You are on page 1of 7

Page | 1

TEKS UCAPAN

YBHG. BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSIN

PENGERUSI BERSAMA KEJOHANAN BESBOL INTERVERSITI

PERINGKAT KEBANGSAAN MERANGKAP NAIB CANSELOR

UNIMAP SEMPENA MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

KEJOHANAN PADA

22 NOVEMBER 2014

DI KOMPLEKS SUKAN UNIMAP PAUH JAYA PERLIS

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP

Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed

Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap

Tuanku Canselor UniMAP serta Penaung Di Raja Perlis Persatuan

Besbol Malaysia Dan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Muda Perlis,

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor

UniMAP.
Page8

Unit Media UniMAP/Teks Ucapan/2014 Draf By Persatuan


Besbol Edited (Suhana)
Page | 2

Terlebih dahulu patik bagi pihak seluruh Jawatankuasa Pengelola

Kejohanan Besbol Interversiti Peringkat Kebangsaan dan warga kerja

UniMAP ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga

di atas perkenan Duli Tuanku Berdua bercemar duli berangkat ke majlis

perasmian penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Besbol Antara

Versiti Merebut Piala Raja Muda Perlis pada petang ini. Sesungguhnya

keberangkatan Duli Tuanku Berdua ke majlis ini amat besar ertinya buat

patik-patik sekalian. Ampun Tuanku.

Ampun Tuanku,

Izinkan Patik Menyampaikan Ucapan Kepada Tetamu-Tetamu Kehormat

dan hadirin.

(1) Wakil YAB Menteri Besar Perlis dan Isteri;

(2) Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Perlis;

(3) YBhg. Dato Noh Abdullah, Presiden Persekutuan Besbol Malaysia


dan Datin

(4) Yang Dihormati, Encik Mohd Rashidi Abdul Rahman, Pengurus TM

Negeri Perlis;

(5) Ketua-Ketua Jabatan;


Page8

Unit Media UniMAP/Teks Ucapan/2014 Draf By Persatuan


Besbol Edited (Suhana)
Page | 3

(6) Wakil-Wakil Penaja termasuk wakil Bank Kerjasama Rakyat

Malaysia;

(7) Pengurus Pasukan dari IPTA/IPTS; Wakil-Wakil media, Peserta

Kejohanan seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

ALUAN KATA

1. Alhamdullah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan

InayalNya kita berkumpul pada petang ini bagi menyempurnakan Majlis

Penutupan dan Penyampaian Hadiah bagi Kejohanan Besbol Interversiti

peringkat Kebangsaan merebut Piala Raja Muda Perlis untuk kali

keempat berturut-turut tahun ini.

2. Kejohanan ini merupakan inisiatif dari UniMAP sendiri yang mana

antara lainnya ia diharap dapat memajukan sukan besbol di kalangan

para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara dan pada

masa sama mengeratkan lagi hubungan antara Institusi ini.

3. Alhamdullah, pada tahun ini, sebanyak enam buah Institusi

mengambil bahagian iaitu UniMAP selaku tuan rumah, Universiti Utara

Malaysia (UUM), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

(POLIMAS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti

Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.


Page8

Unit Media UniMAP/Teks Ucapan/2014 Draf By Persatuan


Besbol Edited (Suhana)
Page | 4

4. Bagi pihak Jawatankuasa Pengelola bersama Kejohanan iaitu

UniMAP dan Persatuan Besbol Malaysia, saya juga ingin merakamkan

ucapan penghargaan dan setinggi terima kasih kepada BANK

KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA (Bank Rakyat) yang menjadi

Penaja utama kejohanan ini.

5. Terima kasih juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola

dan Jawatankuasa Kecil lain serta komuniti UniMAP yang turut

menyumbangkan tenaga dan material bagi memastikan kejohanan ini

berjaya dianjurkan.

AKTIVITI PERSATUAN BESBOL PERLIS

Hadirin dan hadirat sekalian,

6. Selain penganjuran kejohanan ini, Persatuan Besbol Perlis juga

pada tahun ini telah menganjurkan beberapa acara kecil selain

menyertai beberapa program di dalam dan luar negara bagi

meningkatkan lagi populariti sukan ini di kalangan masyarakat di negara

ini terutama pelajar.


Page8

Unit Media UniMAP/Teks Ucapan/2014 Draf By Persatuan


Besbol Edited (Suhana)
Page | 5

7. Sebagai contoh, Persatuan Besbol Perlis telah mengadakan klinik

dan perlawanan persahabatan dengan pelajar-pelajar sekolah di Perlis

yang mana ia disertai oleh lebih 8 pasukan. Perlawanan persahabatan

ini merupakan antara aktiviti promosi awal yang dilaksanakan dengan

sasaran kanak-kanak sekolah rendah.

8. Selain itu, pada 30 Mei hingga 2 Jun yang lalu, dua orang wakil

dari Persatuan Besbol Perlis telah dihantar ke IBAF Baseball Scoring

Clinic di Hong Kong yang mana ia diharap dapat membantu persatuan

melahirkan bukan sahaja pemain malah pengadil yang terbaik bagi

sukan ini. Insya allah, pada bulan Januari tahun hadapan akan

menyertai Asia Umpire Clinic di Hong Kong dalam usaha meningkatkan

lagi pengetahuan pengadilan.

9. Saya juga difahamkan setelah beberapa siri kursus pengadilan

telah dijalankan pada tahun-tahun kebelakangan ini kebanyakan

pengadil-pengadil muda yang dihantar menyertai kursus-kursus yang

dianjurkan kini mula mengadili pertandingan di peringkat yang lebih

besar. Perkembangan positif ini bakal menyaksikan lebih banyak

Pertandingan Besbol dapat dianjurkan selepas ini di Negeri Perlis

dengan bantuan UniMAP & badan-badan luar.

10. Saya percaya dengan adanya pembangunan sukan Besbol di

Negeri Perlis ini maka ia boleh meningkatkan minat ramai org


Page8

Unit Media UniMAP/Teks Ucapan/2014 Draf By Persatuan


Besbol Edited (Suhana)
Page | 6

khususnya penduduk di negeri perlis ini dan tidak mustahil kemungkinan

satu hari nanti akan menjadi sukan teras di Negeri Perlis ini.

11. Selain itu, selain tumpuan pengadilan, saya dimaklumkan,

persatuan ini juga bertanggungjawab menyediakan pemain untuk

menyertai kejohanan Sukan Masum dan Sukan Institusi Pengajian

Tinggi (SUKIPT). Semoga pembangunan suka Besbol di negeri ini akan

berkembang pesat dan hasrat memiliki stadium Besbol sendiri akan

terlaksana kelak.

12. Saya tidak ingin bercakap panjang pada hari ini dan sekali lagi

saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sejuta penghargaan

dikalungkan kepada semua pasukan yang bertanding. Terima kasih

sekali lagi kepada pihak-pihak penaja yang sanggup memberikan

sumbangan dalam Kejohana yang dianjurkan pada kali ini. Tahniah pada

pasukan yang berjaya, dan pada yang tidak berjaya, teruskan usaha

memperbaiki diri dan cuba lagi pada tahun hadapan.

13. Sebelum mengakhiri ucapan saya bagi pihak UniMAP dan Yang

Berbahagia Dato Noh Abdullah Presiden Persekutuan Besbol Malaysia

merangkap Pengerusi Bersama Kejohanan ini mengucapkan setinggi

Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung pada kejohanan kali ini. Insyallah kita

berjumpa lagi tahun hadapan.


Page8

Unit Media UniMAP/Teks Ucapan/2014 Draf By Persatuan


Besbol Edited (Suhana)
Page | 7

Menaiki bahtera Putera Kedah

sarat muatan buah kelapa

majlis kita bernoktah sudah

sekalung penghargaan kepada semua

Ampun tuanku,

Sekian sahaja ucapan patik. Akhir kata, patik sekali lagi mewakili seluruh

warga UniMAP ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak

terhingga kepada ke bawah Duli Tuanku kerana sudi bercemar Duli

berangkat ke majlis pada petang ini.

Patik sudahi ucapan ini dengan Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Terima Kasih
Page8

Unit Media UniMAP/Teks Ucapan/2014 Draf By Persatuan


Besbol Edited (Suhana)

You might also like