You are on page 1of 7

1.

LITAR AKHIR Empat jenis litar akhir: Litar pengguna Litar Kawalan
Litar Akhir Litar Pencahayaan

2. Litar Akhir Litar Pengguna Litar pengguna berada di antara talian


pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pengguna
mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi unit
kawalan dari arus lebihan seperti litar pintas, beban lampau

3. Litar AkhirLitar Kawalan Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi


dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau) dan kebocoran arus ke bumi
bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran dan sebarang bahaya
yang mungkin terjadi. Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang
mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan: 1.
Pengasingan dan penyuisan. 2. Perlindungan arus lebihan 3. Perlindungan
kebocoran arus ke bumi

4. Litar Kawalan 1 Kotak simpang 2 Fius perkhidmatan dan Penghubung


NeutralKWJ 3 Meter KWj 4. Suis dan fius suia utama Pemutus litar bocor ke bumi
5 / PLBB 6 Kotak Fius Agihan

5. Litar Kawalan Cara-Cara Pengasingan dan Penyuisan Semua suis kutub


tunggal yang dipasang pada sistem TN dan TT hendaklah hanya kepada pengalir
fasa (hidup) sahaja. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada : 1. suis
utama 2. alat perkakas pemanas di mana elemennya mungkin boleh disentuh. 3.
pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi 1.5KV. 4. suis yang digunakan
hendaklah daripada jenis berangkai dan tentukan ia dapat memutuskan litar
bersama dengan pengalir fasa .

6. Cara-Cara Perlindungan Arus Lebihan Fius dan pemutus litar tidak boleh
dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN dan TT. Sekiranya
terdapat pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah dapat
memutuskan litar bersama pengalir fasa. Perkakas atau alat perlindungan arus
lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis yang : dapat
dikendalikan/putuskan litar secara automatik pada kadar yang ditetapkan
berkeupayaan untuk memutuskan dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung
semula direka bentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka
apabila ia dikendalikan dan dapat memberi bekalan tanpa bahaya.

7. Litar Kawalan Perlindungan Kebocoran Arus Ke Bumi Semua bahagian


pengalir (logam) dalam pemasangan pengguna yang terdedah perlu dibumikan
dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan bersesuaian atau pemutus
litar bocor ke bumi kendalian arus dan voltan.

8. Kawalan Turutan Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan


perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini
termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan kebocoran arus ke bumi.
Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti
berikut: Fius perkhidmatan dan penghubung neutral. Berfungsi sebagai
perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna Jangka kilowatt
jam Mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar bayaran
tariff.

9. Litar Kawalan (samb) Suis utama Pengasing/penyuisan litar dan


perlindungan arus lebihan Pemutus litar bocor ke bumi Perlindungan
kebocoran arus bumi dan pengasing litar - Papan agihan Sebagai pengagih litar
akhir dan perlindungan arus lebihan

10. Kawalan Turutan 1. Kotak simpang 2. Fius perkhidmatan dan rangkaian


neutralKWJ 3. Meter KWj 4. Suis dan fius utama 5. Pemutus litar arus baki 6.
Kotak agihan

11. Litar Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk
membekalkan tenaga elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus
elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhit ialah : i. Untuk
mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan
bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak
melebihi daripada sepatutnya.

12. Litar Akhir (samb) ii. Untuk memastikan bahawa bahagian- bahagian dalam
pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau
kerja- kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.iii. Untuk mengelakkan
kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar dari mengganggu litar yang lain.

13. Peraturan IEE Bagi Litar Akhir (Keperluan Umum) 1. Bagi sesuatu
pemasangan yang mempunyai lebih daripadasatu litar akhir, setiap litar akhir itu
mestilah disambungdengan fius atau pemutus litar.2. Pendawaian bagi setiap
litar akhir mestilah diasingkan(secara elektrik) daripada litar kecil akhir yang lain.
Bagimemudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutralhendaklah disambung di
dalam PFA sama seperti pengalirfasa.3. Kapasiti membawa arus kabel yang
digunakan di setiaplitar akhir mestilah tidak boleh kurang daripada kadar
arusnominal alat perlindungan litar kecuali bagi litar akhirgelang.

14. Litar Akhir Soket Alur Keluar JenisBS1363 Soket alur keluar jenis ini arus
nominalnya 13A dan khusus digunakan untuk kegunaan rumah domestic. Tetapi
ia juga sesuai digunakan untuk tempat selain rumah kediaman. Soket alur keluar
boleh dibuat dengan menyambung secara litar jejari dan litar gelang.

15. Litar Akhir Soket Alur Keluar Jenis BS1363 Litar jejari Litar gelang

16. Pendawaian Litar Gelang S/K 1 S/K 2 S/K 3E N D/B S/K 4 S/K 5 S/K 6

17. Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS 1363 Bagi menentukan jumlah litar
akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan ia hendaklah
berpandukan kepada jadual 1. Bilangan soket alur keluar yang hendak
disambung adalah tidak terhad tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan
perlindungan arus lebihandan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.

18. Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS1 363(samb) Kelonggaran


kepelbagaian (diversity) tidak boleh digunakan bagi menentukan litar akhir soket
alur keluar BS3036. Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (punca bumi
tidak disediakan oleh pihak berkuasa pembekal), semua soket alur keluar
mestilah dilindungi oleh alat arus residual (pemutus litar bocor ke bumi kendalian
arus) dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30mA.

19. Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS1 363

20. Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363 Setiap pengalir dalam litar
kecil gelang mestilah bermula dari satu fius dalam papan agihan dan
disambungkan pada setiap punca soket alur keluar dan berakhir di punca yang
sama di papan agihan itu. Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai
pengalir perlindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan neutral
kecuali litar gelang itu dibuat di dalam konduit, sesalur atau dengan
menggunakan kabel berlapikkan logam. Kapasiti membawa arus kabel (kadar
arus kabel) mestilah tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau
pemutus litar yang mengawal litar tersebut.

21. Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363(samb) Apabila terdapat
dua atau lebih litar gelang dipasang dalam satu bangunan yang sama, soket alur
keluar itu mestilah diagihkan sama banyak. Alat tetap yang dipasang di dalam
litar gelang mestilah disambung dari sulur berfius dengan kadar fiusnya tidak
melebihi 13A. Sekiranya ia adalah alat pemasak elektrik, alat tersebut mestilah
dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih dua meter atau sulur berfius
digantikan dengan pemutus litar yang berkadar tidak melebihi 16A. Alat
pemanas, pemanas air takungan lebih 15L dan pemanas immersion tidak boleh
disambung pada litar gelang. Litar akhir berasingan perlu diagihkan bagi beban
tersebut.

22. SulurSulur ialah satu cabang kabel yang disambung pada litar jejari dan
gelang.Terdapat dua jenis sulur iaitu sulur tidak berfius dan sulur berfius. 1. Sulur
tidak berfius a) Sulur tidak berfius mestilah disambung pada : i. punca soket alur
keluar ii. peti sambungan iii. papan agihan b) Kapasiti membawa arus kabel sulur
mestilah lebih atau sama dengan pengalir litar gelang. c) Bilangan yang boleh
disambung ialah : i. 1 soket alur keluar ii. 1 soket alur keluar kembar iii. 1 alat
pegun

23. 2. Sulur berfius1. Jumlah bilangan sulur berfius tidak terhad2. Suhu berfius
mestilah disambung pada peti berfius3. Kadar arus nominal fius tidak boleh
melebihi kapasiti membawa arus kabel sulur dan jika ada persamaan ia mestilah
tidak melebihi 13A4. Saiz minimum bagi pengalir kabel sulur berfius adalah
seperti berikut: i. 1.5mm - Kabel penebat PVK pengalir kuprum ii. 2.5mm -
Kabel penebat PVK pelapik kuprum pengalir aluminium iii. 1.0mm - Kabel
penebat mineral pengalir kuprum

24. SulurSulur berfius

25. Litar Akhir Alat Pemasak Rumah Kediaman Alat pemasak mudahalih
mestilah disambung dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke
soket alur keluar. Melainkan alat pemasak yang lebih daripada 4kW, ia tidak
boleh dianggap mudah alih. Oleh itu bagi alat pemasak yang lebih daripada 3kW
boleh disambung dengan menggunakan litar akhir tersendiri.

26. Peraturan IEE Pemasak Bagi menentukan permintaan arus litar akhir alat
pemasak ia mestilah dinilai seperti berikut; i. 10A yang pertama ii. + 30%
lebihan jumlah arus beban iii. + 5A jika terdapat soket alur keluar bersama
dengan unit kawalan pemasak

27. Peraturan IEE Pemasak (samb) Litar akhir yang kadarnya 15A hingga 50A
boleh membekal dua atau lebih alat pemasak elektrik dalam sebuah bilik
Setiap alat pemasak elektrik mestilah dikawal oleh suis yang diasingkan
daripada alat tersebut dengan jarak tidak lebih daripada 2meter dan di dalam
bilik yang sama. Satu suis boleh mengawal dua alat pemasak dalam satu bilik,
dengan syarat kedua-dua alat pemasak itu tidak lebih 2meter daripada suis
tersebut

28. Litar Akhir Selain Daripada Alat Pemasak Litar Akhir LampuLitar akhir
lampu biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu
discas (kalimantang).Selain daripada punca lampu beban-beban yang lain juga
boleh disambung dari litar akhir lampu, contohnya kipas siling, kipas dinding dan
sebagainya dengan syarat arus beban penuh kurang yang ditetapkan.

29. Litar Akhir Selain Daripada Alat Pemasak Pengalir kabel litar akhir lampu
yang diagihkan dari papan akhir akan berakhir di terminal siling ros atau
pemegang lampu jenis batten.

30. Pendawaian Kipas K1 D/B E N in out Alatur kipas C+ 1 Suis 1

31. Pendawaian lampu suis 2 hala L1 E N D/B 1 C+ 1 C+ 2 2 Suis 1 Suis 2

32. Peraturan IEE (litar akhirLampu) Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah
permintaan arus mestilah sesuai dengan alat perlindungan litar. Setiap litar
akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang arus nominalnya
5A dan bilangan maksimum beban yang boleh disambung ialah 10unit. Setiap
unit yang disambung permintaan arusnya dinilaikan 100W per pemegang
lampu. Bagi menentukan litar akhir lampu dicas jumlah permintaan arus
mestilah didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.
Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat
perlindungan.

33. Litar Akhir Alat Pegun Litar akhir alat pegun (tetap) yang berkadar lebih
daripada 3kW tidak boleh disambung ke soket alur keluar, litar akhir yang
berasingan perlu diagihkan untuk beban tersebut.

34. Peraturan IEE Litar Akhir PegunHanya satu beban sahaja yang dibenarkan
disambung dari litar akhir alat pegun dan anggapan permintaan beban adalah
sama dengan kadar arus bebanKapasiti membawa arus kabel mestilah tidak
boleh kurang daripada kadaran alat perlindungan
35. Pembahagian fius penggunaLitar yang keluar dari kotak agihan atau
unitpengguna boleh dibahagikan kepadabeberapa kumpulan litar akhir
danpembahagian ini dibuat berdasarkan arusdan jenis beban yang
dipasangkan.Kumpulan umum litar akhir itu ialah:

36. Pembahagian fius pengguna Litar akhir pada kadaran arus yang kurang
daripada 15 A Litar akhir pada kadaran yang lebih daripada 15 A Litar akhir
pada kadaran arus yang lebih daripada 15 A tetapi tertumpu kepada soket alur
keluar 13 A sahaja (BS 1363) Litar akhir lampu nyahcas Litar akhir motor
Litar akhir untuk pemasangan alat pemasak dan pemanas air Litar akhir untuk
soket alur keluar BS 196 (5A, 15 A dan 30 A) Litar akhir untuk soket alur keluar
BS 4343 ( jenis perusahaan 16A ke 125A )

37. Pembahagian fius pengguna Litar akhir juga boleh dibahagikan kepada 2
kumpulan besar: Litar akhir pada kadaran arus tidak lebih 15A Litar akhir
pada kadaran arus yang melebihi 15A

38. Litar akhir pada kadaran arus tidakmelebihi 15APoin atau peralatan Arus yg
diperlukan (anggapan) Soket keluaran 15A 15A Soket keluaran 13A 13A Soket
keluaran 5A 5A Soket keluaran 2A 15A Sekurang-kurangnya 0.5A
13AKeluaran lampu 5A Sama dengan arus beban Sekurang-kurangnya
(0.5A) & minimum 100W 0.5A bagi setiap pemegang lampu

39. Litar akhir pada kadaran arus tidak melebihi 15APoin atau peralatan Arus yg
diperlukan (anggapan)Jam, pencukur elektrik Diabaikantransformer locengAlat-
alat pegun yg lain Mengikut arus biasanya/kadaran arus B.S.

40. Litar Akhir pada Kadaran Arus lebih15A Peraturan A.26 beban yang
menggunakan arus lebih 15A hanya boleh dipasang 1 poin (beban) sahaja
kecuali pada perkara peraturan berikut; Untuk sambungan alat pemasak
pegun (A.27-29) Untuk sambungan soket gelang atau jejari (A.30-42) Untuk
sambungan soket B.S. 169 (2A, 5A & 15A) (A.43-45) A.28 litar akhir lebih
daripada 15A<30A boleh dipasang lebih daripada satu alat pemasak dengan
syarat semua alat pemasak berada dalam satu bilik. A.29 Pemasak pegun
mestilah dikawal oleh suis terpisah dari alat dengan jarak tidak lebih 2 meter.

41. Litar Akhir pada kadaran Arus lebih15A tetapi menggunakan soket 13A
Boleh dipasang pada litar jejari atau gelang dengan syarat: A.30 Pemasangn
litar jejari atau gelang (ikut jadual saiz kabel dan bilangan soket). Boleh
dibekalkan kepada soket jenis BS1363 & alat pegun yang punyai kadaran tidak
lebih 13A.

42. Litar Akhir pada kadaran Arus lebih15A tetapi menggunakan soket 13A A31
Soket kembar atau banyak tiap-tiap keluaran dikira 1 poin. A32 Alat pegun
dipasang tetap (tidak melalui palam dan soket keluaran) ke litar akhir sama ada
jejari atau gelang mesti mematuhi A.30 iaitu dilindungi dengan kadar fius tidak
lebih 13A dikawal dengan suis atau dilindungi pemutus litar. A.35 Setiap
pengalir litar akhir gelang mesti dipasang dari MCB ke soket dan berakhir ke MCB
semula.
43. Litar Akhir Lampu Nyahcas Tidak sama dengan lampu filamen. Lampu yang
mengeluarkan cahaya bukan disebabkan aliran arus pada filamen tetapi oleh
aliran elektron dlm tiub bergas. Cth; lampu pendarflour, lampu natrium, lampu
wap raksa, lampu neon .terbahagi 2 kump; Voltan rendah Voltan tinggi

44. Natrium Lamp Wap raksa Neon lamp

45. Litar Akhir Lampu Nyahcas (samb) Voltan rendah Lampu nyahcas
berkendali 200-250V Cth. Lampu pendarflour (8-40W), lampu natrium (35-
400W), & Lampu wap raksa tekanan rendah (80- 1000W) Voltan tinggi
Berkendali 250- 15kW antara fasa dan bumi. Cth: lampu neon dan lampu wap
raksa tekanan tinggi.

46. High Intensity Discharge Lamps

47. Litar Akhir Lampu Nyahcas (samb) Peraturan IEE berkaitan lampu nyahcas.
G.2 suis punyai kadar ketahanan arus tidak kurang 2 kali jumlah arus
mengalir. Jika bercampur dengan litar lampu filamen (jumlah arus filamen + arus
nyah cas) x 2 = arus suis G.3 Kabel hendaklah dikadarkan agar boleh
membawa arus biasa ke litar lampu

48. Litar Akhir Motor Arus diperlukan dalam sambungan motor berdasarkan
kepada kuasa kuda motor tersebut. Peraturan IEE berkaitan; A.63 tiap-tiap
motor mesti punyai alat untuk menghidupkan dan menghentikan motor.
Dipasang berdekatan dengan motor. A.64 alat kawalan untuk mengelakkan
motor dihidupkan secara automatik- selepas kegagalan bekalan dimana bahaya
akan wujud kerana motor akan berfungsi apabila bekalan diberikan semula.

49. Single Phase AC Motor Three Phase AC Motor

50. Litar Akhir Motor (Samb) A.65 Motor berkadar lebih daripada 0.37kW
hendaklah mempunyai alat kawalan yang disertakan pelindung lebihan arus bagi
melindungi motor. A.66 kadaran arus kabel untuk membawa arus permulaan
arus pecutan dan arus beban motor hendaklah sama dengan nilai arus beban
penuh. A.67 Kadar fius litar akhir perlulah sama dengan kadaran arus kabel

51. Pemasangan Litar Motor AU

52. Litar Akhir bagi Pemasak & PemanasAir Bagi litar akhir pemasak dan
pemanas air perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut; C.39 Pemutus
litar yang dikawal dari jauh iaitu dari pemanas/dandang hendaklah mempunyai
lampu penunjuk yg dipasang berdekatan pemanas. C.40 Pembumian
pemanas/dandang hendaklah mengikut peraturan IEE rangka pemanas diikat ke
penyalut kabel.

53. Litar Akhir bagi Pemasak & PemanasAir (samb) C.41 Pemasangan perlu
mempunyai pelindung arus bocor ke bumi yang beroperasi 10% daripada arus
pemanas. C.44 setiap pemanas air 1 fasa perlu mempunyai elemen
pemanas tidak bertebat diantara elemen dan air dan hendaklah mematuhi
peraturan C.45,C.50. C.50 Alat pemanas dipasang tetap ke bekalan melalui
suis dua kutub berangkai yang terpisah degann alat pemanas.

54. Kitchen Elecric

55. Electric Heater Electric Heater Fan

56. Water Heater Electric

57. Litar akhir untuk soket alur keluar BS196 Soket alir keluar utk kegunaan
perusahaan iaitu (5A, 15 A dan 30 A) dgn kadar voltan dari 6V 250V. Soket ini
mempunyai dua kutub dan satu pangkal bumi. Palam direka agar tidak dipasang
terbalik ke soket keluaran.

58. Litar akhir untuk soket alur keluar BS4343 Byk digunakan dlm
perindustrian berat krn rekabentuknya tahan lasak dan boleh digunakan utk
bekalkan voltan satu fasa dan tiga fasa bersama pengikat bumi. Fius tidak
dipasang pada palam soket alur keluar. Hanya boleh disambung secara jejari
pada bekalan satu fasa atau tiga fasa.

59. 32 Amp-240VBS 4343 16Amp- 400V

60. Faktor Kepelbagaian Faktor kepelbagaian ialah satu kiraan anggaran yang
membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan
alat perlindungan. Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya
semua kelengkapan elektrik digunakan serentak pada satu masa. Contohnya,
jarang sekali pengguna memerlukan atau menggunakan lampu, seterika,
pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu
masa yang sama.

61. Faktor Kepelbagaian (samb) Oleh itu arus maksimum yang mengalir dalam
pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan bila kesemua
alat kelengkapan elektrik digunakan serentak. Faktor kepelbagaian boleh
digunakanuntuk mengira saiz pengalir dan suis peralatan litar kecuali untuk litar
akhir.

62. Faktor Kepelbagaian (samb) Bagi tujuan ini faktor kepelbagaian dibenarkan
tetapi hendaklah berlandaskan kepada peraruran IEE. Bagi mengira kelonggaran
kepelbagaian bagi setiap beban perlulah menggunakan jadual 2.

63. Berikut ialah jadual saiz kabel dan kadar arus nominal alat perlindungan
sebagai panduan bagi pemilihan saiz yang sesuai selepas dikira anggaran
kepelbagaian. Kelonggaran bagi kepelbagaian

64. Faktor Kepelbagaian (samb) Mengira Faktor Kepelbagaian Jum. Beban yg


digunakan serentakFaktor Kepelbagaian = Jum. Beban yg digunakan

You might also like