You are on page 1of 3

ULASAN BUKU TAMADUN ISLAM

Oleh

HJ. MOHAMAD FAISAL HJ. AHMAD

Penulis : Hj. Ahmad Fauzi Murad & Ahmad Tarmizi Talib.

Penerbit : UPM : Serdang

Cetakan Pertama : 1997

Jumlah Halaman : 167

Tajuk : Tamadun Islam.

Kandungan buku ini cuba memaparkan kemampuan Islam sebagai sebuah tamadun
sejagat untuk semua zaman. Ianya bertujuan untuk menjelaskan persepsi negative
yang terdapat dalam masyarakat semasa tentang dunia Islam. Adalah diharapkan
ianya dapat dimanfaatkan dalam menjamin mutu kehidupan yang beradab dan
harmonis dalam proses globalisasi kini. Ia juga diharapkan agar dapat menampilkan
keupayaan tamadun Islam dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh
masyarakat Malaysia.

Buku ini mengandungi 14 bab, yang mana pada setiap bab dan ruangan yang
terbatas ini pengarang mencuba membincangkan beberapa perkara asas yang telah
berjaya membina tamadun unggul tersebut. Pada bab yang pertama pengarang
cuba menampilkan tentang konsep dan pengertian agama, Islam, ibadah dan
tamadun, seterusnya pengarang menerangkan tentang konsep-konsep asas
tamadun Islam yang mana setiap tamadun itu lahir adalah berasaskan konsep
manusia, masyarakat dan sejarah. Begitu juga sesuatu tamadun yang bangkit itu
ada sifat-sifatnya yang tertentu, contohnya dalam bab ini pengarang cuba
menyatakan bahawa antara sifat yang perlu ada seperti kesejagatan, keterbukaan,
bersifat sepanjang zaman, toleransi antara tamadun, agama dan budaya lain dan
kesatuan dalam kepelbagaian. Dalam bab ini juga ada diterangkan tentang ciri-ciri
utama Islam dan juga penerangan yang agak terperinci berkaitan keunikan tamadun
Islam dan perinsip keseimbangan dan kesederhanaan dalam Islam. (ms 1-9).

Seterusnya dalam bab yang kedua adalah penerangan tentang konsep Allah,
Manusia dan Alam iaitu berkaitan tentang Konsep Huquq Allah atau hak-hak bagi
Allah dapat diketahui dalam bab yang kedua ini, iaitu bagaimana manusia perlu
menyempurnakan dan menunaikan hak-hak bagi Allah contohnya Allah berkuasa
menjadikan manusia dan alam semesta ini, meletakkan garis panduan dan memberi
kebebasan memilih antara yang baik dan buruk. Kemudian penerangan tentang
konsep hak-hak bagi manusia seperti mengenal Allah, mengetahui garis panduan
dan sebagainya dan seterusnya penerangan tentang konsep hak-hak bagi alam.
Penulis juga cuba memberitahu tentang kaitan hubungan antara allah, manusia dan
alam bagi tujuan ke arah memakmurkan lagi ala mini dan segala isinya. (ms 11-17)

Pengarang menerangkan dalam bab yang ketiga tentang sumber-sumber utama


bagi tamadun Islam iaitu sumber yang paling utama adalah Al-Quran dan tinjauan Al-
Quran dari pelbagai perspektif berkaitan tamadun hidup manusia dari sudut sejarah,
social, politik, ekonomi dan kewangan, seterusnya menerangkan bahawa al-Quran
adalah merupakan teras kepada perkembangan serta kewujudan pelbagai cabang
bidang Ilmu serta tamadun dunia dan juga menjadi teras kepada aksiologi dan teori
ilmu. (ms 18-24)

Dalam bab yang keempat menerangkan tentang konsep dan maksud epistemilogi
dan aksiologi Islam, iaitu ada 5 alat dalam hirarki pencapai ilmu iaitu wahyu, ilham,
intuisi, akal dan pacaindera yang mana kelima-lima ini merupakan elemen penting
dalam kita memperolehi ilmu. Seterusnya pengarang menerangkan bagaimanakah
berlakunya pelaksanaan nilai dalam kehidupan manusia selaras contoh yang
ditunjukkan oleh baginda nabi SAW. (ms 25-38)

Pada bab yang kelima pula adalah berkaitan tentang sejarah perkembangan
tamaduan Islam iaitu pengarang memberikan gambaran terhadap keadaan serta
rupabentuk kehidupan masyarakat Arab sebelum Islam iaitu sewaktu jahiliah dan
seterusnya kedatangan nabi SAW membawa sinar hidayah dan memerangi
kejahilan, usaha itu kemudian diteruskan pula oleh zaman berikutnya iaitu al-
Khulafa` al-Rashidin, zaman Umaiyah, zaman bani Abbasiyah, zaman Moghul dan
Uthmaniah. Pengarang juga memberi penerangan dalam bab ini terhadap pengaruh
tamadun Islam yang telah membawa kepada Renaissans di Eropah dan fasa-fasa
pemindahan pemikiran Islam ke Eropah. Dalam bab ini juga menyatakan pengaruh
tamadun Islam dalam pembinaan peradaban di Asia Tenggara khususnya di Alam
Melayu. (ms 39-46)

Seterusnya dalam bab yang ke enam sehinggalah ke bab yang ke sepuluh


pengarang cuba mengutarakan pula keunikan gabungan institusi-institusi
kemasyarakatan, pendidikan, perekonomian, perundangan serta kehakiman dan
politik serta pentadbiran. Hasil gabungan tersebut telah berjaya menghasilkan
sebuah masyarakat yang maju dan berperadaban tinggi sehingga diakui oleh
seluruh dunia sehingga ke hari ini. (ms 47-107)

Pengarang menerangkan dalam bab yang kesebelas hingga ke empat belas iaitu
beliau mencuba membincangkan sains dan teknologi dari sudut pandangan falsafah
Islam termasuk bidang-bidangnya yang telah diterokai oleh saintis Islam serta
pencapaiannya contohnya seperti Al-Biruni (973 M-1048 M) ialah seorang ahli fizik
muslim yang dikenali kepakarannya dalam bidang sains dan falsafah, banyak
mengetengahkan banyak dapatan fizik eksperimen dan buku sumbangan beliau
adalah al-ahjar, qanun al-mas`udi dan risalah fi anwa` al-suyuf. Abu Bakr al-
Baghdadi (1077 M-1165 M) telah mengarang kitab al-Mu`tabar yang mempunyai
maklumat idea-idea berguna tentang fizik seperti masalah pecutan, jasad terjatuh
dan terluncur, keritikan terhadap fizik Aristotles dan menolak teori yang menyatakan
daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan
cahaya. Ibnu sina yang lebih dikenali dalam bidang perubatan juga menyumbangkan
dapatan kajian dalam bidang fizik yang mana buku karangannya yang termasyhur
adalah kitab al-Shifa dan qanun fi al-Tib, beliau merupakan tabib pertama yang
secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana
jangkitan tibi berlaku, menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam kuning
(jaundice) dan banyak lagi tokoh-tokoh saintis Islam lain yang tidak dapat disebutkan
disini menyumbang kepada perkembangan tamadun dunia. Tidak dapat dinafikan
bahawa saintis Islam memberi sumbangan yang tidak terhingga kepada
perkembangan sains moden. Pada akhirnya pengarang mencuba menyingkap
konsep dan prinsip seni yang memberi sumbangan yang besar kepada
perkembangan tamadun Islam. (ms 108-166)

Seterusnya dengan apa yang cuba diketengahkan oleh pengarang dan buku ini
maka akan terbina dan tercetuslah satu bentuk percambahan dan perkembangan
minda baru yang mengingini agar tamadun Islam ini dikenali sebagai sebuah
tamadun yang unggul kepada segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dan
agama agar ianya dapat difahami. Seterusnya dengan usaha yang kerdil ini mampu
serta dapat memberi sumbangan yang amat bermakna kepada pencinta ilmu serta
mereka yang mencari kebenaran dan pelajar yang mempelajarinya.

You might also like