuai mengikut citarasa kebudayaan Melayu sehingga menjadi bentuk lain yang
menunjukkan daya kreativiti penduduk tempatan.

Teknologi Pertanian - Bajak


- Sistem saliran air

Teknologi Alam Bina - binaan rumah dan masjid rumah panjang, rumah kutai, kubah.

Teknologi tekstil & - Mencating batik


warna - Mesin tenun

Teknologi ukuran, - Ukuran ; jengkal, hasta, depa, relong


timbang & sukatan - Timbang: mayam, saga
- Sukat : ling, cupak, gantang, koyan
- Masa : pekan, purnama, musim
Jadual 4: Sains dan teknologi Melayu

6. KESIMPULAN

Tamadun Melayu dibentuk oleh sekelompok manusia yang umumnya dikenali sebagai
orang Melayu.
Istilah Melayu merujuk kepada tiga dimensi iaitu ras, budaya dan bahasa.
Alam Melayu merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara
sehingga sempadan Australia.
Asas pembentukan tamadun Melayu adalah hasil daripada penguasaan laluan
perdagangan, pembentukan empayar sebelum Islam, selepas kedatangan Islam dan
pandangan semesta.
Pencapaian tamadun Melayu dalam pelbagai bidang, antaranya: persuratan, kesenian, dan
sains dan teknologi.

LATIHAN

Huraikan aspek-aspek sains dan teknologi Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam.

RUJUKAN

Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (2009), Modul Pengajian Tamadun Islam dan
Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (2006), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Puta
Malaysia.

You might also like