You are on page 1of 4

SJK (TAMIL) LADANG SENAWANG

71450 SUNGAI GADUT,


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PROJEK KEMAS KINI STOR KALI KE-1

Tajuk : Projek Kemas Kini Stor


Bil / Tahun : 1/2017
Tarikh : 15/02/2017
Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik mesyuarat SJK Tamil Ladang Senawang

Kehadiran :
1. En.Sundraj A/L Letchumanan Pengerusi
2. Pn.R.Nirmala Devi Penasihat
3. Pn.Vegeneswari Ketua Projek Kemas kini Stor
4. Cik.Deepakala Bendahari

Agenda Mesyuarat
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi
1.1 Ucapan aluan Pengerusi Projek.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.
1.3 Mesyuarat diteruskan dengan penerangan secara ringkas yang diberikan
oleh pengerusi projek mengenai gambaran awal tentang pelaksanaan projek
Kemas kini bilik stor.
(Tindakan : Makluman Semua)

2.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa projek Mural SJK Tamil Ladang Senawang.
2.1 En. Sundraj A/L Letchumanan dilantik sebagai Pengerusi dan Pn N.Nirmala
Devi Penasihat Projek
2.2 Cik. Deepakala mencadangkan Pn.Vegeneswari selaku Ketua Projek
Kemas kini bilik stor. Cadangan ini disokong sebulat suara oleh semua ahli.
2.3 Pn.K.Vegeneswari mencadangkan cik. Deepakala selaku bendahari Projek
Kemas kini bilik stor. Cadangan ini disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Beliau juga
mencalonkan 2 orang ahli untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Projek Kemas
kini bilik stor.
2.4 Cadangan 2 orang Ahli Jawatankuasa ialah
2.4.1 Cik.Deepakala
2.4.2 Pn. Vegeneswari

(Tindakan : Makluman Semua)

3.0 Ucapan Ringkas Daripada Jawatankuasa Baru

3.1 Pengerusi dan Setiausaha memberikan ucapan dan harapan mereka supaya
semua ahli dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan projek ini.

(Tindakan : Makluman Semua AJK)

4.0 Taklimat Ringkas Tugas Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Penerangan serba sedikit mengenai tugas bagi setiap ahli jawatankuasa

5.0 Perbelanjaan Projek Kemas kini bilik stor 2017


5.1 Setiausaha telah membentangkan anggaran perbelanjaan bagi projek Kemas
kini bilik stor
2017. Tindakan selanjutnya diambil oleh bendahari projek.

HARGA PENGIRAAN ANGGARAN


BIL PERKARA JUMLAH SEUNIT PERBELANJAA PERBELANJAA
(RM) N (RM) N (RM)

1 Kertas warna 8 2.00 2.00 x 8 unit 16.00

Kertas A4
2 4 19.00 3.00 x 10 unit 30.00
Kertas Laminet

Jumlah 46.00

(Tindakan : Pn. Nirmala devi Pn.Vegeneswari)

6.0 Hal-hal lain


6.1 Guru pelatih Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mencadangkan kepada pihak
sekolah
untuk melaksanakan projek kemas kini bilik stor sebagai tugasan projek
kursus sekaligus
projek internship.
6.2 Guru Besar SJK Tamil Ladang Senawang memberi cadangan kepada guru
pelatih membuat projek ini di kawasan bersebelahan dengan dataran
perhimpunan.
6.3 Pengerusi mencadangkan agar setiap AJK membincangkan alatan dan
peruntukan yang diperlukan untuk pelaksanaan projek.

(Tindakan : Semua AJK)


7.0 Ucapan Penangguhan
Ucapan penangguhan Mesyuarat Projek Kali Ke-1 SJK Tamil Ladang Senawang telah
disempurnakan oleh En.Sundraj A/L Letchumanan. Beliau mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah
dilantik. Harapan beliau AJK yang dilantik dapat memberi komitmen penuh untuk
pelaksanaan Projek kemas kini bilik Stor akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ..................................................
(VEGENESWARI A/P KEASAVAN) (EN.SUNDRAJ A/L LETCHUMANAN)
Pengarah Projek Guru Besar
SJK Tamil Ladang Senawang SJK Tamil Ladang Senawang
Seremban Seremban.

You might also like