You are on page 1of 12

UT1|PS|2017

1. (a) Rajah di bawah menunjukkan sistem respirasi manusia. Tulis diafragma,


bronkus atau bronkiol untuk melabel setiap bahagian sistem respirasi dalam
rajah di bawah.

A:
C:

B:

[3 markah]

Sekumpulan doktor pelatih melakukan kajian tentang sistem urinari. Berdasarkan


kajian yang telah dijalankan, pesakit kencing manis dan pesakit darah tinggi
mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat penyakit ginjal.

(b) Adakah anda bersetuju bahawa kebanyakkan individu yang menghidap


penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi akan mempunyai masalah
pada ginjal mereka? Wajarkan pandangan anda berserta bukti untuk
menyokongnya.

......................................................................................................... .............................

[3 markah]

1
UT1|PS|2017

(c) Kedua-dua ginjal Encik Ghazali mengalami kerosakan dan gagal berfungsi
secara normal kesan daripada pengambilan antibiotik dalam suatu tempoh yang
lama. Cadangkan satu kaedah yang boleh membantu Encik Ghazali untuk
meneruskan hidupnya tanpa mengalami pembedahan. Terangkan kaedah itu.

[2 markah]

(d) Rajah 1.1 di bawah menunjukkan satu mesin yang berfungsi seperti ginjal.

Rajah 1.1

(i) Ramli menjalani rawatan dengan menggunakan mesin di atas selepas


ginjalnya rosak. Dia perlu hadir ke pusat dialysis tiga kali seminggu. Nyatakan
kesan sampingan yang mungkin dialaminya selepas dia menjalani rawatan itu.

[2 markah]

2
UT1|PS|2017

(ii) Rajah 1.2 di bawah menunjukkan peratusan pesakit dialisis yang merupakan
juga pesakit kencing manis di pusat-pusat kerajaan Malaysia dari tahun 1995
hingga 2004.

Rajah 1.2

Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyakit kencing manis dan tekanan darah
tinggi menyumbang kepada penyakit ginjal. Bagi mengurangkan bilangan pesakit
yang mempunyai masalah ginjal, penyakit kencing manis dan tekanan darah
tinggi perlu dielakkan. Berdasarkan pemahaman anda, cadangkan tiga cara yang
boleh dilakukan untuk mengelakkan penyakit kencing manis dan tekanan darah
tinggi.

..

[3 markah]

3
UT1|PS|2017

Darah 2. (a) Lengkapkan


penerima jadual di bawah untuk
A B AB O menunjukkan
kumpulan darah bagi
penerima
Darah
darah.
penderma

(2 markah)

i. Seseorang dengan kumpulan darah yang manakah dikenali sebagai


penderma universal.Terangkan jawapan anda.

...

( 2 markah)

ii. Satu pint darah kumpulan A ditransfusikan kedalam seorang pesakit dengan
kumpulan darah O.Terangkan perubahan kepada sel-sel darah dan keadaan
pesakit selepas transfusi darah.

(2 markah)

4
UT1|PS|2017

(b)

Kegagalan jantung bermaksud bahawa otot jantung anda menjadi terlalu lemah
untuk mengepam darah ke seluruh badan anda seperti biasa. Apabila otot
jantung rosak, otot jantung tidak boleh pulih dengan sendirinya.

i. Ramai orang menyangka serangan jantung hanya menyerang orang tua


sahaja tetapi sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang
muda hingga menyebabkan kematian mengejut. Pada pendapat anda, apakah
punca yang menyebabkan penyakit jantung dikatakan sebagai penyakit tidak
mengira usia?

...
(2
markah)

5
UT1|PS|2017

Rasa tidak selesa pada dada;seolah-olah


merasakan ada sesuatu yang menekan
Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher
seolah-olah ada sesuatu yang mencekik
Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang
menikam pada dada
ii. Sekirannya anda pernah mengalami simptom-simptom yang disebut di atas,
nyatakan dua tindakan yang anda akan lakukan.

[2 markah]

3. Dalam peredaran sistemik, darah beroksigen akan mengalir dari jantung ke


sel badan. Di dalam sel badan, oksigen akan meresap keluar daripada darah
dan bertukar menjadi darah terdeoksigen. Darah terdeoksigen tersebut akan
mengalir balik ke jantung.

6
UT1|PS|2017

(a) Lengkapkan laluan darah yang mengalir dalam peredaran sistemik

Darah

[3 markah]

(b) Terangkan bagaimana oksigen dipindah daripada peparu ke dalam darah.

...

[2 markah]
(c) Berikan satu ciri yang membolehkan pertukaran gas berlaku dengan efisien
didalam peparu.

[1 markah]
4. Rajah di bawah menunjukkan salur darah manusia

7
UT1|PS|2017

(a) Jenis salur darah yang manakah yang bersambung kepada jantung yang
membawa darah ke jantung? Terangkan jawapan anda.

...

[3 markah]

(b) Lukiskan keratan rentas bagi struktur yang dipilih dalam 4 (a).

(c) Kesemua struktur yang dipilih dalam 4 (a) mengangkut jenis darah yang
sama kecuali satu salur darah. Namakan salur darah dan jenis darah yang
diangkutnya.

[2 markah]

8
UT1|PS|2017

5. Salur darah merupakan sebahagian daripada sistem peredaran darah


manusia yang mengangkut darah ke seluruh badan. Salur darah S dan T
menunjukkan antara salur-salur darah yang terdapat dalam badan kita.

(a) Kenalpasti salur di atas.

S: ..

T: ......
[2 markah]
(b) Nyatakan ciri setiap salur darah di atas.

S:

T: ..

[2 markah]

(c) Nyatakan perbezaan antara salur darah di atas.

...

[2 markah]
Soalan tamat. Selamat menjawab

9
UT1|PS|2017

Skema soalan ujian topikal sains/tingkatan 3/2017

1. a. label gambarajaha sistem pernafasan

bronkus b.diafragma c.bronkiol 3m

b. P1 : Ya
P2 : Kajian menunjukkan bahawa paras gula yang tinggi boleh merosakkan
buah pinggang.
P3 : Penyakit hipertensi yang menjurus kepada tekanan darah tinggi juga
boleh menyebabkan berlakunya kerosakan ginjal. 3m

c. P1 : Hemodialisis
P2 : Mesin digunakan untuk menapis darah pesakit dan menyingkirkan
bahan yang tidak diperlukan/ daripada darah. 2m
d.(i) P1 : Pening kepala
P2 : Rasa nak muntah
P3 : Rasa keletihan (mana-mana dua jawapan) 2m

(ii) P1 Amalkan diet yang kurang garam dan kurang gula


P2 Bersenam dengan kerap
P3 Amalkan cara hidup yang tenang dan bebas tekanan

2.a.
Darah penderma
Recipients blo A B AB O
d
Darah A B A O
penerima O O B
Donors AB
blood O
2m
i. Kumpulan darah O boleh menderma darah kepada semua kumpulan A,B, AB
dan O 2m
ii.Penggaglutinatan/bergumpal sel-sel darah berlaku dan pesakit akan mati 2m

b. i. faktor genetik/sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung


merokok/diabetes/kolesterol/tekanan darah tinggi.
ii. Lakukan pemeriksaan kesihatan segera

10
UT1|PS|2017

Mengubahkan gaya hidup


Melakukan senaman
Batuk berulang kali secara kuat dan berterusan
Menarik nafas berulang kali tanpa henti

3. a. darah-jantung-sel badan-jantung 3m

b. peparu mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi daripada


darah.pemindahan melalui proses resapan. 2m
c. 1.mempunyai ketebalan satu sel 2.permukaan yang lembab 3.luas
permukaan yang besar 4.dilitupi dengan banyak kapilari darah 1m

4. a.vena.vena mengangkut darah bertekanan rendah dan mempunyai injap


untuk mencegah pengaliran darah balik 2m
b. gambarajah salur darah vena berlabel 2m
c.vena pulmonari.mengangkut darah beroksigen 2m
5.a. S : vena T : arteri 2m
b. S : mempunyai injap/dinding nipis/saiz lumen besar/mengangkut darah
terdeoksigen
T : tidak mempunyai injap/dinding tebal/saiz lumen kecil/mengangkut darah
Beroksigen
c. jawapan guna mana-mana 2 ciri di atas dan bezakan 2m

11
UT1|PS|2017

12

You might also like