You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MAUNG

11960 BATU MAUNG TEL : 04


6262970
PULAU PINANG FAKS : 04
6263427 Ruj. Kami : SKBM(KOKU)700-5/8 (08)
Tarikh : 15 Februari 2016
Kepada:
Encik Kasim Bin Taib,
Syarikat Kawalan Seri Padang,
Batu Maung, Pulau Pinang.

Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN JERSI UNTUK PASUKAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya dan rasa besar hati saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Sekolah Kebangsaan Batu Maung akan menyertai beberapa
pertandingan sukan seperti bola sepak dan bola jaring di bawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau
Pinang pada tahun 2016. Butiran pertandingan tersebut adalah seperti berikut:
PERTANDINGAN TARIKH

1)BOLA SEPAK 7 SEBELAH 20 & 21 FEBRUARI 2016


2)BOLA JARING 19 & 20 FEBRUARI 2016

Anggaran Kos Jersi : RM 400.00

3. Dengan itu, pihak kami dengan rasa besar hati ingin memohon sumbangan set jersi dari pihak
tuan. Segala maklum balas dari pihak tuan amat kami harapkan. Segala urusan bolehlah berhubung
terus dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Puan Noor`in Binti Abdul Rahman di
talian 012-4642818 atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Maung iaitu
Puan Dalia Binti Johari di talian 017-4893709.

4. Jasa baik dan keprihatinan daripada pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA

Saya yang menurut perintah,

(MOHD FAUZAN BIN SALLEH)


Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan Batu Maung.

You might also like