You are on page 1of 31

1.

0 Pendahuluan

Aqidah secara bahasa berasal dari kata( )yang bererti ikatan. Secara istilah adalah
keyakinan hati atas sesuatu. Kata aqidah tersebut dapat digunakan untuk ajaran
yang terdapat dalam Islam, dan dapat pula digunakan untuk ajaran lain di luar Islam.
Sehingga ada istilah aqidah Islam, aqidah nasrani, ada aqidah yang benar atau lurus
dan ada aqidah yang sesat atau menyimpang.
Dalam ajaran Islam, aqidah Islam (al-aqidah al-Islamiyah) merupakan keyakinan
atas sesuatu yang terdapat dalam apa yang disebut dengan rukun iman, iaitu
keyakinan kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir,
serta taqdir baik dan buruk.
Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting. Ibarat
suatu bangunan, aqidah adalah tiang asas, sedangkan ajaran Islam yang lain, seperti
ibadah dan akhlak, adalah sesuatu yang dibangunkan di atasnya. Rumah yang
dibangun tanpa tiang asas adalah suatu bangunan yang sangat rapuh. Maka, aqidah
yang benar merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din) dan diterimanya suatu
amal. Firman Allah Taa`la dalam Surah Al-Kahfi ayat 110:










Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang
manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan
Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan
Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia
mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.
Pada masa kini, fenomena yang berkaitan tentang kerosakan akidah sering kali
didengari. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan sama ada di zaman
awal peradaban Islam mahupun di alaf millennium ini. Memandangkan isu ini berkait
rapat dengan agama, maka perhatian berat terhadapnya harus diberi perhatian dan
tumpuan dengan lebih mendalam. Dapat dilihat kini umat Islam didampakkan dengan
longokan fahaman-fahaman yang dibawa oleh Barat seperti fahaman Liberalisme,
Pluralisme, dan Sekularisme yang rata-ratanya adalah sangat menyeleweng dari ajaran
Islam sebenar. Jika ajaran atau fahaman sebegini tidak dibendung dengan segera maka
akan memberi impak jelas kepada masyarakat Islam masa kini isitu gejala murtad.

2.0 DEFINISI PLURALISME

1
Pluralisme berasal dari istilah bahasa Inggeris (plural) yang merujuk kepada
kewujudan lebih dari satu entiti. Dalam falsafah klasik Greek, lawan bagi pluralisme
ialah monisme dan kedua-dua istilah ini merujuk kepada falsafah metafizik
perdebatan antara dua aliran pemikiran tentang unsur kewujudan alam.1 Dalam
konteks falsafah moden pula, William James adalah sarjana yang awal
mengaplikasikan istilah plural dalam karya akademiknya yang bertajuk The
Pluralistic Universe.2 Bermula dari penggunaan itulah maka istilah pluralisme mula
diguna pakai dalam bidang politik, budaya, etika, moral dan agama.3
Secara umumnya, falsafah ini merujuk kepada kewujudan pelbagai agama dan
dakwaan terhadap kebenaran yang diajukan oleh setiap agama (religous truth claim).
Lawan bagi pluralisme agama ialah ekslusivisme yang mendokong fahaman bahawa
hanya terdapat satu agama sahaja yang membawa kebenaran mutlak manakala agama-
agama lain adalah palsu. Terdapat satu lagi istilah yang dipopularkan sebagai jalan
tengah di antara pluralisme dan ekslusivisme iaitu inklusivisme yang bermaksud
wujudnya satu agama yang mutlak manakala agama-agama lain hanyalah sebahagian
dari kebenaran mutlak itu.

2.1 SEJARAH PLURALISME


Pluralisme agama adalah sebuah falsafah agama yang berasal dari Barat dan
diperkenalkan secara sistematik oleh John Hick dalam karyanya yang bertajuk An
Interpretation of Religion: Human Responses to the Transcendent.4 Fakta sejarah pula
membuktikan bahawa agama Kristian adalah agama yang dominan di Barat sehingga
timbulnya frasa yang disebut sebagai Barat Kristian yang menyatakan bahawa
Kristian adalah kunci utama kepada budaya dan tamadun Barat.5
Falsafah ini disemai dan disuburkan oleh para sarjana dan pendokongnya. Dalam
konteks Barat Kristian juga telah wujud sebuah frasa penting yang menyimpulkan
doktrin tradisional Gereja Roman Katolik terhadap agama-agama lain iaitu extra
ecclesiam nullas salus yang bermaksud tiada keselamatan di luar gereja. Frasa ini
1
Colin E. Gunton, The One, The Three, and the Many, (Cambridge: Cambridge University Press, First
edition, 1993
2
William James (1842-1910), seorang ahli falsafah dan ahli psikologi Amerika merupakan seorang
pendokong falsafah pragmatik.
3
Politik pluralisme merujuk kepada sistem pelbagai parti politik manakala pluralisme budaya merujuk
kepada pelbagai etnik dan kumpulan dalam masyarakat.
4
John Hick, An Interpretation of Religion: Human Responses to the Transcendent,( London:
Macmillan, 1989)
5
Christopher Dawson, Progress and Religion,( Peru: Sherwood Sugden, 1991.)

2
didakwa mendokongi fahaman ekslusivisme yang dianuti oleh Gereja Roman Katolik
dan pengikutnya.6 Frasa ini melambangkan bahawa agama Kristian adalah agama
yang unik, ekslusif, dominan dan lebih tinggi darjatnya berbanding agama lain. Oleh
yang demikian keselamatan hanya boleh diperolehi melalui Gereja Roman Katolik
sahaja. Frasa ini yang turut menjadi ideologi empayar Rom menetapkan bahawa
Katolik Kristian adalah agama rasmi dan mutlak bagi empayar. Oleh kerana itu,
penolakan terhadap Gereja Kristian Katolik dilihat sebagai penentangan terhadap
kuasa politik empayar.
Oleh yang demikian, fahaman ekslusif ini telah menjadi suatu fahaman yang
dominan sewaktu zaman Pertengahan sekitar kurun yang keempat selepas masihi
sehinggalah ke akhir kurun yang ke16. Angin perubahan mula melanda Gereja Roman
Katolik bermula pada kurun yang ke 16 iaitu setelah berlakunya ekspedisi mubaligh
Katolik Kristian ke dunia luar dan seterusnya siri penjajahan kuasa politik Barat yang
berterusan ke atas tamadun lain di dunia. Ianya bermula dengan pelayar-pelayar
Katolik Kristian yang berusaha meneroka laluan laut yang baru ke dunia luar oleh
Henry the Navigator, Christopher Columbus, Vasco Da Gama, Ferdinand Magellan,
and Francis Drake.7 23 Tujuan utama pelayaran dilakukan adalah untuk menyebarkan
agama Kristian yang seterusnya telah membuka peluang dan ruang bagi berlakunya
penjajahan fizikal ke atas negara-negara lain.
Hubungan di antara tujuan agama dan tujuan politik, gerakan mubaligh Kristian
dan golongan penjajah Barat ini juga amat menarik untuk dibincangkan dalam konteks
fahaman pluralisme agama ini. Joseph Mitsuo Kitagawa di dalam bukunya yang
bertajuk The Quest for Human Unity: A Religious History menyebutkan terdapat dua
bentuk hubungan di antara penjajah dan gerakan mubaligh Kristian iaitu hubungan
secara langsung dan tidak langsung.8 Hubungan secara langsung ini boleh dilihat
dalam kontek ekspedisi mubaligh Kristian Katolik pada kurun yang ke 16 dan ke 17
yang bergerak di bawah arahan Gereja (patronato & padroado) yang masing-masing
ditaja oleh Portugal dan Spain.
2.2 PENGARUH PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA
Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara

6
Tord Fornberg, The Problem of Christianity in Multi Religious Societies of Today, Lewiston/Queenston/Lampeter:
The Edwin Mellen Press, 1995, h. 11. Daniel B. Clendenin, Many Gods Many Lords,( Michigan:Baker Books,
1975, h. 72.)
7
P.F.Knitter, No Other Names, p. 123.
8
Joseph Mitsuo Kitagawa, The Quest For Human Unity: A Religious History, (Minneapolis: Fortress
Press, 1990), p. 197.

3
rasmi berbanding di Indonesia. Idea pluralisme agama ini berkembang melalui
pendekatan secara tidak langsung. Ianya boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula
timbul. Anologinya, pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan
IFC (Interfaith Commission).
IFC ini merupakan satu suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagai
badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran
sesuatu agama akibat desakan agama lain malah juga berfungsi sebagai sebuah
mahkamah atau sebagai satu badan berkanun seakan-akan satu badan Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang
berkaitan dengan agama. Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultive
Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism melalui memorandum
mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS iaitu V. Harcharan Singhkepada
Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Antara tuntutan yang dilakukan ialah:
1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara
terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan
kebebasan untuk kembali kepada asal agama mereka (murtad) dan tidak boleh
dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya
dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim beragama
Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin
berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar
daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam
tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk
Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya
selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan
menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

4
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang
daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk
diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di
semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah
ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan
untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada
membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga
untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia
seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Segala Tuntutan sedemikian amatlah dikhuatiri kerana idea dan tuntutan dari
wakil pelbagai agama ini juga disokong oleh sesetengah umat Islam yang berpendapat
bahawa hal ini selaras dengan prinsip toleransi dan hukum demokrasi, secara tidak
langsung menunjukkan wujudnya sokongan dan usaha untuk memperjuangkan
gagasan pluralisme agama oleh sesetengah umat Islam di Malaysia.

2.3 PANDANGAN ISLAM TERHADAP PLURALISME


Propaganda fahaman pluralisme Agama yang semakin hari semakin hebat telah
dilakukan di negera-negara Islam merupakan masalah serius yang perlu ditanggani
secara dengan segera. Adalah penting bagi setiap orang Islam untuk mengetahui
agenda dan hala tuju sebenar fahaman pluralisme agama yang dibawa. Menurut Dr.
Syamsuddin Arif terdapat beberapa pandangan Islam telah diberikan kepada
pluralisme Agama.
1. Kebenaran Islam
Dalam aqidah Islam telah disepakati oleh semua kaum Muslimin bahawa tidak ada di
muka bumi ini suatu agama yang benar kecuali agama Islam, yang ajarannya
membatalkan ajaran agama-agama sebelumnya.

Firman Allah dalam al-Quran:

5



Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah
akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang
yang rugi.9

2. Kafir penghuni Neraka


Dalam ajaran Islam, telah dinyatakan bahawa setiap orang bukan Islam (non-Muslim),
sama ada dia itu Yahudi, Nasrani dan selain mereka itu adalah dianggap kafir dan
mereka adalah penghuni neraka, sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Bayyinah
1 dan 6:

























Orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik itu tidak akan
meninggalkan agamanya sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata, Sedang
orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke
neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruknya
mahluk. (surah al-Bayyinah ayat 1 dan 6).10
Tambahan pula terdapat hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim, bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda: Demi Dia yang jiwaku ada di Tangan-Nya, tidak
seorangpun dari umat manusia yang mendengar (seruan)ku, Yahudi maupun Nasrani,
kemudian mati dan belum/tidak beriman dengan ajaran yang aku bawa melainkan dia
menjadi penghuni neraka.11

3. Meyakini Al-Quran
9
Surah AlImran, ayat 85.
10
Al-Quran dan Terjemahan, Surah al-Bayyinah: 1-6.
11
Hadis Riwayat Shahih Muslim

6
Wajib hukumnya bagi seorang Muslim menyakini bahawa Taurat dan Injil itu telah
dimansuhkan oleh al-Quran al-Karim, dan bahawa kedua kitab tersebut telah diubah,
diselewengkan, ditokok tambah malah dikurangi isi kandungan asal, sebagaimana
jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Maidah 13:




















Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan
mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima
kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab
Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar
dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan
mereka dengannya dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan
khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku
khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah
dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha
supaya baik amalannya.

4. Prinsip Aqidah dan Syariah


Berdasarkan prinsip-prinsip Aqidah dan Syariah Islam, maka propaganda pluralisme
agama, pendekatan agama-agama dan peleburan agama-agama adalah amat halus.
Tujuannya mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil, merosak sendi-sendi
ajaran Islam, dan menyeret pemeluknya ke arah permurtadan. Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Baqarah ayat 217.














Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan

7
kamu dari agamamu (kepada kekafiran) andai kata mereka mampu.12
Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa 89.



Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
lalu kamu menjadi sama (dengan mereka).13.
Akhirnya dapat kita simpulkan bahawa Pluralisme Agama itu adalah suatu
doktrin, ajaran, ideologi, aqidah, keyakinan dan way of life yang mengakui semua
agama adalah sama dan setara, sama benar dan merupakan jalan keselamatan yang
baik. Maka terang sekali bahawa pluralisme ini tidak mungkin diterima oleh mejoriti
orang Islam kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam yang tertera di dalam kitab
suci al-Quran dan Sunnah/Hadis Rasulullah S.A.W.

2.4 ISU-ISU GEJALA PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA


Secara dasarnya isu-isu dan gejala berkaitan Pluralisme Agama di negara kita tidaklah
selantang seperti mana yang disuarakan oleh rakyat di negara jiran. Namun begitu,
gejala ini cuba dipromosikan oleh golongan tentu yang berkepentingan samada ianya
di dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui pendekatan cara
hidup dan kepercayaan masyarakat. Hasil daripada kertas kajian yang dibentangkan
oleh Dr. Yusri (2010) yang bertajuk Ancaman Pluralisme Agama Di Malaysia : Satu
Tinjauan Awal telah menyenaraikan beberapa isu-isu sensitif yang dihadapi oleh
kerajaan berakarkan atau berasaskan kepada fahaman ini.
1. Isu murtad dan cinta rentas Agama
Merujuk kepada kes-kes mendokong usaha pemurtadan umat Islam termasuk melalui
tindakan mencabar melalui mahkamah. Turut mempengaruhi segelintir orang Islam.
Dalam menyokong murtad atas nama kebebasan beragama, seseorang Muslim boleh
terlanjur memperkecilkan kesalahan menukar agama serta mencairkan kebencian
terhadap kekufuran.
2. Penubuhan IFC (Interfaith Commission / Suruhanjaya Antara Agama)
Merujuk kepada usaha penubuhan platform dianggotai wakil pelbagai agama secara
sama rata bagi menangani pelbagai isu-isu hubungan antara agama. Tuntutan-tuntutan
di sebalikpenubuhan IFC ini melibatkan usaha menyamakan kedudukan dan hak
agama-agama lain agama Islam.
12
Al-Quran dan Terjemahan, Surah al-Baqarah: 217
13
Al-Quran dan Terjemahan, Surah an-Nisa: 89

8
3. Perkongsian Perayaan dan Acara Keagamaan
Merujuk kepada penganjuran majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran agama
secara bersama. Juga penyertaan orang-orang Islam khususnya pemimpin-pemimpin
Muslim dalam acara keagamaan di rumah-rumah ibadat agama lain. Boleh terlibat
kepada pengiktirafan dan turut memakmurkan kekufuran dan kebatilan. Juga
mencairkan kebencian terhadap kekufuran.
4. Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam
Merujuk kepada persoalan sama ada para penganut agama lain boleh menggunakan
kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan atau sembahan dalam agama mereka.
Selain berupakan pelanggaran terhadap hak Allah SWT dan adab terhadapNya, boleh
meleburkan garis-garis pemisah antara Islam dan agama-agama lain.
5. Isu pengharaman Yoga bagi umat Islam
Merujuk kepada Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang-orang Muslim
dalam senaman Yoga kerana ada unsur-unsur agama lain di dalamnya. Boleh
meleburkan pemisahan antara Islam dan agama lain.

3.0 Definisi Liberalisme


Dalam perspektif Islam Liberalisme adalah memahami nas-nas agama menggunakan
akal fikiran yang bebas hanya menerima nilai-nilai agama yang sesuai dengan akal
fikiran semata.

3.1 Objektif Liberalisme


1. Membangunkan kedudukan demokrasi melalui fahaman inkluvisme dan
humanisme.
2. Membangunkan agama atas dasar menghormati perbezaan agama.
3. Menyebarkan dan memperkenalkan agama dengan lebih terbuka dan
berperikemanusiaan.
4. Menghalang orang awam terpengaruh dengan pandangan agama yang mereka
sifatkan sebagai jumud, keras dan tertutup.

3.2 Sejarah Liberalisme


Islam liberal pada mulanya diperkenalkan oleh buku Liberal Islam- A Source Book
yang ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford University 1988). Gerakan
liberalisme ini sebenarnya adalah rentetan daripada fahaman liberalisme yang

9
berkembang di negara Barat yang telah masuk ke dalam seluruh bidang kehidupan
seperti liberalisme politik, ekonomi, dan agama.
Gerakan ini bermula dengan gerakan reformasi yang bertujuan menentang
kekuasaan Gereja yang telah menghadkan kekuasaan politik, mempertahankan
pemilikan serta menetapkan hak asasi manusia. Gerakan liberalisme tersebut telah
masuk ke dalam bidang agama bertujuan untuk menghapuskan ketuanan dan
cengkaman kekuasaan golongan agama serta menghapuskan cukai terhadap Gereja.
Oleh sebab itu, gerakan liberalisme berkait rapat dengan penentangan terhadap
agama dan sistem pemerintahan yang dilakukan oleh golongan agama Gereja atau
Raja-raja yang menyembah Tuhan.
Gerakan liberalisme agama ini telah lama meresap ke dalam agama Yahudi dan
Kristian. Contohnya, gerakan yahudi liberal telah muncul pada abad ke-19 sebagai
usaha menyesuaikan dasar-dasar agama Yahudi dengan nilai-nilai zaman pencerahan
tentang pemikiran rasional dan bukti-bukti sains. Organisasi Yahudi liberal diasaskan
pada tahun 1902 oleh orang Yahudi yang memiliki komitmen terhadap fahaman
liberal dengan tujuan kontemporari. Akibatnya daripada pemahaman liberal tersebut
maka daripada 31 pemimpin agama bergantung dalam persatuan Rabbi Yahudi liberal.
Dalam agama kristian juga terdapat golongan Kristian liberal, mereka melakukan
rekonstruksi keimanan dan hukum dengan menggunakan metod sosio-sejarah dalam
agama. Bagi golongan Islam liberal, mereka tidak menzahirkan diri mereka sebagai
orang yang menolak agama, tetapi berselindung disebalik gagasan mengkaji semula
agama, mentafsir semula al-Quran dan menilai kembali syariat Islam malah
mengubah hukum-hukum fiqah.
Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama
termasuk hal yang telah menjadi ijma` ulama termasuk tafsiran daripada Rasulullah
S.A.W dan sahabat serta ulama Mujtahid. Gerakan Islam liberal sebenarnya adalah
lanjutan daripada gerakan modenisme Islam yang muncul pada abad ke-19 dalam
tamadun Islam ekoran interaksi dunia Islam dengan tamadun Barat.

3.3 Program Islam Liberal


Tesis Ph.D Greg Barton yang bertajuk The Emergence of Neo Modernism: A
Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought telah diterjemahkan dalam
bahasa Indonesia dengan tajuk Gagasan Islam Liberal di Indonesia menyatakan
bahawa program Islam liberal di Indonesia, antaranya ialah:

10
a. Kepentingan kontekstualisasi ijtihad.
b. Komitmen terhadap rasionaliti dan pembaharuan agama.
c. Penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama.
d. Pemisahan agama daripada parti politik dan negara.

Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia telah merumuskan tujuan gerakannya ke


dalam empat matlamat:
1. Memperkukuhkan landasan pendemokrasian melalui penerapan nilai-nilai
pluralisme, inklusivisme dan humanisme.
2. Membangun kehidupan keagamaan yang berdasarkan kepada penghormatan
atas dasar perbezaan.
3. Menyokong dan menyebarkan gagasan keagamaan yang pluralisme, terbuka
dan humanisme.
4. Mencegah agar pandangan-pandangan keagamaan yang militant dan pro-
kekerasan tidak menguasai wacana awam.

Di Malaysia, gerakan liberal tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan


nama Islam Liberal, tetapi dilakukan oleh individu-individu yang memperjuangkan
demokrasi serta fahaman persamaan terhadap semua agama dan fahaman persamaan
hak antara wanita dan lelaki (feminisme).
Sister In Islam adalah kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita
dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi dan kebebasan. Dalam sebuah
laman web dinyatakan bahawa Sisters In Islam (SIS) is a group of Muslim women
committed to promoting the rights of women within the framework of Islam. Our
efforts to promote the rights of Muslim women are based on the principles of equality,
justice and freedom enjoined by the Quran as made evidence during our study of the
holy text.
Misi gerakan Sister In Islam adalah untuk memahami ajaran Islam berasaskan
kesamaan hak, keadilan, kebebasan dan demokrasi. Sehinga pada bulan Mac 2007,
SIS ditaja oleh lembaga dan yayasan dari negeri Barat seperti Oxfam Novib, Ford
Foundation, Global Fund for Women, The Sigrid Rausing Trust dan Hivos yang telah
membentuk kumpulan dan jaringan yang memperjuangkan persamaan hak wanita dan
lelaki dalam Islam seluruh dunia yang mereka namakan dengan gerakan Musawah.

11
3.4 Liberalisme Dalam Aspek Kehidupan
Liberalisme adalah suatu struktur pemikiran yang mencakupi hampir seluruh aspek
kehidupan manusia, terutamanya aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan, dan
agama. Secara mudahnya, liberal bermakna bebas, bertoleransi, berfikiran luas,
terbuka, pemurah, tidak ketat atau tepat dan tidak harfiah. Teras kepada idea
liberalisme ialah keprihatinan dalam melindungi dan menggalakkan kebebasan dan
autonomi individu, dalam konteks penentangan terhadap pihak lain sama ada Negara,
masyarakat atau individu lain yang mengganggu kebebasan dan autonomi dalam
segala aspek kehidupan manusia.
a. Politik
Golongan Liberalisme ini berpendapat bahawa kemajuan sesebuah negara terletak
dalam perkembanagan keperibadian manusia yang bebas. Hal ini bermakna dengan
adanya kebebasan, manusia berhak mengikuti apa saja yang akal atau nafsu mahukan
dengan mengabaikan Syariat yang telah ditentukan oleh agama atau struktur
pentadbiran sesebuah negara.
Golongan ini juga berpendapat bahawa mereka bebas samada menurut atau
menolak Undang-undang dan peraturan kerajaan yang telah ditetapkan iaitu bebas
mentadbir negara tanpa adanya nilai-nilai keadilan.
b. Ekonomi
Fahaman ini juga telah mengharuskan amalan riba serta sebarang unsur yang
berbentuk riba malah mereka juga turut mengeksploitasi kegiatan ekonomi yang jelas
berunsur riba supaya menjadi teras dalam amalan dan kehidupan masyarakat untuk
mencapai perkembangan ekonomi.
Dalam ajaran Islam, konsep riba cukup jelas bertentangan dengan Islam yang
mengharamkan segala unsur riba serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung. Secara langsung adalah seperti mereka yang memberi atau menerima
riba tersebut. Sedangkan penglibatan secara tidak langsung juga adalah mereka yang
mengambil riba tanpa disedari yang mana ianya terdapat pada institusi dan persatuan-
persatuan tertentu.
c. Sosial
Golongan liberal berpendapat bahawa masyarakat mempunyai kebebasan memberi
pendapat tanpa sekatan. Hal ini telah dibuktikan melalui penubuhan gerakan-gerakan
yang telah diadaptasikan mengikut fahaman dan kehendak nafsu mereka sendiri.
Khususnya di Malaysia hari ini dapat dilihat dengan jelas lambakan persatuan-
persatuan tertentu yang bertujuan mempengaruhi mentaliti masyarakat melalui

12
ideologi dan objektif yang dibawa oleh mereka sebagai suatu yang bercanggah dengan
norma dan nilai-nilai Islam.
Buktinya, gerakan Sister In Islam (SIS) yang pada permulaannya ditubuhkan
hanya untuk menjaga hak asasi manusia, sebaliknya pandangan gerakan ini sangat
bertentangan dengan syariat Islam. Perkara sebegini telah menjadikan masyarakat
mudah terpengaruh dengan fahaman yang dibawa oleh gerakan kerana fahaman
liberalisme ini lebih bersifat kebebasan atau tidak terikat.
d. Agama
Golongan liberalisme ini bukan saja telah mecaruni atau mengubah aspek sosio
kehidupan, malah mereka juga telah mengubah aspek fahaman agama khususnya
agama Islam. Mereka telah menyatakan bahawa setiap individu beragama itu
seharusnya memiliki kebebasan untuk beragama malah lebih rumit lagi apabila
mereka menyatakan bahawa setiap agama itu adalah benar dan menuju Tuhan yang
sama. Fahaman sebegini amat bahaya dalam meracuni pemikiran anak-anak muda
sekaligus menyebabkan kecelaruan dalam fikiran beragama.
Perbahasan penting yang menjadi isu dalam konteks agama ini terdapat dua
perbincangan yang utama iaitu:
i. Menyamakan setiap agama
Beberapa tafsiran liberal Muslim telah mengisbatkan adanya idea pluralisme
agama di dalam al-Quran. Antara ayat al-Quran yang paling popular bagi
Muslim pluralis ialah al-Baqarah (2):62 dan satu lagi ayat yang hampir sama iaitu
al-Maidah (5):69.
Firman Allah SWT:















Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-
orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu
beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh,
maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita.14
Dapat diperhatikan di atas, bagi Rahman, Muslim hanyalah salah satu ummah
yang beriman kepada Tuhan, selain daripada Kristian, Yahudi, dan Sabiun yang

14
Al-Quran dan Terjemahan, Surah al-Maidah: 69

13
menurutnya juga tergolong dalam mereka yang beriman.15
Rahman langsung tidak mengendahkan struktur bahasa dalam ayat ini yang
mengandungi ungkapan syarat iaitu kalimah man atau barang sesiapa daripada
penganut mana-mana agama. Maksudnya, jika sesiapa beriman kepada Tuhan maka
dia akan dijanjikan keselamatan di akhirat. Ayat ini sama sekali tidak menyifatkan
alladhina amanu atau mereka yang beriman sebagai man amana bi-Llahi atau
mereka yang beriman, dan dengan itu menyifatkan alladhina hadu wa-l-nasara
wa-l sabin atau mereka yang daripada Yahudi, dan Kristian, dan Sabiun sebagai
mereka yang beriman juga. Sebaliknya, ayat ini mensyaratkan semua orang,
termasuk yang telah sedia menjadi Muslim, untuk terus beriman kepada Allah agar
balasan baik di akhirat.
Ini adalah tafsiran yang diberikan, bukan sahaja oleh para mufassir Sunni seperti
Abu Jafar Muhammad bin Jarir al-Tabari, Fakhr al-Din Muhammad bin Umar al-
Razi, dan Abu Said Abd Allah bin Umar al-Baydawi, malah oleh mufassir Mutazili
iaitu Abu al-Qasim Mahmud bin Umar al-Zamakhshari.
Sehubungan itu, berdasarkan kaedah bahasa Arab, melalui adanya syarat ini,
adalah betul tafsiran majoriti mufassir yang menyimpulkan dari ayat ini, antara lain,
bahawa sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta beramal baik,
sesungguhnya telah menjadi Muslim, walaupun sebelumnya mereka telah sedia
Muslim, ataupun merupakan seorang Kristian, Yahudi, Sabiun, atau menganuti
anutan apa sahaja, termasuk yang sebelumnya mempercayai bahawa tuhan itu tidak
ada.
Apabila mereka ini memenuhi syarat iman dan amal, maka mereka adalah
Muslim sejati, dan dengan itu dijanjikan balasan baik selepas mati. Selain itu, adalah
tidak salah untuk mentafsirkan bahawa Kristian, Yahudi, dan Sabiun yang disebutkan
dalam ayat ini merujuk kepada mereka yang hidup sebelum pengutusan nabi
Muhammad. Tafsiran ini, seperti yang dapat dilihat di atas, di tolak mentah-mentah
oleh Rahman sebagai teknik pengeksploitasian yang paling buruk. Sedangkan, jika
dirujuk kepada sebab diturunkan ayat ini, fahaman ini adalah salah.
Menurut al-Tabari, ayat ini diturunkan apabila Salman al-Farisi, yang sebelum
menganut Islam merupakan seorang Kristian, bertanya kepada Rasulullah akan nasib
kaumnya di Akhirat kelak. Pada mulanya, nabi Muhammad mengatakan bahawa
mereka semua akan dimasukkan ke dalam neraka. Kemudian, turun ayat ini
15
Fazlur Rahman (Pakistan), seorang cendiakawan Islam yang mengkritik tentang ayat al-Quran.

14
menjelaskan bahawa jika mereka beriman dan beramal, maka mereka juga dijanjikan
syurga. Baginda seterusnya menjelaskan, pengikut nabi Musa adalah selamat
sehinggalah diutuskan nabi Isa. Jika mereka menolak nabi Isa, maka mereka adalah
orang yang celaka. Begitu juga, pengikut nabi Isa adalah selamat sehingga mereka
mendengar tentang nabi Muhammad tetapi memilih untuk menolak baginda, maka
mereka juga celaka.
Sedangkan, tafsiran ini mempunyai asas yang kukuh. Tambahan pula, akidah
Sunni, seperti yang ada dapat disimpulkan daripada al- Quran, al-Isra (17):15,
Firman Allah SWT:







Sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka
Sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya
sendiri, dan sesiapa yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya
ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang Yang boleh memikul, tidak akan
memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah
Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk
menerangkan Yang benar dan Yang salah).16
Oleh itu, tidak salah untuk mempertahankan kemungkinan keselamatan bagi
orang Kristian, Yahudi, Sabiun, dan sesiapa sahaja yang hidup sebelum nabi
Muhammad. Analisis ini menunjukkan ada kekurangan dalam tafsiran baru yang
dikemukakan oleh Fazlur Rahman. Beliau mengingkari tatabahasa Arab dan konteks
penurunan ayat dalam mengemukakan pendapat yang boleh menyokong idea
pluralisme agama. Oleh itu, pandangan Fazlur Rahman ini, tidak dapat dipertahankan
beliau dengan adanya akar pluralisme agama dalam al-Quran.
Namun pendapat mereka dapat ditangkis melalui dalil-dalil al-Quran seperti
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-
orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa

16
Al-Quran dan Terjemahan, Surah Al-Isra: 15

15
Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat
segera hitungan hisabNya.17

3.5 Kesan Dan Bahaya Liberalisme


1. Penghinaan terhadap al-Quran
Fahaman ini mentafsirkan nas-nas agama Islam agar bersesuaian dengan kehidupan
moden masa kini (barat). Apa sahaja nas al-Quran atau Hadis yang bertentangan
dengan ideologi barat maka mereka akan menolak secara keseluruhannya. Perkara ini
pada kebiasaannya dilakukan oleh golongan orientalis yang telah mengkaji al-Quran
untuk kepentingan mereka sendiri bagi tujuan memesongkan akidah Umat Islam
khususnya.
Perbuatan ini jelas menyalahi manhaj (metodologi) Islam yang menjadikan nas
al-Quran sebagai sumber pertama dan Hadis sebagai sumber kedua dalam kehidupan.
Justeru itu, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan fahaman yang dibawa
oleh mereka, dan kita perlu mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang ilmu bagi mengelakkan kita mudah terpengaruh dan terkesan dengan fahaman
mereka.
2. Liberalisme mahu membuang Syariah
Fahaman ini mengasingkan segala apa sahaja yang telah ditetapkan oleh syariah Islam
dengan mengikut pandangan dan tanggapan sisi mereka yang berbeza iaitu dengan
melihat segala syariah Islam ini membebankan mereka atas dasar ini telah
menghalang hak asasi dan kebebasan mereka dalam kehidupan beragama.
3. Bertentangan dengan prinsip aqidah Islam
Hal ini kerana mereka menjadikan konsep kebebasan itu sebagai asas bagi
mempertahankan hak asasi mereka dalam beragama dan merangkumi segala aspek
kehidupan.

4. Menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat


Islam
Liberalisme agama boleh mengakibatkan salah faham dalam mentafsirkanIslam. Salah
faham ini terpamer dalam penonjolan idea pluralisme agama yang kononnya berasal
daripada al-Quran. Ayat-ayat yang digunakan tidak diteliti dengan terperinci, justeru
kelompangan dalam huraian liberal pluralistik dapat dibuktikan. Selain itu, dasar
akidah Islam juga cuba diubah dengan anggapan Allah adalah tuhan seperti yang

17
Al-quran dan Terjemahan, Surah Al-Imran: 19

16
ditasawwurkan oleh agama lain. Makalah ini mendapati hujah yan dikemukakan tidak
dapat dipertahankan sepenuhnya.
5. Menekankan kebebasan memberi pendapat dan menentukan fikiran
Menekankan kebebasan memberi pendapat serta menentukan fikiran, dalam apa jua
masalah agama, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing kerana semua
manusia mempunyai hak untuk bersuara walaupun bukan dalam hal-hal yang mereka
kuasai mengenainya.

4.1 Definisi Sekularisme


Menurut Kamus Inggeris, sekularisme merupakan sesuatu yang berhubung dengan
dunia yang nyata iaitu bukannya berhubungan dengan alam rohani (spiritual) dan
akhirat. Manakala, Kamus Dewan Bahasa Melayu pula mendefiniskan sekularisme
sebagai pelajaran yang berkaitan dengan keduniaan sahaja tanpa dicampurkan amalan
pengajian akhirat.18
Syed Muhammad Naquib al-Attas mengatakan sekular, dari kata Latin
seaculum mempunyai erti dengan dua konotasi waktu yang menunjukkan kepada
pengertian sekarang atau kini dan lokasi menunjukkan kepada pengertian dunia
atau duniawi19. Oleh itu, seaculum merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang
berlaku pada masa kini dan tidak mengira kehidupan di akhirat. Fahaman sekular ini
telah lama wujud pada tradisi Rom dan Greek yang ditentang oleh agama Kristian di
Barat.

4.2 Konteks Sekularisme Barat


Tokoh Barat, Harvey Cox mendefiniskan sekularisme seperti agama baru, manakala
Steve Bruce pula berpendapat bahawa sekularisme boleh dirujuk sebagai satu
kepercayaan masyarakat yang bergantung kepada kepercayaan sesebuah masyarakat
atau komuniti terhadap sesuatu ideologi agama.
Fahaman sekularisme menurut pendapat Sulaiman Nordin adalah fahaman yang
memisahkan urusan-urusan dunia dengan urusan-urusan agama, yang diertikan adalah
agama Kristian dan Tuhan dari segala kehidupan manusia. Sekularisme juga
merupakan perkara yang memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dari
pengaruh dan institusi Gereja Katolik Rom.20
18
Kamus Dewan Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd, 1995), h. 399
19
Syed Muhammad al-Attas, Islam dan sekularisme, terj. Karsidjo Djojosuwarno, (Bandung: Pustaka Salman,
1981), h. 18-19
20
Sulaiman Noordin, Sejarah Pemikiran Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, (Bangi: Pusat Pengajian Umum
UKM, 1999), h. 100

17
Selain itu, definisi yang dibawa oleh Shamad Hamid adalah aliran yang
menganggap bahawa agama harus dipisahkan dari urusan Negara kerana agama tidak
berhak mencampuri urusan politik, pendidikan, ekonomi dan seumpanya.
Seterusnya, fahaman sekularisme dari sudut falsafah pula mengatakan
sekularisme merupakan perkara yang memisahkan agama dari kehidupan, yang
dimaksudkan agama di sini adalah agama Kristian. Sebagai contoh, pemikiran
falsafah sekularisme di Barat telah menjauhkan manusia dari norma-norma
keagamaan yang dianggap menghalang hak kebebasan manusia dan kemajuan. Ia
boleh dirujuk dari artikel Abu Suffian Abd Ghani yang menerangkan kebebasan
manusia dalam kehidupan iaitu Pensekularan yang berfalsafahkan pembebasan
manusia daripada kawalan metafizik terhadap akal dan bahasa. Selain itu,
sekularisme juga merupakan aliran yang berusaha mencari makna kehidupan dalam
konteks yang menyesatkan atau kenafsuan pada pandangan Islam.

4.3 Pandangan Islam terhadap Sekularisme


Islam merupakan agama yang terbaik di dunia dan di akhirat yang membawa
kesejahteraan dan kebahagian pada manusia dalam mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T. Oleh itu, masalah duniawi dan ukhrawi adalah hal yang sangat signifikan dan
penting untuk diberi perhatian.
Menurut Imam Munawar, Islam secara total menolak penerapan apapun ke
atas dirinya, konsep-konsep sekular, sekularilasasi dan sekularisme kerana semuanya
itu bukanlah milik Islam kerana ianya berlawanan terhadapnya segala hal. Jesteru,
Islam dapat berjalan seiring dengan sekularisme dalam masalah duniawi, namun Islam
secara totalnya sangat menentang secara muktamadnya kerana membawa manusia
lebih kepada duniawi semata-mata, seterusnya memalingkan muka dari agama atau
wahyu Ilahi.
Bagi Islam, agama itu penting kerana semua tindakan yang dilakukan atas nama
Allah SWT bersama keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Oleh itu, sebagai hamba-
Nya, kita wajib membuat apa yang disuruh dan meninggalkan kemungkaran.
Sekaligus, Islam menekankan kewajipan kepada manusia untuk berkongsi kebaikan
hidup yang dikurniakan oleh Allah bersama-sama makhluk manusia, juga
mengambilkira kesan yang akan diperolehi jika mereka lalai dan mengingkari
perintah Tuhan yakni Allah Azza Wa Jalla

4.3 Kesan Sekularisme terhadap masyarakat Islam

18
1. Kuasa politik semakin tidak demokratik
Kekuasaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup
mengaut dan membolot kekayaan untuk kroni mereka, menggenggam kekuasaan
sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan
melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam yang pastinya akan mengakibatkan
kucar-kacirnya sesuatu matlamat dan hala tuju sesebuah negara. Akhirnya, amalan
politik ini hanya untuk kepentingan kumpulan kecil atau diri sendiri sahaja mengikut
corak yang diajar oleh fahaman kapitalis dan materialistik. Kemelut ini sudah tentu
melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh daripada
keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi, apabila berlakunya
persempadanan baru serta akta pilihan raya yang lebih bertujuan untuk menghimpit
rakyat dan parti lawan.
2. Akta undang-undang drakonian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang prihatin. Manakala,
undang-undang atau syariah yang adil adalah dari Tuhan yang Maha Adil. Dalam
konteks ini, umat Islam yang mempunyai keyakinan bahawa undang-undang saksama
adalah undang-undang yang berlandaskan Islam atau nilai-nilai kebajikan sejagat.
Sebagai contoh, keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan
negara terjebak dalam kemelut maksiat kezaliman, penindasan, fitnah, lucah dan
amalan politik mafia.
3. Kepimpinan dan pemimpin yang lemah
Kepimpinan bukanlah kuasa untuk berleluasa, berbuat apa sahaja menurut kehendak
hati. Ianya adalah satu amanah Allah yang menjadi kewajipan masyarakat yang harus
dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia memerlukan tanggungjawab yang
tinggi terutamanya menjaga permasalahan agama, negara dan rakyat.
Kepimpinan dalam Islam mestilah berada dalam kalangan orang yang paling
beriman, berilmu, bertaqwa, berintegriti, mampu jihad dan berkelayakan. Kepimpinan
yang lemah dan melanggar etika dalam kepimpinan Islam tanpa dapat membezakan
antara yang baik atau buruk serta enggan mengikut lunas Islam, sudah pasti membawa
musibah.
4. Globalisasi dan budaya Barat yang menjadi-jadi
Globalisasi merupakan satu proses dimana menundukkan dunia dalam segenap sektor,
politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan satu ancaman kemanusiaan
tertentu. Fahaman ini merupakan cara baru yang digunakan oleh Zionis dan Amerika
Syarikat dalam berhadapan dengan Islam. Sikap kuasa negara-negara besar dan

19
Eropah berlandaskan kepada pendekatan pertembungan tamadun yang meskipun
dinafikan oleh mereka untuk menghadapi kebangkitan Islam dan institusinya.

5.0 Perbincangan: Fahaman Pluralisme, Liberalisme dan Sekularisme membawa


kepada gejala murtad di Malaysia
Umum diketahui bahawa agama Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W
dengan kitabnya Al-Quran al-Karim adalah agama yang diredhai Allah SWT. Namun,
permasalahan besar terhadap umat Islam khususnya di Malaysia adalah permasalahan
murtad yang kini semakin menular ibarat wabak penyakit yang tiada penawarnya. Wabak
murtad ini saling berkait dengan segala fahaman yang dibawa oleh tamadun Barat dalam
meracuni pemikiran umat Islam masa kini.

5.1 Definisi Murtad


Perkataan murtad berasal dari Bahasa Arab iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa
perkataan riddah kebiasaannya membawa maksud kembali atau rujuk iaitu kembali
daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain.21 Perkataan irtidad membawa pengertian yang
lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam untuk mempercayai agama lain.
Manakala dari segi istilah membawa maksud meninggalkan atau keluar dari agama Islam
dan memeluk agama atau akidah lain atau ajaran sesat dan menyeleweng sama ada melalui
perkataan, perbuatan atau apa-apa iktikad, kepercayaan dan keyakinan hati.
Ibn Faris dalam kitabnya Mujam Maqayis al-Lughah (2/386) berkata: Asal
perkataan ini ra dan dal iaitu memberi maksud kambali pada sesuatu dan dinamakan
murtad kerana seseorang itu kembalikan jiwanya kepada kufur. Atas asas inilah murtad
nama bagi yang kembali pada kufur.
Firman Allah Taa`la dalam Surah Al-Baqarah ayat 217:














Maksudnya: Seandainya mereka sanggup. Barang siapa yang murtad di antara
kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia
amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal
21
Mahmud Fuad Jadullah, Ahkam Al Hudud Fi Al-Shariah Al-Islamiyyah, (Kaherah: Al-Hay`ah al Misriyah, 1983)
h. 137

20
di dalamnya.22

5.2 Perkara yang boleh menyebabkan murtad


1. Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata (Murtad Qawli)
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata yang dikeluarkan
oleh seseorang Islam yang menunjukkan dia menolak hukum-hukum Islam dan
prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang
menghina mana-mana ajaran Islam, hukum-hukum Islam, menghina Allah SWT,
menghina Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi lain atau seseorang itu mengingkari
wajib mengeluarkan zakat, wajib berpuasa, wajib solat dan wajib haji dan sebagainya.
Begitu juga jika seseorang Islam itu menghalalkan sesuatu hukum yang telah
diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya dan mengharamkan perkara yang halal.23

2. Melalui perbuatan atau tingkahlaku (Murtad Fi`li)


Murtad juga boleh berlaku melalui perbuatan atau tingkahlaku yang boleh
membatalkan iman seseorang, maka seseorang itu boleh menjadi murtad seperti sujud
kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana
makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap sesuatu selain kepada Allah SWT seperti
menyembah batu. Begitu juga dengan meninggalkan solat fardhu atau puasa
Ramadhan dengan sengaja dan mengatakan bahawa ianya bukan wajib, maka dia
boleh menjadi murtad kerana dia mengingkari suatu perkara wajib dengan sengaja.
Akan tetapi jika dia meyakini bahawa solat dan puasa itu wajib maka dia tidak
dikira murtad selagi meyakini dan mempercayai. Selain itu, perbuatan-perbuatan lain
seperti perbuatan menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti
mencampakkan Al-Quran ke tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadis dan
tafsir atau lebih parah ada yang sanggup memijak dan dengan niat menghina adalah
dikira murtad.24
3. Melalui akidah, kepercayaan atau niat (Murtad I`tiqadi)
Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam
mengingkari didalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin
ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain
lebih baik dari agama Islam. Malah dia juga yakin bahawa hukum hudud (jenayah
22
Al-Quran dan Terjemahan, Surah Al-Baqarah, (2: 217)
23
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri (Kuala Lumpur)
24
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Loc. cit

21
Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang di dalam masyarakat moden.
Begitu juga apabila seseorang meyakini bahawa Allah tidak berkuasa, Allah tidak
menciptakan alam, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk lain.
Demikian juga jika seseorang itu tidak mempercayai bahawa Nabi Muhammad S.A.W
itu nabi akhir zaman, syariat yang dibawa Baginda SAW bukan untuk seluruh manusia,
atau dia percaya bahawa hukum Islam yang dibawa Baginda SAW adalah hukum
lampau, tidak sesuai dengan zaman moden.25

5.3 Bukti fahaman Liberalisme, Pluralisme dan sekularisme membawa kepada


murtad
a) Fahaman Pluralisme
Secara umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang menjunjung tinggi agama Islam
sebagai agama rasmi. Merujuk kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, kalimah Islam
adalah syahadah rasmi yang telah pun dilafazkan ketika Islam mula bertapak di negara
kita. Manakala kalimah Malaysia pula adalah berakar-umbikan daripada kalimah pokok
iaitu kalimah Melayu seperti yang dibuktikan dalam panggilan nama asal negara ini
iaitu Tanah Melayu atau Kepulauan Melayu.
1. Aqidah
Fahaman pluralisme menganggap bahawa semua agama adalah sama pada kebenarannya
dan semua membawa kepada Tuhan, hanya jalan yang berbeza. Nama Tuhan boleh
berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia, malah kitab suci juga berlainan bahasa.
John Hick mengatakan semua orang boleh masuk syurga tanpa mengira bangsa, warna
kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa sahaja identiti oleh semua penganut
agama. Brahma dan Allah dikatakan adalah Tuhan yang sama, hanya sebutan dan ucapan
berlainan antara Hindu dan Islam.26
Firman Allah Taa`la:












Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama

25

26
John Hick, Seorang pendukung kuat fahaman Liberalisme

22
untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang
diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia
memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.27
Jelaslah melalui ayat diatas bahawa hanya agama Islam satu-satunya agama yang
diredhai oleh Allah SWT. Sebaliknya agama lain tidak boleh disamakan dengan agama
Islam.

2. Keruntuhan Umat
Secara keseluruhannya, apabila bab Aqidah sudah tercemar, maka umat Islam sudah
menghakis keutuhan umatnya dan menempah kebinasaan meskipun mungkin kesan
zahirnya tidak kelihatan secara menerus. Akan tetapi, lambat laun fahaman Pluralisme
Agama akan tetap menimbulkan krisis yang besar dan jelas di kalangan umat Islam.
Setidak-tidaknya akan mencetuskan pertelingkahan dan perselisihan sesama Islam dalam
bab Aqidah yang dititik-beratkan oleh orang Islam.
Hal ini kerana, adalah mustahil kepada umat Islam di Malaysia untuk bersepakat atas
satu kesesatan seumpama Pluralisme Agama. Maka umat Islam akan berpecah kepada dua
puak yang mempunyai tahap perselisihannya itu lebih buruk berbanding dengan
perselisihan politik yang bersifat kepartian. Jelaslah bahawa perpecahan adalah antara
punca utama dalam menjadi penyebab kelemahan dan kemunduran umat Islam yang tak
mampu ditanggung dalam realiti masyarakat Islam di Malaysia.
Firman Allah Taa`la:



Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)
dan janganlah kamu bercerai-berai.28

3. Sosio-politik
Susulan daripada masalah implikasi agama dan kefahaman, Pluralisme Agama juga akan
membawa kesan buruk kepada situasi sosio-politik umat Islam. Hal ini terbukti apabila
umat Islam di Malaysia tidak lagi sensitif dan peduli terhadap ajaran agama Islam
disebabkan jati diri dan aqidah mudah dilunturkan melalui fahaman seperti ini. Secara
tidak langsung kepercayaan beragama sebagai salah satu benteng paling kukuh bagi
27
Al-Quran dan Terjemahan, Surah Al-Maidah, (3: 5)
28
Al-Quran dan Terjemahan, Surah Al-Imran, (3: 103)

23
formula sosio-politik di Malaysia tidak lagi menjadi taruhan dalam berpolitik.
Pengkaji sosio-politik mengakui bahawa sepanjang sejarah negara, agama
menjadi antara faktor utama di sebalik kukuhnya kedudukan umat Islam di negara ini.
Keteguhan umat Islam sebagai umat teras dalam masyarakat berbilang kaum dan agama
pula menjadi sangga utama yang terbina di sekelilingnya kestabilan dan keharmonian
agama.

b) Fahaman Liberalisme
1. Penghinaan terhadap al-Quran dan penolakan hadis
Fahaman ini mentafsirkan nas-nas agama Islam agar bersesuaian dengan kehidupan
moden masa kini (Barat). Apa sahaja nas al-Quran atau Hadis yang bertentangan dengan
ideologi barat maka mereka akan menolak secara keseluruhannya. Perkara sebegini
kebiasaannya dilakukan oleh golongan orientalis yang telah mengkaji al-Quran untuk
kepentingan mereka sendiri bagi tujuan memesongkan akidah umat Islam khususnya.
Perbuatan ini jelas menyalahi manhaj (metodologi) Islam yang menjadikan nas al-
Quran sebagai sumber pertama dan Hadis sebagai sumber kedua dalam kehidupan.
Justeru itu, umat Islam seharusnya tidak terpengaruh dengan fahaman yang dibawa oleh
mereka, dan perlu mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu
bagi mengelakkan individu Muslim mudah terpengaruh dan terkesan dengan fahaman
yang dibawa oleh orientalis Barat. Di Malaysia kumpulan ini menolak hadis, dan
menurut mereka bahawa hadis adalah rakaman sejarah masa lalu, ia boleh dibaca jika
perlu.
Firman Allah Taa`la:









Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya
dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran
yang mewajibkan taatnya).29
Sedangkan dalam Islam, Allah SWT telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan
melalui patuh kepada al-Quran dan patuh kepada Rasulullah S.A.W sebagai Nabi dan
juga Rasul.

2. Liberalisme membuang Syariah

29
Al-Quran dan Terjemahan, Surah Al-Anfaal, (8:20)

24
Fahaman liberalisme juga mengasingkan segala apa sahaja yang telah ditetapkan oleh
syariah Islam dengan mengikut pandangan dan tanggapan sisi mereka yang berbeza iaitu
dengan melihat segala syariah Islam ini membebankan mereka atas dasar ini telah
menghalang hak asasi dan kebebasan mereka dalam kehidupan beragama. Abdullah an-
Naim seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku Toward an Islamic
Reformation(1989) telah menyatakan bahawa mahu merombak cara berfikir umat Islam
terhadap Syariat dan menyatakan bahawa syariat hanyalah ciptaan manusia dan ianya
tidak suci.
Mereka menganggap bahawa hukum Islam telah melanggar Hak Asasi Manusia dan
tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Goldziher, Schacht dan Coulsan menyebut
bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun dahulu.
Firman Allah Taa`la:








Maksudnya: sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah,
maka mereka itulah orang-orang yang zalim.30
Jelaslah bahawa larangan Allah SWT terhadap mereka yang tidak menjalankan dan
menolak hokum Islam (hokum Allah) adalah mereka itu zalim.
3. Bertentangan dengan prinsip aqidah Islam
Golongan yang memegang fahaman ini menganggap bahawa manusia bebas melakukan
apa sahaja atas dasar nafsu dan akal fikiran tanpa memikirkan syariat yang telah
ditetapkan oleh agama. Konsep kebebasan menjadi agenda utama fahaman ini dalam
meracuni pemikiran umat Islam disamping membawa konsep Islam Liberal iaitu Islam
yang bebas.

4. Menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam


Dengan wujudnya fahaman liberalisme agama ini, tanpa disedari telah mengakibatkan
salah faham dalam mentafsir agama Islam. Salah faham ini terpamer dalam penonjolan
idea pluralisme agama yang kononnya berasal daripada al-Quran. Ayat-ayat yang
digunakan tidak diteliti dengan terperinci, jesteru kelompangan dalam huraian liberal
pluralistik dapat dibuktikan. Selain itu, dasar akidah Islam juga cuba diubah dengan
anggapan Allah adalah tuhan seperti yang ditasawwurkan oleh agama lain. Makalah ini
mendapati hujah yang dikemukakan tidak dapat dipertahankan sepenuhnya.
Firman Allah Taa`la:






31
Maksudnya:Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

30
Al-Quran dan Terjemahan, Surah Al-Maidah, (5:45)
31
Al-Quran dan Terjemahan, Surah al_imran, (3: 19)

25
Jelaslah dari ayat diatas bahawa agama Islam adalah agama yang diredhai dan agama
benar disisi Allah SWT. Sebaliknya agama lain tidak boleh disamakan dengan agama
Islam.
5. Menekankan kebebasan memberi pendapat dan menentukan fikiran
Dengan berpegang kepada konsep kebebasan, mereka telah menekankan kebebasan
dalam memberi pendapat serta menentukan fikiran sebagai kunci dalam masalah agama.
Mereka menganggap bahawa semua individu mempunyai hak dalam memberi pendapat
masing-masing kerana semua manusia berhak untuk bersuara walaupun bukan dalam hal-
hal yang mereka kuasai mengenainya.
Firman Allah Taa`la dalam Surah An-Nisa ayat 59:













Maksudnya: Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
Melalui ayat ini jelaslah bahawa apabila berlaku perselisihan faham tentang agama,
maka kembalilah kepada Kitab (al-Quran) dan sunnah bukan menyelesaikan masalah
dengan akal fikiran dan hawa nafsu.

c) Fahaman Sekularisme
1. Kuasa politik semakin tidak demokratik
Fahaman sekularisme ini memisahkan agama dari semua aspek seperti politik, sosial,
ekonomi dan sebagainya. Kekuasaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak
demokratik, hidup mengaut dan membolot kekayaan untuk kroni mereka, menggenggam
kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan
dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam yang pastinya akan
mengakibatkan kucar-kacirnya sesuatu matlamat dan hala tuju sesebuah negara.
Akhirnya, amalan politik ini hanya untuk kepentingan kumpulan kecil atau diri sendiri
sahaja mengikut corak yang diajar oleh fahaman kapitalis dan materialistik. Kemelut ini
sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh daripada
keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi, apabila berlakunya
persempadanan baru serta akta pilihan raya yang lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat
dan parti lawan.
Firman Allah Taa`la:











26
Maksudnya: Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan
menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan,
bagi orang-orang Islam.32
Ayat ini cukup jelas menerangkan bahawa Al-Quran adalah kitab yang serba
lengkap. Sebaliknya politik diletakkan dibawah agama dan bukannya agama
dipisahkan dari politik. Hal ini kerana agama dan politik adalah saling bersangkut
paut dan saling memerlukan.

2. Menolak Undang-undang Islam


Fahaman sekularisme menganggap bahawa undang-undang seharusnya bersumberkan
kepada pemikiran akal dan nafsu manusia itu sendiri. Mereka juga memisahkan agama
dari aspek perundangan kerana bagi mereka agama hanya berkuasa pada bidang agama
sebaliknya perundangan adalah bidang kuasa pemikiran akal manusia.
Firman Allah Taa`la:










Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka
berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah
mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan
sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.33

32
Al-Quran dan Terjemahan, Surah An-nahl, (16: 89)
33
Al-Quran dan Terjemahan, Surah Al-Maidah, (5: 49)

27
6.0 Penutup
Kesimpulannya, tauhid adalah asas utama dan teras dalam membentuk benteng yang
kukuh dalam sosialisasi Islam. Justeru itu, umat Islam seharusnya berpengang teguh
pada ajaran al-Quran dan as-Sunnah dengan berdisiplin disamping menggunakan
metodologi yang jelas dalam memahaminya secara menyeluruh. Sebarang pentafsiran
al-Quran seharusnya dirujuk kepada Ulama` Mufassirin, manakala al-Hadis merujuk
kepada Ulama Muhaddisin. Sehubungan itu, umat Islam seharusnya menambah nilai
ilmu, iman dan taqwa pada setiap masa agar berjaya menangkis segala bentuk cabaran
malah dari segala fahaman-fahaman yang membawa kepada kerosakkan aqidah umat
Islam kelak.
Sebaliknya kini semakin banyak fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran yang
dibawa Barat dalam menyeleweng ajaran Islam sebenar. Firman Allah Taa`la dalam
Surah Al-Isra ayat 36:









Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,
semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Rasulullah S.A.W bersabda:

28

:
Terjemahan:Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku
akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72
golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang
Rasulullah? Nabi bersabda: Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. (Hadis Riwayat al-
Tabarani)
Melalui hadis diatas jelaslah bahawa Baginda S.A.W telah meninggalkan pesanan
kepada umat Islam mengenai akan adanya perpecahan kalangan umat Islam dengan
berbagai fahaman-fahaman. Namun hanya satu fahaman atau ajaran yang membawa
kepada Syurga iaitu Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 59 bermaksud: Kemudian jika
kalian berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al
Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian (QS. An-Nisa: 59)

7.0 Rujukan
(2012, Februari 26). Retrieved from Pendekatan Liberalisme, Marxisme, Dan
Nasionalisme Dalam Ekonomi Politik Internasional:
http://jurnalohjurnal.blogspot.my/2012/02/pendekatan-liberalisme-marxisme-
dan.html

Bakar, M. Y. (2012). Pengaruh Paham Liberalisme Dan Neoliberalisme Terhadap


Pendidikan Islam Di Indonesia. Jurnal TSAQAFAH, 8(1).

Ibrahim, H. (2008). Dari Kepelbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama: Sejarah


Perkembangan. Jurnal Usuluddin.

Ismail, H. M. (2005, Jun 13). Pemikiran Islam Liberal. Cabaran Aqidah, pp. 2-30.

Mas`od, M. A. (2008). Murtad Bukan Hak Asasi. Kuala Lumpur: Bahagian


Penyelidikan JAKIM.

Mas`od, M. A. (2013). Isu Aqidah Dan Pemikiran Semasa di Malaysia. In Diskusi


Pemikiran Semasa (pp. 189-194). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

Maulana Wahid Abdurrahman, A. F. (2009). Islam Dan Sekularisme. Jakarta: Fakulti


Sains Dan Teknologi .

Moqsith, A. (2013, Julai). Tafsir Hukum Murtad Dalam Islam. Jurnal Ahkam, 8(2).

29
Nur Farhana Abd Rahman, P. D. (2010, Disember 14). Faham Pluralisme Agama dan
Percanggahannya dengan Aqidah dam Syariah Islamiyyah. Jurnal Usuluddin
dan Falsafah.

Ramli, W. A. (2012). Bahaya Liberalisme Dan Pluralisme Agama Terhadap Akidah


Belia Muslim. Akidah Belia Muslim.

Saifurrisal, A. (2015, Januari 1). Kultural Bergerak Tanpa Kasta, Berjuang Tanpa
Nama. Retrieved from Islam Dan Liberalisme:
http://www.kammikultural.org/2015/01/islam-dan-liberalisme.html

Sarim, M. N. (n.d.). Telaah Kritis Pluralisme Agama (Sejarah, Faktor, Dampak dan
Solusinya). Retrieved from
http://kemenag.go.id/file/dokumen/TELAAHKRITISPLURALISMEAGAMA
.pdf

Shapik, M. Z. (2009, Mei 30). Senario Murtad Di Malaysia. Seminar Krisis Murtad,
pp. 1-8.
Teh, S. S. (2005). Gerakan Islam Liberal Di Indonesia Dan Kaitannya Dengan ESQ.
Kuala Lumpur: Mufti Wilayah Persekutuan.

Zulkifli Hasan, N. M. (2010). Kedudukan Murtad Menurut Perspektif Undang-


undang Di Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia.

30
1. sifat perikemanusiaan; 2. faham (pendirian, sistem, dsb) yg mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan maru
humanisme
(dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain).

31

You might also like