You are on page 1of 2

Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi

Soalan 1:
Persatuan Pengakap sekolah kamu akan mengadakan perkhemahan di
padang sekolah. Sebagai setiausaha persatuan kamu ditugasi untuk
meminta kebenaran Guru Besar untuk mengadakan perkhemahan
tersebut.

Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Jalan __________________,
98000 Miri,
Sarawak.

Guru _________________,
Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang,
98000 Miri,
Sarawak.
26 MEI 2016.

Tuan,

Meminta Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Pengakap di Padang


Sekolah

Saya _____________________________ selaku Setiausaha Persatuan


Pengakap ingin meminta kebenaran untuk mengadakan malam
Perkhemahan Pengakap 2016 pada hari Jumaat, 17 Jun 2016.

2. Perkhemahan tersebut akan diadakan di __________________


sekolah bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 5.30
petang keesokan harinya.

3. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk berkenal-kenalan


antara ahli dan melatih ahli supaya pandai berdikari.

4. Sehubungan dengan itu, saya ingin __________________ tuan untuk


merasmikan perkhemahan tersebut.

Saya berharap agar tuan bersetuju untuk menghadiri


__________________ perasmian ini. Kerjasama pihak tuan saya dahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Farisha
(FARISHA BINTI ALI)
Setiausaha Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang.

You might also like