You are on page 1of 16

ETIKET 10

RAPTAI

Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut merupakan majlis ulangan (selalu
diadakan) dan hendaklah diadakan beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan raptai ialah:

i) Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawabnya.


ii) Untuk menentukan urutan majlis.
iii) Untuk menentukan jangka masa yang tepat.
iv) Untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
v) Untuk penyelarasan acara.
Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat.

ETIKET 9
PERANAN PENYAMBUT TETAMU

Berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam majlis :-

1. Maklumat
Penyambut hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan
keraian tersebut diadakan.

2. Aturcara Keraian Yang Berkenaan


Penyambut mestilah mengetahui aturcara keraian yang berkenaan terutamanya waktu yang ditetapkan
bagi tetamu sampai dan balik.

3. Susunan Tempat Duduk


Penyambut hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau
menunjukkan tempat duduk tetamu yang berkenaan.

4. Kawasan Yang Diuntukkan


Penyambut hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang diuntukkan baginya menyambut.

5. Tempat- Tempat Penting


Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat
keluar dan lain-lain.

6. Senarai Tetamu Yang Dijemput


Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu yang akan hadir dan sebaik-
baiknya mengenali tetamu tersebut.
7. Senarai Tetamu Khas
Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut
hendaklah juga diketahui dengan lancar.

8. Pakaian Penyambut
Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai mengikut keraian yang sedang
dijalankan. Pakaian terdedah bagi perempuan adalah tidak sesuai.

9. Cara Menyambut
Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku aturcara jika ada. Tunjukkan tempat duduk
secara hormat.

10. Mengenali Tetamu


Seboleh-bolehnya penyambut hendaklah kenal dengan tetamu yang disambut. Jika tidak kenal hendaklah
bertanya dengan cara hormat.

11. Ketibaan Penyambut


Penyambut hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut
hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah
memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang dikhaskan untuknya.

12. Pertanyaan dan Teguran


Jika ada apa-apa pertanyaan dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu yang
kurang senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali
bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang pasti.

13. Kesulitan
Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk kepada Pegawai Bertugas. Dengan
itu penyambut tetamu mestilah mengetahui Pegawai Bertugas pada masa itu.

14. Mudah Senyum


Penyambut hendaklah mudah senyum.

ETIKET 8
PENGACARAAN MAJLIS FORMAL

Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua orang boleh menjadi
juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku
mengikut urutan acara majlis.

Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks
juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya
dimuatkan satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:-

1. MASA (anggaran)
2. CUE (panduan bagi juruacara)
3. ANN (teks pengumuman)

Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis yang berkenaan. Setiap majlis
mesti disediakan dua juruacara (seorang sebagai simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh
pihak penganjur.

PENYEDlAAN ATURCARA PENTADBIRAN

Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara terperinci dengan tujuan:-

sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut


sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam majlis tersebut
untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas protokol yang diterima
untuk mengawal masa
untuk menjadi panduan masa akan datang
sebagai rekod

Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut;

1. Masa
2. Tempat
3. Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci (aktiviti)
4. Pegawai yang bertanggungjawab (tindakan)

Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan bagi membantu melicinkan
pengendalian majlis berkenaan.

ETIKET 7
Penentuan Susunan Tempat Duduk

1. Bentuk-bentuk susunan tempat duduk.


2. Susunan Keutamaan
3. Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula dari kanan
Tetamu Khas.
4. Susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut kekananan.
5. Pentas utama acara perasmian dsb.
6. Majlis jamuan rasmi
7. Jumlah ganjil atau genap
8. Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 8
9. Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat
10. Dif yang paling hampi4 Prinsip Susunan

Prinsip 1

SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

1. Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya hendaklah
mengikut Susunan Keutamaan.
2. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas diikuti dengan
kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli.
3. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke tepi
(suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan)

Prinsip 2

JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD

1. Jemputan seorang jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9.


2. Jemputan dengan isteri jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12

Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang
berkenaan/berkaitan sahaja

Prinsip 3

TUAN RUMAH ATAU HOST DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT

Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan
sesuatu majlis atau upacara.

Prinsip 4

ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI

1. Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput bersama isteri.
2. Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di sebelah kiri suami kecuali
dalam keadaan-keadaan tertentu.
r dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali.
11. Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.

Bentuk Susunan Meja Majlis Jamuan


Terbahagi kepada 4:

1. Susunan Meja Panjang


2. Susunan Meja Bulat
3. Susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat
4. Susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang

3 Prinsip Susunan

Prinsip 1

Tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah sekiranya setaraf kecuali Tetamu
Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh lebih rendah dari Tuan Rumah
Prinsip 2

Susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan keutamaan

Prinsip 3

Wanita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja.

Prinsip Am Meja Jamuan

Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya setaraf
Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas
Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang
Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua kerusi di hadapannya
hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu
utama
Dicatat oleh razak di 4:45 PG Tiada ulasan:
Label: ETIKET

Reaksi:

ETIKET 6
PEMILIHAN MENU

Terdapat tiga kategori jamuan iaitu:-

a) Jamuan ringan dalam sesuatu majlis


Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan di pertengahan majlis ataupun di
penghujung majlis. Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis mengambil masa yang lama
maka diadakan jamuan ringan di pertengahan majlis iaitu masa rehat. Menu bagi jamuan ini tidak perlu
berat dan jenisnya pula mengikut cara jamuan itu diadakan samada buffet berdiri, buffet duduk atau
duduk.

Bagi Buffet berdiri menu yang disediakan hendaklah yang senang dimakan. Makan yang berbungkus
tidak sesuai. Cara buffet duduk boleh terdiri daripada jenis makanan yang susah sedikit untuk dimakan
clan berat sedikit kerana tetamu senang untuk makan dan berasa selesa.

b) Majlis khas jamuan ringan


Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan dengan itu boleh disediakan menu yang
lebih berat dan jenis buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih muih hendaklah mengikut prinsip;
manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keras-lembut dan sebagainya.

c) Jamuan makan
Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu Menu Biasa dan Menu Barat. Makanan
China atau "Chinese food" tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal sebab cara menghidangnya sukar
mengikut amalan protokol di Malaysia.

Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah sesuai untuk majlis yang tetamunya ialah
orang-orang tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan apabila terdapat ramai tetamu luar negeri
atau majlis tersebut khas diadakan untuk tetamu luar negeri.
Dicatat oleh razak di 4:44 PG Tiada ulasan:
Label: ETIKET

Reaksi:

ETIKET 5
ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL

JAWATANKUASA

Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang dimaksudkan di
sini bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang
ditubuhkan secara 'adhoc', tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya
dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang
dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau 'Official Functions' Committee '. Di peringkat agensi
maka adalah perlu mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan
melaksanakan semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan. Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak
melebihi dari tujuh orang, dan terdiri daripada pegawai di agensi yang berkenaan sahaja.

TEMPAT MAJLIS
Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada kaitannya dengan bilangan
tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara penting yang mesti diambilkira adalah seperti
berikut:

i). Diketahui umum dan mudah dituju

ii). Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi

iii). Mempunyai ruang legar yang luas

iv). Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi

v). Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan

Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di luar dewan yang lebih
terbuka. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan.
Biasanya majlis yang diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan protokol
adalah terhad dan adakalanya terpaksa diubahsuai.

PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN

Bagi setiap majlis. hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu:

i) Ringkasan Senarai
Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuannya adalah supaya dapat diketahui kategori
tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu.

ii) Senarai Nama

Senarai Nama adalah senarai yang akan menyenaraikan nama-nama tetamu mengikut kategori. Jika
dalam kategori menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4 orang menteri yang akan dijemput
hendaklah ditulis. Senarai nama ini bukanlah setakat nama sahaja tetapi hendaklah mengandungi butir
lain yang lengkap seperti:

Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang disandang (jika ada)
Nama isteri (jika diketahui)
Jawatan atau pangkat
Alamat Pejabat (lengkap dengan poskod)
Nombor Telefon Pejabat
Alamat Rumah (lengkap dengan poskod)
Nombor Telefon Rumah
Nama Setiausaha Sulit dan Nombor Telefon (jika ada)

iii) Senarai Mengikut Keutamaan


Senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut susunan keutamaan. Senarai ini hendaklah
mengikut panduan dan Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau agensi mana yang
berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak perlu ditulis secara terperinci dan memadai namanya
sahaja serta ringkasan jawatan.

iv) Senarai Jawapan Kehadiran

Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di sebelah kanan
untuk ditandakan hadir dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah serta-merta ditandakan, sebaik sahaja
menerima jawapan hadir atau tidak hadir.

v) Senarai Hadir
Senarai yang terakhir dan mengandungi senarai tetamu yang menjawab hadir sahaja. Senarai ini adalah
diambil dari senarai keempat dengan mengeluarkan nama- nama tetamu yang telah menjawab tidak
hadir. Nombor kerusi tetamu biasanya tercatit dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu ada
senarai ini.

ATURCARA MAJLIS

Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir. Majlis rasmi kerajaan yang
diadakan pada sebelah malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-
lewatnya jam 11.30 malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah
ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih awal
daripada 2.45 petang.

Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengjkut urutannya. Lepas
itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu
hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara.

PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUT AN

Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

1. Nama majlis
2. Penganjur atau yang menjemput
3. Logo agensi
4. Tempat majlis
5. Ruang nama jemputan
6. Tarikh majlis diadakan
7. Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir
8. Masa ketibaan tetamu
9. Panduan pakaian
10. Nama dan nombor telefon rujukan
11. Aturcara majlis (mengikut keperluan) dan plan tempat majlis (mengikut keperluan)
12. Kad jawapan (mengikut keperluan)
13. Plan Lokasi (mengikut keperluan)

Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala sampulnya ditaip dan
diedarkan 4 minggu sebelum majlis diadakan dan tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis
diadakan. Jika masa lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar dengan
tangan.
Dicatat oleh razak di 4:43 PG Tiada ulasan:
Label: ETIKET

Reaksi:

ETIKET 4
HIASAN

Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam,
cincin, dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia adalah
sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang demikian, hendaklah dipadankan dengan
baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

a) Tali Pinggang
i) dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

b) Selendang dan Skaf


i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan cara disangkutkan di
bahu.
ii) Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian-selendang menutupi seluruh kepala.

c) Beg Tangan

Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :-


i) Kegunaan harian di pejabat.
ii) Kegunaan pelbagai.
iii) Kegunaan majlis rasmi.

MINYAK WANGI

Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan

a) Minyak wangi tulen


i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.
b) Eau de toilette
i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak
pekat.
c) Semburan badan
i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.

KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN

Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada
pengurusan dirinya.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :

a) Bahagian kepala dan muka


Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga.
Misai dan janggut diurus dengan baik.
Bulu hidung tidak kelihatan liar.
Gigi sentisa bersih.
Pernafasan tidak berbau.

b) Bahagian badan dan tangan


Badan tidak berbau.
Baju tidak ada tanda tercarik.
Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar.
Baju kelihatan tidak bergosok (iron).
Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit.
Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik.

c) Bahagian punggung dan kaki


Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)
Seluar tidak kelihatan tercarik.
Tidak berstokin.
Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya.
Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau berbunga.
Kasut kelihatan kelabu.
Kasut coklat kelihatan hitam.
Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah worn-out.
Dicatat oleh razak di 4:42 PG Tiada ulasan:
Label: ETIKET

Reaksi:
ETIKET 3
TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA

Kepentingan Tatahias

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan
seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-

i. Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .


ii. Imej peribadi.

a) Kesesuaian pakaian wanita

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-


Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
Jangan melebihi empat warna pada satu masa
Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
Rambut hendaklah tersisir rapi.
Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju.
Bila gunakan sarung kaki pilih warna skin colour
Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat
bunyi apabila anda berjalan.
Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.

b) Kesesuaian Pakaian Lelaki

Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.


Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar).
Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
Gunakan cologne dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan cologne di
kedua belah bahu.
Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai
pilihan kedua.
Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung.
Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian
sukan.
Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.
Dicatat oleh razak di 4:41 PG Tiada ulasan:
Label: ETIKET

Reaksi:

ETIKET 3
BERJABAT TANGAN (BERSALAM)

a. Pelbagai cara
Kasar dan agresif
Mengawal
Hujung jari sahaja
Tarik
Sejuk
Erat dan mesra

b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam


Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa.
Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting.
Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak berminat.
Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah.
Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.

Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan . Dalam
keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan
kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung / sapu tangan
untuk bersalam.

3. PERBUALAN SOSIAL

a.) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:-
Hobi.
Sukan.
Muzik.
Rancangan Televisyen.
Pakaian.
Menanam bunga (Gardening).
Makanan.
Pengembaraan.
Kesenian.
Cuaca.

b.) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai


Perbualan peribadi.
Fahaman politik.
Keagamaan.
Peperangan.

a) Tertib perbualan sosial


Kedua-kedua pihak berminat.
Pandang ke arah orang yang bercakap.
Dengar dengan teliti.
Bercakap dengan nada yang biasa.
Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).
Bercakap secara bersahaja.
Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.
Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan.
Dicatat oleh razak di 4:40 PG Tiada ulasan:
Label: ETIKET

Reaksi:

ETIKET 2
ELEMEN PENTING ETIKET

1. TERTIB PERKENALAN

a) Prinsip Perkenalan
Perkenalkan lelaki kepada wanita.
Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.
Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya.
Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

b) Keberkesanan dalam perkenalan


Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan.
Sebut nama dengan jelas dan betul.
Perlakuan yang tertib.
Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan.
Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-baiknya akui.
Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu.
Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggenggam dengan kuat.
Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.

b.) Tertib Memperkenalkan


i) Izinkan saya memperkenalkan ...............
ii) Puan..........inilah Encik..............
iii) Boleh saya memperkenalkan ...................

c.) Cara Menjawab Yang Sopan


i) Apa Khabar ?
ii) Bertuah dapat berkenalan!
iii) Hello!

d.) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan


i) Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa / agama.
ii) Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus.
iii) Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.
iv) Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.
v) Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan.
Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.
Dicatat oleh razak di 4:40 PG Tiada ulasan:
Label: ETIKET

Reaksi:

ETIKET 1
PENDAHULUAN

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian,
dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal.
Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma
yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai
mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.
Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada
seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan
dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau
melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu
majlis.

Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh Istiadat


Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat
sumpah oleh menteri.

2. Majlis Rasmi dan Formal


Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing.

3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal


Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan.

4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal


Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh
Perdana Menteri atau Menteri.

5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal


Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL

1. Jawatankuasa
2. Tempat majlis
3. Penyediaan senarai jemputan
4. Aturcara majlis
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis
6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
7. Pemilihan Menu
8. Susunan keutamaan
9. Panggilan hormat
10. Susunan tempat duduk
11. Pengacaraan Majlis Formal
12. Penyediaan aturcara pentadbiran
13. Peranan penyambut tetamu
14. Raptai
15. Nilai-nilai Islam
16. Post-Mortem

ELEMEN PENTING ETIKET

1. Cita Rasa Berpakaian


2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi
3. Penampilan dan Pengayaan Diri
4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan
5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial
6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
8. Kesopanan dalam Majlis Buffet
9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah)
12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
13. Mengenali Peralatan Jamuan
14. Cara Menghidang
15. Tertib di Meja Makan

You might also like