You are on page 1of 9

PENGENALAN

Membentuk insan seimbang merupakan hasrat Falsafah Pendidikan Malaysia.


Pembentukkan individu yang seimbang dalam pelbagai aspek, khususnya dalam Jasmani,
Emosi, Rohani, Sosial dan Intelek merupakan fokus utama falsafah pendidikan tersebut.
Pembentukkan individu sedemikian amat ditikberatkan bagi meningkatkan produktiviti
individu, keluarga, komuniti dan negara, menjana daya kreatif dan kritis dalam pemikiran
dan mewujudkan visi kehidupan yang terulung dalam kalangan generasi kian membangun.

Subjek Pendidikan Seni Visual merupakan antara subjek yang memainkan peranan
yang amat berkesan dalam pembentukkan individu yang seimbang, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Malaysia. Subjek ini yang menjadi sebagai subjek merentasi kurikulum,
mempunyai platform yang luas bagi menjana daya kreativiti pelajar dan mengembangkan
aras pemikiran mereka secara holistik dan analitik. Sedemikian itu,Pendidikan Kesenian,
Dunia Seni Visual, dan Pendidikan Seni Visual yang diajar mengikut tahap para pelajar
sekolah rendah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang tidak terhingga dalam
kemenjadian para pelajar sekolah rendah.

Pendidikan Kesenian yang diperkenalkan pada tahun 2017 bagi pelajar tahun satu
merupakan komponen penting dalam kurikulum kebangsaan di peringkat sekolah rendah.
Mata pelajaran ini menyumbang kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membentuk kemenjadian murid yang holistik dan seimbang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Menerusi kurikulum ini, murid didedahkan dengan disiplin ilmu seni
visual dan muzik. Murid melalui pelbagai aktiviti seni yang membolehkan mereka berfikir
aras tinggi, membina kemahiran seni, serta mengaplikasi pengetahuan dalam menzahirkan
idea kreatif.

Penekanan kepada empat modul kurikulum iaitu Bahasa Seni, Kemahiran Seni,
Kreativiti dan Inovasi, serta Apresiasi Seni telah diberikan dalam Kurikulum Pendidikan
Kesenian bagi memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kesenian yang diperlukan
oleh murid untuk membolehkan mereka berkarya dan menghayati nilai estetik seni.
Kandungan modul tersebut adalah saling melengkapi supaya murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipela-jari daripada satu modul kepada modul yang
lain. Contohnya, pengetahuan dan kefahaman yang diperoleh melalui Modul Bahasa Seni
diaplikasikan dalam aktiviti penghasilan karya seni dan permainan alat muzik. Pendidikan
Kesenian memberikan pengalaman yang unik kepada murid dan bergerak dengan
menjunjung matlamat untuk mengeksplorasi potensi diri, membina kemahiran generik dan
sosial bagi melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Selain itu, murid juga akan bergiat
aktif dalam pengkaryaan seni serta berkeyakinan apabila membuat persembahan. Kesemua
pengalaman ini merupakan suatu pembudayaan kepada murid untuk menuju kearah
pembentukan insan yang berliterasi seni untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Manakala, Dunia Seni Visual yang diajar kepada para pelajar Tahun dua dan tiga,
mempunyai visinya yang tersendiri. Dunia seni visual ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberikan kesedaran
dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif,
ekspresif, dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan,
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri.

Pendidikan Seni Visual yang diajar kepada para pelajar tahun empat, lima dan enam
merupakan subjek yang diajar secara berpusatkan murid dan memberi peluang kepada
mereka untuk mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti, dan bakat ke tahap optima
dalam proses penghasilan karya. Aspek berpusatkan murid yang ditekankan dalam tahap
ini, bertujuan untuk meningkatkan daya penerokaan dan pembelajaran kendiri dalam
kalangan murid. Dokumen bagi tahap dua ini dapat memberi panduan dalam proses
pembelajaran abad ke-21 yang mementingkan pembelajaran kolaboratif, pemikiran aras
tinggi, dan belajar untuk kehidupan secara praktikal. Ia membolehkan penzahiran idea
secara kreatif dan inovatif dengan berbantukan teknologi bertepatan dengan tahap
keupayaan murid. Selain itu, dokumen ini juga dapat membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik seni dan budaya serta menyediakan murid bagi menghadapi cabaran
alaf baru selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Secara konklusinya, subjek seni ini merupakan wadah yang berkesan dan
mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan insan yang berkretampilan dan
berkemahiran. Perkasaan subjek seni harus dipertingkatkan bagi penjanaan generasi akan
datang yang lebih bermutu dan dapat berdaya saing di persada antarabangsa.
TAHUN 1
PENDIDIKAN
KESENIAN

TAHUN 6 TAHUN 2
PENDIDIKAN DUNIA
SENI SENI
VISUAL. VISUAL

PENGENALAN

TAHUN 5
TAHUN 3
PENDIDIKAN
DUNIA SENI
SENI
VISUAL
VISUAL.

TAHUN 4
PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Rajah 1.0 : Pengajaran Pendidikan Seni Visual Mengikut Tahun KSSR.


Garisan lurus

Garisan serong

Garisan menegak

Garisan mendatar

Garisan halus

Garisan kasar

Garisan berlingkar
Garisan berpancar

Garisan berserabut

Garisan putus-putus

Garisan titik-titik

Garisan beralun

Garisan tebal
Garisan zig-zag

PENGENALAN

Di sekolah rendah kandungan subjek ini boleh disesuaikan dengan pengalaman


sedia ada dan pengalaman belajar murid dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, murid dapat
menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresi
mereka yang tersendiri. Hal ini dapat membantu perkembangan murid dari aspek
psikomotor dan emosi serta penting bagi keperluan fisiologi dan psikologi mereka. Semasa
menggambar, murid dapat mengalami pengalaman langsung dengan deria mereka
mengenai subjek atau perihal benda yang digambarkan. Situasi ini membantu mereka
dalam memahami sesuatu idea, menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain
atau dengan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran dan membina idea baru daripada
benda konkrit. Aktiviti menggambar akan menjadi lebih mudah direka bentuk supaya sesuai
dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian
kandungan subjek atau perihal benda melalui pelbagai alat, bahan, teknik dan cara
pengolahan akan memberi peluang kepada murid membuat hubung kait yang bermakna,
mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri mereka. Bidang kegiatan ini
meningkatkan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap
aspek melukis dan kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang
menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

You might also like