You are on page 1of 3

TING 1 BAB 1 NOMBOR BULAT

1. Makcik Mina menyediakan 250 bungkus nasi le,ak dan 185 pinggan mi goring
untuk dijual di sekolah. Dia menjual sebungkus nasi lemak dengan harga RM3 dan
sepinggan mi goring dengan harga RM2. Jika sebanyak 128 bungkus nasi lemak
tidak dapat dijual tetapi semua mi goring telah dijual, berapakah pendapatan
Makcik Mina?
2. Dalam suatu peperiksaan,Jasmin memperoleh 92 markah. Siti memperoleh 15
markah kurang daripada Jasmin. Rashid mendapat 4 markah lebih daripada Siti.
Berapakah beza antara markah Jasmin dan Rashid.

TING 1 BAB 2 URUTAN DAN POLA NOMBOR


1. 7 ialah suatu faktor bagi q, dengan keadaan q ialah faktor bagi 14. Cari nilai q yang
mungkin.
2. 4 ialah suatu faktor bagi x , dengan keadaan x ialah suatu factor bagi 128.
Tentukan nilai x dengan keadaan x berada antara 20 dan 40.
3. 3, 14, x, 36, y, z, 69,..

TING 1 BAB 3 PECAHAN


1. Seutas tali yang panjangnya 6 1/3 m dipotong kepada 4 bahagian. Tiga bahagian
adalah sama panjang manakala bahagian keempat adalah 1/5 m lebih pendek.
Berapakah panjang, dalam m,bahagian tali yang lebih pendek itu ?
2. Azian mempunyai wang sebanyak Rm 150. Dia memberi 3/5 daripada wangnya
kepada Izati. Izati pula memberi daripada wang yang diterimanya kepada Nurul.
Berapa banyakkah wang yang diterima oleh Nurul sekiranya dia juga menerima
daripada baki wang Azian.
3. 1/8 daripada sebiji tembikai boleh dikongsi antara 3 orang. Sekiranya terdapat
sejumlah 4 biji tembikai, berapakah bilangan orang yang dapat menikmati buah
tembikai tersebut?

TING 1 BAB 4 NOMBOR PERPULUHAN


1. Sebakul anggur mempunyai jisim 2.5 kg. Jisim sebakul strawberi ialah 4.25 kg.
Purata jisim sebakul anggur, 2 bakul strawberi, dan sebakul oren ialah 3.11 kg.
Berapakah jisim sebakul oren ?
2. Jumlah jisim 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak ialah 350 kg. Jika jisim
kanak-kanak itu ialah 32.5 kg, berapakah purata jisim seorang dewasa ?
3. Tangki petrol sebuah kereta mempunyai muatan 53 liter. Kereta itu menggunakan
sebanyak 7.8 liter petrol untuk setiap 100 km perjalanan. Suatu perjalanan sejauh
260 km telah dimulakan dengan muatan tangki petrol separuh penuh. Berapa
banyakkah baki petrol di dalam tangki tersebut pada akhir perjalanan itu ?
TING 1 BAB 5 PERATUS
1. Gaji Joyce telah dinaikkan sebanyak 11% pada bulan Januari. Jika kenaikan itu ialah
RM 55, hitung gaji baharunya.
2. Dalam suatu jualan murah, sebuah kedai perabot menawarkan diskaun sebanyak
40 % untuk semua perabotnya. Jika Aisya Berjaya menjimatkan sebanyak RM 344
apabila dia membeli satu set sofa, hitung harga asal set sofa tersebut.
3. Kevin menjawab 5 % daripada soalan-soalan suatu ujian dengan salah. Jika dia
menjawab 95 soalan dengan betul, berapakan jumlah bilangan soalan dalam ujian
tersebut.
4. Benjamin menyimpan sebanyak RM 8000 dalam sebuah bank pada kadar faedah 4
% setahun. Hitung jumlah simpanan wangnya, dibundarkan kepada RM terdekat
selepas 3 tahun ?

TING 1 BAB 6 INTEGER


1. Jika -30 + (-y) + 20 = 0, cari nilai y.
2. X (-3) (-4) = 7, cari nilai x.
3. Pada musim sejuk, suhu di Bandar A dicatatkan -12C. Pada musim panas,
suhunya meningkat ke + 37C. Berapakah beza antara dua suhu tersebut ?
4. Diberi 2 integer : -11 dan -9. Dengan menggunakan operasi + atau - , cari nilai
maksimum dan minimum melibatkan kedua-dua integer tersebut.
5. 7 x > - 9. Nyatakan julat nilai x dengan menggunakan symbol > atau < .

TING 1 BAB 7 UNGKAPAN ALGEBRA 1


1. Dusun G mempunyai q batang pokok durian gred r, s batang pokok durian gred t
dan u batang pokok durian gred v. Cari jumlah batang pokok durian dalam dusun
G.
2. Sebuah kedai buku mempunyai 200 buah buku berjudul Hari JAdi Adam. 80 buah
buku tersebut telah dijual pada suatu hari, tetapi 20y buah buku telah
dikembalikan pada keesokan harinya. Pada hari yang sama, 17z buah buku itu
dapat dijual. Nyatakan bilangan buku tersebut yang masih ada di kedai buku itu
dalam satu ungkapan algebra.

You might also like